Friday, March 16, 2012

Debaran Menyampaikan Seminar Medik

Khamis, 15/3/2012

Tarikh keramat 15/3/2012. Itulah tarikh yang mana pertama kali RNS ditugaskan untuk menyampaikan seminar bertajuk "Gastrointestinal Tract Hormones and Its Clinical Applications". Seminar disampaikan bersama 3 orang lagi ahli kumpulan RNS.

Apa penting sangat seminar? Seminar adalah tugasan yang diwajibkan kepada setiap pelajar MBBS di MSU bagi setiap tahun pengajian. Setiap pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan, dan masing-masing akan diberikan topik mengikut modul.  Objektifnya yang utama melahirkan seorang doktor yang mampu berkomunikasi dengan baik dalam menerangkan sesuatu ilmu perubatan kepada masyarakat nanti.

Bagi RNS, penyampaian ilmu untuk rakan-rakan batch itu merupakan satu tanggungjawab yang besar. Menyampaikan ilmu bukanlah semudah yang disangka. Tidak boleh sama sekali kita menyampaikan sesuatu ilmu yang salah kepada orang lain. Adakalanya, bukan sebab RNS tidak mahu berkongsi ilmu pada rakan-rakan sekelas yang bertanya, tetapi diri ini amat khuatir mengajar sesuatu yang tidak benar. Walaubagaimanapun, apa yang RNS kuasai InsyaAllah akan RNS sampaikan.

Ni RNS nak cerita pengalaman menyampaikan seminar di tahun pertama. Sejak mula lagi RNS sangat berharap tajuk seminar yang dapat ialah Physiology. Alhamdulillah Allah makbulkan. Ya, RNS dapat tajuk bahagian Physiology. Kenapa nak Physio? Sebab RNS suka belajar mengenai fungsi-fungsi sistem badan manusia. Setiap kali baca buku teks Sherwood Human Physiology, setiap kali itulah kekaguman RNS terhadap ciptaan Allah muncul. Penciptaan manusia adalah sebaik-baik kejadian dan RNS dapat lihat begitu sempurna dan tersusunnya Allah mencipta tubuh badan manusia. MasyaAllah!

Selalunya di sekolah dah biasa bercakap di hadapan pelajar-pelajar lain. Jadi, dua tiga hari sebelum seminar memang tak rasa apa-apa. Tapi, malam sebelum seminar hati dah mula rasa berdebar-debar. Semasa sibuk menyediakan nota-nota yang ingin disampaikan, fikiran ligat mengingat points. Eh cukup ke powerpoint slide ni? Pendek sangat ke eyh? Nanti kalau buat slide banyak-banyak, students mengantuk pulak. Tak pe, buat je setakat mana yang mampu.
Pagi seminar tu, jejakkan kaki di kampus je dah bertambah kadar degupan jantung. Entah berapalah BP waktu tu kan. Langkah kaki diteruskan lagi menaiki anak-anak tangga di 'dataran glob' MSU. Arghh.. Sympathetic stimulation is increasing! Kenapa nervous sangat ni? Selalu biasa je.. Kat sekolah dulu senang je kalau ada ujian lisan or presentation. Tapi kali ni sangat lain. RNS perlu berhadapan dengan kawan-kawan sekelas yang jauh lebih pandai dan bijak-bijak belaka. Tambahan lagi akan dinilai oleh dua orang doktor!

Masuk saja lecture theatre, dah mula duduk tak diam. Tangan dah semakin sejuk, tambah pulak dengan air-cond yang di takat sejuk beku! (hiperbola semata). Kawan-kawan sebaris dengan RNS-Jaja, Aisyah, Fauhan- semuanya cakap "Tak sabarnya nak dengar Syamim present." Okay, senyum je lah. Gelak-gelak sikit bagi tenang.

Kemuncaknya tiba jua bila DR. Anirrudha said, "I think next group can come down and start their seminar now."
Ya Allah! Bantulah aku menyampaikan ilmu untuk kawan-kawanku. Tenangkanlah hatiku, peliharalah lidah ku semasa berbicara, dan mudahkanlah mereka memahami penyampaianku.
Turun je ke hadapan pentas bersama-sama ahli kumpulan RNS, tiba-tiba rasa ketenangan. My heart rate slowly recovers to its normal condition. Alhamdulillah kurang rasa resah dan gundah bila melihat wajah kawan-kawan seramai hampir 200 orang yang mengharapkan RNS untuk berkongsi ilmu. 

Sepanjang penyampaian, ada jugak tersalah cakap. Padahal sudah terbentang di screen apa yang RNS prepare dalam slide. Hmm.. biasalah kan. Diri tak sempurna. Tapi, RNS rasa bersyukur sangat bila terlihat wajah Dr. Anirrudha dan Dr. Mustapha mengangguk-anggukkan kepala semasa RNS bercakap. Itu tanda baik kot. Haraplah.
Habis saja seminar, adalah juga beberapa rakan yang menyatakan mereka faham dengan apa yang RNS ajarkan. Sesuatu perkara yang awalnya sukar, kini menjadi mudah. Segalanya dengan tawakal dan kudrat daripada Allah. Segala yang baik itu tentunya datang daripada kurniaanNya juga. =)

Waiting to enter dissectian hall.


p/s: tak sabar nak hadiri fekah medik di IMU. :)

Sunday, March 4, 2012

My upper respiratory tract drawing

Nak jadi macam Dr. Netter boleh x? Kalaulah ada masa, nak produce one atlas. Hehe berangan je lah...

Tuesday, February 28, 2012

Kau Tercipta Untukku

Seindah Mawar Berduri..

Khazinatul Asrar. Seindah si pemilik nama yang bermaksud 'khazanah rahsia'.
Seorang gadis muslimah yang solehah yang diibaratkan seperti sekuntum mawar yang berduri. Sungguh cantik kelopaknya, sungguh harum wanginya. Namun bukan mudah untuk disentuh oleh sesiapa kerana kecantikan itu dilindungi oleh ketajaman duri yang menjadi perisai dirinya.

RNS ingat lagi novel yang suatu masa dulu telah menyentuh kalbu yang dahulunya gersang. Gersang kerana masih tidak lagi memahami dengan sebenarnya ilmu agama Islam. Maklumlah pada waktu tu baru mula menginjak ke usia remaja. Namun Alhamdulillah. 'Turning Point' kefahaman dan penghayatan bermula sejak kali pertama RNS membaca sebuah novel karya Ustazah Fatimah Syarha. Watak Khazinatul Asrar dalam cerita tersebut melahirkan satu rasa yang sangat indah. Andainya aku dapat mencontohi akhlak gadis itu...

Melalui penulisan saja, hati mula terpikat dengan penulis novel tersebut. Kalaulah watak yang digambarkan secantik itu, apatah lagi peribadi penulisnya. Tak pernah RNS terbayang bahawa satu hari nanti akan berjumpa dengan Ustazah Fatimah Syarha. Namun, Allah beri kesempatan RNS melihatnya dari jauh sewaktu menghadiri forum 'Kau Tercipta Untukku' anjuran Helwanis MSU. Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr. Farhan Hadi dijemput sebagai panel.


Rindu yang dahulunya tercari-cari kini telah diisi kembali. RNS bersyukur sangat kerana dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu agama yang akhir-akhir ini jarang RNS ikuti. 

Kalau nak diceritakan di sini apa yang dibincangkan dalam forum tersebut mungkin agak panjang. Tetapi RNS akan cuba highlightkan apa yang RNS mampu faham daripada penyampaian Ustazah Fatimah dan Dr. Farhan.

1. Kau Tercipta Untukku.. Allah menjadi suami/isteri itu adalah suatu takdir yang benar untuk masa lalu dan sekarang. Namun, sebagai hamba kita tidak akan tahu apakah si dia (pasangan) tercipta untuk kita pada masa akan datang. (perkara yang ghaib hanya di pengetahuan Allah melainkan apa yang diwahyukan pada Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul)

2. Memilih pasangan melalui 4 ciri-cirinya iaitu keturunannya, kecantikannya, hartanya dan agamanya. Namun janji Rasulullah, kamu akan bahagia jika memilih kerana agamanya.

3. Cantik kerana rupa itu adalah terlalu subjektif buat berlainan individu. Mungkin dia cantik untukmu tetapi tidak buatku. Tetapi, apabila cantik akhlaknya, akan cantiklah keseluruhan peribadinya.

4. 3 perkara yang sekiranya ada pada dirimu, maka kamu akan merasai kemanisan iman. Pertama, apabila kamu mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya. Kedua, cinta pada pasangan kerana Allah. Ketiga, apabila kamu benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana kamu membenci dirimu dicampakkan ke neraka.

5. Ikutlah apa yang diperkatakan oleh para ulama khususnya dalam isu 'bercouple'. Para ulama tidak memuji sama sekali pasangan yang 'bercouple' sebelum nikah kerana sesungguhnya kamu tidak akan kenal watak sebenar pasangan kamu sebelum nikah. Tidak hairanlah mengapa ada yang mampu bercinta selama 7 tahun, tetapi akhirnya bercerai dalam masa yang singkat selepas pernikahan.

6. Setiap manusia itu pasti ada kekurangan. Manusia bukanlah sempurna seperti malaikat. Maka dalam alam rumah tangga, perlu bijak untuk menegur dan bertolak ansur.

7. Berfikiran positiflah selalu. Sebab apa yang kita fikirkan itu Allah mengetahuinya. Jauhkan dan elak rasa 'rendah diri yang negatif' kerana itu akan menghalang kita daripada bersangka baik pada Allah.

Kesimpulan akhir yang RNS pegang dan ingat melalui penyampaian Ustazah Fatimah Syarha,

Adik-adik pilihlah jalan mana yang adik-adik mahukan. Sama ada mahu 'bercouple' atau tidak, terpulang. Tetapi fikirlah, adakah jalan yang dipilih itu mampu menjanjikan adik-adik dan pasangan untuk sama-sama dijemput oleh Allah dan para malaikat, "Masuklah kamu berdua ke dalam syurga..."?

InsyaAllah, setakat ini dahulu perkongsian RNS untuk pembaca semua. Sama-samalah kita perbaiki diri setiap kali melakukan kesilapan. Ingatlah, Allah itu Maha Penganpun dan Penerima Taubat. Jika kita tidak memohon kepadaNya, kepada siapakah lagi kita akan kembali?




p/s: contoh rasa rendah diri yang negatif: "aku ni bukanlah baik pun, nanti mesti aku dapat pasangan yang jahat."

Monday, February 13, 2012

Love from Makassar

Terharunya dapat mesej from insyira! Keluar je exam hall tadi tersenyum manis baca text message.

Cuma rasa rugi x dpt nak jawab call from her.

Thursday, February 9, 2012

Penghujung Study Week, Peperiksaan Mendatang

Khamis, 9 Februari 2012.

Sesungguhnya kepada Allah aku berlindung daripada penulisan yang membawa kemurkaanMu.

Assalammualaikum wbt pembaca setia semua! :P

Sementara menanti solat Isyak, tiba-tiba RNS terfikir untuk update blog ni. Lama la pulak tak tulis entri. Hmm ni pun update melalui phone je. Nak buka laptop nanti susah pulak nak shutdown.

Sebenarnya RNS sedang dalam "Study Week" untuk exam final Semester 1. Tinggal 3 hari lagi je untuk ulangkaji semua topik-topik yang RNS dah belajar. Banyak nya tak terkira ya Allah!
Boleh ingat ke semuanya ya?
Kepada Allah saja lah kita bertawakal. Moga-moga ilham dikurniakan Allah semasa menjawab soalan.

Firman Allah dalam surah ke 40 (Ghafir) yang membawa maksud:
"Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.' "
(ayat 60 surah Ghafir)

Buat kawan-kawan sekolah RNS yang ajak keluar, sorry sangat. Cuti sem kita tak sama. Rindu sangat nak gathering balik. Apa pun kita stay connected melalui FB dan twitter je la ya. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa. =D

Setakat ni Alhamdulillah, mampu bertahan dengan dugaan dalam perjalanan mencari ilmu. Macam-macam kisah yang terlalu banyak untuk diceritakan di sini.

Setakat ni dulu entri pendek RNS kali ni. Kata-kata RNS ni actually nak membuktikan yang RNS masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas.
InsyaAllah lepas exam nanti RNS akan kembali menulis di blog ni untuk followers yang setia dan pembaca lain. :)


Wallahualam.



p/s: sedih sebenarnya tak sempat jumpa cikSpankuning, my best friend-insyira yang balik dari makassar hari tu. :(

Thursday, January 12, 2012

Dah study.. Tapi susah nak masuk?

Assalammualaikum w.b.t and greetings to all readers of my blog.

Entri kali ni sebenarnya bertujuan untuk menjawab soalan yang diaju oleh rakan RNS. Sejak RNS melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ni, ramai jugak yang datang bertanya kepada RNS.

"Macam mana RNS study? Okay?"
"Susah la.. Dah baca tapi tak masuk pun apa yg dibaca."

Hmm.. terus terang RNS katakan, kadang-kadang RNS sendiri pun terfikir macam tu jugak. Actually, jangan risau kalau kita tiba-tiba rasa 'susah nak masuk'. Sebab di sebalik rasa tu lah membuatkan diri kita mencari jalan untuk mengatasinya. Tapi macam mana kita nak control mindset kita yang tak sihat ni? Kita tak boleh la selalu je berfikiran negatif kan?
Apa yang RNS buat...

Tanam rasa ingin tahu


My Medical books




Setiap kali kita belajar sesuatu ilmu yang baru khususnya matapelajaran yang sukar macam perubatan, accounting, engineering, law atau lain-lain, anggaplah kita mempelajarinya atas dasar ingin tahu. Bukan kerana terpaksa. Sebabnya bila kita rasa terpaksa, we will lost interest.. When we lost interest, ilmu tu pun susah nak terima kita sebagai penuntutnya.

It's similar: Kalau you kena kahwin paksa, you ada interest ke nak kahwin dgn pasangan pilihan tu? X kan? Melainkan kalau you tukar the way you fikir: Aku kahwin dgn dia sebab aku nak kenal diri nya lebih mendalam. There must be something special about her/him. (ceh.. sejak masuk 20-an ni fikir pasal kahwin je la kan! haha. gurau semata.)


Tidur Awal Bangun Awal

Hmm biasanya RNS tidur malam dalam pukul 11 or maximum 12 la. Memang RNS tetapkan tidur dalam masa tu. Tak kisah la habis study ke tak, time tidur mesti ikut. Paginya dalam pukul 3.30 or 4 a.m., RNS sambung balik ulangkaji pelajaran or baca topik baru yang akan diajar dalam kelas. Tapi selalunya pagi tu RNS akan baca topik yang belum belajar. So that to make sure I'm prepared when lecturer bagi kuliah. Kalau tak faham apa yg dibaca, InsyaAllah dalam kelas bertambah lagi kefahaman.

Kenapa pilih bangun awal pagi?


Actually sebelum ni RNS sendiri tak pernah pun belajar waktu pagi. Ye lah, nak bangun pagi memang la sangat-sangat susah! Tapi sebelum ni RNS pernah terbaca yang Rasulullah S.A.W sentiasa bangun pagi sebelum masuk waktu Subuh. RNS terfikir, mesti ada satu keistimewaan di sebalik perbuatan Rasulullah S.A.W. Bila cuba, RNS baru dapat rasa yang belajar waktu pagi sangat tenang and suasananya tak sama dengan belajar pada waktu lain. Peratus untuk fokus memang boleh kata 99% lah! (itu bagi diri RNS lah)

Alhamdulillah.. sekarang dah mula senang bangun awal pagi. Mula-mula memang tak biasa. Tapi sekarang ni, loceng jam tak bunyi lagi pun RNS dah boleh terjaga dengan sendiri (itupun dengan izin Allah jua). Lepas solat Subuh memang terus bersiap-siap untuk ke kelas.. Keistimewaan bangun awal, RNS akan sentiasa segar dalam kelas. Terus terang katakan, belum pernah lagi tidur waktu kuliah. Cuma kadang-kadang bila kelas terlalu 'pack', memang rasa tepu jugak kepala. But still can handle it. =)

Bersederhana Dalam Bergurau

Waktu sekolah dulu, cikgu Add Maths pernah bagi tahu parents RNS. "She's a bit quiet in class." Eh ye ke? Senyap-senyap pun, dulu pernah bagi memo speech jugak untuk pemilihan Exco MPP. Dan yang tak pernah lupa, jadi cikgu bio untuk batch SPM 09 lepas balik daripada Program PERFECT SCORE SBP UTARA. Pendiam? Agaknya lah.. in certain situation. But now... erm x tahu nak cakap sebab kadang2 kita tak boleh describe diri sendiri kan.

To kawan-kawan MSU yang RNS baru kenal, maybe diorang nampak RNS macam agak serius waktu dalam kelas. Yes. I can say that i'm a bit serious in class. Time belajar, pastikan belajar betul-betul. Tapi ada jugak masanya RNS bergurau. Cuma, kawal daripada berlebihan dan mestilah kena pada tempatnya kan?

Bercerita tentang bergurau ni, RNS nak kongsi kisah Rasulullah S.A.W bergurau dengan sahabat baginda:

Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji- bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma. Biji- biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.
Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”
Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut dengan biji-bijinya”. (HR. Bukhari)

Betapa mesranya cara Rasulullah bergurau. =)

Minta Izin Pada Pemilik Sekalian Ilmu

Dear readers, i trust that every religion will always teach the believers to always depend on GOD. As for me, I'm proud to say that i'm a MUSLIM.

Untuk saudaraku yang Muslim, setiap kali nak mula belajar, jangan lupa mulakan dengan doa. Itu tandanya kita memohon keredhaan Allah dalam setiap perkara baik yang kita lakukan.
RNS selalu ingatkan diri bahawa ilmu yang sedang RNS cari ini adalah milik Allah. Maka jika kita ingin memahami sesuatu ilmu, mintalah izin daripada Al-Hakim, Tuhan Yang Maha Bijaksana. Kerana Dialah pemilik sekalian ilmu. Jangan berputus asa sekiranya kita tidak berjaya. Anggaplah kita masih belum mampu untuk menguasainya sekarang. Tapi pada masa akan datang berharaplah kita pasti akan berjaya.

Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, sesuai dengan anugerah yang Allah tetapkan untuk setiap hambaNya. Ada yang mahir dalam bidang mengira, ada pula yang mahir dalam bidang melukis. Ada yang mudah terima dengan cepat sesuatu ilmu, dan ada juga yang sebaliknya.

Kalau umur kita mula berjalan pun berbeza, samalah juga dengan tahap IQ kita. Ada yang cepat faham ilmu yang dipelajari dan ada juga yang lambat. Yang cepat faham, tak tentu hafalannya bertahan lama, dan yang lambat pula mungkin lebih kuat hafalannya disebabkan sentiasa mengulangi apa yang cuba difahami.

So basically, tu je lah yang RNS nak berkongsi kali ni. Apa pun, penulisan ni berdasarkan pengalaman RNS sendiri. Masih ada lagi kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki. Masih ramai lagi pelajar cemerlang yang boleh kita contohi.
RNS juga macam student lain jugak. Pernah je tak boleh jawab soalan exam dan pernah jugak kena marah dengan guru or lecturers. Biasalah masam manis seorang pelajar kan. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita mengambil pelajaran dari setiap dugaan yang kita hadapi.



Doaku,

Ya Allah, izinkanlah aku memahami ilmuMu. Kurniakanlah aku kecerdasan minda agar aku mampu berfikir dengan baik. Dan kurniakanlah aku kepetahan berkata-kata supaya aku dapat menyampaikan ilmu yang baik kepada orang lain. Tiada daya upayaku ya Allah, melainkan Engkau jualah yang Maha Agung.


Orang yang berilmu itu pendiam kerana menjaga pertuturannya. Tidaklah dia berbicara melainkan dengan butir perkataan yang membawa kebaikan untuk dirinya, agamanya dan masyarakatnya. -RNS-



p/s: Sejak belajar lebih mendalam tentang jantung, rasa sayang sangat kat jantung sendiri...

Sunday, January 8, 2012

2012 dan Kekasih



Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

 

Salam! Nak tau tak, ni lah post RNS yang pertama dalam tahun 2012. New year hari tu semua bloggers sibuk post tentang azam baru. Tapi RNS tak sempat tulis. Banyak sangat topik yang kena cover sepanjang belajar Hemopoietic and Lymphoid System. Sekarang ni RNS sedang belajar Cardiovascular System (CVS). CVS ni khususnya tentang jantung dan electrocardiography studies..

Okaylah enough with that, jom beralih ke topik entri RNS kali ni. Betul ke RNS dah jumpa kekasih dia?!
Hehe.. Malu la nak cakap. Erm memang betul pun sebenarnya.
 RNS pun tak sangka. Kehadiran dia dalam hidup RNS begitu bermakna. Sebelum ni RNS tak sedar yang sebenarnya dia simpan sesuatu petanda untuk RNS.  

Sebelum dia hadir dalam hidup ini, RNS selalu je dilanda kemurungan.. Bila RNS buat sesuatu kerja mesti rasa tak selesa. Seolah-olah ada kekosongan. Tapi, sejak dia muncul, RNS kini rasa lebih selesa dan tenang melalui hari-hari biasa. Terima kasih kekasihku. :)
 
Sebelum dia hadir dalam hidup ini, tiada sesiapa pun yang benar-benar tahu jika RNS rasa sakit kepala. Tapi, sejak dia muncul, dia seakan-akan tahu je kesakitan yang RNS hadapi. Dialah yang selalu meringankan sakit tu. Terima kasih kekasihku.. :)

Dia jugalah yang banyak bantu RNS semasa belajar. Kalau waktu kuliah dia sentiasa di samping RNS. Tanpa dia, tak tahulah macam mana RNS nak belajar. Susah kot.

Hari ni, RNS rasa macam tak boleh simpan lagi rahsia ni. RNS nak sangat perkenalkan pada kawan-kawan siapa kekasih yang sentiasa di sisi RNS.. Tak salah kan kalau RNS bagi tahu?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TU DIA KEKASIH RNS! MY FIRST EYEGLASSES! haha 

Okay bye!


p/s: actually nak sambung lagi entri ni tentang "tanda2 anda perlu pakai spec". Tapi x sempat pulak sebab tiket bas pukul 10.30 pagi. later k!

Sunday, December 18, 2011

Rindu....


Pagi ni lepas bangun tidur, terus bersihkan diri seperti biasa. Kemudian sarapan oatmeal sambil buka laptop. Mouse di larikan ke Windows Media Player. Music Library terpapar sejurus kemudian. Terlalu banyak lagu
di dalam list. Hmm.. kali ni nak dengar lagu apa pulak ya? Tiba-tiba terdetik untuk scroll di bahagian library nasyid song. Lagu pertama yang dengar hari ni tajuk 'DOA SEORANG KEKASIH'- In-Team.



Lagu tu mengingatkan ku pada sahabat akrab waktu sekolah-SAIDATUL AKMA. Ahh.. rindunya. Lagu ni memang ada kisah yang tersemat dalam hati kami berdua. Betul kan Akma?


Sambil mendegar semua lagu nasyid yang sempat dimainkan tatkala menaip ni, I realized that my heart has been empty on 'something'. 'Something' yang sudah lama tidak diisi di dalam kalbu- Pengisian Majlis Ilmu Agama.

Selama menuntut ilmu ni, hanya berbekalkan tafsir Al-Quran saja yang mampu mengingatkanku kepadaNya setiap waktu. Namun, pembacaan semata-mata tak sama dengan kehadiran seorang guru yang mengajar.

Aku rindu zaman sekolah. Solat jemaah 5 waktu. Tazkirah selepas solat maghrib dan subuh. Indahnya suasana berada dalam majlis ilmu.. Usrah pula menyatukan hati-hati yang berkumpul kerana mencari redhaNya. Ukhwah juga bertambah kuat.

Kini tiada lagi. Tapi aku yang mesti mencarinya. Belajar ilmu dunia semata-mata tidak cukup. Peribadi seorang muslim tidak akan lengkap. Mungkin hati akan berasa gembira, tapi hakikatnya ada kekosongan di situ.



Ingat pesanan ayah: Jadi seorang doktor yang lengkap dengan pengetahuan agamaNya.
Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..





                                                     Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
                                                         Dia milikku, tercipta untuk diriku
                                                          atukanlah hatinya dengan hatiku
                                                                 Titipkanlah kebahagiaan

                                                                    Ya Allah, ku mohon
                                                           Apa yang telah Kau takdirkan
                                                    Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
                                                      Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
                                                          Pelihara daku dari kemurkaanMu

                                                         Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
                                                               Beri kekuatan jua harapan 
                                                      Membina diri yang lesu tak bermaya
                                                          Semaikan setulus kasih di jiwa

                                                                   Ku pasrah kepadaMu
                                                                      Kurniakanlah aku
                                                                 Pasangan yang beriman 
                                                                    Bisa menemani aku
                                                                      Supaya ku dan dia
                                                                  Dapat melayar bahtera
                                                       Ke muara cinta yang Engkau redhai

                                                            Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
                                                               Engkau sahaja pemeliharaku
                                                           Dengarkan rintihan hambaMu ini
                                                           Jangan Engkau biarkan ku sendiri
  
                                                                      Agarku bisa bahagia
                                                                  Walau tanpa bersamanya
                                                                   Gantikanlah yang hilang
                                                                Tumbuhkan yang telah patah
                                                                      Ku inginkan bahagia
                                                                      Di dunia dan akhirat
                                                              PadaMu Tuhan ku mohon segala




p/s: nak buat entri 3 top memori sekolah tapi kena cari balik gambar zaman sekolah.



Monday, December 12, 2011

Jom Buat Post Berantai Antara Bloggers..

Salam semua!

Tiba-tiba terlintas di fikiran RNS untuk imbau balik memori zaman sekolah dulu. Seronok juga bila kita buka balik kisah dulu yang sangat memberi makna dalam hidup kita. Mesti banyak perkara yang kita belajar daripada pengalaman yang kita lalui. Tak kisah la sama ada pengalaman manis ataupun pahit. Yang pasti setiap hari yang kita telah lalui pasti mempunyai hikmah dan pengajarannya.

Jadi, RNS nak buat satu 'Post BERANTAI' antara semua bloggers, dengan harapan kita dapat berkongsi kisah alam persekolahan (keutamaan: sekolah menengah).

Okay di bawah ni details dan cara-caranya sebagai panduan:

1. Kosongkan minda sebentar. Kemudian fikirkan maksimum 3 kisah alam persekolahan yang terlintas di fikiran anda.

2. Start a new post dengan tajuk: "3 Top Memori Alam Persekolahanku- (Nama penulis)"

3. Ceritakan sepuas-puasnya 3 kisah tu dalam post tersebut. (tulis 3 kisah yang pertama kali terlintas di fikiran- itu menunjukkan betapa kuatnya kesan peristiwa tersebut di hati anda)

4. Lepas tu, tag url blog kawan-kawan anda untuk join post berantai ni..

5. Yang penting jangan lupa di akhir post, copy link blog yang invite anda join post berantai ni.

Syarat-syarat:

-penulis mestilah SCHOOL LEAVERS..
-kalau boleh elakkan tulis sesuatu yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah orang lain melainkan mendapat keizinan empunya badan.
-pastikan unsur-unsur cerita yang sihat.

 

Rakan Bloggers bertuah yang RNS nak invite:













Sunday, December 11, 2011

New Piano videos: Titanic and Yesterday


Saja suka-suka main piano. Itu pun kalau waktu cuti and tak banyak kerja. 
Titanic (My Heart Will Go on)

 


Yesterday (The Beatles)

Lagu ni RNS mainkan untuk ayah sebenarnya. Sebab ayah suka sangat lagu ni. Ayah kata, "Boleh main macam Richard Clayderman tak?" 
RNS: "Aduh.., mim kelas piano pun tak ambik. Mim main simple version boleh lah. :)"
Walaupun tak perfect tapi rasa gembira boleh mainkan for him..;)




p/s: Sekarang tengah practice main lagu sekolah SERATAS.. haha x tau kenapa..