Tuesday, May 8, 2012

Keajaiban Tubuh Badan yang Kita Tak Sedar

Selasa, 8/5/2012

Assalammualaikum w.b.t


Pernah tak kita terfikir atau ambil tahu bagaimana tubuh badan kita bekerja dengan tekunnya setiap saat? Walaupun pada luaran kita sebenarnya sihat, tapi tahu tak sel-sel darah putih anda sentiasa berjihad melawan penceroboh-penceroboh luar yang nak merosakkkan sistem tubuh itu?

Nak tahu lagi?? Jom..

Bayangkan anda dikecilkan dengan satu mesin seperti dalam cerita "Honey I shrunk The Kids". Dengan tubuh kecil tu, anda masuk dalam sistem badan anda sendiri. Ikut suka hatilah nak bayang masuk ikut laluan mana. Mulut, telinga tak pun hidung pun boleh je lah..

I can see you!!!
 

Kemudian anda mulakan pengembaraan dalam tubuh badan anda sendiri ibarat pengembaraan yang penuh dengan kejutan menanti anda. Anda akan melihat ada sebuah 'penjana' (generator) bekerja di jantung anda. Dan bila penjana tu rosak (broke down), akan ada satu lagi 'spare part' yang ambil alih tugas tersebut.

Jantung setiap saat berdegup untuk supply darah di seluruh badan anda

Anda juga akan menyaksikan bagaimana sel-sel di usus kecil anda menyerap nutrisi daripada makanan. Satu jenis sel serap iron, satu lagi serap karbohidrat sementara yang lain pulak serap protein. Masing-masing ada tugas sendiri. Pada masa yang sama anda juga akan teruja melihat bagaimana hormon-hormon yang mengembara jauh daripada otak masuk ke saluran darah untuk ke destinasi organ tertentu
(misalnya ke buah pinggang) - dan hormon inilah yang akan beri arahan berikutnya.

Otak lah master seluruh fungsi badan.

Sepanjang journey anda, terlintas pula di fikiran bahawa semua keajaiban ini telah berlaku sejak hari pertama lagi anda dilahirkan ke dunia ini.



Secara keseluruhannya, anda membayangkan tubuh badan anda itu ibarat sebuah bandar yang wujud di alam dunia lain. Dalam bandar itu, terdapat sistem kenderaan, kilang-kilang, infrastruktur dan gajet yang tercanggih melebihi kecanggihan dunia luar. Sistem-sistem ini mampu memberi respons dan membuat pertahanan melampaui jangkaan anda.

Lebih daripada itu, dunia kecil ini juga bukan sahaja dicipta untuk diri anda seorang. Bahkan juga dicipta dalam tubuh ibubapa, adik, abang, kakak, kawan-kawan, rakan sekerja, orang yang berjalan di shopping kompleks, pelakon-pelakon yang anda lihat di kaca TV dan seluruh manusia di dunia nyata ini. Mereka semua itu berkongsi ciri-ciri yang sama seperti anda bermula daripada bawah kulit dan selebihnya. Sesungguhnya, manusia-manusia zaman dahulu yang telah hidup beribu-ribu tahun sebelum anda turut sama memiliki bioteknologi canggih ini.





Sesiapa yang dapat memahami secara terperinci tubuh badan manusia ini akan tersedar bahawa, dunia kecil itu pasti ada Penciptanya. Dan Pencipta itu jadikan ia sebagai panduan untuk kita lebih mengenali sifat-sifat Dia. Bukan itu sahaja, kita juga akan terfikir bahawa Pencipta itu tentulah mempunyai 'power' dan kebijaksanaan yang terunggul yang tidak terlihat oleh zat selainNya. Di dalam al-Quran Allah telah pun berfirman:

"Milik-Nyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Allah benar-benar Maha Kaya, Maha Terpuji. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menundukkan bagimu (manusia) apa yang ada di bumi, dan kapal yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit agar tidak jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia. Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali (pada hari kebangkitan). Sungguh manusia itu sangat kufur nikmat."
(surah al-Hajj, ayat 64-66)
 Melalui contoh-contoh ini sudah jelas sekali bahawa Allah lah yang menciptakan 100 trillion lebih sel-sel, tisu-tisu dan organ dalam tubuh badan anda sekarang. Allah mencipta manusia secara sempurna, lengkap  dengan fizikal dan mental. Inilah bukti nyata yang Allah tunjukkan kepada kita sebagai panduan untuk kita mengenali kehebatan dan keperkasaan Allah. Seperti mana Allah berfirman di dalam al-Quran:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Indahnya ciptaan Allah :)

Justeru, sebagai hamba kita harus menempuhi dunia ini bukan kerana orang lain, tetapi demi mendapat keredaan Allah semata-mata. Setiap hari kita bangun dari tidur, kepada Allah jualah kita memohon keberkatan dan kepada Dia lah kita bersyukur dengan nikmat kehidupan ini.



Post kali ni RNS kongsikan buat pembaca semua melalui pembacaan RNS di laman Human Miracle (based on the works of Harun Yahya).

Semoga ilmu kali ini dapat membawa seribu kemanfaatan buat anda yang sudi meluangkan masa di blog RNS. Dan ilmu yang baik itu sama-samalah kita share ye. ^_^




p/s: dalam term medic, generator jantung tu merujuk pada SA node. 'spare part' tu pulak merujuk pada AV node. :)

Thursday, May 3, 2012

Maher Zain 'Forgive Me'

Assalammualaikum w.b.t buat anda yang sudi meluangkan masa membaca blog RNS ni. ^_^

Dah dapatkan album baru Maher Zain yang terbaru berjudul 'Forgive Me'? Kalau belum, cepat-cepat dapatkan satu or hadiahkan buat sahabat dan ahli keluarga. 

Actually macam mana RNS boleh terpikat nak beli album ni? Hmm startnya from attending Fiqh Medic dekat IMU. First time dengar lagu Maher Zain 'Number One For Me' dah mula jatuh hati pada lirik yang tersirat dalam lagu tu. Sangat menyentuh hati.

Kenapa mesti dapatkan yang original? Sedangkan boleh je download mp3 from internet kan? Well seriously dengan harga RM29.90 RNS tak rasa rugi sebab rasa puas hati bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu yang tulen. Tambahan lagi RNS nak support Maher Zain so that he can continue his creativeness in creating a song for Muslim soul yang pada masa sama spreads the Da'wah to all over the world. (Cewahh.. padahal nak cover album tu sangat2! haha)




Jom kali ni RNS nak kongsikan dengan pembaca semua senarai lagunya.

1. Ku Milik-Mu
2. Number One For Me
3. Mawlaya
4. My Little Girl feat. Aya Zain
5. Forgive Me
6. One Big Family
7. Assalamu Alayka
8. Paradise
9. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad S.A.W
14. Tuntunku Kepada-Mu

Kalau perasan ada dua lagu dalam Bahasa kita kan? To be specific actually those two songs lyrics are adaptation from Novia Stephani (an Indonesian i guess..) tapi lyrics, melody and arrangement from Maher Zain, Bara Kherigi and Bilal Hajji sendiri.

Lagu no. 4, My Little Girl tu berkisar tentang doa seorang ayah untuk anaknya.

Lagu no. 6, One Big Family tu RNS rasa penulis nak mengajak kita seluruh umat Islam agar bersatu as one part of big family.

Lagu no. 12, So Soon mengingatkan kita supaya kembali bersemangat dan teruskan hidup apabila orang yang kita sayangi kembali menemui Ilahi. Good song :)

Okay, itu antara lagu-lagu yang RNS terkesan dengan liriknya. Yang lain-lain tu pun best jugak. Contohnya lagu Freedom pun RNS suka. Senang nak kata semua lah suka. :)


Apa lagi tunggu? Jom ramai-ramai support Maher Zain :) These are the kind of songs yang sepatutnya kita semua selalu dengarkan. Hati kita akan selalu tenang dan membuatkan kita fikir akan apa yang cuba disampaikan. Betul kan?


Ooh sebelum tu, find out more at www.maherzain.com


p/s: sambil tulis post ni, sambil tu jugaklah 'dok' bukak je lagu Maher Zain ^_^


Saturday, April 21, 2012

Hatiku Tenang Dengannya

Ayah belikan untuk ku dulu. Harap setiap kali aku baca Allah kurniakan pahala jua pada ayah yang tercinta. :)
"Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'd:13)
Peperiksaan Progress Test Semester 2 bakal tiba bermula hari Rabu depan 25/4/2012. Kadang-kadang hati ini tak dapat lari daripada rasa ketakutan dan gelisah. Meskipun sekuat mana kita cuba bertahan, ada masa kita akan kecundang jua. Mengapa? Hanya satu jawapan - kita bukan sempurna.

Dan di saat hati berasa sayu itu, tiada lain yang dapat menenangkan hati melainkan kembali kepada Ilahi. Menangislah wahai hati dan titis kan lah butir-butir air matamu. Sambil menadah tangan kepadaNya, menangis dan merintihlah sepuas-puasnya. Mana mungkin Allah yang Maha Lembut dengan sifat ihsannya membiarkan dirimu keseorangan tanpa pertolongan-Nya.
"Berdoalah kepada-Ku nescaya akan ku kabulkan." (Al-ghafir: 60)

 Hanya usaha dan tawakal yang mampu ku laksanakan. Dan segala-galanya aku lakukan dengan penuh kelemahan diri. Sesungguhnya segala keupayaan adalah kurniaanMu ya-Rabbi. Dan aku juga bersyukur padaMu kerana menganugerahkanku di dunia ini seorang ibu yang sentiasa mendoakan anak-anaknya.
"Belajar elok-elok mim. Sekarang ni mim dah capai impian untuk belajar kedoktoran sejak dari kecik. Setiap kali lepas sembahyang mama selalu doakan anak-anak mama berjaya." -MAMA
"Belajar rajin-rajin. Nanti boleh bukak klinik." -AYAH
 "Belajaq baik-baik na mim. Opah selalu mintak doa mim dapat buat." -OPAH
 "Belajar elok-elok kat sana. Medik bukan senang. Ingat mama ngan ayah dah banyak pay their effort for you." -ABANG

Berbekalkan kata-kata semangat dari insan-insan yang kucintai, aku teruskan kembara hambaku mencari cahaya nur ilahi.

 Aku sematkan di hati, mencari ilmu bukanlah untuk berjaya di dalam peperiksaan semata-mata. Kerana kalau aku berfikir sedemikian, tentulah aku akan berputus asa saat gagal di dalam peperiksaan. 

Tetapi sekiranya aku niatkan belajar ilmu untuk mengenal dan mensaksikan keagunganNYA, maka walau banyak kali aku gagal sekalipun, aku akan sentiasa belajar dari HikmahNYA dan tetap berjihad mencari cahaya ilmuNya.

Akhir sekali terima kasih kepada pemberi link video nasyid DAMAI -Cahaya. Sungguh menenangkan kerana tatkala hati alpa, mengingatkan ku kembali pada tujuan kehidupan.



Saturday, April 14, 2012

"Kembara Hamba Mencari Cahaya"

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku bersyukur segenap hati ku kerana kali ni Allah masih memberikan peluang untuk menghadiri Fiqh Medic Part 2 di IMU. Sebelum ni, hati rasa sayu sebab beranggapan aku mungkin tidak berkesempatan untuk hadirkan diri ke program ini lagi. Alhamdulillah di saat-saat akhir, ada peluang sebenarnya yang Allah sediakan untuk ku.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa kali ni bahasa 'aku' digunakan? Post kali ni RNS menulis lebih untuk mengingatkan diri RNS sendiri. Diri ini juga mudah lupa dan lalai. Iman; adakalanya naik adakalanya turun. Di saat menurun itulah aku harus peringatkan diriku agar kembali bangkit dari terus tersungkur. Justeru penulisan kali ini hadir dari hati yang tulus dan seolah-olah ini merupakan seutus surat buat Penciptaku yang sentiasa melihat dan tahu sedalam-dalam naluri hatiku. Aku tidak dapat sembunyikan apa-apa pun dari pengetahuanNya.

Aku yakin pendedahan yang Allah berikan padaku untuk menghadiri majlis ilmu ini adalah satu hidayah dan rahmat dari sisiNya. Allah, Engkau tahu bahawa hatiku ini selalu mencari-cari cahaya nur ilmu Mu. Dan Engkau mempermudahkan jalan untukku mendapatkannya dengan cara yang tidakku sangka-sangka. Besar sungguh pertolonganMu ya Allah!

Entah mengapa, terkadang aku tersedar bahawa seolah-olah ada satu petunjuk yang sentiasa berulang berlaku dalam rutin harianku. Yang mengingatkan sesuatu...

Allah, bila Engkau tunjukkan padaku antara hamba-hamba Mu yang bersabar mengharungi kehidupannya yang penuh kepayahan, lantas aku tersedar. Siapalah untuk aku mengeluh dengan setiap ujian yang Engkau berikan kepadaku selama ini? Sedangkan ada orang lain yang hidupnya lebih berat dari apa yang aku alami. Aku patutnya bersyukur dengan segala-gala yang Engkau kurniakan.

Pada sesi penyampaian Dr. Fauziah bt. Hasan di Fiqh Medic 2 ni, hati ini mudah saja tersentuh. Allah berikan ku kefahaman terjemahan ayat-ayat al-Quran yang selama ini aku baca. Memang firman Mu itu benar ya Allah! Tiada keraguan lagi walau sedikit pun!

... Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)...
(Surah al-Mukminun, ayat 62)
 Aku senantiasa diingatkan bahawa jalan yang bakal aku tempuhi di hari-hari yang mendatang tidak akan menjadi mudah. Sehinggakan saat ini sekalipun aku sudah dapat merasakannya. Aku mohon padaMu ya Allah, titipkanlah kekuatan dan keupayaanMu untuk aku menghadapi semuanya dengan tenang. Jangan biarkan aku keseorangan tanpa didikan Mu ya Allah.. Jangan biarkan aku berharap dan bergantung selain Engkau ya Allah.. Sesungguhnya aku adalah milikMu dan kepada Mu jualah aku akan kembali. Dan itu sesuatu yang pasti! Aku malu untuk kembali padaMu dalam keadaan diriku yang penuh dosa. Maka ya Allah, janganlah kiranya Engkau matikan aku melainkan setelah Engkau redai kehidupanku dunia dan akhirat...

Kali ini, Allah telah menemukan aku dengan sebuah buku hasil penulisan Hilal Asyraf. "Kembara Hamba Mencari Cahaya". Tertarik hatiku untuk membacanya. Terima kasih Allah wahai Kekasih hatiku yang satu!

Jumpa buku ni di booth Fiqh Medic 2012 di IMU








p/s: Dalam diam hati ini telah mula terpaut....



Saturday, March 31, 2012

Fiqh Medic 2012 Part 1 di IMU


Sabtu, 31 MAC 2012

Assalammualaikum wbt buat saudara muslimku yang sedang membaca penulisan ini.

Semoga Allah sentiasa meredhai kita yang sentiasa dahagakan ilmu yang baik. Ketahuilah, saat anda membaca karangan RNS kali ni, pasti terdetik di hati anda untuk mengetahui apa itu ilmu fikh (fekah) perubatan. Teruskanlah membaca. RNS berharap moga perkongsian yang tak seberapa ni sedikit sebanyak menambah pengetahuan kita bersama.

Perasaan

Alhamdulillah RNS bersyukur sangat pada Allah kerana Dia mengizinkan RNS menghadiri program anjuran Muslim Society IMU Bukit Jalil. Terima kasih buat seorang hamba Allah yang mula-mula memberitahu RNS mengenai program ini. Tanpa info itu, mungkin RNS juga tak berpeluang ke IMU. Semoga Allah memberkati usahamu di dalam agamaNya. =)

Sewaktu di sekolah dulu, ilmu agama mudah dicari. Biasalah, kehidupan di asrama penuh ada banyak pengisian usrah, halaqah dan tazkirah. RNS ingat lagi ustaz dan ustazah pernah berpesan, "Belajar Pendidikan Islam jangan kerana peperiksaan semata-mata. Sebab nanti bila kamu tak kuasai nya, kamu tak akan jumpa lagi subjek Islam dalam kursus-kursus pengajian selain Feqah. Waktu di universiti nanti kena pandai cari sendiri."
 Ya, memang sekarang ni itulah yang RNS lalui. Baru kini terasa benar-benar seronoknya bila dapat peluang menghadiri forum atau ceramah islamik. Rindu terubat jua.

International Medical University (IMU)

Saat kali pertama menjejakkan kaki di International Medical University, rasa kekaguman di hati. Cantik. Dari mata kasar, boleh katakan sangat 'standard' universiti perubatan ni. Yang RNS suka, banyak kata-kata motivasi para ilmuwan perubatan yang digantung di dinding-dindingnya. Interior design yang berkonsepkan kaca dan banyak bilik-bilik khas disediakan untuk kegunaan pelajarnya. Bilik-bilik kaca apabila dipenuhi oleh mahasiswanya seolah-olah kawasan kampus nampak 'hidup'. Sempat jugak melihat dari luar anatomy museum di tingkat 3. 

Bertuah sesiapa yang dapat menyambung pengajian di sini. Apa pun RNS tak sempat nak berjalan-jalan di sekitar kawasan yang lain. Cuma bila masuk rasa macam kat 'shopping complex' sebab ada escalator dan kawasan bulatan tengah yang dapat dilihat dari tingkat atas ke bawah.

Salah satu frame gambar di IMU.
The Hippocratic Oath- Satu lagi Oath in medical education.

Bersama-sama kawan sekelas. Turut serta Haikal yang snap photo.
 Pengisian Ilmu

Penyampai pertama: 

Ustaz Ismat Nazririn bin Mat Isa (kiri)


Ustaz Ismat Nazirin bin Mat Isa
Academic Degree: Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dah Usul Fiqh) Universiti Yarmouk, Jordan
Jawatan: Pegawai Hal Ehwal Khas, al-Islam Specialist Hospital

Sesi pertama disampaikan oleh ustaz menyentuh berkenaan 'Pengenalan Fiqh Medik', 'Maqasid Syaria'ah dan Rukhsah Ketika Sakit'.


Ringkasan dari kefahaman RNS sendiri:

Ibadah ialah sesuatu perbuatan yang menunjukkan perhambaan kita pada Allah SWT. Justeru apakah tujuan Allah perintahkan manusia beribadah? Dalilnya di dalam al-Quran yang bermaksud:
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun." surah al-Mulk, ayat-2.
 Bagaimana kita nak mengetahui sesuatu perkara yang kita lakukan itu adalah ibadah? Contoh yang Ustaz berikan amat senang untuk difahami.
Ibadah ialah sesuatu perbuatan yang dimulakan dengan Bismillah. 

Kenapa perlu belajar fiqh perubatan?

1. Mudah untuk kita amalkan ibadah terutamanya solat ketika sakit.
2. Membantu pesakit yang sememangnya tidak ada kemampuan untuk melaksanakan ibadah pada waktu       darurat.
3. Menzahirkan kecantikan Islam dalam setiap detik kehidupan meskipun ketika waktu yang sukar.
4. Menyampaikan agama Allah kepada mereka yang di sekeliling kita.

Cara melaksanakan wuduk untuk pesakit.

Rukhsah tayammum untuk pesakit (mengikut keadaan)

Rukhsah solat- cara solat ketika baring mengiring

Rukhsah pesakit (mengikut keadaan)

1. Jika ada balutan pada anggota wudhuk, maka berwuduklah hanya pada anggota yang terdedah sahaja.
2. Sekiranya pesakit tidak mampu untuk mengambil wudhuk, minta bantuan orang lain untuk mewudukkannya.
3. Dibolehkan tayammum.
4. Boleh sekiranya tanpa menghadap kiblat.

*Rukhsah bermaksud kesenangan yang diberikan ketika darurat. Walaubagaimanapun haruslah berpandukan syarat dan keadaannya. RNS tak menghuraikan dengan dalam cara perlaksanaan rukhsah tersebut kerana dengan lisan lebih mudah untuk difahami. Justeru, bertanyalah kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini secara berhadapan.


Penyampai kedua:


Dr. Zainur Rashid Zainuddin
Academic Degree: Royal College Of Surgeons Ireland (RCSI)
Royal College of Obstetrician & Gynaecologist
Jawatan sekarang: Dekan, IMU Clinical School, International Medical University, Seremban
Pakar Perunding Kehormat Obstetrik & Ginekologi, Hospital Tuanku Jaafar Seremban

Posts in NGO
Aman Palestin Bhd – Perunding Aman Palestin
Ikatan Muslimin Malaysia – JK ISMA Seremban
I-Medik Malaysia – Vice Precident (1) I-Medik
Public Campaign to Protect Palestine – EXCO PC2P
Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
Obstetrical & Gynaecological Society of Malaysia (OGSM)

Sesi bersama Dr. Zainur lebih kepada perkongsian kerjaya terutama dalam isu nilai sebagai doktor  dan aktivis sukarelawan.

Kami semua mendengar kisah kehidupannya belajar di luar negara. Beliau ada menceritakan bagaimana komuniti muslim mereka bersolat di atas tangga kerana tiada surau di tempat belajar. Prinsip Islam yang kuat dan teguh diamalkan meskipun di negeri orang mampu membuatkan orang bukan Islam sangat menghormati komuniti kecil ini. Berkatnya, kini makin bertambah surau/Islamic Centre yang telah dibina di Dublin, Ireland untuk kegunaan umat Islam di sana.

RNS tersentuh sekali apabila beliau telah memperingatkan kami semua, 
"Apakah pekerjaan yang paling mulia  di dunia ini?"
Guru? Doktor? 
"Bukanlah doktor, guru, atau apa-apa sekalipun kerjaya paling mulia di dunia ini. Kerana jika itu adalah yang paling mulia pastilah Rasulullah SAW akan diutuskan oleh Allah sebagai seorang doktor. Tetapi kerjaya yang paling mulia ialah yang paling banyak menyampaikan manfaat kepada orang lain. Rasulullah SAW, bagindalah seorang guru, bagindalah seorang doktor, bangindalah seorang pemimpin yang mengajar tauhid kepada Alah."
Bukan itu sahaja, Dr. Zainur ada juga menerangkan betapa pentingnya Baitul Muslim dalam mendidik anak-anak agar menjadi seorang yang hebat dan boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Sabar juga adalah kekuatan untuk menghadapi cabaran kehidupan yang Allah berikan.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Surah Muhammad, ayat 7

Setakat ini dahulu perkongsian RNS. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog RNS ni. Sekiranya ada mana2 yang khilaf dalam penulisan ini, mohon agar perbetulkan untuk kemaslahatan kita bersama.

Wallahualam.




p/s: Moga Allah memilih kita sebagai tetamu Fiqh Medic Part 2 nanti. InsyaAllah. Oh ya! ziarah page DR. Zainur Rashid di http://zainurrashid.com/

Friday, March 16, 2012

Debaran Menyampaikan Seminar Medik

Khamis, 15/3/2012

Tarikh keramat 15/3/2012. Itulah tarikh yang mana pertama kali RNS ditugaskan untuk menyampaikan seminar bertajuk "Gastrointestinal Tract Hormones and Its Clinical Applications". Seminar disampaikan bersama 3 orang lagi ahli kumpulan RNS.

Apa penting sangat seminar? Seminar adalah tugasan yang diwajibkan kepada setiap pelajar MBBS di MSU bagi setiap tahun pengajian. Setiap pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan, dan masing-masing akan diberikan topik mengikut modul.  Objektifnya yang utama melahirkan seorang doktor yang mampu berkomunikasi dengan baik dalam menerangkan sesuatu ilmu perubatan kepada masyarakat nanti.

Bagi RNS, penyampaian ilmu untuk rakan-rakan batch itu merupakan satu tanggungjawab yang besar. Menyampaikan ilmu bukanlah semudah yang disangka. Tidak boleh sama sekali kita menyampaikan sesuatu ilmu yang salah kepada orang lain. Adakalanya, bukan sebab RNS tidak mahu berkongsi ilmu pada rakan-rakan sekelas yang bertanya, tetapi diri ini amat khuatir mengajar sesuatu yang tidak benar. Walaubagaimanapun, apa yang RNS kuasai InsyaAllah akan RNS sampaikan.

Ni RNS nak cerita pengalaman menyampaikan seminar di tahun pertama. Sejak mula lagi RNS sangat berharap tajuk seminar yang dapat ialah Physiology. Alhamdulillah Allah makbulkan. Ya, RNS dapat tajuk bahagian Physiology. Kenapa nak Physio? Sebab RNS suka belajar mengenai fungsi-fungsi sistem badan manusia. Setiap kali baca buku teks Sherwood Human Physiology, setiap kali itulah kekaguman RNS terhadap ciptaan Allah muncul. Penciptaan manusia adalah sebaik-baik kejadian dan RNS dapat lihat begitu sempurna dan tersusunnya Allah mencipta tubuh badan manusia. MasyaAllah!

Selalunya di sekolah dah biasa bercakap di hadapan pelajar-pelajar lain. Jadi, dua tiga hari sebelum seminar memang tak rasa apa-apa. Tapi, malam sebelum seminar hati dah mula rasa berdebar-debar. Semasa sibuk menyediakan nota-nota yang ingin disampaikan, fikiran ligat mengingat points. Eh cukup ke powerpoint slide ni? Pendek sangat ke eyh? Nanti kalau buat slide banyak-banyak, students mengantuk pulak. Tak pe, buat je setakat mana yang mampu.
Pagi seminar tu, jejakkan kaki di kampus je dah bertambah kadar degupan jantung. Entah berapalah BP waktu tu kan. Langkah kaki diteruskan lagi menaiki anak-anak tangga di 'dataran glob' MSU. Arghh.. Sympathetic stimulation is increasing! Kenapa nervous sangat ni? Selalu biasa je.. Kat sekolah dulu senang je kalau ada ujian lisan or presentation. Tapi kali ni sangat lain. RNS perlu berhadapan dengan kawan-kawan sekelas yang jauh lebih pandai dan bijak-bijak belaka. Tambahan lagi akan dinilai oleh dua orang doktor!

Masuk saja lecture theatre, dah mula duduk tak diam. Tangan dah semakin sejuk, tambah pulak dengan air-cond yang di takat sejuk beku! (hiperbola semata). Kawan-kawan sebaris dengan RNS-Jaja, Aisyah, Fauhan- semuanya cakap "Tak sabarnya nak dengar Syamim present." Okay, senyum je lah. Gelak-gelak sikit bagi tenang.

Kemuncaknya tiba jua bila DR. Anirrudha said, "I think next group can come down and start their seminar now."
Ya Allah! Bantulah aku menyampaikan ilmu untuk kawan-kawanku. Tenangkanlah hatiku, peliharalah lidah ku semasa berbicara, dan mudahkanlah mereka memahami penyampaianku.
Turun je ke hadapan pentas bersama-sama ahli kumpulan RNS, tiba-tiba rasa ketenangan. My heart rate slowly recovers to its normal condition. Alhamdulillah kurang rasa resah dan gundah bila melihat wajah kawan-kawan seramai hampir 200 orang yang mengharapkan RNS untuk berkongsi ilmu. 

Sepanjang penyampaian, ada jugak tersalah cakap. Padahal sudah terbentang di screen apa yang RNS prepare dalam slide. Hmm.. biasalah kan. Diri tak sempurna. Tapi, RNS rasa bersyukur sangat bila terlihat wajah Dr. Anirrudha dan Dr. Mustapha mengangguk-anggukkan kepala semasa RNS bercakap. Itu tanda baik kot. Haraplah.
Habis saja seminar, adalah juga beberapa rakan yang menyatakan mereka faham dengan apa yang RNS ajarkan. Sesuatu perkara yang awalnya sukar, kini menjadi mudah. Segalanya dengan tawakal dan kudrat daripada Allah. Segala yang baik itu tentunya datang daripada kurniaanNya juga. =)

Waiting to enter dissectian hall.


p/s: tak sabar nak hadiri fekah medik di IMU. :)

Sunday, March 4, 2012

My upper respiratory tract drawing

Nak jadi macam Dr. Netter boleh x? Kalaulah ada masa, nak produce one atlas. Hehe berangan je lah...

Tuesday, February 28, 2012

Kau Tercipta Untukku

Seindah Mawar Berduri..

Khazinatul Asrar. Seindah si pemilik nama yang bermaksud 'khazanah rahsia'.
Seorang gadis muslimah yang solehah yang diibaratkan seperti sekuntum mawar yang berduri. Sungguh cantik kelopaknya, sungguh harum wanginya. Namun bukan mudah untuk disentuh oleh sesiapa kerana kecantikan itu dilindungi oleh ketajaman duri yang menjadi perisai dirinya.

RNS ingat lagi novel yang suatu masa dulu telah menyentuh kalbu yang dahulunya gersang. Gersang kerana masih tidak lagi memahami dengan sebenarnya ilmu agama Islam. Maklumlah pada waktu tu baru mula menginjak ke usia remaja. Namun Alhamdulillah. 'Turning Point' kefahaman dan penghayatan bermula sejak kali pertama RNS membaca sebuah novel karya Ustazah Fatimah Syarha. Watak Khazinatul Asrar dalam cerita tersebut melahirkan satu rasa yang sangat indah. Andainya aku dapat mencontohi akhlak gadis itu...

Melalui penulisan saja, hati mula terpikat dengan penulis novel tersebut. Kalaulah watak yang digambarkan secantik itu, apatah lagi peribadi penulisnya. Tak pernah RNS terbayang bahawa satu hari nanti akan berjumpa dengan Ustazah Fatimah Syarha. Namun, Allah beri kesempatan RNS melihatnya dari jauh sewaktu menghadiri forum 'Kau Tercipta Untukku' anjuran Helwanis MSU. Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr. Farhan Hadi dijemput sebagai panel.


Rindu yang dahulunya tercari-cari kini telah diisi kembali. RNS bersyukur sangat kerana dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu agama yang akhir-akhir ini jarang RNS ikuti. 

Kalau nak diceritakan di sini apa yang dibincangkan dalam forum tersebut mungkin agak panjang. Tetapi RNS akan cuba highlightkan apa yang RNS mampu faham daripada penyampaian Ustazah Fatimah dan Dr. Farhan.

1. Kau Tercipta Untukku.. Allah menjadi suami/isteri itu adalah suatu takdir yang benar untuk masa lalu dan sekarang. Namun, sebagai hamba kita tidak akan tahu apakah si dia (pasangan) tercipta untuk kita pada masa akan datang. (perkara yang ghaib hanya di pengetahuan Allah melainkan apa yang diwahyukan pada Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul)

2. Memilih pasangan melalui 4 ciri-cirinya iaitu keturunannya, kecantikannya, hartanya dan agamanya. Namun janji Rasulullah, kamu akan bahagia jika memilih kerana agamanya.

3. Cantik kerana rupa itu adalah terlalu subjektif buat berlainan individu. Mungkin dia cantik untukmu tetapi tidak buatku. Tetapi, apabila cantik akhlaknya, akan cantiklah keseluruhan peribadinya.

4. 3 perkara yang sekiranya ada pada dirimu, maka kamu akan merasai kemanisan iman. Pertama, apabila kamu mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya. Kedua, cinta pada pasangan kerana Allah. Ketiga, apabila kamu benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana kamu membenci dirimu dicampakkan ke neraka.

5. Ikutlah apa yang diperkatakan oleh para ulama khususnya dalam isu 'bercouple'. Para ulama tidak memuji sama sekali pasangan yang 'bercouple' sebelum nikah kerana sesungguhnya kamu tidak akan kenal watak sebenar pasangan kamu sebelum nikah. Tidak hairanlah mengapa ada yang mampu bercinta selama 7 tahun, tetapi akhirnya bercerai dalam masa yang singkat selepas pernikahan.

6. Setiap manusia itu pasti ada kekurangan. Manusia bukanlah sempurna seperti malaikat. Maka dalam alam rumah tangga, perlu bijak untuk menegur dan bertolak ansur.

7. Berfikiran positiflah selalu. Sebab apa yang kita fikirkan itu Allah mengetahuinya. Jauhkan dan elak rasa 'rendah diri yang negatif' kerana itu akan menghalang kita daripada bersangka baik pada Allah.

Kesimpulan akhir yang RNS pegang dan ingat melalui penyampaian Ustazah Fatimah Syarha,

Adik-adik pilihlah jalan mana yang adik-adik mahukan. Sama ada mahu 'bercouple' atau tidak, terpulang. Tetapi fikirlah, adakah jalan yang dipilih itu mampu menjanjikan adik-adik dan pasangan untuk sama-sama dijemput oleh Allah dan para malaikat, "Masuklah kamu berdua ke dalam syurga..."?

InsyaAllah, setakat ini dahulu perkongsian RNS untuk pembaca semua. Sama-samalah kita perbaiki diri setiap kali melakukan kesilapan. Ingatlah, Allah itu Maha Penganpun dan Penerima Taubat. Jika kita tidak memohon kepadaNya, kepada siapakah lagi kita akan kembali?




p/s: contoh rasa rendah diri yang negatif: "aku ni bukanlah baik pun, nanti mesti aku dapat pasangan yang jahat."

Monday, February 13, 2012

Love from Makassar

Terharunya dapat mesej from insyira! Keluar je exam hall tadi tersenyum manis baca text message.

Cuma rasa rugi x dpt nak jawab call from her.

Thursday, February 9, 2012

Penghujung Study Week, Peperiksaan Mendatang

Khamis, 9 Februari 2012.

Sesungguhnya kepada Allah aku berlindung daripada penulisan yang membawa kemurkaanMu.

Assalammualaikum wbt pembaca setia semua! :P

Sementara menanti solat Isyak, tiba-tiba RNS terfikir untuk update blog ni. Lama la pulak tak tulis entri. Hmm ni pun update melalui phone je. Nak buka laptop nanti susah pulak nak shutdown.

Sebenarnya RNS sedang dalam "Study Week" untuk exam final Semester 1. Tinggal 3 hari lagi je untuk ulangkaji semua topik-topik yang RNS dah belajar. Banyak nya tak terkira ya Allah!
Boleh ingat ke semuanya ya?
Kepada Allah saja lah kita bertawakal. Moga-moga ilham dikurniakan Allah semasa menjawab soalan.

Firman Allah dalam surah ke 40 (Ghafir) yang membawa maksud:
"Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.' "
(ayat 60 surah Ghafir)

Buat kawan-kawan sekolah RNS yang ajak keluar, sorry sangat. Cuti sem kita tak sama. Rindu sangat nak gathering balik. Apa pun kita stay connected melalui FB dan twitter je la ya. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa. =D

Setakat ni Alhamdulillah, mampu bertahan dengan dugaan dalam perjalanan mencari ilmu. Macam-macam kisah yang terlalu banyak untuk diceritakan di sini.

Setakat ni dulu entri pendek RNS kali ni. Kata-kata RNS ni actually nak membuktikan yang RNS masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas.
InsyaAllah lepas exam nanti RNS akan kembali menulis di blog ni untuk followers yang setia dan pembaca lain. :)


Wallahualam.



p/s: sedih sebenarnya tak sempat jumpa cikSpankuning, my best friend-insyira yang balik dari makassar hari tu. :(