Friday, July 22, 2011

# 23 Pandangan Pertama or First Impression

Watak dan perwatakan kita sentiasa menjadi perhatian orang lain. Tak kisahlah anda seorang yang terkenal mahupun tidak . Pokok pangkalnya manusia memang tidak hidup seorang diri di muka bumi ini. Tuhan jadikan setiap individu dalam pelbagai bentuk perbezaan baik dari segi warna kulit, keturunan, perwatakan, dan lain-lain lagi yang tak tertulis di sini. Hikmahnya, dari situlah kita belajar untuk kenal antara satu sama lain.

Okay, balik pada topik besar, “Pandangan pertama or First Impression”. Ooops, jangan salah sangka ya...  RNS bukan nak cerita tentang kisah cintan-cintun atau jiwang-jiwang. Tapi tentang SIKAP. Sebagai manusia yang normal akal fikirannya (tolak tepi orang gila atau pesakit mental), dalam diri kita mesti ada sikap suka membuat kesimpulan terhadap sesuatu yang kita lihat melalui luarannya sahaja. Tak mengaku?! Bohonglah! ! Cuba tengok gambar di bawah ni kalau berdegil jugak..



siapa anak muda ni? wahh...

  
haha! lakonan semata-mata..

Hah betulkan? Lepas nampak je semua gambar tadi mesti automatik otak anda akan respons. Kalau tak ada juga maknanya there is something wrong with your brain since your nerves failed to gain impulses and stimulate responses.  Apapun bergantunglah pada setiap orang untuk menilai sendiri. Lain orang lain buah fikirannya. Apa yang anda fikirkan melambangkan keperibadian anda sendiri. 

Pada pandangan RNS sendiri, setiap orang akan menilai seseorang itu melalui tiga aspek utama iaitu penampilan, perwatakan, dan percakapan. Eh, sekejap! Tambah satu lagi untuk aspek PENULISAN.

Di alam siber ni, jom kita berbincang mengenai aspek PENULISAN. Hmm.. sedarkah anda bahawa gaya penulisan juga melambangkan keperibadian si penulis. Sebagai contoh, cuba anda berikan pandangan peribadi mengenai  dua situasi di bawah:

Situasi 1 : Apabila orang menasihati anda
Person 1:  “... ko apa hal tak puas hati ngan aku?! Ko ingat bagus sangat ah?! Blah la wei!! Cermin muka dulu sebelum nak nasihat org!”
Person 2 :  “... Kenapa semua orang pandang serong pada aku? Apa yang tak kena dengan diri aku?”

Situasi 2 : Apabila anda marah
Person 1 : “... Shit la!! Macam haram!”
Person 2 : “...Tolong jangan bagi saya marah lagi. Setiap orang ada tahap kesabarannya.”

Bentuk penulisan di atas kadangkala kita boleh lihat sebagai status  di laman-laman sosial seperti Facebook atau blog. Banyak lagi situasi lain tetapi RNS khuatir akan menyinggung perasaan orang lain yang membacanya. 

Sebenarnya setiap penulisan kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi, perlulah kita ingat bahawa tulisan kita adakalanya mudah diterima orang . Tetapi pada masa yang sama ada juga orang yang mempunyai pandangan berbeza dengan kita. Oleh itu, sebagai seorang yang berakhlak kita haruslah peka dengan setiap patah perkataan yang cuba disampaikan. 

Tidak dinafikan bahawa bahasa seharian generasi sekarang berbentuk selamba. RNS juga seorang remaja. Kadang-kadang kita sudah terbiasa dengan gaya bahasa yang  pada zahirnya kurang sopan tetapi sebenarnya ia adalah biasa bagi golongan tertentu. Erm faham tak apa yang cuba saya sampaikan? Okay, sebagai contoh: 

Anda sedang mendengar rakan anda berceloteh dan berjenaka. Kemudian anda ketawa dan secara spontan anda berkata, “ Hahaha, hang ni bengong la!” 

Perkataan bengong itu pada zahirnya memanglah tidak sopan, tetapi pada situasi itu perkataan tersebut melambangkan sense of humour apabila dikenakan dengan gaya percakapan. Betul tak?

Walaubagaimanapun,  tidak semua bahasa selamba ini boleh digunakan dalam bentuk penulisan. Sebabnya ramai orang akan mudah tersalah tafsir terhadap apa yang kita tulis. Ingat, dalam penulisan kita tidak boleh melihat gaya tubuh dan percakapan si penulis. Akibatnya, kita pula yang tersalah sangka. Bukankah akhirnya ia akan mengundang ketidak puasan hati orang lain?

Kesimpulannya, kita haruslah berhati-hati dalam menulis sesuatu yang kita fikirkan. Biar pun kita mempunyai pandangan yang berbeza, namun cara penyampaian haruslah beretika dan berakhlak. Tujuan RNS menulis entry kali ni kerana RNS sendiri melihat scenario yang kurang sopan dalam penulisan terutamanya dalam kalangan blogger dan pengguna laman sosial.  Apalah salahnya kita ubah sesuatu tabiat yang buruk dalam diri kita? Hanya anda sahaja yang tahu apa yang patut diubah dan dikekalkan.
 
Bahasa yang sopan itu melambangkan peribadi akhlak yang terpuji!

p/s : apa respons anda agaknya ya? Please leave a comment..

Tuesday, May 31, 2011

Hadiah untuk cik .......

Entry kali ni just buat my 'exschoolmate-exdormmate-exroommate'...

Tak tahu kenapa terlintas dalam ingatan. Mungkin sebab lama tak berceloteh dengan cik kak tu. Sepanjang di UiTM kalau ada apa-apa masalah or cerita, you are the first yang RNS jumpa. Haha tiba-tiba teringat perangai kita dua orang sebelum tidur. Setiap kali dah tutup lampu mesti bersembang-sembang dulu then entah pukul berapa terlena pun tak sedar..
Study pun best jugak kan. You taught me about chemistry.. Your master subject. Kalau tak tahu buat soalan, kita akan bertukar-tukar fikiran.
Makan memang nombor satulah! Apa-apa pun semua KONGSI! Sampai nasi goreng student selang-seli beli setiap petang. Hari ni RNS then esok kamu pulak. Tak lupa jugak roti Gardenia setiap minggu.. setiap pagi breakfast roti bakar peanut butter.
Then satu hal yang takkan lupa, insiden kena 'lecture' dengan Madam Tong sebab kes 'reserve tempat duduk dekat lecture hall.' Tak semena-mena satu kuliah kenal my name! oh no, maluuuunya! But anyway, the point is RNS nak bagi tahu thank you sebab reserve sit for four of us.. me, raihan, okid n ann..

Sekarang sedang bercuti di Penang. Lama tak turun pantai. So waktu kat pantai tiba-tiba teringat nak tulis ni untuk kamu cik .......



I really miss the moment  we were together. Its a miracle kalau kita dapat U yang sama walaupun maybe lain-lain course. I hope that you will always success my BFF.

Akhir kata, RNS doakan semoga kamu boleh lanjutkan pelajaran dalam bidang yang kamu naak sangat- sangat ye!






p/s: cepat-cepat la jadi doktor yeh. I nak hire you as my personal doctor..=)







Friday, May 27, 2011

May 27, 2011 Gerhana Matahari or Gerhana Bulan?

Tengah hari ni dalam pukul 12.40 pm I got a call from my father, "Pergi keluar tengok matahari."
So, apa lagi I grabbed sunglasses abang and camera Canon Ixus because I know there must be something weird is going on. Lepas tu cepat-cepat shoot keluar kat halaman rumah. Sambil dongakkan kepala then perlahan-lahan I looked at the sun.. First response, takutnya... (kebesaran Allah menjadikan kita berasa sangat kecil di sisiNya...) Then, wow subhanallah! it's ECLIPSE! eh, betul ke ni? kenapa macam pelik je...

First time dalam hidup I tengok kejadian ni secara live dengan mata sendiri... Tapi ni gerhana apa ke apa eyh? I'm confused.. gerhana matahari or bulan? I called cikMerahItuSpankuning dia kata solar eclipse..  Hmmm nampak sangat ilmu sains yang belajar waktu sekolah dulu dah berkarat.. Anyway, kalau you all pun tak tahu gerhana apa pergi search google now.

Apa lagi, nah I show you pictures of the eclipse yang I sempat snap. I used 'Beach Mode' sebab waktu gerhana ni light intensity is very high. So this mode gives the best image at this time. Tapi gambar tak betul-betul in center sebab I snap the images without looking at the sun directly. Ye la, rosak mata owh.. randomly je.. Siapa-siapa yang tak sempat tengok kejadian ni tadi, enjoy!














Gambar-gambar ni maybe sewaktu pertengahan or akhir gerhana. Tak sempat nak ambil gambar waktu mula-mula gerhana berlaku sebab tak perasan pun.. 


p/s : saya tertipu oleh 'ketidakpandaian' sendiri.. ni BUKAN kejadian gerhana lah! Its a natural phenomenon called 'halo' or Bahasa Melayunya dipanggil fenomena optik.. X de kena mengena pun dgn ECLIPSE! huhu pi rujuk wiki.











Tuesday, April 26, 2011

# 20 Mereka dan Art of Photography

Art of photography.. Hmm dulu tak ambil kisah sangat tentang photography ni. Ambil gambar without sense of knowing the right way to shoot. Tapi sekarang rasa macam seronok nak snap photo. Its okay if I'm not in the picture as long as I am the 'photographer'. Mungkin sebab RNS dikelilingi individu-individu yang turut meminati seni ni kot. Anyway I'm not a professional.

RNS dengan berbesar hati nak kenalkan 3 orang kenalan yang berjaya menarik hati RNS dalam photography ni. So, as tribute to those individuals, check out these fascinating photos together with their short bios!

First and foremost saudari Nurul Izzah Tajul Ariff

Just call her Iyza. She's my schoolmates during high school. A lovely girl yang pandai jugak main musical instrument. Iyza is currently in IIUM studying foundation in law. RNS sendiri tak sangka dia minat photography. One day I checked out her album in FB and her photos are quite interesting! 

Ni kata-kata Iyza waktu RNS interview hari tu:

-sejak minat, lepas spm and lepas tgk my uncle's punya artwork
-photography.. sebab it's how u look at the world. i mean, daily life u pun kadang2 boleh jadi satu artpiece yang sgt bizarre.
-pesanan, kalau minat something, it's not tentang apa yang u ada, it's how u make it work
tu je lah kot. hee

 Check out her lovely pictures:




Visit her site Pelangi Hidup Aku



Next saudara Muhammad Haffiz



Haffiz or lebih senang panggil Appis. He's actually abang RNS punya best friend. Beliau salah seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia. First time RNS tahu yang beliau memang minat photography time sebelum RNS masuk Asasi Uitm. We all pergi jalan-jalan kat Putrajaya. Abang punya la sakan ambil gambar. My brother said, "Tak pe, photographer dah ada.." Ahaha..

Kata-kata Appis waktu RNS interview:

wah...ciap interview yer...=)ok...ni jwpnnya.
camera guna nikon d90.
minat ni masa kat matrik...ni semua berlaku bila scara x sengaja terplih join kelab dokumentasi...so,dari situ la minat ni dtg.
kenapa photography?actually sebenarnya x minat langsung dengan bidang nih...tapi bila join kelab tu, kite dapat byk ilmu taw. mcm2 bnda interesting kte dpt tawu...pastu klu dpt tngkp gmbr yg best,kte dpt kepuasan sgt2 la.
psanan erk?emm...jgn bli kamera ni smata2 nak ikt trend skunk ni..sbb skunk ni rmi bli kamera just nak show off jer.(bkn semua la,tp ad setengahnya).rsnya ni jela kot...hehehe.

His Impressive artwork:



Percubaan di Singapore
Jalan-jalan di Putrajaya
Nak tengok hasil seninya yang lagi best singgah and follow his blog Looking Through The Lens
Jangan lupa jugak vote his picture We're the kings




Last but not least saudara Ahmad Yasir


Yasir ni kawan lama RNS. He's a Freelance Phtographer but still he is a student in a private college. For him, fashion, art and photography are his passion. Seingat RNS, beliau mula meminati photography ni sejak habis spm. So he starts from zero sampailah sekarang ni dah makin banyak perkara yang Yasir dah kuasai dalam seni ni. Pernah satu hari RNS tunjukkan satu gambar yang RNS snap sendiri, then habis kena comment dari beliau. Haha sejak hari tu dah tak berani hehe.. But its good actually to get a comment from others sebab dari situ lah kita boleh perbetulkan kelemahan kita.

Sayangnya, RNS tak sempat nak interview secara lebih detail dari Yasir sendiri. So RNS tak boleh nak cerita lebih. InsyaAllah kalau sempat nanti RNS cuba publishkan.

His fascinating artworks :  

New Year 2011 fireworks @ The Curve Damansara

The lookout point in KL

Bulb mode



'Frozen water'

I love this.. Creative angle.

Kalau nak tengok lagi photos from him check The Art Of Photography of Ahmad Yasir. Tapi page ni is no longer being use. Cuma collection of pictures are still there.
For more details visit his page Ahmad Yasir



Kesimpulannya, seni fotografi memang menarik bagi pandangan RNS sendiri. Memang benar kata saudari Iyza, saudara Appis and saudara Yasir bahawa fotografi memberikan kepuasan pada diri. So, why not kita jadikan ia salah satu hobi di waktu lapang kan? Hasil gambar yang kita ambil pasti meninggalkan kenangan pada masa akan datang.

Gambar-gambar di atas RNS publish atas izin mereka bertiga.. Ye la, mesti kita sedih kan kalau orang lain menggunakan artwork kita sesuka hati..

Setakat ni dulu.. Kalau ada apa-apa tambahan RNS akan cuba untuk post akan datang. =)




p/s: RNS suka snap gambar nature and landscapes. Kalau boleh nak ambil gambar macam dalam magazine National Geographic. Kadang-kadang kita terlepas pandang keindahan dan kebijaksanaan Yang Tuhan ciptakan di atas muka bumi ni..









Wednesday, April 6, 2011

#19 Modern Gadgets.. Dulu dan kini

Kalau dulu handset di tangan punyalah besar siap ada antenna
Namun kemudian antenna dibuang, saiz pun berkurang
Kalau dulu ringtone classic kring! kring!
Then bertukar  mono ringtone, diikuti polyringtone and true tone
Tapi sekarang MP3, MP4...
Dulunya sekadar SMS, then MMS-wah syoknya gambar ada colour!
Eleh sekarang orang guna 3G la! Boleh video call lagi!
Ceh WiFi lagi best!! Tak perlu charge cellular data.. FB via iphone or blackberry..

Kalau dulu button
Sekarang lagi mantap- TOUCH SCREEN!
Kalau dulu nak merantau, buka Peta sebesar kertas majung
Tapi sekarang phone dah ada GPS siap voice penunjuk arah
Kalau dulu handset sekadar untuk bertelefon
Tapi sekarang multi task
Phone, radio, camera, internet, games, applications ALL in ONE!
Dulu handphone biasa2 je...
Tapi sekarang semuanya nak smartphones- BLACKBERRY, HTC, iPHONE!
blackberry torch 9800

HTC desire s


Hmm tu baru handphone
Ni datang pulak laptops
Kalau dulu nak ada satu computer pun susah
Tapi sekarang almost semua student IPT wajib ada laptop
Tu tak pe lagi
Sebab laptop memang satu keperluan yang sangat penting
new Macbook air

Tapi sekarang dah trend pulak
Dulunya setakat digital camera
Sekarang tak main lah
 DSLR la best!
Canon EOS 600D

Hmmphh... saBOR je laa!!

Generasi zaman sekarang memang tidak dapat dipisahkan dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Malah setiap saat ada sahaja individu-individu genius yang menampilkan idea untuk teknologi terkini yang kita sendiri tidak terfikir.

Kalau di sekolah dulu, RNS teringat isu-isu dalam debate English “Is technology a threat to social life?”
Pandangan peribadi RNS sendiri, teknologi sebenarnya dicipta oleh manusia untuk kemudahan manusia sendiri. Jadi rasanya tidak adil kalau kita mengatakan teknologi adalah punca masalah sosial sedangkan telah banyak teknologi digunakan untuk membantu manusia. Misalnya kepentingan ICT dalam pelajaran, perubatan, perniagaan dan sebagainya.

Yang penting jangan biarkan diri tertinggal ke belakang dengan arus kemodenan teknologi. Biarpun kita tak mampu memiliki gajet-gajet canggih, cukuplah sekadar kita mengambil tahu kegunaannya untuk kepentingan masa akan datang.=)

p/s : terpikat dengan DSLR.. next post about DSLR and interview dengan individu terpilih.. Agaknya apa kata diorang ye?

Saturday, March 5, 2011

#18 Tenangkan Hati Tatkala Peperiksaan Menghampiri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Meskipun peperiksaan akhir semakin menghampiri, hati RNS tetap memujuk untuk menulis post kali ni. Mana tidaknya, RNS sering kali mendengar keluhan dan kegusaran daripada kawan-kawan yang mengatakan, "Ish, takutnya.. Final dah nak dekat.." Tak lekang juga soalan yang sering ditujukan kepada RNS, "Dah habis study semua chapter?"

Wahai sahabat,
Secara jujurnya, RNS sendiri turut merasakan kegetarannya. Fitrah bagi kita untuk rasa risau. Namun begitu, bagaimana pula cara kita untuk mengatasi kegelisahan yang beraja di hati? Adakah dengan mengajukan soalan, "Dah habis study semua chapter?" dapat menenangkan hati kita? Bukankah soalan yang kita ajukan pada orang lain ini membuatkan hati kita bertambah risau?

Pada pandangan RNS sendiri, kita semua tidak akan mampu untuk habis study biarpun sampai saat-saat akhir kita bernafas. Ketahuilah, ilmu yang kita miliki tidak akan mampu kita kuasai sepenuhnya kerana kita tidak akan sekali-kali dapat menjangkaui ilmu Allah. Justeru, janganlah kita terlalu risau apakah kita mampu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti. Biarlah kerisauan itu dalam keadaan sederhana. Bukankah kita telah berusaha setiap hari dengan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh pensyarah? Kita juga turut menyelesaikan soalan-soalan tutorial bagi semua subjek yang kita pelajari.

Sekarang adalah masa yang sepatutnya kita belajar untuk menenangkan hati kerana hati yang sentiasa dalam ketakutan dikhuatiri akan menutup jalan kita menempuhi kejayaan. Cubalah sedaya upaya mengulang kaji secara tenang. InsyaAllah, ia mudah memantapkan pemahaman terhadap ilmu yang telah kita pelajari.

Berdoalah kepada Allah agar Dia meredhai segala ilmu yang kita tuntut selama ini. Apabila Allah meredhainya, yakinlah kita pasti dapat menghadapi tekanan menjawab soalan dengan bantuan-Nya. Ingatlah, Allah jualah yang memberikan kita ilham untuk mengeluarkan segala ilmu sewaktu peperiksaan. Betapa ramai  di kalangan kita yang tiba-tiba 'blackout' sewaktu menjawab soalan meskipun sudah berhempas-pulas mengulang kaji. Dengan izin Allah, janganlah kita termasuk orang-orang yang rugi.

Satu lagi perkara yang RNS ingin ingatkan untuk diri sendiri dan pembaca semua, biarpun apa keputusan yang kita peroleh nanti, kuatkanlah keyakinan bahawa Allah itu bersifat Maha Adil dan Maha Bijaksana. Jangan sekali-sekali kita menyebut, "Kalau aku .... mesti ..." Janganlah kita menjadi orang yang tidak bersyukur kepada-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:

"......boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah 2: 216)

".....janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan orang kafir." (Surah Yusuf 12:87)

Sebagai seorang mukmin, sudah semestinya kita kembalikan semua kesulitan dan kemudahan kepada Allah, maka hati dan fikiran kita akan kembali menjadi jernih. Bukankah sesuatu yang datangnya daripada Allah akan kembali kepadaNya? Bahkan setiap ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya juga telah diukur mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Maka, hanya kepada Dialah kita bertawakal dan Allah amat suka pada orang-orang bertakawal kepada-Nya.

Akhir kata, RNS doakan semoga sahabat semua dapat menghadapi peperiksaan dengan bantuan dari-Nya yang Maha Pemurah. RNS nak kongsikan doa yang RNS selalu amalkan setiap kali ingin belajar dengan anda semua.

Maksudnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi, hafalan para rasul, dah ilham para malaikat yang dekat dengan-Mu."

Semoga maju jaya dalam peperiksaan ya! Ya Allah perkenankanlah...

Wednesday, February 23, 2011

#17 Dengar Suara Mama Hilang Semua Resah

Selama bermukim di negeri orang demi menuntut ilmu, kerinduan pada keluarga tercinta pasti tak dapat nak dibendung. Macam-macam peristiwa pahit manis yang ditempuhi. Biarpun sukar untuk diungkapkan, namun hati jua yang mampu merasa.

Perkara wajib bagi seorang pelajar yang sedang mencari ilmu, pasti akan menempuhi detik peperiksaan. Peperiksaan merupakan sebahagian daripada ukuran yang membuktikan setakat mana ilmu yang diperoleh dikuasai dengan sebaiknya.

Semua orang akan merasai tekanan tatkala peperiksaan semakin menghampiri. Tidak terkecuali diriku sendiri yang semakin hari semakin rasa 'the tense'. Manakan tidak, syllabus Semester 2 untuk setiap subjek rata-ratanya masih belum habis dikuasai sedangkan peperiksaan akhir tinggal lebih kurang dua minggu lagi.

Tapi diriku bersyukur sangat-sangat kerana aku masih ada mama and ayah yang sentiasa 'support' and doakanku. Ayah selalu bagi sokongan and dorongan untuk ku membuat keputusan. There's just no one who can replace you to guide me. Mama, you are always there to hear every story that happens in my life. Every sorrows and happiness that I share with you really makes me feel happy.
Happynya rasa bila dapat cakap dengan mama! 

Mama, when I called you, semua resah di hati hilang bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Mendengar suaramu saja sudah cukup menggembirakan hatiku. Tekanan yang dirasai semuanya hilang begitu saja. Tak lupa juga suara ayah, dua orang adik terunaku and opah dan tok yang kini berada di rumah. Buat abang-my lovely brother- teruskan uasahamu untuk final semester. I'll always pray for your success! Thank you so much my family!

Berkat harapan dan doa insan-insan yang aku sayangi inilah yang sentiasa memberiku semangat untuk belajar.. Dan sesungguhnya kepada-Mu ya Allah aku bersyukur kerana Engkau jualah yang menganugerahkan ku keluarga yang tercinta ini.;)

Thursday, February 17, 2011

#16 Masa Tidak Mengizinkan

Assalammualaikum w.b.t

Suramnya rasa bila jenguk blog sendiri. Tak ada latest posts yang boleh dikongsikan. Mana taknya, masa tidak mengizinkan RNS berbuat demikian. Padahal, banyak ilmu yang RNS sempat cedok sepanjang aktiviti-aktiviti ceramah yang dianjurkan perwakilan pelajar dan pihak UiTM Puncak Alam. Alahai, kalau ikutkan nak saja luangkan masa menulis di blog ni. Tapi, buat masa sekarang RNS perlu fokus untuk peperiksaan akhir (alamak, ni pun curi-curi masa update blog!)

Okaylah, buat masa sekarang RNS terpaksa 'freeze' kan posting ilmu. InsyaAllah lepas berakhirnya peperiksaan akhir, RNS akan kembali mengisi ruang blog ni dengan sebanyak mungkin informasi yang berguna untuk semua. Tunggu ya..;)


p/s: Salam menghadapi peperiksaan akhir buat sahabat-sahabat asasi sains UiTM Puncak Alam dan semua kawan-kawan lamaku yang akan mengakhiri program asasi dan matrikulasi tak lama lagi..

Wednesday, January 5, 2011

#15 Cara Saya Makan Strawberi

Anda suka makan buah strawberi? Kalau di Malaysia, susah nak cari buah strawberi yang manis melainkan kalau kita makan buah tu di tanah tinggi Cameron Highlands or Fraser Hills. Selalunya kalau RNS ke Cameron Highlands dengan keluarga, tak sah kalau tak bawa balik Strawberi. Tak kisah la buah or 'strawberry jams', RNS mesti beli.

Hmm perasan tak, kalau kita makan buah strawberi di Cameron, manis sangat rasanya. Tapi bila kita turun dari tanah tinggi, rasa manisnya dah kurang. Pernah sekali tu, rasa masamnya tak terkata. So, post kali ni RNS nak kongsi dengan anda semua cara RNS makan strawberi untuk hilangkan rasa masam tu. Caranya simple sangat...Nanti cubalah ye..


1st step : Sediakan buah strawberi yang fresh2. Pastikan basuh dulu tau strawberi tu sebelum makan. Bagi yang muslim, basuh buah yang kita nak makan disertakan dengan selawat. InsyaAllah lagi berkat kan?

2nd step : Ambil susu pekat, then just tuangkan atas strawberi tu.. Kalau ada chocolate, boleh tambah.. Mmmm sedapnyeeee!!
Simple je kan!

Yg hujung tu chocolate paste.. Cuba la try!
As simple as that.. Selamat mencuba.! 

Cara lain : Kadang2 kalau ada buah strawberi (beli dari TESCO je), RNS makan dengan breakfast cereal..
Macam biasa, sediakan strawberi yg fresh2!
Potong strawberi tu pada dua bahagian or tak kisah macam mana pun
Then, masukkan dalam cereal breakfast kita.. Walaa! Sedapnye! 
Setakat ni dulu. Salam semua!

p/s : kalau dekat kolej ada cereals and susu segar, tiap2 pagi boleh makan.. hurmm tapi kat rumah je la boleh makan macam ni selalu..



Monday, December 20, 2010

#14 Unforgetful Moments-Ecology Research in Tasik Shah Alam

Assalamualaikum..

Post kali ni RNS nak jadikan kenangan seumur hidup. Ye lah mana tahu lain kali dah tak berpeluang nak jadi 'saintis'. Huhu..

RNS dapat assignment Biology yang memerlukan kami sekumpulan membuat kajian tentang ecosystem di sesuatu kawasan. Jadi, kami sekumpulan-RNS, Ain, Raishan, Wani, Raisya-bersepakat memilih Tasik Shah Alam (berdekatan PKNS) sebagai lokasi kajian. Tapi malangnya Raisya tak dapat ikut serta. So, tak pe lah Raisya. Jangan sedih-sedih ya. =)

Ni tempatnya..
 Alhamdulillah kami sampai ke lokasi jam 9.30 pagi. Cuaca waktu pagi memang sangat dingin. Suasana pun sangat tenang. Tak ada pun riuh rendah orang ramai. Maklumlah masih awal pagi. Sampai je kat sana, kami berlima (termasuk roommate Wani) sangat excited nak mulakan pemerhatian.

RNS mulakan pemerhatian di sebuah pokok dekat sekitar tasik tu. Haha tak tahu pulak nama pokok tu apa. So, RNS pun belek-belek la daun-daun pokok tu. Tengok kalau-kalau ada predation between arthropods kat situ. Orang awam yang beriadah di kawasan tu mesti hairan tengok RNS. (Ape hal la budak ni belek-belek pokok tu? Sekejap pandang atas, sekejap tertunduk-tunduk) hehe pedulikan je lah.. Dengan fokus, akhirnya RNS berjaya jumpa sarang labah-labah (anda mesti ingat: hek eleh, spider web pun tak pernah tengok ke?!) . Memanglah spider web kat dalam bilik pun boleh jumpa tapi pernahkah anda perhatikan betul-betul dan membulatkan mata dengan penuh telitinya?! haa tak pernah kan? Cuba la nanti..

Sarang labah-labah yang RNS jumpa sangat cantik bentuknya. Tambahan lagi ada titisan-titisan embun di atasnya. Kehalusan sarang yang dibina oleh makhluk Allah yang satu ni sangat mengagumkan. RNS dah cuba snap photo tapi spider web tu terlalu halus. So, tak boleh lihat melalui camera.Anyway yang peliknya, RNS jumpa sarang, tapi labah-labahnya tak nampak pun. Tenung punya tenung, jumpa jugak akhirnya. Cuba lihat gambar bawah :
Nampak tak labah-labah?



RNS zoomkan lagi.. Siapa tak nampak tu maknanya tak lama lah tu.. hahaha just joking..
Bijak kan labah-labah ni sebenarnya? Dia bersembunyi di celah-celah daun sementara menanti seranngga lain uuntuk menjadi makanannya. Subhanallah, Allah yang menciptanya lagi lah Maha Bijaksana.

Hmmm.. apa lagi yang RNS nampak ya? Kalau nak cerita semua memang banyak sangat. Tapi cukuplah satu contoh tu. Sebabnya, tak seronok kalau bercerita tanpa gambar. Maklumlah waktu tu kami tak bawa camera digital. So, guna camera phone je la. Apalah sangat la camera phone kan?

Cerita pasal camera, kawan RNS yang sorang ni (Ain) nak sangat snap gambar a population of burung candan yang hidup di kawasan tu. Aduhai sorry la Ain, phone RNS sendiri pun tak boleh nak zoom sebab pokoknya terlalu tinggi. Walau bagaimanapun, syukur sangat RNS ada sahabat baik yang berbakat dalam bab-bab fotografi ni. Suddenly it just remind me of you.

We're so touched that you willingly came to help us. Thank you so much Ahmad Yasir and Taufiq Firdaus sebab sanggup bersusah-payah menghulurkan bantuan. RNS tahu, Yasir terpaksa stuck in traffic jam. Keikhlasan both of you RNS doakan moga mendapat ganjaran dariNya..

Kami sekumpulan ingat nak teruskan perjalanan pusing satu tasik sebab kan dah ada photographer. Tapi malangnya masa tak mengizinkan plus energy yang semakin hilang. Letih jugak sebenarnya.. lepas beberapa gambar Yasir snap, kami singgah makan di KFC kompleks PKNS. (Yasir and Taufiq lapar sangat tu..)

So, below are several pictures photographed by Yasir:

Population of burung Undan

I like this image=)


My lovely friends from left Wani, Ain, Raishan and wani's rommate


Sebelum RNS akhiri post kali ni, again thank you so much especially to Ain, Raishan and Wani sebab you all sangat cooperative. And RNS rasa kita sangat mesra untuk semester kali ni. Itulah hikmah kita berkumpulan kan? Dapat mengenali antara satu sama lain. Semoga report kita mantap and memuaskan hati Miss Hamizah.

Tak lupa juga buat my friend, Yasir. Thank you sangat2!! Susah betul nak jumpa.. Tak sempat nak bercerita panjang. Balik Taiping nanti ajak la aunty singgah rumah ye. Hope to see you again next time.. hahaha drive kereta elok-elok ye lain kali..Oh ya, lupa pulak, Taufiq Firdaus terima kasih jugak ye temankan kawan you yang sorang ni!

Okaylah, thanks buat pembaca semua.. Salam..=p

(p/s: dekat tasik ada satu pasangan pengantin naik bot sambil kompang dipalu..)