Monday, November 22, 2010

#11 Wahai anak muda, jangan bersedih..

Assalamualaikum w.b.t
Terelebih dahulu RNS nak mengucapkan terima kasih pada anda (pembaca setia) kerana sudi meluangkan masa melawat blog TGS.  Semoga kongsian ilmu kita sedikit sebanyak dapat membuka minda ke arah pemikiran yang lebih positif.
Berdoalah padaNYa. Allah sentiasa mendengar rintihanmu
 Post kali ni RNS hanya nak berkongsi mengenai Pembangunan Jiwa setelah melalui sesuatu yang kita sendiri kerap kali menganggap ia adalah satu kegagalan.

Hmm, pernahkah anda merasa sedih kerana sesuatu yang diharapkan tidak dapat anda miliki? Anda telah meletakkan harapan yang menggunung untuk mengecapi impian itu namun dengan sekelip mata sahaja ia runtuh tanpa sempat anda menahannya? Seterusnya apakah perasaan anda? Mesti anda akan menjawab: "Tuhan je la yang tahu.."

Memang tak dapat dinafikan kita sukar untuk menerima sesuatu kegagalan. RNS juga pernah merasainya dan pernah juga bertindak mengurungkan diri dalam bilik. Okaylah, itu cerita dulu ya. Tapi sekarang alhamdulillah RNS dikurniakan kesedaran oleh Allah tentang hakikat di sebalik apa yang kita tempuhi dalam hidup. Semuanya tertulis di dalam al-Quran. Allah selalu mengkhabarkan berita baik kepada orang-orang yang bersabar menghadapi ujian dariNya.

Sungguh, kegagalan yang RNS hadapi sebenarnya telah mematangkan cara RNS berfikir. Betul la kata orang, kita akan selalu belajar daripada kesilapan. Kini RNS tidak menganggap sesuatu perkara yang tak boleh RNS kecapi itu adalah kegagalan, sebaliknya itu adalah satu pengalaman yang mengajar kita untuk memperbaiki hidup untuk kejayaan masa hadapan.

Berdasarkan pengalaman RNS sendiri, cabaran sewaktu menuntut ilmu di alam universiti ni terlalu pelbagai bentuknya. Meskipun pada hakikatnya telah banyak usaha, namun seakan-akan ia tak membuahkan hasil. Tetapi siapalah kita untuk mengeluh kerana sesungguhnya segala benda yang berada di muka bumi ini hanya milik Allah. Dia juga mengetahui sesuatu perkara yang tersembunyi. Boleh jadi sesuatu yang kita suka itu adalah buruk pada pengetahuan Allah, dan boleh jadi juga sesuatu perkara yang kita benci itu adalah baik di sisi Allah. Maha Suci Allah yang memiliki segala kebesaran.

Okaylah setakat ini dahulu penulisan RNS. InsyaAllah ada kesempatan RNS akan sambung ya. Maklumlah RNS juga seorang pelajar jadi perlu luangkan masa untuk pelajaran.

Akhir kata, RNS doakan anda yang setia membaca ini dapat membina kekuatan diri menghadapi hari-hari yang penuh cabaran yang kita sendiri tidak jangka. Satu lagi, kongsi-kongsilah ilmu yang anda dapat hasil post-post RNS ya. Moga-moga ilmu yang tidak putus-putus menjanjikan pahala yang tidak putus-putus juga dari Allah. Sekian dahulu, salam. =)

p/s: tq insyira, pqa, tini, raihan, and zuhair sebab bagi semangat untuk kuatkan semangat belajar semester 2 kali ni.. I hope you all berjaya jugak k!

3 comments:

  1. salam RNS (:
    welcum laa ae..btw all da best 4 da new sem..
    doa usaha dan tawakal insyaAllah berjaya~
    amiiin~

    ReplyDelete
  2. hee~ur welkem makcik..anda mesti buleyh la..=)

    ReplyDelete