Entri kali ni sebenarnya bertujuan untuk menjawab soalan yang diaju oleh rakan RNS. Sejak RNS melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ni, ramai jugak yang datang bertanya kepada RNS.
"Macam mana RNS study? Okay?"
"Susah la.. Dah baca tapi tak masuk pun apa yg dibaca."
Hmm.. terus terang RNS katakan, kadang-kadang RNS sendiri pun terfikir macam tu jugak. Actually, jangan risau kalau kita tiba-tiba rasa 'susah nak masuk'. Sebab di sebalik rasa tu lah membuatkan diri kita mencari jalan untuk mengatasinya. Tapi macam mana kita nak control mindset kita yang tak sihat ni? Kita tak boleh la selalu je berfikiran negatif kan?
Apa yang RNS buat...Setiap kali kita belajar sesuatu ilmu yang baru khususnya matapelajaran yang sukar macam perubatan, accounting, engineering, law atau lain-lain, anggaplah kita mempelajarinya atas dasar ingin tahu. Bukan kerana terpaksa. Sebabnya bila kita rasa terpaksa, we will lost interest.. When we lost interest, ilmu tu pun susah nak terima kita sebagai penuntutnya.
It's similar: Kalau you kena kahwin paksa, you ada interest ke nak kahwin dgn pasangan pilihan tu? X kan? Melainkan kalau you tukar the way you fikir: Aku kahwin dgn dia sebab aku nak kenal diri nya lebih mendalam. There must be something special about her/him. (ceh.. sejak masuk 20-an ni fikir pasal kahwin je la kan! haha. gurau semata.)
Tidur Awal Bangun Awal
Hmm biasanya RNS tidur malam dalam pukul 11 or maximum 12 la. Memang RNS tetapkan tidur dalam masa tu. Tak kisah la habis study ke tak, time tidur mesti ikut. Paginya dalam pukul 3.30 or 4 a.m., RNS sambung balik ulangkaji pelajaran or baca topik baru yang akan diajar dalam kelas. Tapi selalunya pagi tu RNS akan baca topik yang belum belajar. So that to make sure I'm prepared when lecturer bagi kuliah. Kalau tak faham apa yg dibaca, InsyaAllah dalam kelas bertambah lagi kefahaman.
Kenapa pilih bangun awal pagi?
Actually sebelum ni RNS sendiri tak pernah pun belajar waktu pagi. Ye lah, nak bangun pagi memang la sangat-sangat susah! Tapi sebelum ni RNS pernah terbaca yang Rasulullah S.A.W sentiasa bangun pagi sebelum masuk waktu Subuh. RNS terfikir, mesti ada satu keistimewaan di sebalik perbuatan Rasulullah S.A.W. Bila cuba, RNS baru dapat rasa yang belajar waktu pagi sangat tenang and suasananya tak sama dengan belajar pada waktu lain. Peratus untuk fokus memang boleh kata 99% lah! (itu bagi diri RNS lah)
Alhamdulillah.. sekarang dah mula senang bangun awal pagi. Mula-mula memang tak biasa. Tapi sekarang ni, loceng jam tak bunyi lagi pun RNS dah boleh terjaga dengan sendiri (itupun dengan izin Allah jua). Lepas solat Subuh memang terus bersiap-siap untuk ke kelas.. Keistimewaan bangun awal, RNS akan sentiasa segar dalam kelas. Terus terang katakan, belum pernah lagi tidur waktu kuliah. Cuma kadang-kadang bila kelas terlalu 'pack', memang rasa tepu jugak kepala. But still can handle it. =)
Bersederhana Dalam Bergurau
Waktu sekolah dulu, cikgu Add Maths pernah bagi tahu parents RNS. "She's a bit quiet in class." Eh ye ke? Senyap-senyap pun, dulu pernah bagi memo speech jugak untuk pemilihan Exco MPP. Dan yang tak pernah lupa, jadi cikgu bio untuk batch SPM 09 lepas balik daripada Program PERFECT SCORE SBP UTARA. Pendiam? Agaknya lah.. in certain situation. But now... erm x tahu nak cakap sebab kadang2 kita tak boleh describe diri sendiri kan.
To kawan-kawan MSU yang RNS baru kenal, maybe diorang nampak RNS macam agak serius waktu dalam kelas. Yes. I can say that i'm a bit serious in class. Time belajar, pastikan belajar betul-betul. Tapi ada jugak masanya RNS bergurau. Cuma, kawal daripada berlebihan dan mestilah kena pada tempatnya kan?
Bercerita tentang bergurau ni, RNS nak kongsi kisah Rasulullah S.A.W bergurau dengan sahabat baginda:
Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji- bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma. Biji- biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.
Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”
Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut dengan biji-bijinya”. (HR. Bukhari)
Betapa mesranya cara Rasulullah bergurau. =)
Minta Izin Pada Pemilik Sekalian Ilmu
Dear readers, i trust that every religion will always teach the believers to always depend on GOD. As for me, I'm proud to say that i'm a MUSLIM.
Untuk saudaraku yang Muslim, setiap kali nak mula belajar, jangan lupa mulakan dengan doa. Itu tandanya kita memohon keredhaan Allah dalam setiap perkara baik yang kita lakukan.
RNS selalu ingatkan diri bahawa ilmu yang sedang RNS cari ini adalah milik Allah. Maka jika kita ingin memahami sesuatu ilmu, mintalah izin daripada Al-Hakim, Tuhan Yang Maha Bijaksana. Kerana Dialah pemilik sekalian ilmu. Jangan berputus asa sekiranya kita tidak berjaya. Anggaplah kita masih belum mampu untuk menguasainya sekarang. Tapi pada masa akan datang berharaplah kita pasti akan berjaya.
Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, sesuai dengan anugerah yang Allah tetapkan untuk setiap hambaNya. Ada yang mahir dalam bidang mengira, ada pula yang mahir dalam bidang melukis. Ada yang mudah terima dengan cepat sesuatu ilmu, dan ada juga yang sebaliknya.
Kalau umur kita mula berjalan pun berbeza, samalah juga dengan tahap IQ kita. Ada yang cepat faham ilmu yang dipelajari dan ada juga yang lambat. Yang cepat faham, tak tentu hafalannya bertahan lama, dan yang lambat pula mungkin lebih kuat hafalannya disebabkan sentiasa mengulangi apa yang cuba difahami.
So basically, tu je lah yang RNS nak berkongsi kali ni. Apa pun, penulisan ni berdasarkan pengalaman RNS sendiri. Masih ada lagi kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki. Masih ramai lagi pelajar cemerlang yang boleh kita contohi.
RNS juga macam student lain jugak. Pernah je tak boleh jawab soalan exam dan pernah jugak kena marah dengan guru or lecturers. Biasalah masam manis seorang pelajar kan. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita mengambil pelajaran dari setiap dugaan yang kita hadapi.
RNS juga macam student lain jugak. Pernah je tak boleh jawab soalan exam dan pernah jugak kena marah dengan guru or lecturers. Biasalah masam manis seorang pelajar kan. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita mengambil pelajaran dari setiap dugaan yang kita hadapi.
Doaku,
Ya Allah, izinkanlah aku memahami ilmuMu. Kurniakanlah aku kecerdasan minda agar aku mampu berfikir dengan baik. Dan kurniakanlah aku kepetahan berkata-kata supaya aku dapat menyampaikan ilmu yang baik kepada orang lain. Tiada daya upayaku ya Allah, melainkan Engkau jualah yang Maha Agung.
terbaik!
ReplyDeleteTq! :)
Deletebestnya belajar medic... smoga berjaya.... doakan sy juga ye....
ReplyDeleteYa memang best.. ^_^ terima kasih.. sy doakan awak juga berjaya dalam bidang yg diceburi. Boleh jadi nutritionist satu hari nanti :)
DeleteInsyaAllah, saya doakan akak berjaya, saya cuba praktikkan apa yang kakak tulis. byk nak cover medic ni. ok kakak terima kasih
ReplyDeleteSelamat maju jaya!
DeleteBerguna ilmu ini. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam kak..boleh share psl MET MSU tak..:)..tq ye
ReplyDeleteSalam akak..just nak mention, yours blog inspired me to pursue in medicine. InshaAllahnext the day, i will attend met and interview., pray for me.. 😊
ReplyDeleteTq :) good luck okay!
DeleteTq :) good luck okay!
DeleteTq..so much inspired me :) bersemangat nk berlajar bila tahu rahsianya :)
ReplyDeleteWelcome. Benda yg baik sama2 sharing okay ;)
DeleteWelcome. Benda yg baik sama2 sharing okay ;)
DeleteSuch an inspiring advice! Especially part study pagi tu ;) Nak try one day and kak, mintak izin crop ayat akak kat atas tu hehe
ReplyDeleteSilakan share selagi bermanfaat untuk semua :)
DeleteAkak.. sgt3 berfaedah.. penuh dgn motivasi kak.. lebih2 lg sy yg tgh study week utk pro exam ni.. thanks for the sharing����
ReplyDeleteTerbaik kak 😊 teruskan (cakap kat diri) T.T
ReplyDeleteTerima kasih kak. tips akak sangat berguna. semoga akak berjaya di dunia mahupun di akhirat. Amin :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak kak. Mohon izin saya kongsikan ye. :)
ReplyDeleteThank you for the inspiration ...bye the way akak dari sbp mana ?
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete😊😊😊👏👏👏
ReplyDelete😊😊😊
ReplyDeleteterbak la kak
ReplyDeleteGood.jazakillah for sharing😘
ReplyDeleteGood.jazakillah for sharing😘
ReplyDeleteThank you for sharing with us
DeleteThankyou for sharing
ReplyDelete