Wednesday, May 9, 2012

Allah Menguji Kesabaranku

 Rabu, 9/5/2012

Assalammualaikum wbt. ^_^




Tatkala jari-jemari RNS menaip post kali ni, 'Minda Positif' (MP) RNS sedang berperang dengan 'Minda Negatif' (MN) yang cuba menakluk fikiran. Nak tahu bagaimana 'pertempuran' ni berlaku?

Titik permulaannya apabila Si MP sedang bersemangat untuk belajar topik yang baru mengenai "Spinal Cord and Its Blood Supply". Seperti biasa MP akan berasa sangat teruja untuk mempelajari ilmu human anatomy (anatomy ialah subjek tentang struktur SELURUH badan manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar). Bila buka je buku teks, mata bergerak aktif membaca tulisan-tulisan ilmiah. Pada saat yang sama, akal sedang synchronize apa yang sedang dibaca untuk difahamkan.

Dalam usaha MP untuk memahami apa yang sedang dipelajari, tiba-tiba MN datang mengganggu. Dia menyuntik rasa kekeliruan dan kekusutan kepada MP. Begitu kuatnya penangan tersebut sehinggakan MP hampir kalah dan terduduk bersandar. Tenaga MP untuk melawan kini di tahap yang minimum.
Sedangkan MN kini tersenyum lebar kerana dapat menguasai MP.

Meskipun begitu, MP berpegang teguh kepada prinsip "Man Jadda wa Jadda". Sesiapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan berhasil. MP mula mengumpul kekuatan untuk membalas serangan MN. Dan siapakah yang memberikan pertolongan dan kekuatan itu?? Dialah Allah yang Maha Perkasa. Allah sentiasa berada si sisi orang-orang yang sabar. Dan pertolongan Allah itu pasti akan tiba dengan syarat kamu mohonlah dengan serendah-rendah hati kepadaNya. Niscaya Dia akan kabulkan. :)

Persoalannya sekarang...

Anda faham ke apa yang RNS merepek kat perenggan atas tu?!

Haha. Actually RNS sedang rehatkan minda ni. Sekarang ni RNS sedang belajar topik sistem saraf dalam semester 2. Entahlah, dalam banyak-banyak topik ni sangat mencabar. Perlukan banyak ketelitian sebab saraf dalam badan kita ni sebenarnya merata-rata mula daripada bawah kulit sampailah ke organ-organ dalaman. Saluran darahnya pulak, masyaAllah! Berliku-liku sangat! Pening jugak kadang-kadang. Tapi tak pe. Perlahan-lahan. InsyaAllah pasti boleh!

Doakan RNS ye kawan-kawan..:)
Terima kasih sangat-sangat! ^_^

Hari yang suram tak semestinya akan berlarutan. Cahaya pasti akan menjelma jua. :)

No comments:

Post a Comment