Sunday, January 6, 2013

Study Harus Ada Perubahan



Tajuk post kali ni about study. When i scroll my previous entry, i realized i banyak tulis about STUDY. 'Haish.. RNS ni asyik post tentang study je? X de life story ke?'
Well i'm a still a student. So masa lebih banyak kepada buku. And kalau nak cerita tentang my life story kat sini, macam x sesuai pulak since i promised to myself- only write something that is beneficial to others. Kalau nak luah perasaan or selainnya i choose My Diary. She can keeps everything safe and sound there. Except kalau ada orang terjumpa and baca diary tu! >_<

Semalam Rns ada chat dengan kawan about how to balance our studies. Her questions somehow made me realize things that i almost forget. Yup i think i tak banyak spend time studying like when i was in first year. Why? I ask myself and i keep the answers in my head. Okay, maybe Allah hantar her (my friend yg i chat tadi) to make me realize that i am somehow a little bit out of the track. There are measures that i need to get corrected now. Sometimes bila kita nasihat orang, at the same time kita akan ingatkan diri kita sendiri. Ye lah, tak kan nak 'cakap tak serupa bikin'? Tak profesional la macam tu kan?
Everytime dugaan or susah senang yang terjadi dalam hidup RNS sebagai seorang pelajar, everytime tu jugaklah RNS remember about my parents sayings. Do this, do that, what to do, and what not to do. They are part of my strength which i needed very much in going through my journey. Here, RNS nak share what my father told me.

"Time study, study. Jangan buat kerja-kerja yang tak berfaedah. Your memory tu banyak guna untuk belajar. Safe it. Dont fills up your memory space for songs lyrics. Kadang-kadang bila lagu yang kita selalu dengar akan terngiang-ngiang time kita duduk or doing nothing."

Yup! Setuju! Selalu mendengar lagu boleh buat hilang fokus. I'll always remember that.

Selama menuntut ilmu ni, RNS teringin nak ikut sepertimana peribadi tokoh-tokoh ilmuwan Islam menuntut ilmu. Berbekalkan pelajaran Sirah yang pernah belajar dalam Pendidikan Islam waktu sekolah dulu, RNS ingat lagi tokoh ilmuwan yang sangat menjaga waktu, pertuturan, pemakanan,  hubungan dengan Pencipta dan sikap rendah diri yang ada pada mereka. Itulah beberapa aspek yang mereka jaga untuk kekalkan hati yang bersih. Kerana mereka tahu, ilmu itu cahaya. Dan cahaya tidak akan masuk dalam hati yang gelap.
Now reflect ourselves. Kita nak berjaya, tapi ada banyak perkara yang kita lupa. Adakah kita banyak berbual kosong? Tidak menghormati guru semasa dalam or luar kelas? Berbual sewaktu guru mengajar? Suka bertangguh? Tidak patuh dan jujur dengan kehadiran kelas? Amanah dengan assignment? Percayalah, itu semua sedikit banyak mempengaruhi keberkatan ilmu yang kita cari. Kita harus ingat, Allah Maha mengetahui dan Maha melihat setiap perbuatan kita. Dan Dia bersifat adil. Apa keputusan akhir yang kita dapat merangkumi semua perkara yang kita usahakan dan jaga dalam proses menuntut ilmu.

"Orang yang berilmu banyak berdiam. Dan tidaklah dia bersuara melainkan butir perkataannya membawa manfaat kepada orang lain."

Beranilah untuk berubah! Bukan untuk orang lain! Tapi untuk diri sendiri dan ikhlas keranaNya.

Ingatan ini untuk diriku yang utama, dan aku berharap agar kawan-kawanku juga dapat kebaikannya. :)

Peace, RNS.


2 comments:

  1. bagusnye.. tpikan kak, sy takut sekali kalau guru panggil kat depan suh selesaikan soklan kat depan. dan kadang2 takut sebab tak phm. nasihat sikit kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhia, lumrah seorang pelajar, tak kan pernah lari daripada buat salah. Jgn takut kalau tak faham, cuba lagi dan rajinkan diri bertanya guru. Rasanya mesti cikgu pernah cakap kat dhia yang cikgu akan lebih suka kalau murid bertanya, betul tak? :)

      Delete