Rabu, 17 Julai 2013 bersamaan 8 Ramadan 1434 Hijrah
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan nikmat kesihatan yang diberikan sehingga ke hari ini. Allah sebagai sumber kekuatan untuk terus bertahan dalam apa jua bentuk ujian hidup.
Hari ni adalah hari yang sangat bermakna buatku. Rasa kelegaan kerana status kesihatan bertambah baik selepas hampir sebulan aku berada di bawah pemerhatian doktor. Dan pada tarikh ni jugalah follow-up terakhir aku dengan Dr. Aizan. Senyum je apabila doktor memberitahu, "Its good! Everything has back to normal. So, awak are fully discharged."
Ya Allah! Syukur segalanya.
Hmm mesti kawan-kawan yang kenal aku tertanya-tanya aku sakit apa kan? Ingat tak post sebelum ni aku ada tulis yang aku kena viral fever? Yes, so itulah diagnosis nya. Tapi aku belum cerita lagi komplikasi daripada viral fever tu pada body aku.
ACUTE VIRAL HEPATITIS (Radang hati). Itulah komplikasinya. Luckily I'm immune to Hepatitis B sebab dah ambik dua booster dose of hep B vaccine sebelum ni. (Sesiapa yang belum pernah ambil hepatitis B vaccination, saya sarankan untuk ambil) So, the hepatitis might be caused by other strain of virus which is not serious. And it is self-limited (maknanya boleh sembuh sendiri dengan syarat imuniti badan berfungsi dengan baik).
Sebenarnya sebelum ni dah berkali-kali aku berfikir sama ada patutkah aku tulis di blog ni yang aku terkena acute viral hepatitis? Should it be kept as private confidential? Tapi akhirnya setelah berfikir sedalam-dalamnya, aku rasa no harm to share with others because it might help other people who also experience the same problem as I do. Dan dengan sedikit sebanyak knowledge yang aku ada about this disease, it might be beneficial to the community. Okaylah, misi aku tulis post ni bukan nak cerita pasal hepatitis tu. Inshaallah suatu hari nanti bila aku ditauliahkan sebagai seorang doktor, aku akan menulis artikel mengenai hepatitis secara lebih terperinci, okay. :) Sekarang masih lagi bertatih dalam pelajaran dan aku masih lagi bergelar pelajar.
Sebenarnya hati aku ni meronta-ronta sangat nak berkongsi pengalaman, perasaan dan hikmah yang aku nampak daripada ujian sakit yang Allah kurniakan pada aku. Sebabnya, banyak aku belajar erti kemanusiaan di situ.
Baiklah, mari berpatah balik semasa peristiwa aku menunggu di klinik DEMC untuk follow-up dengan Dr. Aizan. Sementara menanti giliran untuk masuk ke bilik consultation, hati ni berdebar-debar. Mana tidaknya, ini klinik pakar. Bukannya klinik biasa. Saat itu aku pandang sekilas pesakit-pesakit lain. Rata-ratanya berumur 40 tahun dan ke atas. Aku pula? Jauh begitu muda.. Terdetik di hati, alangkah bernasib baik nya kawan-kawan sebaya ku yang sihat sedang menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan semester 2 mbbs year 2. Sedangkan aku pula, bertarung dengan perasaan risau akan kesihatanku. Aku ingat lagi, semasa duduk di bangku klinik, di tanganku ada buku nota untuk diulangkaji sementara menunggu doktor. Pada zahirnya memang mata ini sibuk membaca perkataan yang tertulis, tetapi hakikatnya fikiran tertumpu kepada persoalan apakah keputusan uijan darah yang bakal aku dengar nanti? Bertambah baikkah aku? Kenapa aku senang sangat untuk jatuh sakit? Sedangkan kawan-kawan serumah ku jarang yang ditimpa sakit? Ada perasaan takut di situ dan hanya aku yang merasakannya. Sedar akan fikiran yang tidak baik itu, aku kembali memujuk hati sendiri,
"Syamim, Allah sayang kau.. Ada kelebihan Allah uji sebegini. Ada pahala menanti apabila bersabar. Ada dosa yang Allah ingin gugurkan dengan nikmat ujian ni. Bersabar lah hati. Kuat lah hati. Ya aku reda. Aku reda seandainya kebaikan yang ingin Allah kurniakan!" Dan waktu tu ada airmata yang bergenang tetapi masih tertahan. Jangan tumpahkan di sini!
Keadaan yang aku alami membuatkan aku berasa ingin tahu secara lebih mendalam apa itu Acute hepatitis. Aku rujuk buku teks Robbin's pathology dan Medscape. Everything about it. Termasuklah aku investigate about ubat Legalon yang doktor prescribe for me. Yang membuatkan aku terharu sangat-sangat, ialah apabila Exam semester hari tu keluar tentang Hepatitis! Allahuakbar! Senang je jawab soalan tu. Rupanya Allah guided me to read about hepatitis because there is a hidden reason in the end. Subhanallah. Tak sia-sia kan?
Hari ini aku sedar betapa pentingnya nikmat kesihatan yang Allah berikan. Tetapi kita yang kadang-kadang mensia-siakannya. Kesihatan itu harus kita jaga sebaik mungkin. Bagaimana? Lihat pada pemakanan kita? Adakah makanan yang baik-baik dan berkhasiat kita ambil untuk sel-sel tubuh badan kita? Gaya hidup pula? Sihatkah? Jangan lupa juga pada gaya pemikiran. Positifkah? Atau sebaliknya kah?
Bukan itu sahaja, hikmah dari ujian ni juga membuatkan aku lebih memahami perasaan apabila bergelar 'pesakit'. Selama aku belajar di kelas, aku hanya giat dan teruja untuk diagnose kes-kes klinikal. Tapi aku tak pernah belajar untuk memahami perasaan orang yang menanggung kesakitan itu. Dan bila aku sendiri yang menjadi pesakit, barulah aku tahu apa sebenarnya yang seorang pesakit harapkan daripada seorang doktor. Nilai kemanusiaan dan rasa dihargai. Secara tak langsung aku belajar untuk menjadi doktor yang baik.
Allah juga menemukan aku dengan contoh doktor terbaik yang merawat aku. Jujur aku katakan, aku amat selesa dengan Dr. Aizan. Perwatakan beliau bukan semata-mata untuk cari jawapan klinikal, tetapi juga lebih kepada how much he care about my well being and my life as a medical student. Cara beliau membuatkan aku tak berasa kekok untuk berkomunikasi. Trust me, you are the best doctor I've ever consulted. I hope one day as I already become a doctor, I'll meet you again as your junior doctor pulak. :)
Lama-kelamaan aku belajar dan aku jumpa jawapan baru kenapa aku memilih untuk menjadi seorang doktor. Kalau dulu, alasannya sebab aku suka belajar tentang human body. Aku suka nak tahu misteri dan keajaiban ciptaan Tuhan dalam sistem tubuh badan. Tapi sekarang aku jumpa lagi jawapan yang mengukuhkan keazaman ku. Aku belajar untuk cuba memahami perasaan orang lain. Dan setiap insan yang aku terjumpa membuatkan aku cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. Dari situlah wujudnya rasa syukur.
Alhamdulillah hari ini aku bernafas lagi dalam nur iman yang Allah kurniakan. Semoga perkongsian kali ini memberi pengajaran dan peringatan untuk aku dan anda yang sedang membaca ini. Terima kasih. ; )
p/s: teringat Dr Aizan pernah tanya, "So why you choose to become a doctor?" Hmm.. now I learned why I chose this field.
No comments:
Post a Comment