Thursday, August 18, 2011

My Medical Entry Test (MET) and Interview MSU for MBBS


Assalammualaikum and hello to all..  Entry kali ni RNS nak ceritakan pengalaman MET and interview di MSU untuk program Medicine Bachelor and Bachelor of Surgery (MBBS). Actually my friends banyak tanya about my next step in studies since i tolak offer USM and UPU in Electrical Engineering dekat UMP. So this is my story straight from my heart and sorry bahasa tunggang-langgang sikit.
Overall, my journey towards pursuing my dream to study MBBS bukanlah senang (walaupun x sure dapat lagi ke tak). To be honest, my CGPA bukanlah 4.00 so probability nak dapat tempat di IPTA in MBBS memang 0.000000000001. So, i try IPTS and chose Management and Science University (MSU). Manalah tahu ada rezeki kat sana.
Sama jugak dengan mana-mana IPT, applicants MBBS adalah wajib untuk menghadiri sesi interview. But not every ipt akan buat ujian kemasukan. Berbeza dengan MSU; kalau you nak apply MBBS you have to sit for entrance exam. At first I thought MET macam ujian munSyi USM. So bolehla lepak-lepak je sebelum exam.  Tapi sebenarnya tak!
Hari tu postlaju datang rumah and i was very excited to get a sample of questions from MSU. Bila i bukak sample, I was shocked like hell! What the ...?! Paper Biology, Physics, Chemsitry and Maths?! Oh great! Bagus sangatlah tu. I got only 5 days before MET and I need to study all 4 subjects for the whole semester which I had left 5 months since March! To be truth, soalan sample memang sangat2 complicated and its not easy as i tought.
The day for MET came and I was so nervous thinking what would be the questions like. Pagi tu register dulu sebelum test and applicants on that day lebih kurang 80 orang. Alhamdulillah MET boleh la jugak jawab walaupun there’s no chance to get perfect marks. Soalan yg tak tahu tu memang banyak. So apalagi, bulat-bulat je lah. Okay, cukup setakat tu tentang MET. Habis je paper terakhir, staff MSU yang jaga exam tu bagi tahu pulak mengenai session interview pada keesokan harinya. We were all separated into groups untuk setiap interviewer. Dia jugak pesan, “Peringatan untuk siapa-siapa yang dapat dekan sebagai interviewer; you all bersiap-sedia ye..”
Bila I keluar je exam hall I checked my name for the interview session. Okay, redha je.. I am one of the 8 special applicants yang dapat dekan IMS. So, memang kena bersiap-sedialah nampaknya.
Keesokan harinya yang sangat mendebarkan- Interview.
Pagi tu alhamdulillah I’m fine. Tak de masalah kesihatan. Tapi pagi tu tersedu. Nasib baik tak berlarutan sampai interview. Kalau tersedu waktu interview memang OMG!
Sebelum interview memang I’m calm. Mungkin sebab dah pernah hadir interview for JPA scholar hari tu. Waktu tunggu dalam room sebelah lab anatomy tu berbual la sekejap dengan applicants lain. Semua macam teragak-agak what would be the questions the interviewer might ask. About half an hour macam tu, pintu bilik terbuka and semua orang tiba2 senyap. Suddenly my name was called! And I’m the only one. I stood up from my sit and headed towards the door. Waktu mengorak langkah semua other applicants stared at me. Dalam hati berbisik, “Apehal pandang-pandang aku ni?! Whatever la.. I have to be confident!”
Sebelum masuk bilik dekan, I knocked the door and bagi salam. No response. She was busy looking at my documents.
Without looking at me she said, “Sit.”
“Thank you.”   
Suddenly she spoke, “Why don’t you give me your certified copy of SPM result? I want it now.”
I was stunned. Dalam kepala ligat cari jawapan for her request. “I’m sorry Prof. I thought the form stated that certified copy of SPM result is for those who are .....”
“I don’t care. I want it now!” Dalam hati aku berbisik, ‘Apehal pulak dia nak spm copy sedangkan dalam borang tu tulis SPM hanya untuk pemohon program Diploma je.’
“Again i’m sorry Prof. I don’t have the certified copy but I have the original SPM certificate with me now.” Luckily I brought it in my file.
“I want certified copy.”
Okay, dia nak certified copy jugak! But I don’t have it now okay! Sabar-sabar.. She’s just testing you dear. I stay quiet je sambil letakkan file atas meja dia. I showed her my original SPM certificate. At first beliau x nak pandang pun. But she knows that she had no other choice but to accept it.
“Okay. Tell me about your past school activities.”
So, i told her about my past activities. Bla bla bla...
“Why do you want to be a doctor?”
“The main reason I want to be a doctor because I have a very keen interest in this field of medicine. Apart from that, my family does support me. And I also want to be a good example towards them.” Walaupun I rasa macam tak strong je jawapan tu tapi tu je yang terlintas.
“Any other reasons?”
“Yes. I also see that it’s cool to be a doctor. People will trust you to share their personal problems which sometimes they could not even share with their partners or family.....”
Before I could explain further she interrupted, “So you want to be a doctor because you want to hear other’s problems?”
“That’s not what I meant. It’s just at the same time I want to help them with their problems. I also admit that a career as a doctor is not as easy as it seems. But I trust that every career has its own challenges and I am ready to face any circumstances in the future.”
“What do you expect IMS will give you?”
“I am very confident that IMS will give me a good quality of studies in medicine. I am also very proud to acknowledge that MSU is one of the top Universities in Malaysia which was ranked 5 stars by MQA.”
“Really?” She started to show her interest in my words. “Where did you find it?”
“I checked on MQA’s website. MSU was ranked as excellent university in SETARA 2009 par to other top IPTAs.”
“Oh, yes yes.” She nodded.
Dalam hati I felt relief. ‘Alhamdulillah.. beliau mula tunjuk minat untuk dengar apa yang aku cuba sampaikan.’
“Okay, you may go now.”
“Before that may I ask you several questions, prof.?”
“Yes?” She stopped writing and pay attention on me.
“What are my chances in getting into IMS?”
“Oh, I don’t know. I’m just interviewing you. The rest are based on your test and the committee to decide.”
“Do you personally have any suggestions for me in pursuing medicine?”
“Suggestions? In what way?”
“In case I don’t get the chance to enter MSU...”
“Why would you say so? You already said that you believe in MSU.”
“No, I was just worried about my past chemistry result.” Sebenarnya sebelum ni beliau ada tanya what happen to my chemistry result in Asasi UiTM.
“Oh, you don’t have to worry on that. I see that your SPM result is good.” Tiba-tiba beliau berbahasa Melayu dengan I, “Saya jugak from UiTM. Saya tahu chemistry tu sebenarnya is pure physics and chemistry. Memang susah. Kalau saya ada anak-anak saudara ke UiTM, I would definitely warn them about chemistry and physics. Jangan risau la okay.”
“Thank you very much Prof.”
Alhamdulillah berakhir jugak interview tu. Nasib baik la Allah kuatkan RNS untuk hadapi ‘ketegangan’ pada awal sesi tadi. Ye la mana taknya. Interviewer kali ni tegas sangat. Cara beliau cakap memang straight forward. Tiba-tiba teringat pengetua SERATAS dulu. Samalah cara mereka berdua. Cuma Prof. ni lebih tegas la.
Akhir kata RNS hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah setelah berusaha selemah-lemah daya yang ada. Hanya Allah sahajalah yang boleh mengizinkan RNS berjaya atau tak dalam niat untuk sambung perubatan. Baik atau buruk hanya Tuhan sahaja yang tahu terbaik untuk RNS. Cuma RNS perlu bersedia untuk redha dengan apa jua keputusannya nanti. Apa pun I’m proud to have reached this far. InsyaAllah. =)

Tips interview: pastikan anda ajukan apa2 soalan kepada interviewer. Pertanyaan akan menunjukkan bahawa ada berminat terhadap apa yang anda ingin ceburi.


p/s: saya dapat byk response mengenai MET. so, siapa2 yang nak ajukan soalan pada saya please leave a comment ataupun IM saya secara online melalui PINGBOX yahoo. =)

My latest reponse about MET klik here : Respons to medical entrance test (MET)

Wednesday, August 3, 2011

#24 Doa Mudah Berbicara dan Kisah Nabi Musa a.s.


Doa dipermudahkan segala perbicaraan dan urusan







Kisah daripada al-quran (surah Taha)

RNS yakin bahawa ramai dalam kalangan kita yang sudah mengetahui bacaan doa ini. Bermula sejak sekolah rendah lagi, RNS sudah diajar membaca doa ini setiap kali masuk kelas Pendidikan Islam. Tetapi biasalah, nama pun budak-budak. Waktu dulu tahu baca je tapi sebutan entah betul entah tidak. Maksud apatah lagi. Hurmm.. tahukah anda kisah di sebalik doa ini menurut Al-Quran? To be honest, RNS sendiri baru tahu kisah sebenar di sebalik doa ini. Alhamdulillah, berkat “sewaktu selembar al-Quran” kini RNS jumpa tafsir doa ini.

Doa ini sebenarnya dilafazkan oleh Nabi Musa a.s. kepada Allah. Di dalam surah Taha ayat 9 hingga ayat 98, Allah menceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah Nabi Musa a.s. 

Allah berfirman kepada Nabi Musa a.s. ;
“...Dan Aku telah memilih engkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu). Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku,maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku. Sungguh, hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah dia usahakan. Maka janganlah engkau dipalingkan dari (kiamat) oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti keinginannya, yang menyebabkan engkau binasa.”    (surah Taha, ayat 13-16)

Allah berfirman lagi kepada Musa a.s . “...Dan apakah yang ada di tangan kananmu, wahai Musa?”

Dia (Musa) berkata, “Ini adalah tongkatku, aku bertumpu padanya, dan aku merontokkan (daun-daun) dengannya untuk (makanan) kambingku, dan bagiku masih ada manfaat yang lain.”

Dia (Allah) berfirman, “Lemparkanlah ia, wahai Musa!”

Lalu (Musa) melemparkan tongkat itu, maka ia tiba-tiba menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.

Dia (Allah) berfirman, “Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula. Dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu, niscaya ia keluar menjadi putih (bercahaya) tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain, untuk Kami perlihatkan kepadamu (sebahagian) daripada tanda-tanda kebesaran Kami yang sangat besar. Pergilah kepada Firaun; dia benar-benar telah melampaui batas.”

Dari sinilah kemudiannya Nabi Musa a.s. berdoa dan berkata kepada Allah dengan doa yang RNS tunjukkan di atas tadi. Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah agar urusannya menghadapi Firaun itu dipermudahkan. Tanpa pertolongan Allah tidak mungkin nabi Musa a.s. mampu bersemuka dengan pemerintah yang sangat zalim dan amat digeruni pada zaman itu.

Amalan untuk kehidupan

Sekarang RNS dan anda sudah mempelajari maksud doa tersebut kan? Gunakanlah dengan sepenuh keyakinan dan harapan kita kepada Allah subhanahu wataala. Doa ini amat berguna sebelum kita melakukan perkara-perkara di bawah:

     1) Persediaan untuk membuat presentation sewaktu kuliah atau sekolah
   2) Persediaan untuk mengajar terutamanya sebagai seorang guru ataupun mentor

    3) Persediaan memberi ucapan atau ceramah kepada sekumpulan masyarakat

    4) Persediaan menghadapi interview 


Pengalaman RNS sendiri sebagai seorang pelajar sekolah dan universiti; sungguh bahawa Allah memang memberikan pertolongan-Nya dengan melancarkan setiap butir bicara yang cuba RNS sampaikan terutamanya sewaktu membuat tugasan pembentangan oleh guru dan pensyarah. Dalam masa terdekat ini InsyaAllah ada interview pula mendatang. Yakinlah! InsyaAllah setiap perkataan yang keluar dari bibir kita akan sentiasa dipelihara oleh Allah.. 

Sekian dahulu post yang RNS ingin kongsikan kali ini. Harap ilmu yang disampaikan boleh lah kita share pada teman-teman kita yang lain, k! :p





p/s: ....satu lagi tips agar orang memberi perhatian sewaktu kita membuat presentation or speech – Jadikan diri anda sebagai pendengar setia terhadap ucapan orang lain dahulu. Moga-moga kebaikan yang anda lakukan itu akan berpatah balik kepada diri anda! J

Friday, July 22, 2011

# 23 Pandangan Pertama or First Impression

Watak dan perwatakan kita sentiasa menjadi perhatian orang lain. Tak kisahlah anda seorang yang terkenal mahupun tidak . Pokok pangkalnya manusia memang tidak hidup seorang diri di muka bumi ini. Tuhan jadikan setiap individu dalam pelbagai bentuk perbezaan baik dari segi warna kulit, keturunan, perwatakan, dan lain-lain lagi yang tak tertulis di sini. Hikmahnya, dari situlah kita belajar untuk kenal antara satu sama lain.

Okay, balik pada topik besar, “Pandangan pertama or First Impression”. Ooops, jangan salah sangka ya...  RNS bukan nak cerita tentang kisah cintan-cintun atau jiwang-jiwang. Tapi tentang SIKAP. Sebagai manusia yang normal akal fikirannya (tolak tepi orang gila atau pesakit mental), dalam diri kita mesti ada sikap suka membuat kesimpulan terhadap sesuatu yang kita lihat melalui luarannya sahaja. Tak mengaku?! Bohonglah! ! Cuba tengok gambar di bawah ni kalau berdegil jugak..



siapa anak muda ni? wahh...

  
haha! lakonan semata-mata..

Hah betulkan? Lepas nampak je semua gambar tadi mesti automatik otak anda akan respons. Kalau tak ada juga maknanya there is something wrong with your brain since your nerves failed to gain impulses and stimulate responses.  Apapun bergantunglah pada setiap orang untuk menilai sendiri. Lain orang lain buah fikirannya. Apa yang anda fikirkan melambangkan keperibadian anda sendiri. 

Pada pandangan RNS sendiri, setiap orang akan menilai seseorang itu melalui tiga aspek utama iaitu penampilan, perwatakan, dan percakapan. Eh, sekejap! Tambah satu lagi untuk aspek PENULISAN.

Di alam siber ni, jom kita berbincang mengenai aspek PENULISAN. Hmm.. sedarkah anda bahawa gaya penulisan juga melambangkan keperibadian si penulis. Sebagai contoh, cuba anda berikan pandangan peribadi mengenai  dua situasi di bawah:

Situasi 1 : Apabila orang menasihati anda
Person 1:  “... ko apa hal tak puas hati ngan aku?! Ko ingat bagus sangat ah?! Blah la wei!! Cermin muka dulu sebelum nak nasihat org!”
Person 2 :  “... Kenapa semua orang pandang serong pada aku? Apa yang tak kena dengan diri aku?”

Situasi 2 : Apabila anda marah
Person 1 : “... Shit la!! Macam haram!”
Person 2 : “...Tolong jangan bagi saya marah lagi. Setiap orang ada tahap kesabarannya.”

Bentuk penulisan di atas kadangkala kita boleh lihat sebagai status  di laman-laman sosial seperti Facebook atau blog. Banyak lagi situasi lain tetapi RNS khuatir akan menyinggung perasaan orang lain yang membacanya. 

Sebenarnya setiap penulisan kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi, perlulah kita ingat bahawa tulisan kita adakalanya mudah diterima orang . Tetapi pada masa yang sama ada juga orang yang mempunyai pandangan berbeza dengan kita. Oleh itu, sebagai seorang yang berakhlak kita haruslah peka dengan setiap patah perkataan yang cuba disampaikan. 

Tidak dinafikan bahawa bahasa seharian generasi sekarang berbentuk selamba. RNS juga seorang remaja. Kadang-kadang kita sudah terbiasa dengan gaya bahasa yang  pada zahirnya kurang sopan tetapi sebenarnya ia adalah biasa bagi golongan tertentu. Erm faham tak apa yang cuba saya sampaikan? Okay, sebagai contoh: 

Anda sedang mendengar rakan anda berceloteh dan berjenaka. Kemudian anda ketawa dan secara spontan anda berkata, “ Hahaha, hang ni bengong la!” 

Perkataan bengong itu pada zahirnya memanglah tidak sopan, tetapi pada situasi itu perkataan tersebut melambangkan sense of humour apabila dikenakan dengan gaya percakapan. Betul tak?

Walaubagaimanapun,  tidak semua bahasa selamba ini boleh digunakan dalam bentuk penulisan. Sebabnya ramai orang akan mudah tersalah tafsir terhadap apa yang kita tulis. Ingat, dalam penulisan kita tidak boleh melihat gaya tubuh dan percakapan si penulis. Akibatnya, kita pula yang tersalah sangka. Bukankah akhirnya ia akan mengundang ketidak puasan hati orang lain?

Kesimpulannya, kita haruslah berhati-hati dalam menulis sesuatu yang kita fikirkan. Biar pun kita mempunyai pandangan yang berbeza, namun cara penyampaian haruslah beretika dan berakhlak. Tujuan RNS menulis entry kali ni kerana RNS sendiri melihat scenario yang kurang sopan dalam penulisan terutamanya dalam kalangan blogger dan pengguna laman sosial.  Apalah salahnya kita ubah sesuatu tabiat yang buruk dalam diri kita? Hanya anda sahaja yang tahu apa yang patut diubah dan dikekalkan.
 
Bahasa yang sopan itu melambangkan peribadi akhlak yang terpuji!

p/s : apa respons anda agaknya ya? Please leave a comment..

Tuesday, May 31, 2011

Hadiah untuk cik .......

Entry kali ni just buat my 'exschoolmate-exdormmate-exroommate'...

Tak tahu kenapa terlintas dalam ingatan. Mungkin sebab lama tak berceloteh dengan cik kak tu. Sepanjang di UiTM kalau ada apa-apa masalah or cerita, you are the first yang RNS jumpa. Haha tiba-tiba teringat perangai kita dua orang sebelum tidur. Setiap kali dah tutup lampu mesti bersembang-sembang dulu then entah pukul berapa terlena pun tak sedar..
Study pun best jugak kan. You taught me about chemistry.. Your master subject. Kalau tak tahu buat soalan, kita akan bertukar-tukar fikiran.
Makan memang nombor satulah! Apa-apa pun semua KONGSI! Sampai nasi goreng student selang-seli beli setiap petang. Hari ni RNS then esok kamu pulak. Tak lupa jugak roti Gardenia setiap minggu.. setiap pagi breakfast roti bakar peanut butter.
Then satu hal yang takkan lupa, insiden kena 'lecture' dengan Madam Tong sebab kes 'reserve tempat duduk dekat lecture hall.' Tak semena-mena satu kuliah kenal my name! oh no, maluuuunya! But anyway, the point is RNS nak bagi tahu thank you sebab reserve sit for four of us.. me, raihan, okid n ann..

Sekarang sedang bercuti di Penang. Lama tak turun pantai. So waktu kat pantai tiba-tiba teringat nak tulis ni untuk kamu cik .......



I really miss the moment  we were together. Its a miracle kalau kita dapat U yang sama walaupun maybe lain-lain course. I hope that you will always success my BFF.

Akhir kata, RNS doakan semoga kamu boleh lanjutkan pelajaran dalam bidang yang kamu naak sangat- sangat ye!






p/s: cepat-cepat la jadi doktor yeh. I nak hire you as my personal doctor..=)







Friday, May 27, 2011

May 27, 2011 Gerhana Matahari or Gerhana Bulan?

Tengah hari ni dalam pukul 12.40 pm I got a call from my father, "Pergi keluar tengok matahari."
So, apa lagi I grabbed sunglasses abang and camera Canon Ixus because I know there must be something weird is going on. Lepas tu cepat-cepat shoot keluar kat halaman rumah. Sambil dongakkan kepala then perlahan-lahan I looked at the sun.. First response, takutnya... (kebesaran Allah menjadikan kita berasa sangat kecil di sisiNya...) Then, wow subhanallah! it's ECLIPSE! eh, betul ke ni? kenapa macam pelik je...

First time dalam hidup I tengok kejadian ni secara live dengan mata sendiri... Tapi ni gerhana apa ke apa eyh? I'm confused.. gerhana matahari or bulan? I called cikMerahItuSpankuning dia kata solar eclipse..  Hmmm nampak sangat ilmu sains yang belajar waktu sekolah dulu dah berkarat.. Anyway, kalau you all pun tak tahu gerhana apa pergi search google now.

Apa lagi, nah I show you pictures of the eclipse yang I sempat snap. I used 'Beach Mode' sebab waktu gerhana ni light intensity is very high. So this mode gives the best image at this time. Tapi gambar tak betul-betul in center sebab I snap the images without looking at the sun directly. Ye la, rosak mata owh.. randomly je.. Siapa-siapa yang tak sempat tengok kejadian ni tadi, enjoy!














Gambar-gambar ni maybe sewaktu pertengahan or akhir gerhana. Tak sempat nak ambil gambar waktu mula-mula gerhana berlaku sebab tak perasan pun.. 


p/s : saya tertipu oleh 'ketidakpandaian' sendiri.. ni BUKAN kejadian gerhana lah! Its a natural phenomenon called 'halo' or Bahasa Melayunya dipanggil fenomena optik.. X de kena mengena pun dgn ECLIPSE! huhu pi rujuk wiki.











Tuesday, April 26, 2011

# 20 Mereka dan Art of Photography

Art of photography.. Hmm dulu tak ambil kisah sangat tentang photography ni. Ambil gambar without sense of knowing the right way to shoot. Tapi sekarang rasa macam seronok nak snap photo. Its okay if I'm not in the picture as long as I am the 'photographer'. Mungkin sebab RNS dikelilingi individu-individu yang turut meminati seni ni kot. Anyway I'm not a professional.

RNS dengan berbesar hati nak kenalkan 3 orang kenalan yang berjaya menarik hati RNS dalam photography ni. So, as tribute to those individuals, check out these fascinating photos together with their short bios!

First and foremost saudari Nurul Izzah Tajul Ariff

Just call her Iyza. She's my schoolmates during high school. A lovely girl yang pandai jugak main musical instrument. Iyza is currently in IIUM studying foundation in law. RNS sendiri tak sangka dia minat photography. One day I checked out her album in FB and her photos are quite interesting! 

Ni kata-kata Iyza waktu RNS interview hari tu:

-sejak minat, lepas spm and lepas tgk my uncle's punya artwork
-photography.. sebab it's how u look at the world. i mean, daily life u pun kadang2 boleh jadi satu artpiece yang sgt bizarre.
-pesanan, kalau minat something, it's not tentang apa yang u ada, it's how u make it work
tu je lah kot. hee

 Check out her lovely pictures:




Visit her site Pelangi Hidup Aku



Next saudara Muhammad Haffiz



Haffiz or lebih senang panggil Appis. He's actually abang RNS punya best friend. Beliau salah seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia. First time RNS tahu yang beliau memang minat photography time sebelum RNS masuk Asasi Uitm. We all pergi jalan-jalan kat Putrajaya. Abang punya la sakan ambil gambar. My brother said, "Tak pe, photographer dah ada.." Ahaha..

Kata-kata Appis waktu RNS interview:

wah...ciap interview yer...=)ok...ni jwpnnya.
camera guna nikon d90.
minat ni masa kat matrik...ni semua berlaku bila scara x sengaja terplih join kelab dokumentasi...so,dari situ la minat ni dtg.
kenapa photography?actually sebenarnya x minat langsung dengan bidang nih...tapi bila join kelab tu, kite dapat byk ilmu taw. mcm2 bnda interesting kte dpt tawu...pastu klu dpt tngkp gmbr yg best,kte dpt kepuasan sgt2 la.
psanan erk?emm...jgn bli kamera ni smata2 nak ikt trend skunk ni..sbb skunk ni rmi bli kamera just nak show off jer.(bkn semua la,tp ad setengahnya).rsnya ni jela kot...hehehe.

His Impressive artwork:



Percubaan di Singapore
Jalan-jalan di Putrajaya
Nak tengok hasil seninya yang lagi best singgah and follow his blog Looking Through The Lens
Jangan lupa jugak vote his picture We're the kings




Last but not least saudara Ahmad Yasir


Yasir ni kawan lama RNS. He's a Freelance Phtographer but still he is a student in a private college. For him, fashion, art and photography are his passion. Seingat RNS, beliau mula meminati photography ni sejak habis spm. So he starts from zero sampailah sekarang ni dah makin banyak perkara yang Yasir dah kuasai dalam seni ni. Pernah satu hari RNS tunjukkan satu gambar yang RNS snap sendiri, then habis kena comment dari beliau. Haha sejak hari tu dah tak berani hehe.. But its good actually to get a comment from others sebab dari situ lah kita boleh perbetulkan kelemahan kita.

Sayangnya, RNS tak sempat nak interview secara lebih detail dari Yasir sendiri. So RNS tak boleh nak cerita lebih. InsyaAllah kalau sempat nanti RNS cuba publishkan.

His fascinating artworks :  

New Year 2011 fireworks @ The Curve Damansara

The lookout point in KL

Bulb mode



'Frozen water'

I love this.. Creative angle.

Kalau nak tengok lagi photos from him check The Art Of Photography of Ahmad Yasir. Tapi page ni is no longer being use. Cuma collection of pictures are still there.
For more details visit his page Ahmad Yasir



Kesimpulannya, seni fotografi memang menarik bagi pandangan RNS sendiri. Memang benar kata saudari Iyza, saudara Appis and saudara Yasir bahawa fotografi memberikan kepuasan pada diri. So, why not kita jadikan ia salah satu hobi di waktu lapang kan? Hasil gambar yang kita ambil pasti meninggalkan kenangan pada masa akan datang.

Gambar-gambar di atas RNS publish atas izin mereka bertiga.. Ye la, mesti kita sedih kan kalau orang lain menggunakan artwork kita sesuka hati..

Setakat ni dulu.. Kalau ada apa-apa tambahan RNS akan cuba untuk post akan datang. =)




p/s: RNS suka snap gambar nature and landscapes. Kalau boleh nak ambil gambar macam dalam magazine National Geographic. Kadang-kadang kita terlepas pandang keindahan dan kebijaksanaan Yang Tuhan ciptakan di atas muka bumi ni..









Wednesday, April 6, 2011

#19 Modern Gadgets.. Dulu dan kini

Kalau dulu handset di tangan punyalah besar siap ada antenna
Namun kemudian antenna dibuang, saiz pun berkurang
Kalau dulu ringtone classic kring! kring!
Then bertukar  mono ringtone, diikuti polyringtone and true tone
Tapi sekarang MP3, MP4...
Dulunya sekadar SMS, then MMS-wah syoknya gambar ada colour!
Eleh sekarang orang guna 3G la! Boleh video call lagi!
Ceh WiFi lagi best!! Tak perlu charge cellular data.. FB via iphone or blackberry..

Kalau dulu button
Sekarang lagi mantap- TOUCH SCREEN!
Kalau dulu nak merantau, buka Peta sebesar kertas majung
Tapi sekarang phone dah ada GPS siap voice penunjuk arah
Kalau dulu handset sekadar untuk bertelefon
Tapi sekarang multi task
Phone, radio, camera, internet, games, applications ALL in ONE!
Dulu handphone biasa2 je...
Tapi sekarang semuanya nak smartphones- BLACKBERRY, HTC, iPHONE!
blackberry torch 9800

HTC desire s


Hmm tu baru handphone
Ni datang pulak laptops
Kalau dulu nak ada satu computer pun susah
Tapi sekarang almost semua student IPT wajib ada laptop
Tu tak pe lagi
Sebab laptop memang satu keperluan yang sangat penting
new Macbook air

Tapi sekarang dah trend pulak
Dulunya setakat digital camera
Sekarang tak main lah
 DSLR la best!
Canon EOS 600D

Hmmphh... saBOR je laa!!

Generasi zaman sekarang memang tidak dapat dipisahkan dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Malah setiap saat ada sahaja individu-individu genius yang menampilkan idea untuk teknologi terkini yang kita sendiri tidak terfikir.

Kalau di sekolah dulu, RNS teringat isu-isu dalam debate English “Is technology a threat to social life?”
Pandangan peribadi RNS sendiri, teknologi sebenarnya dicipta oleh manusia untuk kemudahan manusia sendiri. Jadi rasanya tidak adil kalau kita mengatakan teknologi adalah punca masalah sosial sedangkan telah banyak teknologi digunakan untuk membantu manusia. Misalnya kepentingan ICT dalam pelajaran, perubatan, perniagaan dan sebagainya.

Yang penting jangan biarkan diri tertinggal ke belakang dengan arus kemodenan teknologi. Biarpun kita tak mampu memiliki gajet-gajet canggih, cukuplah sekadar kita mengambil tahu kegunaannya untuk kepentingan masa akan datang.=)

p/s : terpikat dengan DSLR.. next post about DSLR and interview dengan individu terpilih.. Agaknya apa kata diorang ye?

Saturday, March 5, 2011

#18 Tenangkan Hati Tatkala Peperiksaan Menghampiri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Meskipun peperiksaan akhir semakin menghampiri, hati RNS tetap memujuk untuk menulis post kali ni. Mana tidaknya, RNS sering kali mendengar keluhan dan kegusaran daripada kawan-kawan yang mengatakan, "Ish, takutnya.. Final dah nak dekat.." Tak lekang juga soalan yang sering ditujukan kepada RNS, "Dah habis study semua chapter?"

Wahai sahabat,
Secara jujurnya, RNS sendiri turut merasakan kegetarannya. Fitrah bagi kita untuk rasa risau. Namun begitu, bagaimana pula cara kita untuk mengatasi kegelisahan yang beraja di hati? Adakah dengan mengajukan soalan, "Dah habis study semua chapter?" dapat menenangkan hati kita? Bukankah soalan yang kita ajukan pada orang lain ini membuatkan hati kita bertambah risau?

Pada pandangan RNS sendiri, kita semua tidak akan mampu untuk habis study biarpun sampai saat-saat akhir kita bernafas. Ketahuilah, ilmu yang kita miliki tidak akan mampu kita kuasai sepenuhnya kerana kita tidak akan sekali-kali dapat menjangkaui ilmu Allah. Justeru, janganlah kita terlalu risau apakah kita mampu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti. Biarlah kerisauan itu dalam keadaan sederhana. Bukankah kita telah berusaha setiap hari dengan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh pensyarah? Kita juga turut menyelesaikan soalan-soalan tutorial bagi semua subjek yang kita pelajari.

Sekarang adalah masa yang sepatutnya kita belajar untuk menenangkan hati kerana hati yang sentiasa dalam ketakutan dikhuatiri akan menutup jalan kita menempuhi kejayaan. Cubalah sedaya upaya mengulang kaji secara tenang. InsyaAllah, ia mudah memantapkan pemahaman terhadap ilmu yang telah kita pelajari.

Berdoalah kepada Allah agar Dia meredhai segala ilmu yang kita tuntut selama ini. Apabila Allah meredhainya, yakinlah kita pasti dapat menghadapi tekanan menjawab soalan dengan bantuan-Nya. Ingatlah, Allah jualah yang memberikan kita ilham untuk mengeluarkan segala ilmu sewaktu peperiksaan. Betapa ramai  di kalangan kita yang tiba-tiba 'blackout' sewaktu menjawab soalan meskipun sudah berhempas-pulas mengulang kaji. Dengan izin Allah, janganlah kita termasuk orang-orang yang rugi.

Satu lagi perkara yang RNS ingin ingatkan untuk diri sendiri dan pembaca semua, biarpun apa keputusan yang kita peroleh nanti, kuatkanlah keyakinan bahawa Allah itu bersifat Maha Adil dan Maha Bijaksana. Jangan sekali-sekali kita menyebut, "Kalau aku .... mesti ..." Janganlah kita menjadi orang yang tidak bersyukur kepada-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:

"......boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah 2: 216)

".....janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan orang kafir." (Surah Yusuf 12:87)

Sebagai seorang mukmin, sudah semestinya kita kembalikan semua kesulitan dan kemudahan kepada Allah, maka hati dan fikiran kita akan kembali menjadi jernih. Bukankah sesuatu yang datangnya daripada Allah akan kembali kepadaNya? Bahkan setiap ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya juga telah diukur mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Maka, hanya kepada Dialah kita bertawakal dan Allah amat suka pada orang-orang bertakawal kepada-Nya.

Akhir kata, RNS doakan semoga sahabat semua dapat menghadapi peperiksaan dengan bantuan dari-Nya yang Maha Pemurah. RNS nak kongsikan doa yang RNS selalu amalkan setiap kali ingin belajar dengan anda semua.

Maksudnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi, hafalan para rasul, dah ilham para malaikat yang dekat dengan-Mu."

Semoga maju jaya dalam peperiksaan ya! Ya Allah perkenankanlah...

Wednesday, February 23, 2011

#17 Dengar Suara Mama Hilang Semua Resah

Selama bermukim di negeri orang demi menuntut ilmu, kerinduan pada keluarga tercinta pasti tak dapat nak dibendung. Macam-macam peristiwa pahit manis yang ditempuhi. Biarpun sukar untuk diungkapkan, namun hati jua yang mampu merasa.

Perkara wajib bagi seorang pelajar yang sedang mencari ilmu, pasti akan menempuhi detik peperiksaan. Peperiksaan merupakan sebahagian daripada ukuran yang membuktikan setakat mana ilmu yang diperoleh dikuasai dengan sebaiknya.

Semua orang akan merasai tekanan tatkala peperiksaan semakin menghampiri. Tidak terkecuali diriku sendiri yang semakin hari semakin rasa 'the tense'. Manakan tidak, syllabus Semester 2 untuk setiap subjek rata-ratanya masih belum habis dikuasai sedangkan peperiksaan akhir tinggal lebih kurang dua minggu lagi.

Tapi diriku bersyukur sangat-sangat kerana aku masih ada mama and ayah yang sentiasa 'support' and doakanku. Ayah selalu bagi sokongan and dorongan untuk ku membuat keputusan. There's just no one who can replace you to guide me. Mama, you are always there to hear every story that happens in my life. Every sorrows and happiness that I share with you really makes me feel happy.
Happynya rasa bila dapat cakap dengan mama! 

Mama, when I called you, semua resah di hati hilang bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Mendengar suaramu saja sudah cukup menggembirakan hatiku. Tekanan yang dirasai semuanya hilang begitu saja. Tak lupa juga suara ayah, dua orang adik terunaku and opah dan tok yang kini berada di rumah. Buat abang-my lovely brother- teruskan uasahamu untuk final semester. I'll always pray for your success! Thank you so much my family!

Berkat harapan dan doa insan-insan yang aku sayangi inilah yang sentiasa memberiku semangat untuk belajar.. Dan sesungguhnya kepada-Mu ya Allah aku bersyukur kerana Engkau jualah yang menganugerahkan ku keluarga yang tercinta ini.;)

Thursday, February 17, 2011

#16 Masa Tidak Mengizinkan

Assalammualaikum w.b.t

Suramnya rasa bila jenguk blog sendiri. Tak ada latest posts yang boleh dikongsikan. Mana taknya, masa tidak mengizinkan RNS berbuat demikian. Padahal, banyak ilmu yang RNS sempat cedok sepanjang aktiviti-aktiviti ceramah yang dianjurkan perwakilan pelajar dan pihak UiTM Puncak Alam. Alahai, kalau ikutkan nak saja luangkan masa menulis di blog ni. Tapi, buat masa sekarang RNS perlu fokus untuk peperiksaan akhir (alamak, ni pun curi-curi masa update blog!)

Okaylah, buat masa sekarang RNS terpaksa 'freeze' kan posting ilmu. InsyaAllah lepas berakhirnya peperiksaan akhir, RNS akan kembali mengisi ruang blog ni dengan sebanyak mungkin informasi yang berguna untuk semua. Tunggu ya..;)


p/s: Salam menghadapi peperiksaan akhir buat sahabat-sahabat asasi sains UiTM Puncak Alam dan semua kawan-kawan lamaku yang akan mengakhiri program asasi dan matrikulasi tak lama lagi..