Monday, November 8, 2010

#9 Sewaktu Selembar al-Quran..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini. Semoga hari-hari yang dikurniakan Allah ini dapat kita gunakan sebaik-baiknya untuk menjalani kehidupan yang sentiasa diredhaiNya.
Sesuai dengan post kali ni "Sewaktu Selembar al-Quran", RNS ingin berkongsi mengenai ikhtiar kita untuk kekal membaca kalam-kalam suci Allah.

Memang benar, umat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman ni menghadapi ujian dari segi pengurusan masa. Ya lah, kalau nak dibandingkan dengan umat dahulu, sehari terasa begitu lama dan banyak perkara yang boleh dilakukan. Berbeza dengan kehidupan kita; sentiasa sibuk dengan rutin seharian yang melibatkan kerjaya, tanggungjawab kepada keluarga, menuntut ilmu dan sebagainya.

Di sebalik kesibukan kita menjadi khalifah di muka bumi ini, kadangkala kita silap menggunakan alasan tiada masa untuk membaca al-Quran.

Ketahuilah sebenarnya kita sentiasa ada peluang untuk membaca al-Quran. Setiap hari kita menunaikan solat 5 waktu sehari bukan? Jadi pujuklah hati kita untuk mengambil beberapa minit saja dengan membaca al-Quran. Satu waktu selembar muka surat pun jadilah. Kalau dikumpul-kumpulkan, satu hari kita akan membaca 5 halaman al-Quran. Kalau yang berkemampuan, mungkin boleh lebih daripada satu muka surat.

InsyaAllah jika kita mempraktikkan cara ini, amalan itu akan menjadi sesuatu yang ringan untuk kita lakukan. Pada mulanya, mungkin kita terasa berat tapi lama-kelamaan mesti kita akan terbiasa.

Sebelum mengakhiri post kali ni, cuba kita renung sepotong ayat ini yang bermaksud:
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memilki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah." -surah al-baqarah ayat 107.

Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara yang buruk dan tiadalah penolong bagi segala kesukaran yang kita hadapi melainkan dengan bantuan dan ihsan daripada Allah jua.
Salam.

Tafsir RNS ni kecil je sebenarnya, tapi dalam gambar nampak besar sikit.. Comelkan? Boleh dapatkan dengan warna lain ikut kesesuaian hati.

p/s: bekalkan diri dengan sebuah tafsir kecil agar mudah dibawa kemana-mana sahaja kita pergi..

No comments:

Post a Comment