Sunday, December 28, 2014

Me and books

Assalammualaikum! :P


Nak tanya, suka membaca tak?




Dari zaman kanak-kanak ke zaman sekolah, sampailah sekarang dah zaman universiti, antara hadiah-hadiah yang RNS selalu dapat, mesti buku! And I just love it! Tiba-tiba teringat time kecik-kecik dulu, masa tu mama and ayah baru balik dari outstation. Bila dapat tahu je they both sampai rumah, anak dara diorang yang kecik dgn bertocang ni punya lah berlari ke pintu semata-mata menanti story books yg mama and ayah dia janji nak belikan. ^_^

Selepas tu bila zaman sekolah pulak, my bestfriend gave me a book bertajuk 'Quranic Law of Attraction' as a birthday gift. Dan beberapa minggu yang lalu pun, dapat lagi sebuah buku. Still remember previous post entitled The Gift ? :') Yeah, that one..

Yang lain-lainnya, beli buku untuk hadiahkan pada diri sendiri je la kiranya. eheh.

Eh.. dah cerita panjang-panjang, sekarang baru nak bagi tahu you my actual purpose untuk post kali ni. Saja nak share tentang pengalaman RNS ke Big Bad Wolf (BBW) 2014. 

Tak tahu apa motif duduk kat tengah-tengah tu..


Sudah semestinya semua dah tahu kan yang BBW ni adalah jualan buku tahunan yang MEGAAA Sale gila-gila! Kalau kebiasaannya pergi bookstore biasa, beli 1 buku dah harga RM30+. Tapi kalau dekat BBW, dgn harga yang sama, boleh dapat 5 buku at least! Jadi, memang tak hairanlah kalau nampak buyers siap bawa travelling luggage untuk isi buku-buku yang dibelinya. 

First time RNS jejakkan kaki ke pesta BBW ni, memang terkejutlah! First I smell books... Bila bukak je mata.. Mashaallah banyaknya buku! Kalau next time korang pergi, pastikan bertindak dengan bijaksana untuk spent time cari buku kat sana. Make sure ada objective nak cari buku apa. Jangan jadi macam saya yaa.. bagai rusa masuk ke kampung. Jadi tercengang-cengang kehairanan. Tengok book stacks je pun dah pening.. Serius!


This is a picture of one section. Banyak lagi sebenarnya..

In the end, bila dah pusing satu MIECC tu, dapatlah belikan untuk diri sendiri a few books. Rasa macam nak beli lebih lagi, tapi memandangkan banyak ni pun entah bila boleh habiskan baca pun tak tahulah. So, I bought setakat yang sempat je.


-All of these for only RM37.
-Kata orang, apa yang dibaca melambangkan seseorang tu. Boleh agak tak personaliti RNS macam mana? *angkat kening


Second time visit, terjumpa buku ni. Its a love story yg captured my heart. Bukan senang nak baca buku genre macam ni :)
 

Bagi RNS yang jarang dapat peluang untuk travel ke tempat orang, this is one of my way to learn about people, places and the world! Harapnya one day berbekalkan dengan ilmu yang ada, dapatlah peluang menjejakkan kaki pula ke places i really want to visit with my loved ones. Setakat ni, biar minda dulu yang melangkah jauh-jauh.. So that when the day eventually becomes reality, i will say 'Yeah.. I've read about this once!'




Okay setakat ni dulu perkongsian kali ni. Jumpa lagi in next entry, Inshaallah! Thank you for reading ;)






No comments:

Post a Comment