"Aku tak percayakan perancangan
Sebab aku akur hidup telah ditentukan
Tapi bila kita sama-sama mula menyusun
Rancangan,strategi dan pelan masa depan
Hati dan jiwa aku menguntum senyuman
Kerana disitu aku nampak keyakinan
Dan arah serta tujuan sesebuah hubungan
Ia bukan sekadar permainan."
"Memang benar hidup itu telah ditentukan
Semuanya atas kehendak Tuhan
Tapi kita hidup bersandarkan pilihan
dan kita pilih berpandukan Al-Quran.
Memang namanya sifat hamba
Impian itu hanya mampu kita damba
Namun andai kita tidak mahu merasa hampa
Usaha bersulam doa, jangan kita biar alpa.
Dalam diam, aku begitu menghargai kesungguhan itu."
No comments:
Post a Comment