Friday, October 31, 2014

Harapan

Apa yang aku harapkan setiap hari
adalah redhaMu. 
Agar pengakhiran hayatku
untuk bertemu denganMu,
dalam keadaan Engkau terima kehidupanku, 
di dunia dan di akhirat.


Sunday, October 12, 2014

Peace of mind

Waktu petang selepas Asar, selalunya adalah masa untuk rehatkan diri dan tenangkan minda di samping menunggu tibanya waktu maghrib. Itu kebiasaanku. Melainkan ada urusan-urusan lain yang perlu dilaksanakan.

Seminggu telah berlalu sejak melangkah ke tahun 4. Jujurnya, cabaran lebih mencabar. Dan pasti, tahun-tahun yang akan datang lebih seribu kali payahnya ujian yang akan kita rasai. Apapun, ujian itu semestinya seimbang dengan tahap kematangan yang kita lalui dalam hidup. Setiap orang, berbeza-beza bentuk ujiannya. Kan sudah Allah ajarkan pada kita, bahawa Dia akan menguji kita sesuai dengan keupayaan dalam diri hambaNya?

Tapi jujur ku akui, adakalanya kelemahan menguasai diri sehinggakan kita tidak sedar hakikat itu.
Namun, aku bersyukur sebab Allah itu Maha Mengetahui akan setiap perihal kehidupan hambaNya. Dia tahu apa yang aku rasa. Lalu tanpa aku mampu menduga, Allah segera menghantarkan sesuatu yang buat aku terduduk senyum, bergenang air mata. Air mata  kegembiraan itu yang melenyapkan serta merta kesedihan yang selama ini hanya tersimpan di hati. Bahagia itu sumbernya adalah daripada yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Sedangkan kesedihan itu datang dari kelemahan diri.

Aku beryukur kerana diizinkan Allah untuk merasa bahagia itu. Setiap hari aku meminta melalui doa yang tidak putus. Aku yakin Allah simpankan buat seketika, apa sahaja yang tidak mampu aku dapat di saat ini. Dan semua itu, untuk orang yang bersabar. :')

Terima kasih. Moga Allah balas keikhlasan itu.

Wednesday, October 8, 2014

New Year


Officially Year 4 Medical Student.
Life gets tougher when you step up a little higher.
But still
You strive your very best,
 with the help from The One who hear your prayers.

Thank you dear.. Really loveee it!