Wednesday, July 15, 2015

4th Year, The end.



Assalammualaikum wbt!


"Mereka yang mengambil jalan bersama denganku." ~fall for this quote.

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, dengan seizinNya telah Dia permudahkan jalan kami semua. Siapa sangka, dengan sekelip mata saja rupanya kami dah mengakhiri tahun 4 sebagai seorang pelajar perubatan. Ini bermakna tinggal setahun sahaja lagi masa yang diperuntukkan sebagai persediaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar di dunia realiti. Menjadi seorang doktor.

Ingat lagi kali pertama pensyarah ku pernah bertanya pada anak-anak muridnya, 
"What is a doctor?"
Semua terdiam. Pelik. Tak pernah orang tanya soalan sebegitu. 
"Doktor? Doktorlah..! Ada orang yang tak faham lagi ke siapa doktor?!" Sarkastiknya aku.. haha! Tapi jawab dalam hati je memang la kau berani kan! >_< Cuba suarakan kat the whole class, mau kena panahan mata laser semuanya kat aku eheh..

A doctor is a teacher.
Yea.. make sense kan. Serius, tak pernahku terfikir tentang itu. Mari sini, RNS elaborate secara ringkas apa yang RNS faham dengan ayat penyata itu. Seorang doktor itu tanggungjawabnya untuk menyampaikan kepada masyarakat apa yang telah dipelajarinya untuk kemaslahatan orang lain.

Sering kali, kita bayangkan doktor ini tugasnya hanya merawat dengan ubat-ubatan, potong sana-sini, plaster tang situ, tang sini, bukan? Ya, betul lah tu. Tapi itu hanya apa yang orang lihat dari permukaannya sahaja. Realitinya, lebih dari itu. Namun, tak semua yang tahu. Doktor itu tugas lainnya adalah sebagai kaunselor untuk pesakit, keluarga, masyarakat dan sesiapa sahaja yang pernah meminta pandangannya. Dia juga berperanan untuk membetulkan persepsi-persepsi salah yang timbul dalam masyarakatnya. Sebagai contoh, peranan vaksin yang sangat penting untuk membendung penyakit berjangkit merbahaya daripada merebak. Besar cabarannya untuk seorang doktor hari ini meyakinkan pesakitnya apabila disulitkan lagi dengan bercambahnya golongan anti-vaksin. 

Bukan itu sahaja, sebagai seorang doktor Muslim, peranan yang besar adalah melaksanakan hal-hal yang berkaitan fiqh dalam perubatan. Andai kita tidak dipersiapkan dengan ilmu ini, siapa lagi? Bukankah sudah menjadi fardhu kifayah untuk seorang doktor memahami ilmu ini? Ambil contoh, isu hangat ibu-ibu bersalin yang auratnya terpaksa didedahkan. Apakah rukhsah nya dan daruratnya di dalam Islam? Kita harus fahami dengan mendalam semua itu terlebih dahulu sebelum bertindak menyuarakan pandagan yang tidak berlandaskan ilmu.   

Okay alamak! Dah makin serius dan berat pulak RNS bawa perbincangan hari ni. Okay semua cool down eyh.. Biasalah, kalau jari dah mula menaip, laju je idea mencurah-mencurah ke ladang blog ni. Doakan kami semua jadi doktor yang selamat untuk anda semua okay. Amin :) 
Setakat di sini dahulu perkongsian tak seberapa ni. Inshaallah berjumpa lagi di lain masa. Bye!

Jumpa lagi di tahun akhir! ^_^





p/s: take care. :)


Friday, July 10, 2015

Tranquility



Sometimes we end up staring indefinitely at the closed doors of our lives, and forget to notice the ones that have opened. ~ Yasmin Mogahed


In a hadith the Prophet s.a.w explains that,

"Whenever a Muslim is afflicted with a hardship, sickness, sadness, worry, harm, or depression - even a thorn's prick, Allah expiates his sins because of it." [Bukhari]

Saturday, July 4, 2015

Butter Chicken yum!

Assalammualaikum w.b.t buat pembaca TGS sekalian! :)

Untuk pertama kalinya RNS nak berkongsi dengan anda semua resepi Butter chicken. Senang je. Untuk yang baru nak asah skill memasak macam RNS ni, boleh la cuba untuk juadah berbuka di bulan Ramadan ni ye. :)

Bahan-bahan yang diperlukan:

Isi ayam
Tepung KENTUCKY (or mana-mana tepung salut rapuh)
Telur sebiji

Butter (buttercup)
Susu sejat (Susu sejat penuh kream Ideal)
Daun kari
Bawang besar/bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau blend
Cili padi
Serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:

1. Potong isi ayam dadu.
2. Pukul telur sebiji dan masukkan ke dalam mangkuk bersama isi ayam.
3. Masukkan tepung kentucky ke dalam ayam yang dicampur dengan telur tadi. Gaulkan sehingga sebati.
4. Goreng adunan ayam tadi hingga kekuning-kuningan. Letak tepi.

Penyediaan kuah:

1. Masukkan butter ke dalam kuali yang panas. Biar sehingga cair.
2. Masukkan pula bawang besar/bawang putih, cili api ke dalam kuali. Tumiskan sehingga naik bau nya.
3. Masukkan susu sejat.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, sedikit lada hitam.
5. Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan ayam goreng tepung yang dah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.
7. Taburkan daun kari ke dalam kuali.

Dah siap! 

Ayam goreng bersalut tepung
Butter chicken untuk anda! :) masak dari hati, masak dengan iman


RNS lebih prefer kurang kuah, so kena biar kering sikit sebelum angkat from dapur. Kalau anda yang suka berkuah, letakkan lebih susu sejat dan butter. Semua ni main agak-agak je ye. Sorry la i tak profesional nak recommend ratio bahan-bahan ramuan ni, tapi inshaallah cukup untuk buat orang rumah kenyang perut and mintak buatkan lagi next time... Hehehe :)

Tips utk gadis2/anak dara yang baru nak start belajar masak: tak pandai masak xpe, boleh belajar. Skill must be developed perlahan-lahan, asalkan rajin. That's the key! :)




p/s: acu and uncle: kak mim dah pandai masak now, boleh kawen! Ahakz! ^_^
*lepas ni anytime nak butter chicken, air tangan kite je eyh inshaallah. :')


Wednesday, July 1, 2015

Wordless Wednesday

21 Mac 2014