Tuesday, December 13, 2016

Tawakal: Tunduk pada ketentuanNya



13 Disember 2016.

Apabila semua yang kita usahakan dengan sekuat daya yang kita mampu, akhirnya Allah menetapkan ia tidak berhasil seperti apa yang kita mahukan. Sebaliknya, ia membuahkan sesuatu ketentuan mengikut apa yang Dia kehendaki. Maka saat itu, janganlah kita berbisik di dalam hati bahawa semua yang telah kita usahakan itu hanya sia-sia. Bahkan, inilah jalan yang Allah telah sediakan untuk kita setelah kita bertawakal kepadaNya. Dan jalan dari Tuhan sesekali tidak akan merugikan hambaNya.

Bergembira lah wahai hati, apa yang telah Allah izinkan terjadi dalam perjalanan hidupmu. Setiap orang punyai keunikan jalan ceritanya sendiri. Tidak sama jalan aku dan jalan kamu. Meskipun kita kembar seiras rupa.

Hari ini kita mungkin sakit. Hari esok tentu akan pulih. Dan jangan lah berputus asa mencari dan memohon rahmatNya. Percaya dalam hati. Kerana percaya itu tandanya ada iman.

Saat bersedih hati, buka lah Al-Quran. Di situ ada ketenangan. Inshaallah akan menemui jawapan.

Dan sungguh, Allah berfirman di dalam Surah An-Nur, ayat 64 (24:64) yang membawa maksud:

"Ketahuilah, sesungguhnya milik Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi. Dia mengetahui keadaan kamu sekarang. Dan (mengetahui pula) hari (ketika mereka) dikembalikan kepadaNya, lalu diterangkanNya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Ya.. Dia mengetahui keadaan kamu sekarang..
Jangan bersedih hati. Allah berada di sisimu.



Langit tak kan sentiasa mendung. Begitu juga hidupmu.