Thursday, October 29, 2015

Nekad





Selagi bergelar hamba, pasti akan ada cacat celanya.
Kalau ingin cari kesempurnaan, kita hanya akan jumpa pada sifat Allah.

Apa yang aku minta sekarang ini, agar Allah pertemukan seseorang yang boleh menjadi pelengkap bagi kelemahan diriku. Dan aku juga menjadi pelengkap bagi 
kelemahan dirinya.

Tak perlu aku kejar sesuatu yang belum pasti milikku, kerana aku pasti akan kecewa andai aku tidak dapat apa yang aku harapkan.

Insecurities will always remain. Instead, you will only feel secure when you are whole heartedly put your trust in Allah. Choose Him over something else in this world. No compromise! And He will definitely choose something beautiful for you, more than you can ever imagine. If not in this world, surely it will be in the Akhirah.

I made a mistake. And its Allah who brings me back to the right path. Kadang ada sesuatu yang tak terucap dengan kata, tetapi bisa tergambar melalui mata yang melihat, dan hati yang merasa.

Hanya Tuhan yang tahu.

Sunday, October 25, 2015

Feeling thankful


There are times in which you feel deeply in vain BUT the moment tears fall out from your eyes while praying to Allah, all the miserables you feel will be faded away. Because you know, Allah will always be there besides you. You dont even want anyone else to hear you except your own Maker. In fact, He is Most closer than your vein. 
Everything will be fine.. Inshaallah. :)

Tuesday, October 13, 2015

Awal Muharam, a new year


Assalammualaikum wbt..


It's not as easy as I imagined being a final year medical student. To be able to stay in a highly motivated spirit is one of the challenges i need to face. After all, its not always a sunshine in this life. Sometimes you will have to go through the rainy days and storms anyway.

And now i can feel it. This early 2 weeks I have been battling to regain my memory of my clinical knowledge after almost a 2 months school break. It's quite frustating though when you failed to recall what you have learned all this while. But, the worst part is that when you dont know what you have forgotten.

Today, my orthopaedic lecturer asked me, "Syamim, do you still study hard like you used to? I hope you can do better this year, okay." I stumbled upon that statement. Did my teacher sensed I have been quiet during his class? Or did he noticed that I am less able to give response during the question and answer session? Maybe. When i came to look at it, damn its true... I know myself.

Sometimes you have to contemplate yourself in order for you to wake up from your dreamy fairytales. It's the reality that you have to deal with. In a year, Inshaallah I will graduate and become a doctor (*do pray for me). I started thinking that if I am not able to train myself to be competent now, then how am I able to carry the responsibility in the future? As I am near to graduation, the less am I thinking about the title "DR" that will soon become my initials. Trust me, it is not easy to accept that soon I will be held responsbility in dealing with a person's life. It's scary. Seriously. So it's no more about fame that you will become a doctor. It's about how brave, strong and passionate you are to be in this field. There'a a saying, with power comes a great test isn't it?

Today marks the new year in Muslim calendar. And so do i need to renew my intention in seeking the knowledge. It's for the sake of Allah. He is the One that blessed me with the ability to be who I am today. Slowly, I will try my best to correct myself. Find the flaws that I have, and ask Allah to help guide me to be a better person. 
Inshaallah. I will pray for you too as well. Together. I believe that you know what you desire most, right? So let's pray together that Allah will grant what's best for us. Let's not give up till the end. Never stop believing. When you fall down, get up and try again. Someday you will find what you're searching for. Inshaallah.. Amin. :)

 This song.. The words.



p/s:Allah will give the hardest battle to His strongest soldiers. So believe in yourself, remember? :')

Tuesday, October 6, 2015

Final Year MBBS




Am finally 5th year medical student. It's going to be a bumpy road now. Full of hardship and stress for final professional exam  becoming a doctor in housemanship. Hope Allah will give me strength. :) 








Sunday, September 27, 2015

Resepi Pancake



Assalammualaikum wbt

My pancake served with strawberries, bluberries, butter and honey! Yummy!




Entry hari ni RNS nak kongsi resepi pancake yang sangat simple anda boleh cuba!
Kalau ikutkan RNS tak niat pun nak share resepi ni dekat blog, sebabnya I pun search from Pakcik Google je. Tapi disebabkan resepi ni di'touch-up' sikit untuk dapatkan texture and rasa yang berkenan di hati, so I decided to share. Plus, its a request from my cousin to give her the recipe.
*So kak shirah, lepas ni tak payah pi mcD dah okay. Buat kat rumah je and boleh dapat setanding dengan pancake mcD! boleh bagi faiz and fauzan makan :P

Jom tengok bahan-bahannya:

1 biji telur
1/2 sudu besar marjerin yang dimeltedkan (boleh juga diganti dengan butter)
1 cawan susu segar
1 cawan tepung penaik (boleh cari tepung cake naik sendiri)
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:

1. Pukul telur dalam bekas hingga dapat texture fluffy.
2. Masukkan marjerin yang dicairkan ke dalam telur. Pukul sekali lagi.
3. Masukkan susu segar. Kacaukan.
4. Masukkan tepung, gula, garam. Gaulkan sampai sebati.
5. Akhir sekali, masukkan esen vanilla.

Dah siap pun adunan. Then, panaskan non-stick pan atas api sederhana. Tak perlu letak minyak or margerin sebab dalam adunan tadi dah ada, so bila masak pancake tak akan melekat.
Bila pan dah panas, perlahankan api dan letak satu senduk adunan tadi. Biarkan seketika sampai nampak 'bubble', lepas tu alihkan.

Bubble tu akan jadi macam ni. -Gambar ihsan google.


*make sure api perlahan. kalau tak, senang hangit. :P

Dah siap! 

My siblings favorite makan dengan vanilla ice cream!


Tips resepi & hidangan:

1. Boleh makan dengan honey, butter, jem, peanut butter or susu pekat (first time tengok my cousins makan dengan susu pekat macam sedap jugak). Apapun ikut selera and kreativiti sendiri :)

2. Hidangan resepi ni untuk 3 orang makan (boleh dapat dalam 6-7 keping pancake saiz sederhana) . Kalau nak banyak, multiply ratio dia, okay!

3. Awas! Jangan campurkan mentega cair yang masih panas dari kuali dengan susu yang sejuk. Nanti mentega tu boleh jadi berketul.

3. RNS suka guna tepung ni untuk baking sebab texture dia lembut.


Senang je kan sebenarnya, Selamat mencuba! :P



p/s: baru tahu pancake ni memang senang buat..  Boleh comment kalau ada idea resepi lain :)


Friday, September 25, 2015

Aku menjadi saksi

Tarikh: 20 September 2015, Ahad

Dear blog, 

Pada hari ini, Allah mengurniakanku peluang untuk menjadi saksi kepada dua hambaNya, mengikat janji melalui akad pernikahan. Bukannya aku tidak pernah menyaksikannya sebelum ini, tapi kali ini berbeza. Seolah-olah ia memberi ruang untuk aku membuka mata. Untuk aku sedar apakah erti sebenar satu ikatan perkahwinan.

Dalam perjalanan ke masjid pada pagi itu, aku menaiki kereta sepupuku yang baru sahaja menimang cahaya mata sejak 4 bulan yang lalu. Pada mulanya perjalanan begitu tenang. Tak berapa lama kemudian, puteri kecil kesayangan pasangan sepupuku ini mula merengek. Lapar mungkin. Si ibu menyua susu ke mulut comel si kecil. Namun, ditolaknya. Suara tangisannya bertambah kuat. Buat kami satu kereta berasa sedikit gelisah. Dipujuk ibunya, namun serba tidak kena. Jika diikutkan hati, mahu sahaja aku dodoikan si kecil itu. Tapi, melihat wajah ibu muda ini, aku faham dia juga sedang bersabar, dan dia lebih seribu kali mahir memujuk anaknya berbanding aku.
Dari situ, aku sedar tanggungjawab bergelar ibu bapa.

Tiba sahaja di masjid, kelihatannya keluarga sebelah pihak lelaki sudah pun memenuhi di ruang solat menantikan majlis akad. Kedua-dua belah keluarga bersalaman antara satu sama lain. Melihat wajah-wajah ceria yang tidak pernah aku kenal sebelum ini, membuatkan aku sedar. Perkahwinan itu bukannya setakat penyatuan dua hati, tetapi juga penyatuan dua kaum kerabat yang semestinya berbeza latar belakang kehidupan. Maka, kau bukan sahaja harus terima untuk belajar tentang pasanganmu, tetapi juga seluruh ahli keluarga pasanganmu. Baik buruknya, bukan untuk kau jaja, tapi untuk kau kenal dan sama-sama saling melengkapi.

Sebelum pengantin lelaki melafazkan "aku terima nikahnya.." Tok kadi mengingatkan semula pasangan pengantin mengenai apa itu perkahwinan dan apa itu penceraian. Dan aku juga turut mendengar. Diceritakan sedikit mengenai tanggunggjawab khusus untuk si suami apabila diberi amanah untuk menjaga si isteri. Dan juga diceritakan pula apakah tanggungjawab si isteri untuk patuh pada suami. Akhirnya, diingatkan kepada kami semua tentang penceraian. Ya, penceraian itu sesuatu yang dibolehkan di dalam Islam tetapi betapa ianya sesuatu yang paling tidak disukai oleh Allah. Apatah lagi apabila sudah mempunyai anak, maka penceraian itu akan membawa kesan kepada kehidupan mereka. 
Dari situ, aku berdoa agar Allah kurniakan pasangan ini jodoh yang kekal lama hingga ke syurga. Amin.

Setelah selamat dengan sekali lafaz, maka tertulislah nama mereka berdua sebagai pasangan suami dan isteri. Pada waktu itu, aku duduk di belakang pengantin perempuan. Aku terdengar ibunya berkata, "Ingat pesan mama, mulai sekarang apa-apa pun perlu dahulukan suami. Kalau apa-apa jadi kat mama, selagi tak mendapat izin suami, jangan sekali-kali datang jumpa mama. Syurga Syidah sekarang, pada suami." Aku pulak yang tersentuh dengar nasihat tu. Isk2.. T_T

Kesimpulannya, apa yang aku saksikan pada hari ini, sebenarnya satu pengajaran. Apa yang selama ini menjadi persoalan bagiku, buatkan aku tersedar dan muhasabah. Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, fikir sejauh-jauhnya. Apakah benar-benar kau sudah bersedia? Action speaks louder than words. You know yourself. Jangan banding-bandingkan diri dengan orang lain. Berkahwin bukan diukur pada tahap umur, tetapi dikira pada masa yang tepat dalam hidupmu. 

Sibukkan dirimu dengan amanahmu yang utama di waktu ini. Belajar. Graduate. Jadi doktor yang baik. Itu yang utama. Soal jodoh, pada masa ini berdoa sahaja. Kerana itulah kekuatanmu untuk ketika ini. Untuk kala ini. Bukannya itu bermakna kau tidak berusaha, tapi usahamu pada tika ini ialah dalam bentuk doa dan pengharapan kepadaNya. Itu yang kau upaya buat masa ini.  

Bagi aku, biarlah perancangan disusuli dengan persediaan. Maka sahabat sekalian, jangan tanya 'bila'. Tolong. Aku sendiri tak tahu jawapannya. Yang aku tahu, sekarang fasa untuk aku mempersiapkan diri. Kita sama-sama doakan. :)


p/s: Entah dari manalah datang keberanian aku untuk tulis topik ni... -__-  bye. 
  


      



Tuesday, September 8, 2015

This Girl Dreams to Be a Writer

Thanks to Him I am able to reflect myself each time I cry for what I don't have. 









One day, a thought came into my mind. Why not I give a try on producing my own manuscript and send it to a publishing company? Who knows, with my small effort it can make a huge contribution to my lifetime? So I have been dreaming to be a writer that may give inspiration to myself and to the people around me. I realize that my silence sometimes teaches me to think more. And I have been always battling to think positively in whatever circumstances I faced in my life. Nevertheless, I do admit that sometimes I stumbled upon negative thoughts that keep on intruding my mind. 

As I have been pondering about myself, I found that I have this habit of jotting down everything that comes in my head. Be it something sad, happy, memorable or inspirational moments that happened in my life; I will always grab a pen and write about it. That is why, I keep myself a diary since i was a little girl.  

Come to think of it, what kind of book that I want to produce? Will it be something that is beneficial to the society or is it just because I want to satisfy myself that I actually owned a book? I will be accountable of all the outcome of my writing. So, in order for it to be a beautiful one, I need to be careful of what I am writing. Thus, before I start making it a reality, there's so much more in myself that i need to change. I hope to be a writer who is knowledgeable an mature enough to share my thoughts in a proper way.   

Everyone has their own potential that are born with them. Somebody might excel in business, while the other became a star in sports. Your friend may be good in photography while you are creative in poetry. I keep remind myself, why would I try to be like someone else? Maybe I just need to focus on what Allah has blessed me with, and make use of what gems that I have in myself. 

There's a saying, "A pen is mightier than swords." Yes, and I couldn't agree more. 





p/s: Can't wait to be in final year.. May Allah help me in keeping with this new spirit. amin. :)

  

Wednesday, September 2, 2015

My homemade ice cream



Assalammualaikum wbt. 
Come. Let's hear my story. :)

Alkisahnya semalam punya la excited nak buat ice cream dengan air tangan sendiri buat kali kedua. Untuk cubaan kali pertama sebelum ni, memang menjadi sangat-sangat ice cream chocolate nutella! Tak sempat nak ambil gambar sebab semua tak sabar nak merasa. 
Resepi diambil from homecookingadventure.com.

Ini rupa sebenar ice cream nutella. Pic from homecookingadventure.com

Setelah mendapat pujian oleh family, memang menambahkan lagi semangat untuk menghasilkan homemade ice cream kali kedua! ^_^

So, RNS pun excited lah ajak mama pergi shopping barang dapur nak memasak di rumah. For the ice cream, i bought dua kotak whipping cream and vochelle dark chocolate. Dark chocolate tu untuk dijadikan flavour ice cream kali ni - vanilla chocolate chips.

Sampai je di rumah, terus unpack barang yang dibeli dan tanpa membuang masa, RNS pun mulakan my kerja dengan sediakan mixer and bahan-bahan lain. Tick tock tick tock...for almost one hour my ice cream pun dah siap and tunggu masa untuk difreezekan for a minimum 4 hours.

4 hours berlalu...

Ok tak pe. Relaks dulu jangan buka lagi ice cream tu. Tunggu another few hours bagi sejuk betul-betul then baru sedap dimakan.. Yumm..

4 hours later..

Yeay! Tak sabarnya nak makan desert!

Macam tak kena je ice cream aku ni.. err

Whyyyyy???!! Kenape tak jadi ni... Aaaaa Mama... Sobs sobs.. Ice cream kali ni tak jadi.. Texture dia xjadi.. Rasa macam cream biasa.. :(((


Kalau anda di tempat RNS sedih tak?? Mesti hampa kannn.. Aduhaii.. Kat mana silapnya entah lah. Setelah di renung-renungkan kembali, maybe RNS silap semasa whipp cream tu. I don't know, sebenarnya time buat kali kedua ni dah rasa tak sedap hati. Rasa macam tak jadi je ice cream kali ni. Nampaknya, gerak hati tu memang betul :(

So i guess.. My second attempt untuk buat ice cream tak menjadi. Sedih betul.. Tapi itu lah lumrah bagi seorang gadis yang baru nak belajar macam RNS ni. Sometimes, we cannot avoid mistakes in our doings. 
Ingat lagi masa RNS zaman sekolah, tersilap masak nasi. Masa tu cuti sekolah. Mama pergi kerja, so i was at home with my brothers. Mama pesan suruh masak nasi untuk lunch. Zaman tu, memang RNS masih baru lagi nak belajar masak nasi. End up, nasi yang dimasak tak kering-kering airnya. 
'Alamak, terlebih air ni! Habislahh... mama marah nanti.! Takkan nak buang pulak nasi ni.'

Soo.. I got solution. Buat bubur je lah macam tu! Hehe.. Then RNS pun tumis bawang merah and bawang putih sampai naik bau. Lepas tu lepaskan bahan tumis tu dalam nasi bubur tadi. I added potatoes, chicken chunk, serbuk lada and garam secukup rasa. 

Bila mama balik je from office, "Siapa masak bubur ni?"
Tak sempat RNS nak bangga diri, tiba-tiba my brother said, "Mama, kakak tak pandai masak nasi! Habis jadi bubur!" I was like... Eeeiii budak ni kann..

My mother responded with a laugh, "iyee?? Hmm tapi pandai jugak idea kakak masak bubur. Nasib baik tak buang nasi tu. Good-good.." Lega. And that little girl pun smiled. :)

Okay pengajarannya di sini:

1. Belajar memasak ni akan ada masanya masakan tak menjadi. Tanyalah siapa pun, and they will say yes. Jadi, memasak is like an adventure where you develop your skills.

2. As a human, we cannot avoid mistakes in our life. However, be positive. Sometimes, our mistakes were meant to create another opportunity yang tak disangka-sangka in our life. (Like my story, kalau tak kerana tersilap masak nasi hari tu, i'll never learn how to make porridge).

3. Never give up after one failure. Jadikan kegagalan sebagai satu petunjuk untuk kita tidak mengulanginya masa akan datang. Or perhaps, ia sebagai satu cerita teladan untuk dikongsikan dengan anak cucu nanti. Betul jugak kan..

4. Pengajaran terakhir! Kalau nak makan ice cream sangat, beli je lah! Habis cerita..

Ini baru lah ice cream sebenar, tahu! :))


Bukan ramai tau orang yang share resepi 'tak jadi' ni. hahaha. Anda dikira beruntung baca blog TGS ni supaya next time kalau nak cuba, you know you made a mistake kalau jadi macam my experience.

Okay bye.. Tu je nak cerita. Thank you for reading my entry! See you again inshaallah :) 



p/s: tersenyum bila dengar cerita mimpi tu. Nasib baik pandai masak bubur :)

Thursday, August 27, 2015

Of 10th and 27th Aug




Perfume.



I see that a fragrance is one of the most special gift to someone because the scent that it gives out is able to plant a powerful memory in your mind.

It may remains in your cognitive area of the brain for a long time in such that one day, when you come to reinhale the droplets of the fragrance, your brain will start to picture out everything that is related to the perfume - the time, the event, the person, the place.. just everything! You will memorised the history that you was once gifted to.. Isn't it sweet? :')

No words can describe such a feeling.
Thank you. :))




p/s: so kalau nak orang ingat kita, boleh bagi perfume kat dia. ^_<

Wednesday, July 15, 2015

4th Year, The end.



Assalammualaikum wbt!


"Mereka yang mengambil jalan bersama denganku." ~fall for this quote.

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, dengan seizinNya telah Dia permudahkan jalan kami semua. Siapa sangka, dengan sekelip mata saja rupanya kami dah mengakhiri tahun 4 sebagai seorang pelajar perubatan. Ini bermakna tinggal setahun sahaja lagi masa yang diperuntukkan sebagai persediaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar di dunia realiti. Menjadi seorang doktor.

Ingat lagi kali pertama pensyarah ku pernah bertanya pada anak-anak muridnya, 
"What is a doctor?"
Semua terdiam. Pelik. Tak pernah orang tanya soalan sebegitu. 
"Doktor? Doktorlah..! Ada orang yang tak faham lagi ke siapa doktor?!" Sarkastiknya aku.. haha! Tapi jawab dalam hati je memang la kau berani kan! >_< Cuba suarakan kat the whole class, mau kena panahan mata laser semuanya kat aku eheh..

A doctor is a teacher.
Yea.. make sense kan. Serius, tak pernahku terfikir tentang itu. Mari sini, RNS elaborate secara ringkas apa yang RNS faham dengan ayat penyata itu. Seorang doktor itu tanggungjawabnya untuk menyampaikan kepada masyarakat apa yang telah dipelajarinya untuk kemaslahatan orang lain.

Sering kali, kita bayangkan doktor ini tugasnya hanya merawat dengan ubat-ubatan, potong sana-sini, plaster tang situ, tang sini, bukan? Ya, betul lah tu. Tapi itu hanya apa yang orang lihat dari permukaannya sahaja. Realitinya, lebih dari itu. Namun, tak semua yang tahu. Doktor itu tugas lainnya adalah sebagai kaunselor untuk pesakit, keluarga, masyarakat dan sesiapa sahaja yang pernah meminta pandangannya. Dia juga berperanan untuk membetulkan persepsi-persepsi salah yang timbul dalam masyarakatnya. Sebagai contoh, peranan vaksin yang sangat penting untuk membendung penyakit berjangkit merbahaya daripada merebak. Besar cabarannya untuk seorang doktor hari ini meyakinkan pesakitnya apabila disulitkan lagi dengan bercambahnya golongan anti-vaksin. 

Bukan itu sahaja, sebagai seorang doktor Muslim, peranan yang besar adalah melaksanakan hal-hal yang berkaitan fiqh dalam perubatan. Andai kita tidak dipersiapkan dengan ilmu ini, siapa lagi? Bukankah sudah menjadi fardhu kifayah untuk seorang doktor memahami ilmu ini? Ambil contoh, isu hangat ibu-ibu bersalin yang auratnya terpaksa didedahkan. Apakah rukhsah nya dan daruratnya di dalam Islam? Kita harus fahami dengan mendalam semua itu terlebih dahulu sebelum bertindak menyuarakan pandagan yang tidak berlandaskan ilmu.   

Okay alamak! Dah makin serius dan berat pulak RNS bawa perbincangan hari ni. Okay semua cool down eyh.. Biasalah, kalau jari dah mula menaip, laju je idea mencurah-mencurah ke ladang blog ni. Doakan kami semua jadi doktor yang selamat untuk anda semua okay. Amin :) 
Setakat di sini dahulu perkongsian tak seberapa ni. Inshaallah berjumpa lagi di lain masa. Bye!

Jumpa lagi di tahun akhir! ^_^





p/s: take care. :)


Friday, July 10, 2015

Tranquility



Sometimes we end up staring indefinitely at the closed doors of our lives, and forget to notice the ones that have opened. ~ Yasmin Mogahed


In a hadith the Prophet s.a.w explains that,

"Whenever a Muslim is afflicted with a hardship, sickness, sadness, worry, harm, or depression - even a thorn's prick, Allah expiates his sins because of it." [Bukhari]

Saturday, July 4, 2015

Butter Chicken yum!

Assalammualaikum w.b.t buat pembaca TGS sekalian! :)

Untuk pertama kalinya RNS nak berkongsi dengan anda semua resepi Butter chicken. Senang je. Untuk yang baru nak asah skill memasak macam RNS ni, boleh la cuba untuk juadah berbuka di bulan Ramadan ni ye. :)

Bahan-bahan yang diperlukan:

Isi ayam
Tepung KENTUCKY (or mana-mana tepung salut rapuh)
Telur sebiji

Butter (buttercup)
Susu sejat (Susu sejat penuh kream Ideal)
Daun kari
Bawang besar/bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau blend
Cili padi
Serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:

1. Potong isi ayam dadu.
2. Pukul telur sebiji dan masukkan ke dalam mangkuk bersama isi ayam.
3. Masukkan tepung kentucky ke dalam ayam yang dicampur dengan telur tadi. Gaulkan sehingga sebati.
4. Goreng adunan ayam tadi hingga kekuning-kuningan. Letak tepi.

Penyediaan kuah:

1. Masukkan butter ke dalam kuali yang panas. Biar sehingga cair.
2. Masukkan pula bawang besar/bawang putih, cili api ke dalam kuali. Tumiskan sehingga naik bau nya.
3. Masukkan susu sejat.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, sedikit lada hitam.
5. Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan ayam goreng tepung yang dah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.
7. Taburkan daun kari ke dalam kuali.

Dah siap! 

Ayam goreng bersalut tepung
Butter chicken untuk anda! :) masak dari hati, masak dengan iman


RNS lebih prefer kurang kuah, so kena biar kering sikit sebelum angkat from dapur. Kalau anda yang suka berkuah, letakkan lebih susu sejat dan butter. Semua ni main agak-agak je ye. Sorry la i tak profesional nak recommend ratio bahan-bahan ramuan ni, tapi inshaallah cukup untuk buat orang rumah kenyang perut and mintak buatkan lagi next time... Hehehe :)

Tips utk gadis2/anak dara yang baru nak start belajar masak: tak pandai masak xpe, boleh belajar. Skill must be developed perlahan-lahan, asalkan rajin. That's the key! :)




p/s: acu and uncle: kak mim dah pandai masak now, boleh kawen! Ahakz! ^_^
*lepas ni anytime nak butter chicken, air tangan kite je eyh inshaallah. :')


Wednesday, July 1, 2015

Wordless Wednesday

21 Mac 2014

Tuesday, June 30, 2015

Cari Semula Hatimu

13 Ramadan 1436 H



Alhamdulillah! Akhirnya niat yang tersimpan untuk beli buku penulisan Yasmin Mogahed satu hari nanti termakbul juga hari ni.. :) 
Have been amazed dengan her way of writings.


Bersempena dengan bulan Ramadan ni, sama-sama kita cuba bersihkan diri. Biar sedikit, tapi dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan kepada Dia, inshaallah Allah akan beri pertolongan-Nya.

Kadangkala ujian yang mulanya membuatkan hati kita sedih, itulah yang sebenarnya akan membangkitkan kita semula. Setiap yang berlaku dengan izin Allah dalam kehidupan kita, terselindung hikmahnya.

"Aku ingin mencari semula mana pergi hati yang tenang, hati yang tidak takut dengan pandangan orang, hati yang selalu amanah, jujur, dan berbaik sangka pada saudaranya. Aku mahu rasa kenikmatan itu. Pertemukan semula aku dengan hati itu, wahai Tuhanku."

Firman Allah di dalam Al-Quran, surah Al-An'am, ayat 17 (6:17) yang bermaksud:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang (mampu) menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."






p/s: penulisanku yang utama untuk diriku sendiri. Andai ia dapat memberi inspirasi pada orang lain, itu dengan izinNya juga. :')

Monday, June 29, 2015

12 Ramadan

Sentiasa dalam doa.

Ya, Allah makbulkanlah.
Tetapkanlah hati kami,
Tabahkanlah hati kami,
Berilah perlindunganMu ke atas kami.

Amin.

Friday, June 26, 2015

Random friday



Kerja Tuhan itu sangat misteri dan kadang tidak kita fahami. Tetapi janjiNya itu pasti. 

Tuesday, June 23, 2015

Don't worry

At times, there are things you are worried upon. Something that when you tell someone, they will hardly understand.

But, you have your Creator dear you. Allah know what lies in your heart. So don't just let it be silent in there. Make it sound! Through prayers and dua'. Then, work on it.

Never underestimate the power of dua'. 
Be passionate for what you pray for. Be firm. Have faith. You just need patience. For Allah will definitely answer you..
And that is the only way you will feel content.


Look a the signs that remind you He is there.


Friday, June 12, 2015

Be Yourself

In order to keep up with them, I imitated their looks and exterior
So I became someone else - just to boast 
And I thought that through that I'd gained a fortune
But I found that I'd lost, for these are mere appearances

No, no
We don't need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No, no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Be yourself and you will increase in beauty..

I accept people but I don't imitate them
Except for what I agree with, to satisfy myself
I will just be myself, just the way I am, this is me
My conviction suffices, this is my certainty

No, no 
We don't need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No, no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting to ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Be yourself and you will increase in beauty..

I'll be what I please to be
I won't seek their acceptance
I'll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance?

Real friends are the one that accepts you the way who you are.



By the way, I tak pandai meluahkan puisi seindah di atas yee >_< . Yesterday i heard someone said, "tak tahu pun maksud lagu 'Kun Anta'.. " So here it is maksud lagu dia.. which i found to be inspiring. :)


p/s: glad i already found one..

Sunday, June 7, 2015

Fated

 6/6/2015, Sabtu, bertempat di Lee Chong Wei Sports Arena.



Mencapai kemenangan itu pada luarannya, nampak dia tersenyum gembira. Tepukan dan ucapan tahniah tidak putus diterima. 

Tapi, tak ramai yang tahu. Bukan senang untuk dia berdiri di pentas itu. Dugaan yang dilalui hampir saja buat dia undurkan diri.

:)

Dan, di sebalik kejayaan itu sebenarnya ada seseorang yang memberi kekuatan dan dorongan di sebalik tabir. Tiada siapa yang nampak. Hanya Tuhan yang tahu. Maka dia gagahkan jua. 

Dia langsung tidak menyangka, bahawa kesedihan itu rupa-rupanya Tuhan sediakan kegembiraan selepas itu. 

Berkat doa dan ketabahan, ini hasilnya. Alhamdulillah. :)

As promise, I bring back a medal.

Terima kasih atas tunjuk ajar. Terima kasih sudi menjadi teman. 
Benar, 'At the end of the day we can only plan.'

Because everything has already fated.





p/s: sometimes i can be very childish. i'm truly sorry. :(

Sunday, May 31, 2015

Buku Baru


In search for a new diary... :)

Tuesday, May 5, 2015

Random

My heart is at ease knowing that what was meant for me will never miss me, and that what misses me was never meant for me. :')

Saturday, April 18, 2015

Langkah Kita


Adakala kita sangka kita mampu kuat memendam rasa.
Namun realitinya, kita tak mampu menipu.

Sebab dalam diam dan dari jauh,
ada insan yang memerhati. Dia peka.
Pada setiap bahasa tubuh dan air muka yang terpancar di wajah kita, dia mampu memahami. Meski kita diam seribu bahasa, meski kita senyum walau hakikatnya tak berdaya, dia tetap menyelusuri rahsia yang cuba diselindungi.


Memang benar, hidup di dunia harus berteman. Sedangkan penciptaanNya juga, semua berpasangan.
Aku berdoa agar aku mampu tabah. Meski kadangkala aku juga rebah. Dan setiap kali itu juga, dia setia menghulur tangan untuk aku bangkit semula dan sama-sama mengorak langkah.

Moga suatu hari nanti, kita sampai ke destinasi. Dan biarlah destinasi itu menuju ke arah Ilahi.. Amin ya rabbal 'alamin. :')



Sunday, March 29, 2015

Niat baru azam baru

Assalammualaikum w.b.t


Maka dengan ini tamatlah sudah seminggu bercuti, aduhai... Eh tunggu, 'aduhai'? Kenapa mengeluh ni..? Bukan kah ini jalan yang engkau sendiri pilih dari mula? Again, time to regenerate your self-motivation RNS! Remember the golden phrase you said to yourself, 'I will always be ready to overcome any challenges throughout my journey!'

Now is the time to refresh semula semua semangat yang hilang. Yang lepas, biarkan ia berlalu. Mengapa perlu dihantui dengan masa silam sedangkan kita mengharapkan cahaya yang akan datang?

Buang segala rasa takut itu, sebaliknya teruskan berani dan mara menghadapi hari baru. Harapkan sepenuhnya segala yang kau impikan itu kepada yang Menciptakan, bukan pada ciptaan. Kerana di situ, hati tak akan pernah kecewa.

Let's do this together! Jangan pernah mengalah, jangan pernah mengeluh. Bersangka baik selalu, meskipun kadang diuji dengan situasi yang membuat kau buntu.

Pujuk hati... Ikhlaskan apa sahaja amalan yang kau kerjakan. Biar kecil, biar orang tak nampak, sebab matlamat sebenar hanya untuk redha Dia.

Niat baru, azam baru. Tanam di hati itu. Biar dalam sedalamnya. Inshaallah pertolongan Allah sentiasa ada. La tahzan. 

Primary care, although i heard that it's a tough posting ever, believe that you can do it! Try to think the other side of the coin. Change the stigma. Control your positivity. You learn because you want to contribute to other people in your future. If you fail to help yourself now, then, don't ever mention to help people.
So are you ready? :)






p/s: Lastly, here's a song for you i would love to share. :')





Thursday, March 26, 2015

He is Never Too Far




Change is never easy. 
But, remember that Allah always with you.
For me. For us.
 He brings us this far,
 so He’ll help us go through this. 
Believe that, 
Allah is never blind to our tears,
 never deaf to our prayers,
 and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far. :)

Tuesday, March 17, 2015

Short break

Of roses and piano.

Tak sabar nak balik and play a new song. okay bye ^_<




p/s: entry ringkas menggambarkan what is in my mind while resting from reading too many words for exam.. :)

Monday, March 16, 2015

Pujuk Hati

Jangan sedih.. 
Allah kan ada.. :')


Friday, March 13, 2015

Seindah Sabar

As I was sitting on the bed with my Toshiba laptop on my lappy which was a gift from my parents, I was wondering 'Hmm.. what am i going to do now in this friday evening? Twitter..? Nahh...! I can't lose my deal! *actually i've made a deal with my bestest friend, in which whomever on the twitter timeline during this few weeks prior exam, that person would have to treat the other person a RED VELVET cornetto! (>_<) of course i am not going to lose! (unless if i wanted to treat you a cornetto ^_^)  hehe..

You made my heart red..
'Bukan heart memang red ke?' :P
Fineee.. -____-


 Then i guess, it's been a long time since i last updated my blog..

So i scroll down my page and read all the writings i've written on previous days and I realized how much i've changed through my writings. The changes that has been affected by my experiences in life that contribute to the way i'm thinking today. err.. am i matured enough now? Not really i'm supposed. But perhaps better than before.

Then, here's a problem. I found no idea to start writing, again. But.. I eventually came across this music video from UNIC. Come, let's hear it first or you can play it while reading my entry. :)



Sobs sobs.. :'(  how pleasing the music is.. don't you agree? Nowadays, its somehow less common to hear a song that may grab the heart of people who are drained of motivation. And when I found one, how can I not share it with everyone?

We could not deny that at a certain phase in our life, we need something that is of value that comforts our soul. Just anything. It can be in some form of motivational words you received from your parents, friends or loved ones. Or maybe, Allah fated you to meet someone who will remind you of Him. Then you will feel the ease and peacefulness from your miserable life. 

Hopefully we will always be in the right track under the guidance of our creator, Allah The Almighty. Amin. :)
All the best to myself and friends for the upcoming End of posting Exam!

See you again! Assalammualaikum.. :)



p/s: sengaja cucuk nak suruh bukak twitter so that i can get an ice cream.. ternyata kebal jugak ye orang tu! haha i know you are strong! keep that okay :)






Tuesday, February 24, 2015

DIAgnosis2 from Dia



Assalammualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah dengan izin-Nya, dihadiahkan novel yang ditunggu-tunggu selepas pertama kali jatuh hati pada sekuel pertama, DIAgnosis. 

Kali ini hasil karya daripada 7 orang insan bergelar doktor yang menjadi penggerak ummah. :)
Inshaallah akan dimanfaatkan pengisiannya.



Done wrapping. 
Now reading...
^_^



Review to be written later, Inshaallah.





p/s: when the word says, "It's yours." 

Wednesday, February 18, 2015

Holiday note

Do you know, even a small deed of you may touched the heart of people in silent?

You dont need huge effort to make peole fall into you as long as you has the small sincerity in you.

It will shine on its own. :)


p/s: somehow its hard to even say goodbye..

Thursday, January 29, 2015

Hikmah yang Tersembunyi

Setiap perkara disulami dengan adab dan tatacara yang tersirat maknanya bagi orang-orang yang mengetahui. 
Indahnya panduan yang diajarkan dalam Islam. :)

Monday, January 26, 2015

Tekad


Bertahan selagi mampu.
Sampai saat
 kembali kepada Yang Mencipta.

Dan orang-orang yang beriman, apabila ditimpa musibah, 
dia akan berkata
"Sesungguhnya aku milik Allah, dan kepadaNya jua aku kembali."


Andai saja dapat bersama berada di sana, melihat tenggelamnya matahari dengan harapan esok masih ada.

Saturday, January 24, 2015

Allah is Near



"Bersyukurlah Allah pernah beri kita kehidupan yang senang, lalu bila kita diuji dengan kesusahan, mengapa kita mengeluh?"
"Sabarlah, sayang.."

Wednesday, January 14, 2015

Dia dekat




Dan hati tergerak menyoal
Kenapa bertubi ujian tiba 
Saat kita merasa tidak bersedia?

Apa aku sudah makin menjauh
Lalu Allah ingin panggil aku
Terduduk aku 
Di antara dua sujud
Hanya aku dan Dia
Meluah segala duka

Dan Allah pun berfirman di dalam AlQuran, surah Al-Baqarah ayat 214 (2:214) :
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,  padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang  yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat....

Sunday, January 11, 2015

Cair

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Cantiknyaaaaa.... :)))

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. ^^


Kisahnya hari ni seperti hari hujung minggu yang biasa, di mana kepala ni sudah penat benar menelaah buku-buku medik. Dari awal pagi hinggalah ke petang, muka dihadapkan ke laptop sambil jari menaip case writeup yang perlu dihantar minggu depan.

Ditambah pula dengan bersusunnya topik2 posting ENT, Forensic dan Opthalmology yang menunggu masa untuk diulang kaji. Ya, semuanya perlu di revise dalam masa hanya seminggu berbaki sebelum End of posting Examination.

Sampai satu tahap, mata kuyu, jari jemari lumpuh, otak 'jem'. Okay, itu tandanya I need a rest..

Dan dalam kekusutan tu, hati cair melihat kecantikan bunga-bunga indah ciptaan Allah yang Maha Bijaksana.



Semua gambar-gambar bunga yang sweet ni hasil seni fotografi from seorang doktor yang RNS jumpa dekat Instagram. Jumpa je IG yang penuh bunga, I klik follow cepat-cepat..! hehe takut hilang search tak jumpa pulak gambarnya nanti.



Sempat la jugak RNS baca some caption from this lucky doctor. She's a dermatologist and her husband pun doktor jugak. A surgeon, i'm not mistaken. And they both dikurniaknan dua cahaya mata yang sangat comel!! Kedua-duanya prince. 
They currently live in Canberra. 



RNS suka foto-fotonya sebab they all looks alive. Gambar yang penuh cerita.
Macam gambar kat bawah nii.. hehehe


Simpan angan-angan nak ada gambar macam kat atas ni one day! Bahagianyaa alahaii.. 
Okay kalau nak tengok gambar-gambar selebihnya, sila lah follow IG
eliza_azam

I wonder if could be such in this place once in my life..  Inshaallah! 

And last but not least, my all time favorite flower that holds a story in it. :)

Memories! ^_^

Okay saja excited nak cerita i love flowers! Like one person pernah ckp, "Tak pernah jumpa orang suka bunga terlebih excited mcm ni!" ye lah mana taknya, tengok gambar je pun dah senyum melebar, berbunga-bunga hati riang sampai tergelak kecil. 
That's just sooo me!

Bayangkan, ciptaanNya di bumi ni pun dah cukup fascinating untuk mata kita. Apatah lagi ciptaanNya yang Allah simpan untuk penghuni syurga nanti. It is indeed something beyond any creations in this world! Subhanallah segala puji bagi Nya pemilik sekalian Alam. :)

  Thank you for reading!