Tuesday, April 26, 2011

# 20 Mereka dan Art of Photography

Art of photography.. Hmm dulu tak ambil kisah sangat tentang photography ni. Ambil gambar without sense of knowing the right way to shoot. Tapi sekarang rasa macam seronok nak snap photo. Its okay if I'm not in the picture as long as I am the 'photographer'. Mungkin sebab RNS dikelilingi individu-individu yang turut meminati seni ni kot. Anyway I'm not a professional.

RNS dengan berbesar hati nak kenalkan 3 orang kenalan yang berjaya menarik hati RNS dalam photography ni. So, as tribute to those individuals, check out these fascinating photos together with their short bios!

First and foremost saudari Nurul Izzah Tajul Ariff

Just call her Iyza. She's my schoolmates during high school. A lovely girl yang pandai jugak main musical instrument. Iyza is currently in IIUM studying foundation in law. RNS sendiri tak sangka dia minat photography. One day I checked out her album in FB and her photos are quite interesting! 

Ni kata-kata Iyza waktu RNS interview hari tu:

-sejak minat, lepas spm and lepas tgk my uncle's punya artwork
-photography.. sebab it's how u look at the world. i mean, daily life u pun kadang2 boleh jadi satu artpiece yang sgt bizarre.
-pesanan, kalau minat something, it's not tentang apa yang u ada, it's how u make it work
tu je lah kot. hee

 Check out her lovely pictures:




Visit her site Pelangi Hidup Aku



Next saudara Muhammad Haffiz



Haffiz or lebih senang panggil Appis. He's actually abang RNS punya best friend. Beliau salah seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia. First time RNS tahu yang beliau memang minat photography time sebelum RNS masuk Asasi Uitm. We all pergi jalan-jalan kat Putrajaya. Abang punya la sakan ambil gambar. My brother said, "Tak pe, photographer dah ada.." Ahaha..

Kata-kata Appis waktu RNS interview:

wah...ciap interview yer...=)ok...ni jwpnnya.
camera guna nikon d90.
minat ni masa kat matrik...ni semua berlaku bila scara x sengaja terplih join kelab dokumentasi...so,dari situ la minat ni dtg.
kenapa photography?actually sebenarnya x minat langsung dengan bidang nih...tapi bila join kelab tu, kite dapat byk ilmu taw. mcm2 bnda interesting kte dpt tawu...pastu klu dpt tngkp gmbr yg best,kte dpt kepuasan sgt2 la.
psanan erk?emm...jgn bli kamera ni smata2 nak ikt trend skunk ni..sbb skunk ni rmi bli kamera just nak show off jer.(bkn semua la,tp ad setengahnya).rsnya ni jela kot...hehehe.

His Impressive artwork:



Percubaan di Singapore
Jalan-jalan di Putrajaya
Nak tengok hasil seninya yang lagi best singgah and follow his blog Looking Through The Lens
Jangan lupa jugak vote his picture We're the kings




Last but not least saudara Ahmad Yasir


Yasir ni kawan lama RNS. He's a Freelance Phtographer but still he is a student in a private college. For him, fashion, art and photography are his passion. Seingat RNS, beliau mula meminati photography ni sejak habis spm. So he starts from zero sampailah sekarang ni dah makin banyak perkara yang Yasir dah kuasai dalam seni ni. Pernah satu hari RNS tunjukkan satu gambar yang RNS snap sendiri, then habis kena comment dari beliau. Haha sejak hari tu dah tak berani hehe.. But its good actually to get a comment from others sebab dari situ lah kita boleh perbetulkan kelemahan kita.

Sayangnya, RNS tak sempat nak interview secara lebih detail dari Yasir sendiri. So RNS tak boleh nak cerita lebih. InsyaAllah kalau sempat nanti RNS cuba publishkan.

His fascinating artworks :  

New Year 2011 fireworks @ The Curve Damansara

The lookout point in KL

Bulb mode



'Frozen water'

I love this.. Creative angle.

Kalau nak tengok lagi photos from him check The Art Of Photography of Ahmad Yasir. Tapi page ni is no longer being use. Cuma collection of pictures are still there.
For more details visit his page Ahmad Yasir



Kesimpulannya, seni fotografi memang menarik bagi pandangan RNS sendiri. Memang benar kata saudari Iyza, saudara Appis and saudara Yasir bahawa fotografi memberikan kepuasan pada diri. So, why not kita jadikan ia salah satu hobi di waktu lapang kan? Hasil gambar yang kita ambil pasti meninggalkan kenangan pada masa akan datang.

Gambar-gambar di atas RNS publish atas izin mereka bertiga.. Ye la, mesti kita sedih kan kalau orang lain menggunakan artwork kita sesuka hati..

Setakat ni dulu.. Kalau ada apa-apa tambahan RNS akan cuba untuk post akan datang. =)




p/s: RNS suka snap gambar nature and landscapes. Kalau boleh nak ambil gambar macam dalam magazine National Geographic. Kadang-kadang kita terlepas pandang keindahan dan kebijaksanaan Yang Tuhan ciptakan di atas muka bumi ni..









No comments:

Post a Comment