Friday, July 22, 2011

# 23 Pandangan Pertama or First Impression

Watak dan perwatakan kita sentiasa menjadi perhatian orang lain. Tak kisahlah anda seorang yang terkenal mahupun tidak . Pokok pangkalnya manusia memang tidak hidup seorang diri di muka bumi ini. Tuhan jadikan setiap individu dalam pelbagai bentuk perbezaan baik dari segi warna kulit, keturunan, perwatakan, dan lain-lain lagi yang tak tertulis di sini. Hikmahnya, dari situlah kita belajar untuk kenal antara satu sama lain.

Okay, balik pada topik besar, “Pandangan pertama or First Impression”. Ooops, jangan salah sangka ya...  RNS bukan nak cerita tentang kisah cintan-cintun atau jiwang-jiwang. Tapi tentang SIKAP. Sebagai manusia yang normal akal fikirannya (tolak tepi orang gila atau pesakit mental), dalam diri kita mesti ada sikap suka membuat kesimpulan terhadap sesuatu yang kita lihat melalui luarannya sahaja. Tak mengaku?! Bohonglah! ! Cuba tengok gambar di bawah ni kalau berdegil jugak..



siapa anak muda ni? wahh...

  
haha! lakonan semata-mata..

Hah betulkan? Lepas nampak je semua gambar tadi mesti automatik otak anda akan respons. Kalau tak ada juga maknanya there is something wrong with your brain since your nerves failed to gain impulses and stimulate responses.  Apapun bergantunglah pada setiap orang untuk menilai sendiri. Lain orang lain buah fikirannya. Apa yang anda fikirkan melambangkan keperibadian anda sendiri. 

Pada pandangan RNS sendiri, setiap orang akan menilai seseorang itu melalui tiga aspek utama iaitu penampilan, perwatakan, dan percakapan. Eh, sekejap! Tambah satu lagi untuk aspek PENULISAN.

Di alam siber ni, jom kita berbincang mengenai aspek PENULISAN. Hmm.. sedarkah anda bahawa gaya penulisan juga melambangkan keperibadian si penulis. Sebagai contoh, cuba anda berikan pandangan peribadi mengenai  dua situasi di bawah:

Situasi 1 : Apabila orang menasihati anda
Person 1:  “... ko apa hal tak puas hati ngan aku?! Ko ingat bagus sangat ah?! Blah la wei!! Cermin muka dulu sebelum nak nasihat org!”
Person 2 :  “... Kenapa semua orang pandang serong pada aku? Apa yang tak kena dengan diri aku?”

Situasi 2 : Apabila anda marah
Person 1 : “... Shit la!! Macam haram!”
Person 2 : “...Tolong jangan bagi saya marah lagi. Setiap orang ada tahap kesabarannya.”

Bentuk penulisan di atas kadangkala kita boleh lihat sebagai status  di laman-laman sosial seperti Facebook atau blog. Banyak lagi situasi lain tetapi RNS khuatir akan menyinggung perasaan orang lain yang membacanya. 

Sebenarnya setiap penulisan kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi, perlulah kita ingat bahawa tulisan kita adakalanya mudah diterima orang . Tetapi pada masa yang sama ada juga orang yang mempunyai pandangan berbeza dengan kita. Oleh itu, sebagai seorang yang berakhlak kita haruslah peka dengan setiap patah perkataan yang cuba disampaikan. 

Tidak dinafikan bahawa bahasa seharian generasi sekarang berbentuk selamba. RNS juga seorang remaja. Kadang-kadang kita sudah terbiasa dengan gaya bahasa yang  pada zahirnya kurang sopan tetapi sebenarnya ia adalah biasa bagi golongan tertentu. Erm faham tak apa yang cuba saya sampaikan? Okay, sebagai contoh: 

Anda sedang mendengar rakan anda berceloteh dan berjenaka. Kemudian anda ketawa dan secara spontan anda berkata, “ Hahaha, hang ni bengong la!” 

Perkataan bengong itu pada zahirnya memanglah tidak sopan, tetapi pada situasi itu perkataan tersebut melambangkan sense of humour apabila dikenakan dengan gaya percakapan. Betul tak?

Walaubagaimanapun,  tidak semua bahasa selamba ini boleh digunakan dalam bentuk penulisan. Sebabnya ramai orang akan mudah tersalah tafsir terhadap apa yang kita tulis. Ingat, dalam penulisan kita tidak boleh melihat gaya tubuh dan percakapan si penulis. Akibatnya, kita pula yang tersalah sangka. Bukankah akhirnya ia akan mengundang ketidak puasan hati orang lain?

Kesimpulannya, kita haruslah berhati-hati dalam menulis sesuatu yang kita fikirkan. Biar pun kita mempunyai pandangan yang berbeza, namun cara penyampaian haruslah beretika dan berakhlak. Tujuan RNS menulis entry kali ni kerana RNS sendiri melihat scenario yang kurang sopan dalam penulisan terutamanya dalam kalangan blogger dan pengguna laman sosial.  Apalah salahnya kita ubah sesuatu tabiat yang buruk dalam diri kita? Hanya anda sahaja yang tahu apa yang patut diubah dan dikekalkan.
 
Bahasa yang sopan itu melambangkan peribadi akhlak yang terpuji!

p/s : apa respons anda agaknya ya? Please leave a comment..