Wednesday, August 3, 2011

#24 Doa Mudah Berbicara dan Kisah Nabi Musa a.s.


Doa dipermudahkan segala perbicaraan dan urusan







Kisah daripada al-quran (surah Taha)

RNS yakin bahawa ramai dalam kalangan kita yang sudah mengetahui bacaan doa ini. Bermula sejak sekolah rendah lagi, RNS sudah diajar membaca doa ini setiap kali masuk kelas Pendidikan Islam. Tetapi biasalah, nama pun budak-budak. Waktu dulu tahu baca je tapi sebutan entah betul entah tidak. Maksud apatah lagi. Hurmm.. tahukah anda kisah di sebalik doa ini menurut Al-Quran? To be honest, RNS sendiri baru tahu kisah sebenar di sebalik doa ini. Alhamdulillah, berkat “sewaktu selembar al-Quran” kini RNS jumpa tafsir doa ini.

Doa ini sebenarnya dilafazkan oleh Nabi Musa a.s. kepada Allah. Di dalam surah Taha ayat 9 hingga ayat 98, Allah menceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah Nabi Musa a.s. 

Allah berfirman kepada Nabi Musa a.s. ;
“...Dan Aku telah memilih engkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu). Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku,maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku. Sungguh, hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah dia usahakan. Maka janganlah engkau dipalingkan dari (kiamat) oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti keinginannya, yang menyebabkan engkau binasa.”    (surah Taha, ayat 13-16)

Allah berfirman lagi kepada Musa a.s . “...Dan apakah yang ada di tangan kananmu, wahai Musa?”

Dia (Musa) berkata, “Ini adalah tongkatku, aku bertumpu padanya, dan aku merontokkan (daun-daun) dengannya untuk (makanan) kambingku, dan bagiku masih ada manfaat yang lain.”

Dia (Allah) berfirman, “Lemparkanlah ia, wahai Musa!”

Lalu (Musa) melemparkan tongkat itu, maka ia tiba-tiba menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.

Dia (Allah) berfirman, “Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula. Dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu, niscaya ia keluar menjadi putih (bercahaya) tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain, untuk Kami perlihatkan kepadamu (sebahagian) daripada tanda-tanda kebesaran Kami yang sangat besar. Pergilah kepada Firaun; dia benar-benar telah melampaui batas.”

Dari sinilah kemudiannya Nabi Musa a.s. berdoa dan berkata kepada Allah dengan doa yang RNS tunjukkan di atas tadi. Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah agar urusannya menghadapi Firaun itu dipermudahkan. Tanpa pertolongan Allah tidak mungkin nabi Musa a.s. mampu bersemuka dengan pemerintah yang sangat zalim dan amat digeruni pada zaman itu.

Amalan untuk kehidupan

Sekarang RNS dan anda sudah mempelajari maksud doa tersebut kan? Gunakanlah dengan sepenuh keyakinan dan harapan kita kepada Allah subhanahu wataala. Doa ini amat berguna sebelum kita melakukan perkara-perkara di bawah:

     1) Persediaan untuk membuat presentation sewaktu kuliah atau sekolah
   2) Persediaan untuk mengajar terutamanya sebagai seorang guru ataupun mentor

    3) Persediaan memberi ucapan atau ceramah kepada sekumpulan masyarakat

    4) Persediaan menghadapi interview 


Pengalaman RNS sendiri sebagai seorang pelajar sekolah dan universiti; sungguh bahawa Allah memang memberikan pertolongan-Nya dengan melancarkan setiap butir bicara yang cuba RNS sampaikan terutamanya sewaktu membuat tugasan pembentangan oleh guru dan pensyarah. Dalam masa terdekat ini InsyaAllah ada interview pula mendatang. Yakinlah! InsyaAllah setiap perkataan yang keluar dari bibir kita akan sentiasa dipelihara oleh Allah.. 

Sekian dahulu post yang RNS ingin kongsikan kali ini. Harap ilmu yang disampaikan boleh lah kita share pada teman-teman kita yang lain, k! :p





p/s: ....satu lagi tips agar orang memberi perhatian sewaktu kita membuat presentation or speech – Jadikan diri anda sebagai pendengar setia terhadap ucapan orang lain dahulu. Moga-moga kebaikan yang anda lakukan itu akan berpatah balik kepada diri anda! J

3 comments:

  1. RNS, thanks! Really usefull.. Semoga Allah berkati Raja.

    ReplyDelete
  2. sara;): sama2.. share la dengan kawan2 ye.. moga ilmu yang disampaikan berguna untk orang lain jugak..

    ReplyDelete