Sunday, October 2, 2011

Hidup Baru Bergelar Pelajar Perubatan

Assalammualaikum w.b.t buat saudara seagamaku and greetings to all!

YEAY! YEAY! Dah boleh update blog! Selama seminggu RNS menanti untuk kemaskini blog TGS yang tercinta ni. Sayangnya RNS tinggalkan laptop di rumah sepanjang sesi orientasi di MSU. Kepada kawan-kawan dan kenalan RNS, tentunya korang ternanti-nanti post dari RNS tentang bagaimana perjalanan kehidupan RNS di MSU kan? Jadi sekarang RNS guna kesempatan ni untuk ceritakan sebanyak mungkin pengalaman yang RNS dah lalui selama 5 hari di sana. Harap tak bosan la ya sebab mungkin panjang sikit nak cerita ni.. ehehe.. please please jangan terlepas baca satu pun perkataan ok! Terimas!

PERASAAN YANG SUSAH NAK DIUNGKAP DENGAN PERKATAAN

Sejak RNS jejakkan kaki di MSU sebagai pelajar tahun pertama perubatan, banyak perkara yang telah mengajar RNS erti sebenar kehidupan seseorang yang ingin menuntut ilmu. Pengalaman hari pertama saja sudah cukup menguji kesabaran RNS. Tetapi jauh di sudut hati, RNS rasakan satu kegembiraan yang sukar untuk ditafsirkan dengan butir bicara. Bayangkan jika anda hampir berputus asa untuk memiliki sesuatu yang sangat dihajati, dan tiba-tiba ia muncul tanpa anda menduga ianya akan terjadi. Mesti anda akan rasa kegembiraan yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT.... betul tak?

Meskipun kepayahan yang tidak terduga mucul tanpa disangka, Alhamdulillah kerana Allah masih memberi RNS keupayaan untuk menghadapinya dengan tenang.

   Sungguh tak disangka, hari ini dan InsyaAllah pada hari-hari yang seterusnya, RNS akan hidup dengan impian yang dipasang sejak kecil lagi. Ya, impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. RNS sedar, masih ada kawan-kawan RNS di luar sana yang berlumba-lumba untuk menceburi bidang pengajian ini namun tidak mempunyai kesempatan. Memang sedih kan apabila sesuatu yang kita hajati itu tidak kesampaian? Walau bagaimanapun percayalah, mesti ada sesuatu yang lebih baik akan hadir dalam hidup kita pada masa akan datang. Kuatkan hati dan jangan patah semangat!

UJIAN ALLAH PADA HARI PERTAMA

RNS sangat terharu dengan pengorbanan ayah dan mama dalam memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka sanggup bersusah payah dalam apa jua keadaan pun semata-mata untuk memastikan RNS dan adik-beradik mempunyai kehidupan yang baik dan cerah pada masa hadapan. Ya Allah, kurniakanlah mereka setinggi-tinggi ganjaran-Mu kepada mereka kerana sesungguhnya aku tidak layak sama sekali untuk membalas jasa mereka di dunia apatah lagi di akhirat kelak..

Pada hari pertama, RNS menghadapi sedikit kesulitan untuk mencari rumah sewa. MSU tiada hostel dalam kampus jadi terpaksalah menginap di luar kampus. Kami berjalan ke hulu ke hilir mencari rumah yang sesuai untuk RNS tinggal. Sampaikan adik-adik dan parents RNS sendiri tak sempat menjamah makan pagi dan tengah hari sehinggalah jam pukul 2.00 petang. Mama dan adik-adik penat berjalan. Ayah lagilah. Penat dengan memandu sekali.

Namun, Alhamdulillah Allah kurniakan 4 orang sahabat baru RNS-Ikma, Shahida, Diana dan Jaja (RNS yang paling muda). Mereka sama-sama ikut RNS cari tempat tinggal dan akhirnya kami berjaya tinggal di kawasan yang sama. Apa-apa pun kami akan stick together.

Orientasi bermula jam 2.10 petang dan berakhir di sebelah malam kira-kira pukul 9.45. Pada masa tu, pelajar-pelajar program MBBS shah alam semuanya sudah dibenarkan pulang. Manakala pelajar-pelajar MBBS campus Bangalore stay untuk sedikit taklimat.

Memandangkan RNS dan Jaja tinggal jauh dari kampus, kami cemas sebab bas MSU hanya beroperasi pada waktu siang. Jadi pada waktu tu kami tak tahu nak balik dengan apa. Teksi pula tak kelihatan. Jaja dah hampir menangis. RNS buat keputusan untuk naik balik ke theatre hall dan minta pertolongan facilitator. Alhamdulillah, nasib baik Encik Azim (staff yang menjaga hal ehwal pelajar) ada. Jadi malam tu, dialah yang membawa kami pulang. Lega. Ada juga hamba Allah yang membantu. Kami sampai rumah dalam pukul 11 malam sebab Encik Azim juga perlu uruskan penginapan sementara pelajar-pelajar MBBS yang akan berlepas ke kampus Bangalore.

KAWAN SEPERJUANGAN BARU

Program ijazah semestinya tidak sama dengan program Asasi yang dulu. RNS sangkakan rata-rata batch ni semuanya sebaya RNS. Rupa-rupanya ramai yang sudah pun berumur 20 tahun dan ke atas. Ada di antara mereka lepasan diploma dan ijazah sains. RNS sangat terpegun dengan mereka yang sanggup meneruskan pelajaran 5 tahun lagi dalam perubatan walaupun sudah memiliki diploma dan ijazah. Iyalah, diploma dan ijazah pertama saja sekurang-kurangnya tiga ke empat tahun. Sepatutnya sudah boleh bekerja. Namun, itulah kesungguhan tinggi yang ada dalam diri mereka untuk menjadi seorang doktor.

Rata-ratanya kalau di mana-mana universiti pasti bilangan pelajar siswa lebih ramai daripada siswi. Tapi sebaliknya berlaku dalam batch RNS. Siswa dominates the hall. And of course 1 Malaysia.

Gambar ni dari album page MSU

Sesi orientasi sangat bermakna bagi RNS. Walaupun bagi sesetengah orang orientation week membosankan, tapi tidak bagi RNS. For me this is the perfect platform for us to get to know each other and create networking. Networking is very important especially when we need help from others.

Nasib baik lah waktu orientasi tu RNS ditakdirkan berjumpa dengan kawan yang tinggal dekat hometown RNS. Jadi senanglah kami berdua balik kampung sama-sama.


TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG DOKTOR MUSLIM



Sebagai pelajar perubatan, tentunya kami semua dinasihatkan untuk bersedia dengan apa jua cabaran yang akan datang. Kami melalui sesi bersama seniors yang akan meneruskan phase clinical (third year med students). Kami dengar pengalaman mereka sejak tahun pertama-cara belajar, penampilan, jawab peperiksaan, lifestyle and so on. Pesanan mereka yang paling penting dan RNS tak boleh lupa ialah disiplin dan keyakinan diri yang tinggi. Without discipline, you cannot be a good doctor. Without confidence, you cannot do the tasks right. Nilai-nilai inilah yang perlu ada dalam diri setiap pelajar tak kiralah bidang apa sekalipun yang anda ceburi.

Semasa sesi tazkirah di Islamic Centre MSU, satu soalan yang diajukan oleh ustaz yang mengajar pengajian Islam di MSU ialah- Apakah yang membezakan seorang  doktor Muslim dan doktor yang lain?

Mendegar saja soalan tu, banyak perkara yang menyedarkan RNS betapa besar tanggungjawab seorang doktor sebagai Daie' dalam agama Allah. Dunia hari ini sukar untuk mencari seorang doktor Muslim dan Muslimah yang mempunyai kekuatan ilmu syariat Islam. Banyak perkara yang perlu dijaga oleh doktor muslim terutamanya dari segi keperluan ibadah dan akhlak. Misalnya aurat antara seorang dokor dan pesakit, cara bersolat dalam keadaan sakit, dan yang paling penting sekali adalah peranan doktor untuk menguatkan kefahaman akidah seseorang yang sedang menerima ujian. Ternyata, inilah fardu kifayah yang menjadi tanggungjawab paling besar sebagai seorang Islam.



Dulunya, RNS sekadar menetapkan target untuk menjadi doktor am (general practitioner). Biasalah, seorang perempuan mestilah ada tanggungjawab lain dalam keluarga nanti kan? Kalau jadi pakar tentu sibuk dengan tugasan di hospital. Tetapi setelah diberi pendedahan baru RNS sedar bahawa dalam bidang perubatan khususnya, menuntut ilmu bukan sekadar untuk mendapat ijazah tetapi sehingga ke liang lahat. Negara kita memang tidak dinafikan sudah semakin ramai bilangan doktor. Tetapi bilangan pakar sangatlah sedikit. Seorang doktor pakarlah yang sangat-sangat diperlukan. Jadi, terlintas di hati RNS untuk mewakili muslimah yang lain. Kalau RNS di tempat seorang pesakit wanita, sudah tentunya RNS akan lebih selesa untuk berinteraksi dengan seorang doktor perempuan terutamanya apabila melibatkan hal-hal sakit puan. Di sinilah peranan seorang doktor muslimah yang sangat-sangat diperlukan. Obstetric and Gynecology (O&G) specialist maybe?   

Kesimpulan

Pelajar MBBS MSU di campus Bangalore

Perjalanan RNS masih jauh lagi. Entah apalah yang akan berlaku pada masa hadapan. Kadang-kadang RNS tertanya-tanya sama ada RNS mampu atau tidak untuk menjadi seorang doktor. Apapun setelah berada di jalan ini, apa yang RNS mampu lakukan hanyalah berusaha sekuat upaya tanpa berputus asa. Semakin hari semakin besar tanggungjawab. Pertama sekali yang paling penting dalam hidup RNS sekarang adalah pada ayah dan mama. Tanpa mereka di sisi RNS di dunia ini, rasanya tak mungkin RNS mampu pergi sejauh ini. Kesungguhan mereka berdua untuk mencari rezeki demi membiayai pengajian yang TERMAHAL di dunia sangat menyentuh perasaan RNS. Sebagai anak, RNS tak mampu untuk balas jasa mereka melainkan dengan doa kepada Allah akan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.

Satu hari semasa orientasi, RNS dapat rasakan betapa susahnya perjalanan yang bakal RNS lalui pada masa akan datang. Jujurnya, RNS sangat takut andainya perjuangan RNS boleh bertahan separuh jalan. Rasa takut yang membuatkan RNS ragu apakah jalan yang RNS pilih in adalah benar? Tiba-tiba sewaktu membaca al-Quran, RNS berasa seolah-olah Allah menegur apa yang tersirat di hati RNS pada masa itu. Allah menemukan RNS dengan satu ayat di dalam surah al-Mukminun yang membawa maksud:

... Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)...

(Surah al-Mukminun, ayat 62)

Betapa cepatnya bantuan Allah pada hamba-hamba yang memerlukan pertolonganNya di saat-saat kesusahan. Wahai saudaraku, jadikanlah al-Quran pendamping hidupmu di dunia ini. Percayalah anda akan menemui perkara yang menakjubkan dalam hidup dengan adanya al-Quran. Bacalah al-Quran seolah-olah anda merasakan Allah sedang berbicara dengan hambaNya.

InsyaAllah semoga entry kali ini sedikit sebanyak memberi ilmu berguna untuk sesiapa sahaja yang membaca blog RNS. Akhir kata, semoga Allah membukakan pintu rahmatNya buat kita semua. Amin.

Sekian dahulu. =)



p/s: jika ada salah silap dalam mana-mana penulisan RNS mohon jasa anda untuk leave a comment dan betulkan.. :P





 



96 comments:

  1. appreciate your parents for giving you opportunity on pursue the most expensive course definitely. my parents might not able to give me that, but I really can understand if that really happened.

    sometimes, we do rethink about our desicion. because I did the same. And I knew what you meant. Try harder, because yes medic student's life gonna to be really tough especially when you are the real doctor.

    let face the real world together :)
    strive and give our best shot of course

    ReplyDelete
  2. Actually liana sekarang ni pun tgh usaha untuk dapatkan tajaan. Ringan sikit beban parents. Kalau the whole 5 years without sponsors memang I can't afford too.

    ReplyDelete
  3. allah maha mengetahui keperluan hambaNya :)
    insyaAllah, dpat. kalau tak dapat, usaha lagi

    ReplyDelete
  4. I am seriously moved by your post...
    Keep up the good work!
    =)

    ReplyDelete
  5. MKF : InsyaAllah selagi terdaya.. Tq.

    ReplyDelete
  6. RNS nak tanya boleh... mase RNS msuk msu hri tuu ade x prep kls tuk medic maksudnyer kene blaja asas dlu skit sblum kls yg btul bermula

    ReplyDelete
  7. Jangan risau. Akan ada module "fundamental". Kiranya basic medical science knowledge sebelum belajar deeper. :)

    ReplyDelete
  8. seronok baca..hehehe...alhamdulillah dpt go in skit2 psal MSU ni..sy akn msuk ke sna blan september 2012 ini..semoga kta dpt bertemu..^_^..-student dri sabah-

    ReplyDelete
  9. naquib: terima kasih sudi lawat blog. insyaallah kita akan bertemu as senior-junior :) tahniah!

    ReplyDelete
  10. salam RNS, anak saya baru sahaja tamat foundation medic MSU untuk pegi bangalore pada 27/7/2012. Berdasarkan pengalaman RNS, bila Mara akan beri keputusan untuk fly.

    ReplyDelete
  11. duit wang: Saya tak berapa pasti sebab saya belajr di kampus shah alam. Tapi berdasarkan pengalaman saya waktu orientasi dulu, student bangalore akan fly selepas tamat orientasi di kampus shah alam. Biasanya intake untuk medic is october :) Cuba rujuk MSU untuk maklumat lanjut :)

    ReplyDelete
  12. menarik juga baca blog anda nie...
    erm,orientation week tu katekan la kita terlepas sehari,anything will happen ke RNS? kene denda ke ape ke?

    ReplyDelete
  13. Megat: Terima kasih sudi lawat blog! kalau terlepas orientation sebab reasonable excuse x pe.. Selalunya kalau kena denda tu sebab x punctual. denda waktu orientaion tahu la mcm mana kan. denda main2 ;)

    ReplyDelete
  14. RNS: megat dah pown jejakkan kaki ke MSU ye..hee,orientation sbnarnya mmng la best ..xsngka pulak,sebab mix dngan pelajar pelbgai usia ,kerenah macam2 and i miss dat already..huhu..but anyway,kalo berjumpa di mana2 tegur la megat ye...xpown kalo saya nmpak RNS ,sure saya tegur..heee..take care RNS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Megat: oh dah orientation ke? Course apa kat sana? Huhu insyaallah kalau perasan. :)

      Delete
  15. sory lmbat balik posting ..huhu..bz lately nie...
    megat dah orientation dah... course pharmacy deh..
    insyaALLAH..

    ReplyDelete
  16. hai RNS.. happy baca your blog.. kiranya u dah mulakan pengajianlah kan..

    ReplyDelete
  17. Jannatul: terima kasih sudi luangkan masa di sini.. yes i dah masuk tahun dua pun, alhamdulillah :) ini post waktu awal tahun pertama.

    ReplyDelete
  18. Akak nak tanya. Saya apply mara utk masuk msu (intake bln 6).. adakah pihak msu akan tawarkan student diorg pegi bangalore time foundation?

    ReplyDelete
  19. berapa kos blaja perubatan kat msu ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM300k+- hampir standard di mana2 universiti yg menawarkan perubatan.

      Delete
    2. Salam. Sy lepasan matriks n nk smbung degree. Sy minat dgn perubatan tp xde rezeki nk apply upu dgn uni kerajaan. So sy nk tanya pointer utk masuk course ni utk lepasan matriks berapa ea? Boleh apply x? N 300k tu setahun or sebulan 300 k?

      Delete
    3. Walaikumsalam. Pointer yg sepatutnya mana2 uni utk mbbs minimum 3.5. 300k utk the whole 5 years course.

      *tertakluk pada syarat terkini universiti. Masa time RNS apply mungkin berbeza dgn syarat kemasukan sekarang.

      Delete
  20. salam....na tanya..msu memang tak ade hostel ye....erm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Xde hostel dalam kampus.

      Delete
  21. Kalau nak mintak ba medical science pastu sambung mbbs boleh x?

    ReplyDelete
  22. RNS mohon pinjmn mara time bila ya?mksdnya lps dpt twrn trus apply/mse dh mula pngajian kt msu?
    maksudnya,kos pengajian utk thun prtma tu RNS tggung sdri eh?

    sy dpt ba medicl science kt msu,utk thun kedua nti nk apply mbbs.sbb nk apply mbbs trus takboleh,rsult xlepas..jd utk pinjmn mara kira mcm mana ye?

    #kalau RNS ada kwn2 yg kes mcm sy ,bleh bg fb dia ke,blog ke utk sy contct dia...byk psoalan nk tny..

    *RNS tlg doakan sy ya.MBBS mmg kos yg mnt dr kcik.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjaman hanya boleh mohon selepas mula kemasukan program mbbs di msu. Kos pengajian untuk tahun pertama tanggung sendiri dulu, selepas dapat pinjaman, mara akan bayar semula. Tapi itu pun bergantung kepada jenis pinjaman yang berjaya dapat. Ada student yang dapat pinjaman penuh & ada yang dapat pinjaman separa.

      Delete
  23. umm,nk tanya,Kalau lepasan Matrikulasi boleh mohon Medical dkat MSU x?..kalau boleh mcm mana yer,,mintk tunjk ajar ^_^...dan apa Kelayakan diperlukan untuk amik medical di MSU ye?..

    ReplyDelete
  24. Salam.fasiliti msu ok x? dy pya yuran n kolej serta kbajikan pljar2 dititikberatkan x?terima kasih.

    ReplyDelete
  25. salam RNS, nak tumpang tanya,, kalau sya bukan lepasan matrik tp dah ada diploma electronic dan degree elektik,, boleh ke sy masuk program mmbs ke banglore,,

    ReplyDelete
  26. dosh: maaf, saya tak pasti. Tapi selalunya utk kemasukan program mbbs mesti ada kelayakan sains tulen. Diploma electric lebih kepada aliran engineering. cuba rujuk msu sama ada diploma electronic/degree elegible atau tak.

    ReplyDelete
  27. RNS... saya doakan awak menjadi pakar O&G satu hari nanti. Belalah kaum wanita kasihanilah mereka. Terpaksa diperiksa dan dibidan oleh doktor lelaki.

    ReplyDelete
  28. Salam. Tahu tak yuran pengajian utk course optometri di MSU?

    ReplyDelete
  29. Walaikumsalam. Sorry, x pasti yuran pengajian optometri. boleh call msu utk details lanjut :)

    ReplyDelete
  30. salam klau 1 sem kita kene tnggung sendiri ke sementara nak tunggu loan ptptn or mara(BA.MEDICAL SC) dan hostel murah ade kat mne ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sem 1 kena tanggung sendiri dulu. Rumah sewa yg menjadi pilihan pljr msu kebiasaannya, Brunsfield, Persanda, Prima u1, menara u. Yg murah brunsfield n persanda. Kalau nak lebih selesa, menara u or prima u1.

      Delete
  31. hai akak,nak tanya biasa first sem brapa akan habis ton yuran apa semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurul. Secara puratanya more than 40 k. Bayar ikut tahun pengajian bagi kursus medik. Dan bayarannya berbeza mengikut tahun pengajian. Nurul boleh call msu utk maklumat lebih lanjut ye. Mungkin skrg dah lain sistemnya. :)

      Delete
  32. hye salam , i have a question to ask , u still at MSU right ?? regarding the hostel accomodation , you sendiri or managment yang uruskan ?? and one more question .. you now stay kat apartment mana ?? sewa how much ?? hehe selesa tak ?? .. looking forward for your reply .. P:S - you have a nice blog and very helpful :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Regarding hostel accom, please note that msu xde hostel tau. Cumanya, the 'student carrier development (SCD)' ada buka booth list of house rental agents for students. But advice from my personal view, its better if you settle first rumah sewa before registration day utk mudahkan urusan minggu orientasi.
      So basically, rumah sewa uruskan sendiri.
      sewa rate in menara u or prima u1 on average rm300+-
      These two yg I suggest ni antara yg selesa compared to brunsfield, persanda.

      Delete
  33. hi RNS! ur blog really helpful. ive got a few question about MSU since im interested to study there. i lepasan SPM fyi. maybe akan ambik course management dekat MSU. my questions is, agak2 brapa cost for course management dekat MSU ye? pinjaman ptptn for dip for management course boleh dibuat tak? if yes, then how long kena tunggu for ptptn approval?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum akak :) Saya nak tanya MSU ni dia akan ada offer sama ada melalui surat atau call kan? Then kalau kita dapat surat/call daripada dia so that means kita lepas kelayakan nak minta mana2 kos dalam MSU ke apa? Ada member saya tak dapat pun offer. Sebab saya tengah tunggu result spm so dia kata pendaftaran dalam bulan Mac & April. Saya sebenarnya tak terfikir pula nak masuk MSU.

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum akak,saya nak tanye klu student yang buat foundation kat MSU mmg mereka tak sediakan hostel ye ? means students mesti menyewa di luar kampus la ye ? thanks .nice blog akak,really helpful !

    ReplyDelete
    Replies
    1. MSU xde hostel dalam kampus. tempat tinggal student bergantung pada pilihan student sendiri utk menetap di mana. :)

      Delete
  36. salam.. are you a science stream student in sekolah menengah? are physics needed to be a doctor? Saya berminat nk jd doctor kak tp mcm tak boleh angkat subjek physics..

    ReplyDelete
  37. salam.. kak nk tanya, are u a science stream student when sekolah menengah? are physics needed to be a doctor? i really want and interested to be a doctor tp mcm takboleh carry subjek physics.. i need your opinion :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. I'm a science stream student. In general, belajar medic ni menerlukan seseorang utk berfikir secara kritikal. Subjek physic yg kita belajar di peringkat spm dan asasi sebelum melanjutkan pelajaran ke ijazah perubatan ni merupakan salah satu daripada basic science yg perlu kita faham. Back to your question, is physics needed to be a dcotor? Yes! But... Xsemua ilmu physics perlu diaplikasikan dlam bidang medic.

      Delete
  38. salam.akak nk tnye klo kite ambk bc.medical sciene kan 3 thun..in case nk further study in medic kne abizkn medical sc. 3 thn bru bley buat medic ye?atau pn bley tros lompat medic taun kedua medical sc. tu??harap,reply kak..thanks:)

    ReplyDelete
  39. Kalau bachelor medical science from msu boleh lompat terus ke year 3. Terus masuk clinical. But if bms from uni lain xsure. Kena rujuk msu.

    ReplyDelete
  40. thanks akak..^^..lg stu sye nk tnye msu kn under mara..kos pengajian dye sparuh ptptn n sparuh lg mara ye..yg sye tau under mara nie unikl ngn msu je..klo unikl student dpt loan mara n byar blek ikot pointer..kt msu nie sye xbrape fham..minta akak jelaskan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan mbbs student under mara. But if let say permohonan utk mara x berjaya, boleh apply ptptn. Tapi if under ptptn, bukan loan penuh utk yuran pengajian.

      Delete
    2. Kebanyakan mbbs student under mara. But if let say permohonan utk mara x berjaya, boleh apply ptptn. Tapi if under ptptn, bukan loan penuh utk yuran pengajian.

      Delete
  41. Blog yang sangat membantu.. nk tnya, u medical exam test biasa bulan brpe? All question are objective? Ke ade jugak struktur? Sb mira inshaAllah bakal sit for this test :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. If i'm not mistaken exam entrance ada beberapa date yg ditetapkan msu mengikut jumlah candidate. In my time (almost 4 years ago), all the questions were objective. Sekarang mungkin format soalan ada perubahan. Feel free to ask your counselor if ada pertanyaan okay. All the best! :)

      Delete
    2. Hello sis. Im already pass MET. Skrg tunggu nk masuk on this sept. Cuma i concern about money. First sem, sis hbis brpe untuk byr semua kos dkt msu? Lepas tu, lama tak nk tunggu mara dpt? Thanks.

      Delete
  42. assalamualaikum RNS betul pengambilan dari BMS ke MBBS sekarang kena mula dari tahun pertama. atau time BMS boleh lompat ke MBBS semasa tahun ke-2 . harap rns dapat balas. :/ tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. Saya tak pasti pulak sama ada semasa masih dalam course BMS boleh terus lompat MBBS. Setahu saya, kena grad dulu BMS, then kalau result bagus, baru boleh sambung MBBS. Sambung MBBS boleh terus ke tahun 3 which is practical bergantung kepada result grad BMS.

      Delete
  43. da xbley da kak..sye da tnye..kne abiz bms dlu bru bley ambk mbbs..at least pointer 3.0 bru bley msok medic first year

    ReplyDelete
  44. Assalam akak. Saya nak tanya yuran pendaftaran mbbs ni time zaman akak brp ye? Harap dibalas (:

    ReplyDelete
  45. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  46. Slm RNS, utk 2015, students di sediakan tempat tinggal tak.. Especially new comers...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Msu tiada hostel. Tetapi selaunya bahagian hal ehwal pelajar akan buka booth suggestion utk rumah sewa bagi pelajar pd hari pendaftaran.

      Delete
  47. salam. ade jaminan kerja x? sorri tapi bila fikir pasal ipts memang semua akan fikir pasal ni hihi. (saya dpt tawaran bachelor science medical)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk graduates perubatan msu so far alhamdulillah. Some hears positive feedback.
      Nak tahu sama ada jaminan kerja, make sure check MQA ipts utk course yg nak diambil. If certified, then xde masalah bila grad. Pokok pangkal, kena pandai bawa diri bila dah grad, xkira la uni mana pun if you're good, you have higher chances to get employed. Good luc!. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  48. As Salam..nak Tanya ramai tak yg lulus iv

    ReplyDelete
  49. Nak Tanya saya berada dalam kelas 5 kejuruteraan so lepas SPM nanti boleh tak saya belajar untuk jadi seorang doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak yg tu. Tapi selalunya kelayakan utk ijzh perubatan mesti ada background sains tulen. Cuba semak syarat2 kelayakan utk program ijazah perubatan. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  50. syllabus is fully English ke? or the lecturer mix the language waktu mengajar?

    ReplyDelete
  51. Salam kak nak tya kalau pointer dlm 3.4 dia trima tak in medic msu? Ke akak tau mana2 ipts lain yg tak strict sgt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As long as syarat kelayakan pointer yg dinyatakan dalam website msu, application still boleh diterima. Cumanya, persaingan tu agak tinggi.

      Delete
  52. salam,akak saya baru nak start ambik foundation in science,tapi takde ambik fizik.still boleh tak nak ambik foundation in science tu?

    ReplyDelete
  53. Walaikumsalam, saya konfius. Selalunya kalau spm sains tulen, bukan ke subject wajib physic, chemistry and biology?

    *syarat kelayakan utk foundation in science is based on spm.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum..akk saya ada pertnyaan.berkaitan dengan corse prrubatan di MSU.sya mmg betul2 minat nak ambik medicine.Sekrang sya di matrik n dh nk hbis.For Sem 1 I just get 3.93 n katakan sya xde rezeki nk dpat medic in Ipta I will considered MSU.Nak tnya brkaitan fee,total untuk berape sbenarnya bayaran untk kos perubatan yg totally kita tanggung??

    ReplyDelete
    Replies
    1. During my time register in 2011, total fee mbbs in msu approximately 300k. Kalau dpt pinjaman mara, bergantung sama ada pinjaman penuh atau separa. Kalau pinjaman penuh, total fees ditanggung mara.
      Tapi mungkin sekarang yurannya dah berubah. Untuk info tu, kena contact pihak msu.

      Delete
    2. During my time register in 2011, total fee mbbs in msu approximately 300k. Kalau dpt pinjaman mara, bergantung sama ada pinjaman penuh atau separa. Kalau pinjaman penuh, total fees ditanggung mara.
      Tapi mungkin sekarang yurannya dah berubah. Untuk info tu, kena contact pihak msu.

      Delete
  55. assalamualaikum..akak...sekrg dah 2016..aka dah grad ehhh??,bestnye

    ReplyDelete
  56. subject first year mbbs msu apa ye thank you

    ReplyDelete
  57. subject first year mbbs msu apa ye thank you

    ReplyDelete
  58. Sis...brp fee untk foundation medic di msu?

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum, sis apa khabar? Dah jadi doktor ke sekarang? 😁 thank u for this entry, its really motivates me💜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Alhamdulillah doing better each day, hopefully. Yes, about to end my housemanship year.
      Most welcome, hope you will keep the motivation goes on :)

      Delete
  60. Assalamualaikum i have a lot of things to ask. Boleh tak tegur kt email sy @nurilhamapink please..sy pljr lpsn spm 2019, baru je terima result semalam

    ReplyDelete
  61. RNS nk khidmat nasihat dan motibasi boleh tak bagi email penerangan RNS semoga dapat membantu anak kami yg nk pergi ke MSU

    ReplyDelete