Friday, December 10, 2010

#12 UiTM Puncak Alam Sejuk!

Salam sejahtera buat semua!

Pernah datang bandar Puncak Alam? Pertama kali jejakkan kaki ke Puncak Alam memang hampa sikit sebab RNS sangka Puncak Alam lebih kurang bandar Shah Alam juga. Tapi sebenarnya Puncak Alam (atau lebih dikenali dengan PALAM oleh pelajar2 UiTM) merupakan salah sebuah bandar yang sedang membangun di Selangor.

Buat masa ni memang lah kawasan sekitarnya rata-rata hutan lagi tapi tunggulah 5 ke 10 tahun lagi, mesti Puncak Alam salah satu bandar utama juga. Mana taknya, UiTM lah yang menjadi titik rujukan bandar ni. Sekarang ni pun McDonald's dah dibuka di Palam (satu keseronokan buat pelajar2 UiTM).

Okaylah, sebenarnya RNS tulis post kali ni sebab nak beri peluang pada adik-adik yang baru je lepas menduduki peperiksaan SPM. Lepas ni anda pasti akan melanjutkan pelajaran ke menara gading pula. Ataupun ada juga yang melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dan tingkatan 6. Kepada siapa2 yang berpeluang belajar ke luar negara, jangan lepaskan peluang tau! Bertuahnya adik-adik!

Jadi kesempatan ni, tengok dulu gambar di bawah ni :






Haa apa reaksi anda tengok gambar-gambar di atas? Cantik kan? Memang tak dinafikan UiTM kampus Puncak Alam memang cantik dan fasilitinya pun masih baru lagi. Itu antaranyalah, ada satu lagi gambar yang membuatkan semua pelajar UiTM 'SEMPUT' nak tengok.. AHAHA cari la sendiri apa yang RNS maksudkan ye..

Lagi satu nak cerita, akhir2 ni cuaca kat sini sejuk sangat. Tambahan lagi sekarang kan musim hujan. Memandangkan UiTM kampus Puncak Alam berada di 'puncak' so lihatlah suasana di kolej kediaman yang sempat RNS ambil gambarnya :
Pandangan dari bilik tingkat kedua teratas pada satu pagi yang cerah...

Pandangan yang sama pada pagi yang diseliputi kabus yang sejuk.. Macam kat genting!!

Seriously ni kabus waktu pagi2 lepas hujan.. bukan POLLUTION tau!!

Sudut pandangan ke arah kolej angsana..
 Best la kalau pagi2 dekat kolej kediaman.. Kalau buka je tingkap tak perlu lagi susah-payah buka kipas. Angin dingin dah cukup macam on air-cond malah lebih sejuk lagi. Seriously RNS tak tipu..

Apa pun setiap tempat ada kelebihannya sendiri kan.. Okaylah setakat ni dulu post RNS kali ni. Kalau ada soalan boleh la tanya. InsyaAllah yang mana mampu RNS boleh jawab k!

Jumpa lagi!! Terima kasih sudi luangkan masa!=)

3 comments:

  1. bagusnya raja. bolehla promote uitm puncak alam. budak um rasanya mcm malas je nak buat. hopefully, batch 25 tahun ni pandai2 lah diorang mencari peluang, tak kisahla biasiswa jpa ker , bank negara ke, matrik,asasi dan lain2. semoga mereka beroleh kejayaan bila keputusan diumumkan nanti.

    ReplyDelete
  2. haha bukan promote la.. just nak kongsi sikit info je.. ak ingat dulu waktu dapat keputusan upu ak sibuk google nak cari uitm puncak alam. at least kalau diorang search nanti jumpa la sikit info kat my blog.

    ReplyDelete
  3. waaa...syamim dh ade blog laa..dh lama ke?nape x tawu pun?heee~

    ReplyDelete