Satu hari semasa cuti mid sem yang lepas, RNS bersembang dengan ayah dan mama tentang posting Forensic Medicine di HKL nanti. I told them how excited I am to meet the post-mortem (bedah siasat) case. Tapi dalam masa yang sama, tak tahulah diri ini bersedia atau tak untuk menghadapi ‘sekujur tubuh’ yang entah macam mana cara kematiannya. Waktu dalam kelas, pensyarah ada tunjukkan beberapa slide gambar forensic. “Urghh...” “eii...” segala macam respons kedengaran dalam kelas sebaik ‘accident and trauma’ scene ditunjukkan. Ada masa terpaksa pandang tempat lain sebab ‘ngeri’ jugak rasanya.
Kata mama, “Macam mana pun, kakak kena buat jugak.” – Yes! I have to! Memang kena latih diri.
Then tiba-tiba terluah perasaan pada mama and ayah. “Mim baca status fb seniors 3rd year. Ada setengah tu balik dari hospital lewat malam, buat discussion untuk case presentation. Hujung minggu pun kadang2 ada yang kena pergi hospital. Cuti sem pulak tak banyak macam budak2 pre-clinical. Sebenarnya Mim pun tak percaya yang mim berani pilih bidang medic ni. Kena hadap on-call. Orang cakap sape ambik medic x de social life..”
Ayah bersuara, “Itulah jalan jihad yang kakak pilih. Ingat satu je, jadi doctor pekerjaan mulia. Bantu orang dalam kesakitan pahala besar. Memang susah. Niat tu yang penting.”
Ayah bersuara, “Itulah jalan jihad yang kakak pilih. Ingat satu je, jadi doctor pekerjaan mulia. Bantu orang dalam kesakitan pahala besar. Memang susah. Niat tu yang penting.”
Terdiam seketika. Sampai sekarang terngiang-ngiang nasihat ayah. “Itulah JALAN JIHAD yang kakak pilih.” Dalam hati aku istighfar. Mana ada jalan jihad yang mudah! Keluhan hanya akan menjadikan amalan itu sia-sia sahaja. Ingat tu!
Sekian dulu.
Salam, RNS. ^_^