Tanpa aku sedari mimpi 2 hari berturut-turut rupanya adalah petunjuk Allah kepadaku. Dia menyampaikan berita gembira bahawa doaku selama ini sampai kepada-Nya. Bukan itu sahaja, aku yakin berkat doa ibuku terjawab sudah.
Alhamdulillah. Aku sudah nampak perjalananku yang cuba Engkau tunjukkan. Dulu, aku akui takut untuk menolak apa yang telah ditawarkan kepadaku. Namun jauh di sudut hati, aku juga yakin bahawa kecenderungan hatiku juga merupakan petunjuk dari-Mu. Sungguh, Engkaulah yang membimbingku Ya Allah!
Perasaan gembira mewarnai hatiku yang dulunya hampir pudar. Mengingatkan pahit getir yang aku rasai menambahkan lagi rasa syukur pada-Mu.
Apapun, aku tidak layak untuk terlalu gembira dengan keputusan ini. Sebaliknya, aku harus sedar bahawa ini merupakan tanggungjwab yang Allah kurniakan kepadaku. Dan akulah yang harus melaksanakannya. Ya, akulah hamba-Mu yang terpilih.
Aku sedar pada masa akan datang lebih besar cabaran yang akan Engkau berikan untuk mengujiku. Aku mohon pada-Mu ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kemampuan untuk menghadapi semua ini..
is it bout your previous interview?!!dpt ke raja?!
ReplyDeleteYup piqa!! Alhamdulillah dapat:)
ReplyDelete