Assalammualaikum w.b.t buat saudara muslimku and greetings to all!
RNS sengaja cari ruang untuk update blog TGS walaupun tak tahu nak tulis apa. Ya lah, masa tak mengizinkan untuk RNS sepanjang beberapa minggu ni.
Dalam RNS melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pensyarah, terdetik di hati RNS untuk berkongsi hobi dengan pembaca semua. Hmm rasanya kalau tengok tajuk post pun dah tahu kan? Ya, MELUKIS...
Baru-baru ni RNS perlu menyiapkan 'lab report' yang mana memerlukan lukisan sel-sel yang dilihat melalui mikroskop. Bagi sesetengah orang, mungkin melukis bentuk-bentuk sel agak merumitkan. Bagi RNS sendiri, ya memang kadang2 boleh menimbulkan rasa geram sebab setiap inci sel tersebut mesti dilukis secara 'detail' untuk menghasilkan lukisan yang mirip rupa sel sebenar. Tapi, sabar tu kan separuh daripada iman. Bila kita cuba lukis perlahan-lahan mesti akan menjadi. Hasilnya akan memberikan satu kepuasan kepada kita sendiri.
Melukis memang salah satu hobi RNS dari kecil lagi. RNS ingat lagi semasa berumur 10 tahun, RNS pernah menghantar lukisan kartun DONALD & DAISY DUCK kepada rancangan kanak-kanak KELAB DISNEY MALAYSIA. Ingat tak cerita tu kat tv3 setiap hari sabtu? Hasil lukisan tangan RNS tu disiarkan di melalui rancangan tersebut. Memang excited sangat!!
Sekarang RNS hanya melukis kalau ada kelapangan waktu. Bila tak tahu nak buat apa, RNS akan melukis. Tak kisahlah gambar apa pun. (tapi bukanlah pro sangat pun haha. Suka2 boleh la)
Pernah jugak waktu asasi di uitm dulu, rasa stress melanda waktu minggu final exam. Orang lain sibuk study, tiba2 RNS pulak sibuk melukis. Ehehe tapi tu untuk melegakan stres je.
Okay lah, setakat ni dulu. Nanti RNS update lagi blog ni. Kat bawah ni antara hasil tangan RNS.. Setiap orang ada keunikan dalam menilai kan?
Cintaku pada medik mendekatkanku untuk lebih mengenali Tuhanku..~penulis, RNS~
Saturday, October 29, 2011
Thursday, October 13, 2011
Its Amazing!
Friday, October 7, 2011
Selesainya Minggu Orientasi
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, berakhir sudah minggu orientasi pelajar baru MBBS.. Hurm.. nak cakap apa ya? Rasa seronok juga sebab nak mula kelas. Tapi pada masa yang sama rasa sedih jugak sebab kami semua tak berpeluang untuk berkumpul lagi ramai-ramai walaupun satu batch. Selepas ni semua pelajar MBBS phase 1 yang seramai 135 orang dan semua pelajar intake Mei akan dibahagikan mengikut kumpulan belajar masing-masing.
Kalau nak cerita, memang entah sampai bila lah nak habis kan. Sepanjang 2 minggu berorientasi memang terlalu banyak kenangan bersama kawan-kawan baru. Memang tempat belajar kali ni, RNS tak ada kawan-kawan dari sekolah yang sama. Kalau dari Asasi UiTM memanglah ada. Itupun baru kenal. Apapun, bersyukur sangat sebab di sekeliling RNS semuanya baik-baik belaka.
Kadang-kadang RNS rasa rendah diri sangat belajar di sini. Rata-ratanya ada yang lepasan ijazah dan diploma. Tak lupa jugak lepasan IB dari kolej mara. Kalau nak dibandingkan dengan RNS, memang mereka lebih berpengalaman dan lebih berilmu. Walaubagaimanapun, perbezaan-perbezaan inilah yang membuatkan kita belajar mengenali latar belakang kehidupan orang lain.
Meskipun sudah mula belajar, RNS amat berharap masih dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan pembaca semua. Mungkin lepas ni lebih banyak post yang berkaitan perubatan atau my life as a 'doctor in the making'. Yang penting, RNS akan cuba berkongsi input yang berguna untuk kita semua. InsyaAllah. Doakan kejayaan RNS ya dalam perjuangan ini.. Semoga lebih banyak doktor-doktor muslim yang lahir pada masa akan datang kerana sesungguhnya tanggungjawab melaksanakan fardu kifayah itu tidak semua mampu melaksanakannya.. Amin. =)
Kalau nak cerita, memang entah sampai bila lah nak habis kan. Sepanjang 2 minggu berorientasi memang terlalu banyak kenangan bersama kawan-kawan baru. Memang tempat belajar kali ni, RNS tak ada kawan-kawan dari sekolah yang sama. Kalau dari Asasi UiTM memanglah ada. Itupun baru kenal. Apapun, bersyukur sangat sebab di sekeliling RNS semuanya baik-baik belaka.
Kadang-kadang RNS rasa rendah diri sangat belajar di sini. Rata-ratanya ada yang lepasan ijazah dan diploma. Tak lupa jugak lepasan IB dari kolej mara. Kalau nak dibandingkan dengan RNS, memang mereka lebih berpengalaman dan lebih berilmu. Walaubagaimanapun, perbezaan-perbezaan inilah yang membuatkan kita belajar mengenali latar belakang kehidupan orang lain.
Meskipun sudah mula belajar, RNS amat berharap masih dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan pembaca semua. Mungkin lepas ni lebih banyak post yang berkaitan perubatan atau my life as a 'doctor in the making'. Yang penting, RNS akan cuba berkongsi input yang berguna untuk kita semua. InsyaAllah. Doakan kejayaan RNS ya dalam perjuangan ini.. Semoga lebih banyak doktor-doktor muslim yang lahir pada masa akan datang kerana sesungguhnya tanggungjawab melaksanakan fardu kifayah itu tidak semua mampu melaksanakannya.. Amin. =)
Faculty orientation- Third place winner goes to our group "Lion King". Thank you everyone for the superb cooperation! |
Sunday, October 2, 2011
Hidup Baru Bergelar Pelajar Perubatan
Assalammualaikum w.b.t buat saudara seagamaku and greetings to all!
YEAY! YEAY! Dah boleh update blog! Selama seminggu RNS menanti untuk kemaskini blog TGS yang tercinta ni. Sayangnya RNS tinggalkan laptop di rumah sepanjang sesi orientasi di MSU. Kepada kawan-kawan dan kenalan RNS, tentunya korang ternanti-nanti post dari RNS tentang bagaimana perjalanan kehidupan RNS di MSU kan? Jadi sekarang RNS guna kesempatan ni untuk ceritakan sebanyak mungkin pengalaman yang RNS dah lalui selama 5 hari di sana. Harap tak bosan la ya sebab mungkin panjang sikit nak cerita ni.. ehehe.. please please jangan terlepas baca satu pun perkataan ok! Terimas!
PERASAAN YANG SUSAH NAK DIUNGKAP DENGAN PERKATAAN
Sejak RNS jejakkan kaki di MSU sebagai pelajar tahun pertama perubatan, banyak perkara yang telah mengajar RNS erti sebenar kehidupan seseorang yang ingin menuntut ilmu. Pengalaman hari pertama saja sudah cukup menguji kesabaran RNS. Tetapi jauh di sudut hati, RNS rasakan satu kegembiraan yang sukar untuk ditafsirkan dengan butir bicara. Bayangkan jika anda hampir berputus asa untuk memiliki sesuatu yang sangat dihajati, dan tiba-tiba ia muncul tanpa anda menduga ianya akan terjadi. Mesti anda akan rasa kegembiraan yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT.... betul tak?
Meskipun kepayahan yang tidak terduga mucul tanpa disangka, Alhamdulillah kerana Allah masih memberi RNS keupayaan untuk menghadapinya dengan tenang.
Sungguh tak disangka, hari ini dan InsyaAllah pada hari-hari yang seterusnya, RNS akan hidup dengan impian yang dipasang sejak kecil lagi. Ya, impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. RNS sedar, masih ada kawan-kawan RNS di luar sana yang berlumba-lumba untuk menceburi bidang pengajian ini namun tidak mempunyai kesempatan. Memang sedih kan apabila sesuatu yang kita hajati itu tidak kesampaian? Walau bagaimanapun percayalah, mesti ada sesuatu yang lebih baik akan hadir dalam hidup kita pada masa akan datang. Kuatkan hati dan jangan patah semangat!
UJIAN ALLAH PADA HARI PERTAMA
RNS sangat terharu dengan pengorbanan ayah dan mama dalam memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka sanggup bersusah payah dalam apa jua keadaan pun semata-mata untuk memastikan RNS dan adik-beradik mempunyai kehidupan yang baik dan cerah pada masa hadapan. Ya Allah, kurniakanlah mereka setinggi-tinggi ganjaran-Mu kepada mereka kerana sesungguhnya aku tidak layak sama sekali untuk membalas jasa mereka di dunia apatah lagi di akhirat kelak..
Pada hari pertama, RNS menghadapi sedikit kesulitan untuk mencari rumah sewa. MSU tiada hostel dalam kampus jadi terpaksalah menginap di luar kampus. Kami berjalan ke hulu ke hilir mencari rumah yang sesuai untuk RNS tinggal. Sampaikan adik-adik dan parents RNS sendiri tak sempat menjamah makan pagi dan tengah hari sehinggalah jam pukul 2.00 petang. Mama dan adik-adik penat berjalan. Ayah lagilah. Penat dengan memandu sekali.
Namun, Alhamdulillah Allah kurniakan 4 orang sahabat baru RNS-Ikma, Shahida, Diana dan Jaja (RNS yang paling muda). Mereka sama-sama ikut RNS cari tempat tinggal dan akhirnya kami berjaya tinggal di kawasan yang sama. Apa-apa pun kami akan stick together.
Orientasi bermula jam 2.10 petang dan berakhir di sebelah malam kira-kira pukul 9.45. Pada masa tu, pelajar-pelajar program MBBS shah alam semuanya sudah dibenarkan pulang. Manakala pelajar-pelajar MBBS campus Bangalore stay untuk sedikit taklimat.
Memandangkan RNS dan Jaja tinggal jauh dari kampus, kami cemas sebab bas MSU hanya beroperasi pada waktu siang. Jadi pada waktu tu kami tak tahu nak balik dengan apa. Teksi pula tak kelihatan. Jaja dah hampir menangis. RNS buat keputusan untuk naik balik ke theatre hall dan minta pertolongan facilitator. Alhamdulillah, nasib baik Encik Azim (staff yang menjaga hal ehwal pelajar) ada. Jadi malam tu, dialah yang membawa kami pulang. Lega. Ada juga hamba Allah yang membantu. Kami sampai rumah dalam pukul 11 malam sebab Encik Azim juga perlu uruskan penginapan sementara pelajar-pelajar MBBS yang akan berlepas ke kampus Bangalore.
KAWAN SEPERJUANGAN BARU
Program ijazah semestinya tidak sama dengan program Asasi yang dulu. RNS sangkakan rata-rata batch ni semuanya sebaya RNS. Rupa-rupanya ramai yang sudah pun berumur 20 tahun dan ke atas. Ada di antara mereka lepasan diploma dan ijazah sains. RNS sangat terpegun dengan mereka yang sanggup meneruskan pelajaran 5 tahun lagi dalam perubatan walaupun sudah memiliki diploma dan ijazah. Iyalah, diploma dan ijazah pertama saja sekurang-kurangnya tiga ke empat tahun. Sepatutnya sudah boleh bekerja. Namun, itulah kesungguhan tinggi yang ada dalam diri mereka untuk menjadi seorang doktor.
Rata-ratanya kalau di mana-mana universiti pasti bilangan pelajar siswa lebih ramai daripada siswi. Tapi sebaliknya berlaku dalam batch RNS. Siswa dominates the hall. And of course 1 Malaysia.
Gambar ni dari album page MSU |
Sesi orientasi sangat bermakna bagi RNS. Walaupun bagi sesetengah orang orientation week membosankan, tapi tidak bagi RNS. For me this is the perfect platform for us to get to know each other and create networking. Networking is very important especially when we need help from others.
Nasib baik lah waktu orientasi tu RNS ditakdirkan berjumpa dengan kawan yang tinggal dekat hometown RNS. Jadi senanglah kami berdua balik kampung sama-sama.
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG DOKTOR MUSLIM
Sebagai pelajar perubatan, tentunya kami semua dinasihatkan untuk bersedia dengan apa jua cabaran yang akan datang. Kami melalui sesi bersama seniors yang akan meneruskan phase clinical (third year med students). Kami dengar pengalaman mereka sejak tahun pertama-cara belajar, penampilan, jawab peperiksaan, lifestyle and so on. Pesanan mereka yang paling penting dan RNS tak boleh lupa ialah disiplin dan keyakinan diri yang tinggi. Without discipline, you cannot be a good doctor. Without confidence, you cannot do the tasks right. Nilai-nilai inilah yang perlu ada dalam diri setiap pelajar tak kiralah bidang apa sekalipun yang anda ceburi.
Semasa sesi tazkirah di Islamic Centre MSU, satu soalan yang diajukan oleh ustaz yang mengajar pengajian Islam di MSU ialah- Apakah yang membezakan seorang doktor Muslim dan doktor yang lain?
Mendegar saja soalan tu, banyak perkara yang menyedarkan RNS betapa besar tanggungjawab seorang doktor sebagai Daie' dalam agama Allah. Dunia hari ini sukar untuk mencari seorang doktor Muslim dan Muslimah yang mempunyai kekuatan ilmu syariat Islam. Banyak perkara yang perlu dijaga oleh doktor muslim terutamanya dari segi keperluan ibadah dan akhlak. Misalnya aurat antara seorang dokor dan pesakit, cara bersolat dalam keadaan sakit, dan yang paling penting sekali adalah peranan doktor untuk menguatkan kefahaman akidah seseorang yang sedang menerima ujian. Ternyata, inilah fardu kifayah yang menjadi tanggungjawab paling besar sebagai seorang Islam.
Dulunya, RNS sekadar menetapkan target untuk menjadi doktor am (general practitioner). Biasalah, seorang perempuan mestilah ada tanggungjawab lain dalam keluarga nanti kan? Kalau jadi pakar tentu sibuk dengan tugasan di hospital. Tetapi setelah diberi pendedahan baru RNS sedar bahawa dalam bidang perubatan khususnya, menuntut ilmu bukan sekadar untuk mendapat ijazah tetapi sehingga ke liang lahat. Negara kita memang tidak dinafikan sudah semakin ramai bilangan doktor. Tetapi bilangan pakar sangatlah sedikit. Seorang doktor pakarlah yang sangat-sangat diperlukan. Jadi, terlintas di hati RNS untuk mewakili muslimah yang lain. Kalau RNS di tempat seorang pesakit wanita, sudah tentunya RNS akan lebih selesa untuk berinteraksi dengan seorang doktor perempuan terutamanya apabila melibatkan hal-hal sakit puan. Di sinilah peranan seorang doktor muslimah yang sangat-sangat diperlukan. Obstetric and Gynecology (O&G) specialist maybe?
Kesimpulan
Pelajar MBBS MSU di campus Bangalore |
Perjalanan RNS masih jauh lagi. Entah apalah yang akan berlaku pada masa hadapan. Kadang-kadang RNS tertanya-tanya sama ada RNS mampu atau tidak untuk menjadi seorang doktor. Apapun setelah berada di jalan ini, apa yang RNS mampu lakukan hanyalah berusaha sekuat upaya tanpa berputus asa. Semakin hari semakin besar tanggungjawab. Pertama sekali yang paling penting dalam hidup RNS sekarang adalah pada ayah dan mama. Tanpa mereka di sisi RNS di dunia ini, rasanya tak mungkin RNS mampu pergi sejauh ini. Kesungguhan mereka berdua untuk mencari rezeki demi membiayai pengajian yang TERMAHAL di dunia sangat menyentuh perasaan RNS. Sebagai anak, RNS tak mampu untuk balas jasa mereka melainkan dengan doa kepada Allah akan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.
Satu hari semasa orientasi, RNS dapat rasakan betapa susahnya perjalanan yang bakal RNS lalui pada masa akan datang. Jujurnya, RNS sangat takut andainya perjuangan RNS boleh bertahan separuh jalan. Rasa takut yang membuatkan RNS ragu apakah jalan yang RNS pilih in adalah benar? Tiba-tiba sewaktu membaca al-Quran, RNS berasa seolah-olah Allah menegur apa yang tersirat di hati RNS pada masa itu. Allah menemukan RNS dengan satu ayat di dalam surah al-Mukminun yang membawa maksud:
... Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)...
(Surah al-Mukminun, ayat 62)
Betapa cepatnya bantuan Allah pada hamba-hamba yang memerlukan pertolonganNya di saat-saat kesusahan. Wahai saudaraku, jadikanlah al-Quran pendamping hidupmu di dunia ini. Percayalah anda akan menemui perkara yang menakjubkan dalam hidup dengan adanya al-Quran. Bacalah al-Quran seolah-olah anda merasakan Allah sedang berbicara dengan hambaNya.
InsyaAllah semoga entry kali ini sedikit sebanyak memberi ilmu berguna untuk sesiapa sahaja yang membaca blog RNS. Akhir kata, semoga Allah membukakan pintu rahmatNya buat kita semua. Amin.
Sekian dahulu. =)
p/s: jika ada salah silap dalam mana-mana penulisan RNS mohon jasa anda untuk leave a comment dan betulkan.. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)