Tuesday, February 28, 2012

Kau Tercipta Untukku

Seindah Mawar Berduri..

Khazinatul Asrar. Seindah si pemilik nama yang bermaksud 'khazanah rahsia'.
Seorang gadis muslimah yang solehah yang diibaratkan seperti sekuntum mawar yang berduri. Sungguh cantik kelopaknya, sungguh harum wanginya. Namun bukan mudah untuk disentuh oleh sesiapa kerana kecantikan itu dilindungi oleh ketajaman duri yang menjadi perisai dirinya.

RNS ingat lagi novel yang suatu masa dulu telah menyentuh kalbu yang dahulunya gersang. Gersang kerana masih tidak lagi memahami dengan sebenarnya ilmu agama Islam. Maklumlah pada waktu tu baru mula menginjak ke usia remaja. Namun Alhamdulillah. 'Turning Point' kefahaman dan penghayatan bermula sejak kali pertama RNS membaca sebuah novel karya Ustazah Fatimah Syarha. Watak Khazinatul Asrar dalam cerita tersebut melahirkan satu rasa yang sangat indah. Andainya aku dapat mencontohi akhlak gadis itu...

Melalui penulisan saja, hati mula terpikat dengan penulis novel tersebut. Kalaulah watak yang digambarkan secantik itu, apatah lagi peribadi penulisnya. Tak pernah RNS terbayang bahawa satu hari nanti akan berjumpa dengan Ustazah Fatimah Syarha. Namun, Allah beri kesempatan RNS melihatnya dari jauh sewaktu menghadiri forum 'Kau Tercipta Untukku' anjuran Helwanis MSU. Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr. Farhan Hadi dijemput sebagai panel.


Rindu yang dahulunya tercari-cari kini telah diisi kembali. RNS bersyukur sangat kerana dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu agama yang akhir-akhir ini jarang RNS ikuti. 

Kalau nak diceritakan di sini apa yang dibincangkan dalam forum tersebut mungkin agak panjang. Tetapi RNS akan cuba highlightkan apa yang RNS mampu faham daripada penyampaian Ustazah Fatimah dan Dr. Farhan.

1. Kau Tercipta Untukku.. Allah menjadi suami/isteri itu adalah suatu takdir yang benar untuk masa lalu dan sekarang. Namun, sebagai hamba kita tidak akan tahu apakah si dia (pasangan) tercipta untuk kita pada masa akan datang. (perkara yang ghaib hanya di pengetahuan Allah melainkan apa yang diwahyukan pada Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul)

2. Memilih pasangan melalui 4 ciri-cirinya iaitu keturunannya, kecantikannya, hartanya dan agamanya. Namun janji Rasulullah, kamu akan bahagia jika memilih kerana agamanya.

3. Cantik kerana rupa itu adalah terlalu subjektif buat berlainan individu. Mungkin dia cantik untukmu tetapi tidak buatku. Tetapi, apabila cantik akhlaknya, akan cantiklah keseluruhan peribadinya.

4. 3 perkara yang sekiranya ada pada dirimu, maka kamu akan merasai kemanisan iman. Pertama, apabila kamu mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya. Kedua, cinta pada pasangan kerana Allah. Ketiga, apabila kamu benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana kamu membenci dirimu dicampakkan ke neraka.

5. Ikutlah apa yang diperkatakan oleh para ulama khususnya dalam isu 'bercouple'. Para ulama tidak memuji sama sekali pasangan yang 'bercouple' sebelum nikah kerana sesungguhnya kamu tidak akan kenal watak sebenar pasangan kamu sebelum nikah. Tidak hairanlah mengapa ada yang mampu bercinta selama 7 tahun, tetapi akhirnya bercerai dalam masa yang singkat selepas pernikahan.

6. Setiap manusia itu pasti ada kekurangan. Manusia bukanlah sempurna seperti malaikat. Maka dalam alam rumah tangga, perlu bijak untuk menegur dan bertolak ansur.

7. Berfikiran positiflah selalu. Sebab apa yang kita fikirkan itu Allah mengetahuinya. Jauhkan dan elak rasa 'rendah diri yang negatif' kerana itu akan menghalang kita daripada bersangka baik pada Allah.

Kesimpulan akhir yang RNS pegang dan ingat melalui penyampaian Ustazah Fatimah Syarha,

Adik-adik pilihlah jalan mana yang adik-adik mahukan. Sama ada mahu 'bercouple' atau tidak, terpulang. Tetapi fikirlah, adakah jalan yang dipilih itu mampu menjanjikan adik-adik dan pasangan untuk sama-sama dijemput oleh Allah dan para malaikat, "Masuklah kamu berdua ke dalam syurga..."?

InsyaAllah, setakat ini dahulu perkongsian RNS untuk pembaca semua. Sama-samalah kita perbaiki diri setiap kali melakukan kesilapan. Ingatlah, Allah itu Maha Penganpun dan Penerima Taubat. Jika kita tidak memohon kepadaNya, kepada siapakah lagi kita akan kembali?




p/s: contoh rasa rendah diri yang negatif: "aku ni bukanlah baik pun, nanti mesti aku dapat pasangan yang jahat."

Monday, February 13, 2012

Love from Makassar

Terharunya dapat mesej from insyira! Keluar je exam hall tadi tersenyum manis baca text message.

Cuma rasa rugi x dpt nak jawab call from her.

Thursday, February 9, 2012

Penghujung Study Week, Peperiksaan Mendatang

Khamis, 9 Februari 2012.

Sesungguhnya kepada Allah aku berlindung daripada penulisan yang membawa kemurkaanMu.

Assalammualaikum wbt pembaca setia semua! :P

Sementara menanti solat Isyak, tiba-tiba RNS terfikir untuk update blog ni. Lama la pulak tak tulis entri. Hmm ni pun update melalui phone je. Nak buka laptop nanti susah pulak nak shutdown.

Sebenarnya RNS sedang dalam "Study Week" untuk exam final Semester 1. Tinggal 3 hari lagi je untuk ulangkaji semua topik-topik yang RNS dah belajar. Banyak nya tak terkira ya Allah!
Boleh ingat ke semuanya ya?
Kepada Allah saja lah kita bertawakal. Moga-moga ilham dikurniakan Allah semasa menjawab soalan.

Firman Allah dalam surah ke 40 (Ghafir) yang membawa maksud:
"Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.' "
(ayat 60 surah Ghafir)

Buat kawan-kawan sekolah RNS yang ajak keluar, sorry sangat. Cuti sem kita tak sama. Rindu sangat nak gathering balik. Apa pun kita stay connected melalui FB dan twitter je la ya. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa. =D

Setakat ni Alhamdulillah, mampu bertahan dengan dugaan dalam perjalanan mencari ilmu. Macam-macam kisah yang terlalu banyak untuk diceritakan di sini.

Setakat ni dulu entri pendek RNS kali ni. Kata-kata RNS ni actually nak membuktikan yang RNS masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas.
InsyaAllah lepas exam nanti RNS akan kembali menulis di blog ni untuk followers yang setia dan pembaca lain. :)


Wallahualam.



p/s: sedih sebenarnya tak sempat jumpa cikSpankuning, my best friend-insyira yang balik dari makassar hari tu. :(