Ayah belikan untuk ku dulu. Harap setiap kali aku baca Allah kurniakan pahala jua pada ayah yang tercinta. :) |
"Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'd:13)
Peperiksaan Progress Test Semester 2 bakal tiba bermula hari Rabu depan 25/4/2012. Kadang-kadang hati ini tak dapat lari daripada rasa ketakutan dan gelisah. Meskipun sekuat mana kita cuba bertahan, ada masa kita akan kecundang jua. Mengapa? Hanya satu jawapan - kita bukan sempurna.
Dan di saat hati berasa sayu itu, tiada lain yang dapat menenangkan hati melainkan kembali kepada Ilahi. Menangislah wahai hati dan titis kan lah butir-butir air matamu. Sambil menadah tangan kepadaNya, menangis dan merintihlah sepuas-puasnya. Mana mungkin Allah yang Maha Lembut dengan sifat ihsannya membiarkan dirimu keseorangan tanpa pertolongan-Nya.
"Berdoalah kepada-Ku nescaya akan ku kabulkan." (Al-ghafir: 60)
Hanya usaha dan tawakal yang mampu ku laksanakan. Dan segala-galanya aku lakukan dengan penuh kelemahan diri. Sesungguhnya segala keupayaan adalah kurniaanMu ya-Rabbi. Dan aku juga bersyukur padaMu kerana menganugerahkanku di dunia ini seorang ibu yang sentiasa mendoakan anak-anaknya.
"Belajar elok-elok mim. Sekarang ni mim dah capai impian untuk belajar kedoktoran sejak dari kecik. Setiap kali lepas sembahyang mama selalu doakan anak-anak mama berjaya." -MAMA
"Belajar rajin-rajin. Nanti boleh bukak klinik." -AYAH
"Belajaq baik-baik na mim. Opah selalu mintak doa mim dapat buat." -OPAH
"Belajar elok-elok kat sana. Medik bukan senang. Ingat mama ngan ayah dah banyak pay their effort for you." -ABANG
Berbekalkan kata-kata semangat dari insan-insan yang kucintai, aku teruskan kembara hambaku mencari cahaya nur ilahi.
Aku sematkan di hati, mencari ilmu bukanlah untuk berjaya di dalam peperiksaan semata-mata. Kerana kalau aku berfikir sedemikian, tentulah aku akan berputus asa saat gagal di dalam peperiksaan.
Tetapi sekiranya aku niatkan belajar ilmu untuk mengenal dan mensaksikan keagunganNYA, maka walau banyak kali aku gagal sekalipun, aku akan sentiasa belajar dari HikmahNYA dan tetap berjihad mencari cahaya ilmuNya.
Akhir sekali terima kasih kepada pemberi link video nasyid DAMAI -Cahaya. Sungguh menenangkan kerana tatkala hati alpa, mengingatkan ku kembali pada tujuan kehidupan.