Tuesday, May 29, 2012

4th Malaysian International Medical Student Conference 2012 - Part 1

29/5/2012, Tuesday

Assalammualaikum wbt and greetings again!


Entri kali ni nak cerita pengalaman RNS join 4th Malaysian International Medical Student Conference 2012 (MIMSC) di AIMST University.


Kalau ikutkan hati, banyak benda yang RNS nak kongsikan selama 4 hari 3 malam di sana. Pengalaman di sana sangat bermakna buat kehidupan RNS sebagai seorang pelajar perubatan. Memandangkan peperiksaan Profesional Ijazah Perubatan dan Pembedahan Tahun Pertama akhir bulan Julai ni, RNS terpaksa hadkan masa untuk blogging dan FB. Twitter pula hanya tweet perkara-perkara baik yang terlintas di fikiran disamping #countingDays for Pro Exam and Final sem 2.

Okay berbalik pada topik kali ni, cukup dulu RNS cerita mengenai clinical skills yang RNS dapat daripada conference ni. Selebihnya, RNS akan cuba postkan pada masa akan datang okay! ^_^

Lets just be simple. Untuk part 1 ni RNS nak cerita tentang clinical workshop yang RNS berpeluang belajar kat sana:

Clinical Skills Workshop
i) Workshop 1: Hypovolemic Shock
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
ii) Workshop 2: CPR
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
iii) Workshop 3: Intubation
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
iv) Workshop 4: Parturition (Delivering baby)
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
v) Workshop 5: Simulation Baby
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
vi) Workshop 6: Heart Sound
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff

Intubation
Gambar atas ni gambar from google. Waktu conference tu RNS tak tangkap pun gambar. Tapi ini lah skills yang RNS berpeluang belajar kat sana.

Suturing. Belajar jahitan luka etc.


Belajar ikatan jahitan untuk organ dalaman.

Kemahiran melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation).

Mendengar normal heart sound and murmurs.

Handling patient with hypovolemic shock. Checking pulse.

Blood transfusion.

Parturition. Kemahiran menghadapi pesakit wanita untuk kelahiran bayi.


Setakat ni dulu. Nantikan pula part 2 nanti ye! Thank you for reading =P

Sunday, May 13, 2012

Broga Hill Hiking

Ahad, 13/5/2012

Assalammualaikum wbt.

Bertemu lagi kita di alam maya! Walaupun fizikalnya kita berdua (RNS dan anda yang sedang baca) tak berhadapan antara satu sama lain, tapi hakikatnya kita berdua sedang bertemu di alam imaginasi melalui pembacaan anda dalam penulisan RNS ni. ^_^ Amazing kan!

Post kali ni RNS nak kongsikan pengalaman RNS hiking di Broga Hill atau dikenali dengan Bukit Lalang di Hulu Langat. Tempat ni semakin hari semakin famous bagi individu yang suka outdoor activities. Well kami tak terkecuali lah!

To be honest, this is the first time ever in my life hiking just to be on the top of a hill! Sebelum mulakan journey I asked myself,
"Seriously, boleh ke aku panjat bukit ni? Dah la bukan athlete, body pun tak fit mana. Kalau semput ke, tergelecek kaki ke, sape nak tolong? Tambah lagi kurus-kurus ni ada energy ke??"
Kalau tak cuba sampai bila-bila pun kita tak kan tahu yang sebenarnya kita boleh. Living skills kita kena develop sendiri kan? I wish I can be like Lara Croft Tomb Raider. Pergi la mana-mana hutan kat ceruk-ceruk dunia ni pun, for sure boleh survive. Acrobatic skills yang sangat mantap! Tambah pulak dengan knowledge geografi yang tinggi. Pulak tu, pandai menguasai banyak bahasa! woahh.. ^_^ Okay lets get back to the topic.


Pre-journey

Tepat pukul 3.00 pagi, alarm clock iphone berbunyi! Tapi malas punya pasal, tekan snooze. 10 minit lepas tu bunyi alarm kali kedua baru la selak selimut and dengan mata yang bukak tapi macam tak bukak (mata orang bangun tidur) aku berjalan menuju bilik air. Macam biasa bersihkan diri semua dan akhir sekali ambik wuduk siap-siap untuk solat subuh kat sana.

Dah siap semua urusan, pukul 4.14 pagi (seperti Bysminz;my friend kata dalam tweet dia) kami dua kereta pun bertolak dari kondo menuju Broga Hill.

Nak dikatakan, 'mastermind' nak pergi Broga ni semuanya Amal punya kerja. Padahal jalan nak pergi sana pun tak tahu sangat. Kami pun tak kisah la. Ada Fauhan yang sangat cekap bab-bab cari jalan. Sepanjang journey pagi-pagi buta tu, sempat la pulak kami tanya beberapa orang awam yang ada. Asal nampak je orang kami tanya.

Oh! Nak jadikan cerita, ada satu peristiwa yang geli perut nak cerita ni! hehe. waktu tu dekat traffic light. Kami satu kereta nampak ada seorang abang(macam student lagi) ni naik motor. Takut sesat punya pasal, Amal terus plan nak tanya si penunggang motor tu dari dalam kereta. Tapi tak sempat sebab tiba-tiba lampu pulak hijau. Tapi Amal tak putus asa, dia kejar motor tu and bukak tingkap nak tanya jugak (gila punya kerja kan! haha). Bayangkan kereta sambil jalan, amal buka tingkap kereta depan dan belakang sebelah penumpang. Lepas tu, Fauhan jerit kat pemuda tu, "Bang, bang! Nak tanya..". Pada masa yang sama jugak Jaja yg kat seat belakang pun jerit kat pemuda tu, "BANGGGG Tunggu!!!"

Nak tahu apa response jejaka tu???

















































PECUT laaaa!!!!!
Hishhh x de nye dia nak jawab and tengok muka perempuan pagi2 buta macam tu! Nanti tak silap, lain pulak yang nampaknya... haha! Nak pecah perut kami satu kereta gelak tengok gelagat abang tu! ^_^

Walaupun tersesat tapi sebenarnya kami berada di jalan yang betul. Akhirnya sampai juga entrance ke Broga Hill dalam pukul 5.15 pagi.

The Journey - Up, up we Climb!

Dalam kegelapan pagi, kami sama-sama mulakan kembara mendaki bukit Broga. Nak naik susah or senang? Hmm kalau first timer macam RNS ni memang akan jawab susah la. Tapi still boleh. Tak jadi masalah sangat. Cumanya suasana gelap. Perlu berhati-hati mengatur setiap langkah.

Apa yang buat RNS terharu, kawan-kawan RNS sentiasa ambil berat keselamatan satu sama lain. Bila seorang penat, kami berhenti. Aishah terutamanya. Dia cakap dia terharu sangat hero-hero selalu tolong dia. Aliff yang baik hati tolong galaskan beg aishah sewaktu mendaki. Pekjol pula selalu je protect kami dari belakang. Bysmin dan Aiman kebanyakan masa lead jalan kat depan. Kemudian kami teruskan semula perjalanan. Kami sama-sama ingatkan bila ada batu atau halangan di hadapan. Semangat kerjasama dalam bersahabat tu takkan dapat dirasai sebenar-benarnya jika kita tidak melalui ujian seperti ni. Thank you hero-hero (aliff, pekjol, bysmin, aiman) yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan pada kami! :)

Puncak Bukit Broga

Alhamdulillah! Akhirnya sampai jugak di puncak pertama. Jam pada masa tu pukul 6.00 pagi (approximately). Walaupun penat yang menggila, rasa letih tu hilang serta-merta bila kami dapat lihat pemandangan yang cantik dari sana. Angin yang bertiup dengan sejuk dingin dan awan yang berkabus langsung menenangkan hati-hati kami.
Masa yang berlalu kami ambil peluang untuk bergambar sambil menikmati kesegaran udara di puncak bukit.



Sampai jugak akhirnya kat puncak Broga!


More Photos scroll bawah ye.. RNS kumpulkan kat situ.

Panorama Broga Hill And Sweet Moments Together

Pemandangan dari Puncak kedua Broga.

Puncak yang sama dengan pemandangan yang cantik!


Puncak ketiga dan yang paling tinggi! Tengok sebelah kiri betapa curamnya laluan nak turun.

Aishah yang comel!

Jaja yang ceria selalu!

Fauhan yang sentiasa cantik senyumannya. :)

Amal THE MASTERMIND

Aliff the Athlete..

Dari kiri: Bysmin dan Aiman si pemilik gajet canggih. Galaxy Note (bysmin), The New Ipad (Aiman)

Dari kiri: Zafran, Zuhri, Ijat yang turut serta kemudian

Kanan tu Myza turut join.



Akhir sekali!!

Kami 14 orang rakan sekelas.

Tak lupa jugak Pekjol and Pali..




Down, down bye2 Broga!

Nak turun pun susah jugak tau.


Terlalu banyak yang nak diceritakan semuanya kat sini. RNS rasa cukup sekadar tu dulu ye. Thanks for reading! ^_^


Pengalaman yang tak dapat lupa

Solat subuh di atas bukit dalam berbumbungkan langit. Tambah pula dengan angin sejuk yang bertiup melayang-layangkan telekung.




p/s: Pekjol and Pali, sorry gambar korang berdua takde yang single. Upload yang ramai-ramai je. :)

Wednesday, May 9, 2012

Allah Menguji Kesabaranku

 Rabu, 9/5/2012

Assalammualaikum wbt. ^_^




Tatkala jari-jemari RNS menaip post kali ni, 'Minda Positif' (MP) RNS sedang berperang dengan 'Minda Negatif' (MN) yang cuba menakluk fikiran. Nak tahu bagaimana 'pertempuran' ni berlaku?

Titik permulaannya apabila Si MP sedang bersemangat untuk belajar topik yang baru mengenai "Spinal Cord and Its Blood Supply". Seperti biasa MP akan berasa sangat teruja untuk mempelajari ilmu human anatomy (anatomy ialah subjek tentang struktur SELURUH badan manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar). Bila buka je buku teks, mata bergerak aktif membaca tulisan-tulisan ilmiah. Pada saat yang sama, akal sedang synchronize apa yang sedang dibaca untuk difahamkan.

Dalam usaha MP untuk memahami apa yang sedang dipelajari, tiba-tiba MN datang mengganggu. Dia menyuntik rasa kekeliruan dan kekusutan kepada MP. Begitu kuatnya penangan tersebut sehinggakan MP hampir kalah dan terduduk bersandar. Tenaga MP untuk melawan kini di tahap yang minimum.
Sedangkan MN kini tersenyum lebar kerana dapat menguasai MP.

Meskipun begitu, MP berpegang teguh kepada prinsip "Man Jadda wa Jadda". Sesiapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan berhasil. MP mula mengumpul kekuatan untuk membalas serangan MN. Dan siapakah yang memberikan pertolongan dan kekuatan itu?? Dialah Allah yang Maha Perkasa. Allah sentiasa berada si sisi orang-orang yang sabar. Dan pertolongan Allah itu pasti akan tiba dengan syarat kamu mohonlah dengan serendah-rendah hati kepadaNya. Niscaya Dia akan kabulkan. :)

Persoalannya sekarang...

Anda faham ke apa yang RNS merepek kat perenggan atas tu?!

Haha. Actually RNS sedang rehatkan minda ni. Sekarang ni RNS sedang belajar topik sistem saraf dalam semester 2. Entahlah, dalam banyak-banyak topik ni sangat mencabar. Perlukan banyak ketelitian sebab saraf dalam badan kita ni sebenarnya merata-rata mula daripada bawah kulit sampailah ke organ-organ dalaman. Saluran darahnya pulak, masyaAllah! Berliku-liku sangat! Pening jugak kadang-kadang. Tapi tak pe. Perlahan-lahan. InsyaAllah pasti boleh!

Doakan RNS ye kawan-kawan..:)
Terima kasih sangat-sangat! ^_^

Hari yang suram tak semestinya akan berlarutan. Cahaya pasti akan menjelma jua. :)

Tuesday, May 8, 2012

Keajaiban Tubuh Badan yang Kita Tak Sedar

Selasa, 8/5/2012

Assalammualaikum w.b.t


Pernah tak kita terfikir atau ambil tahu bagaimana tubuh badan kita bekerja dengan tekunnya setiap saat? Walaupun pada luaran kita sebenarnya sihat, tapi tahu tak sel-sel darah putih anda sentiasa berjihad melawan penceroboh-penceroboh luar yang nak merosakkkan sistem tubuh itu?

Nak tahu lagi?? Jom..

Bayangkan anda dikecilkan dengan satu mesin seperti dalam cerita "Honey I shrunk The Kids". Dengan tubuh kecil tu, anda masuk dalam sistem badan anda sendiri. Ikut suka hatilah nak bayang masuk ikut laluan mana. Mulut, telinga tak pun hidung pun boleh je lah..

I can see you!!!
 

Kemudian anda mulakan pengembaraan dalam tubuh badan anda sendiri ibarat pengembaraan yang penuh dengan kejutan menanti anda. Anda akan melihat ada sebuah 'penjana' (generator) bekerja di jantung anda. Dan bila penjana tu rosak (broke down), akan ada satu lagi 'spare part' yang ambil alih tugas tersebut.

Jantung setiap saat berdegup untuk supply darah di seluruh badan anda

Anda juga akan menyaksikan bagaimana sel-sel di usus kecil anda menyerap nutrisi daripada makanan. Satu jenis sel serap iron, satu lagi serap karbohidrat sementara yang lain pulak serap protein. Masing-masing ada tugas sendiri. Pada masa yang sama anda juga akan teruja melihat bagaimana hormon-hormon yang mengembara jauh daripada otak masuk ke saluran darah untuk ke destinasi organ tertentu
(misalnya ke buah pinggang) - dan hormon inilah yang akan beri arahan berikutnya.

Otak lah master seluruh fungsi badan.

Sepanjang journey anda, terlintas pula di fikiran bahawa semua keajaiban ini telah berlaku sejak hari pertama lagi anda dilahirkan ke dunia ini.



Secara keseluruhannya, anda membayangkan tubuh badan anda itu ibarat sebuah bandar yang wujud di alam dunia lain. Dalam bandar itu, terdapat sistem kenderaan, kilang-kilang, infrastruktur dan gajet yang tercanggih melebihi kecanggihan dunia luar. Sistem-sistem ini mampu memberi respons dan membuat pertahanan melampaui jangkaan anda.

Lebih daripada itu, dunia kecil ini juga bukan sahaja dicipta untuk diri anda seorang. Bahkan juga dicipta dalam tubuh ibubapa, adik, abang, kakak, kawan-kawan, rakan sekerja, orang yang berjalan di shopping kompleks, pelakon-pelakon yang anda lihat di kaca TV dan seluruh manusia di dunia nyata ini. Mereka semua itu berkongsi ciri-ciri yang sama seperti anda bermula daripada bawah kulit dan selebihnya. Sesungguhnya, manusia-manusia zaman dahulu yang telah hidup beribu-ribu tahun sebelum anda turut sama memiliki bioteknologi canggih ini.





Sesiapa yang dapat memahami secara terperinci tubuh badan manusia ini akan tersedar bahawa, dunia kecil itu pasti ada Penciptanya. Dan Pencipta itu jadikan ia sebagai panduan untuk kita lebih mengenali sifat-sifat Dia. Bukan itu sahaja, kita juga akan terfikir bahawa Pencipta itu tentulah mempunyai 'power' dan kebijaksanaan yang terunggul yang tidak terlihat oleh zat selainNya. Di dalam al-Quran Allah telah pun berfirman:

"Milik-Nyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Allah benar-benar Maha Kaya, Maha Terpuji. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menundukkan bagimu (manusia) apa yang ada di bumi, dan kapal yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit agar tidak jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia. Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali (pada hari kebangkitan). Sungguh manusia itu sangat kufur nikmat."
(surah al-Hajj, ayat 64-66)
 Melalui contoh-contoh ini sudah jelas sekali bahawa Allah lah yang menciptakan 100 trillion lebih sel-sel, tisu-tisu dan organ dalam tubuh badan anda sekarang. Allah mencipta manusia secara sempurna, lengkap  dengan fizikal dan mental. Inilah bukti nyata yang Allah tunjukkan kepada kita sebagai panduan untuk kita mengenali kehebatan dan keperkasaan Allah. Seperti mana Allah berfirman di dalam al-Quran:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Indahnya ciptaan Allah :)

Justeru, sebagai hamba kita harus menempuhi dunia ini bukan kerana orang lain, tetapi demi mendapat keredaan Allah semata-mata. Setiap hari kita bangun dari tidur, kepada Allah jualah kita memohon keberkatan dan kepada Dia lah kita bersyukur dengan nikmat kehidupan ini.



Post kali ni RNS kongsikan buat pembaca semua melalui pembacaan RNS di laman Human Miracle (based on the works of Harun Yahya).

Semoga ilmu kali ini dapat membawa seribu kemanfaatan buat anda yang sudi meluangkan masa di blog RNS. Dan ilmu yang baik itu sama-samalah kita share ye. ^_^




p/s: dalam term medic, generator jantung tu merujuk pada SA node. 'spare part' tu pulak merujuk pada AV node. :)

Thursday, May 3, 2012

Maher Zain 'Forgive Me'

Assalammualaikum w.b.t buat anda yang sudi meluangkan masa membaca blog RNS ni. ^_^

Dah dapatkan album baru Maher Zain yang terbaru berjudul 'Forgive Me'? Kalau belum, cepat-cepat dapatkan satu or hadiahkan buat sahabat dan ahli keluarga. 

Actually macam mana RNS boleh terpikat nak beli album ni? Hmm startnya from attending Fiqh Medic dekat IMU. First time dengar lagu Maher Zain 'Number One For Me' dah mula jatuh hati pada lirik yang tersirat dalam lagu tu. Sangat menyentuh hati.

Kenapa mesti dapatkan yang original? Sedangkan boleh je download mp3 from internet kan? Well seriously dengan harga RM29.90 RNS tak rasa rugi sebab rasa puas hati bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu yang tulen. Tambahan lagi RNS nak support Maher Zain so that he can continue his creativeness in creating a song for Muslim soul yang pada masa sama spreads the Da'wah to all over the world. (Cewahh.. padahal nak cover album tu sangat2! haha)




Jom kali ni RNS nak kongsikan dengan pembaca semua senarai lagunya.

1. Ku Milik-Mu
2. Number One For Me
3. Mawlaya
4. My Little Girl feat. Aya Zain
5. Forgive Me
6. One Big Family
7. Assalamu Alayka
8. Paradise
9. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad S.A.W
14. Tuntunku Kepada-Mu

Kalau perasan ada dua lagu dalam Bahasa kita kan? To be specific actually those two songs lyrics are adaptation from Novia Stephani (an Indonesian i guess..) tapi lyrics, melody and arrangement from Maher Zain, Bara Kherigi and Bilal Hajji sendiri.

Lagu no. 4, My Little Girl tu berkisar tentang doa seorang ayah untuk anaknya.

Lagu no. 6, One Big Family tu RNS rasa penulis nak mengajak kita seluruh umat Islam agar bersatu as one part of big family.

Lagu no. 12, So Soon mengingatkan kita supaya kembali bersemangat dan teruskan hidup apabila orang yang kita sayangi kembali menemui Ilahi. Good song :)

Okay, itu antara lagu-lagu yang RNS terkesan dengan liriknya. Yang lain-lain tu pun best jugak. Contohnya lagu Freedom pun RNS suka. Senang nak kata semua lah suka. :)


Apa lagi tunggu? Jom ramai-ramai support Maher Zain :) These are the kind of songs yang sepatutnya kita semua selalu dengarkan. Hati kita akan selalu tenang dan membuatkan kita fikir akan apa yang cuba disampaikan. Betul kan?


Ooh sebelum tu, find out more at www.maherzain.com


p/s: sambil tulis post ni, sambil tu jugaklah 'dok' bukak je lagu Maher Zain ^_^