Thursday, August 2, 2012

Alhamdulillah First Year Lulus

Rabu, 2 Ogos 2012 bersamaan 13 Ramadan 1433H.

Assalammualaikum wbt buat pembaca blog RNS yang setia :)
Sudah sekian lama RNS tak meluangkan masa untuk menulis di laman ilmu ini. Mungkin kerana gersangnya idea-idea baru, ditambah pula dengan tumpuan RNS yang lebih pada peperiksaan akhir tahun satu baru-baru ni.

Hmm tengok pada tajuk post kali ni, RNS rasa anda tentu sudah boleh meneka berita gembira yang RNS nak kongsikan, betul tak? hehe..

Ya, alhamdulillah.. Cukuplah RNS katakan yang RNS sudah berjaya lulus dengan baik dalam tahun pertama pengajian bidang perubatan ni. Apa yang paling menggembirakan RNS sendiri ialah kejayaan ini turut dikongsi oleh sahabat-sahabat rapat RNS. Kami sama-sama tempuh cabaran menuntut ilmu di tahun pertama dan akhirnya sama-sama berjaya untuk sambung ke tahun dua (insyaAllah oktober ini).

Kejayaan ini RNS anggap satu anugerah 'extra' yang Allah kurniakan. Apa yang paling bermakna bagi RNS ialah manfaat dan keberkatan daripada ilmu itu sendiri. Ya lah, tidak ada gunanya kita berjaya dengan kepujian seandainya kita sendiri tidak mampu untuk memberi manfaat itu kepada orang lain.
Harapan RNS agar diri ini mampu untuk terus beristiqamah dan ikhlas mencari ilmu. Bukan kerana terpaksa, tetapi kerana kerelaan dan rasa ingin tahu yang lebih mendalam. Tidak kiralah bidang apa pun yang kita ceburi, masing-masing ada keistimewaannya. Allah telah meletakkan kepakaran yang berlainan dalam diri hamba-hambanya. Ada yang bijak dalam kejuruteraan, teliti dalam perakaunan, kreatif dalam pembinaan dan seni, gigih dalam pertanian dan sabar mengharungi kepayahan menangkap hasil laut.

Tidak wajar sekiranya kita menilai kekurangan seseorang itu berdasarkan kerjaya atau pekerjaan yang dilakukannya. Bagi pandangan RNS sendiri, inilah sebenarnya keseimbangan kehidupan yang telah Allah ciptakan di muka bumi ini.
Bayangkanlah apa akan jadi seandainya tidak ada nelayan yang turun ke laut? Apakah kita yang tinggal di bandar ini mampu untuk menjamu lauk ikan yang kaya dengan protein sebagai hidangan? Oleh itu, muliakanlah nelayan...
(RNS suka mengambil contoh kehidupan seorang nelayan sebab RNS sangat kagum dengan kesabaran mereka. Mereka turun ke laut di awal pagi untuk mencari rezeki, namun kadang2 hasil tangkapan tidak lebih daripada sepuluh ringgit sehari. Sedih membayangkan kehidupan mereka;sedangkan kita mudah mengomel apabila harga ikan atau udang naik harga).

Okaylah, setakat ini dulu kot rasanya.. Cuti kali ni nak mengasah kemahiran masak. Eh eh tiba-tiba pulak kan? haha sebenarnya rasa seronok bila mama, abang and adik2 puji masak juadah berbuka hari tu.. hehe hidup berdikari kat tempat belajar memang mengajar erti hidup sebenar. :)
Tata titi tutu! Assalammualaikum... Jumpa lagi di post akan datang. ^_^

We are coming 2nd Year! InsyaAllah!


1 comment: