Tuesday, June 30, 2015

Cari Semula Hatimu

13 Ramadan 1436 H



Alhamdulillah! Akhirnya niat yang tersimpan untuk beli buku penulisan Yasmin Mogahed satu hari nanti termakbul juga hari ni.. :) 
Have been amazed dengan her way of writings.


Bersempena dengan bulan Ramadan ni, sama-sama kita cuba bersihkan diri. Biar sedikit, tapi dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan kepada Dia, inshaallah Allah akan beri pertolongan-Nya.

Kadangkala ujian yang mulanya membuatkan hati kita sedih, itulah yang sebenarnya akan membangkitkan kita semula. Setiap yang berlaku dengan izin Allah dalam kehidupan kita, terselindung hikmahnya.

"Aku ingin mencari semula mana pergi hati yang tenang, hati yang tidak takut dengan pandangan orang, hati yang selalu amanah, jujur, dan berbaik sangka pada saudaranya. Aku mahu rasa kenikmatan itu. Pertemukan semula aku dengan hati itu, wahai Tuhanku."

Firman Allah di dalam Al-Quran, surah Al-An'am, ayat 17 (6:17) yang bermaksud:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang (mampu) menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."






p/s: penulisanku yang utama untuk diriku sendiri. Andai ia dapat memberi inspirasi pada orang lain, itu dengan izinNya juga. :')

No comments:

Post a Comment