Sunday, May 12, 2019

A Story of a Mother

"Bersama-sama kesusahan itu, Allah sediakan kemudahan (jika kamu mengetahuinya)."

Assalamualaikum, dear readers.
Tergerak hati untuk saya kongsikan satu kisah seorang ibu yang saya jumpa semasa bekerja beberapa hari lalu. Hopefully, this story will open doors to our heart towards seeing how big is the Mercy of Allah.

Satu hari semasa saya bekerja di jabatan kecemasan, ditakdirkan saya menerima seorang pesakit yang terlibat dalam kemalangan kecil semasa menunggang motosikal bersama dua orang anaknya.

Si ibu yang berusia lewat 30-an ini hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan kakinya, sementara anak lelaki beliau yang berusia 2 tahun terpaksa dibawa ke dewan pembedahan untuk merawat luka di kepala.

Sementara menamani anaknya di hospital, tiba-tiba ibu mengadu berasa kurang selesa di bahagian perutnya. Lalu beliau dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.

Dalam kes trauma, salah satu prinsip rawatan untuk memastikan tiada pendarahan atau kecederaan dibahagian abdomen, doktor akan membuat ujian FAST scan melalui ultrasound.

Sebelum melakukan ujian itu, saya memeriksa perut si ibu. Kelihatan seperti ada 'mass' di situ. Lalu saya pun bertanya lebih lanjut kepada ibu tersebut.

"Puan bila kali terakhir datang bulan?"

"Dua tahun lepas, doktor."

"Eh, selalunya period memang tak regular ke, atau puan ambil pil perancang?"

"Saya tak ambil apa-apa pil perancang pun. Tapi sekarang saya masih menyusukan anak bongsu saya. Last saya melahirkan dua tahun lepas."

Dalam hati saya sudah berasa tidak sedap hati. Ish, fibroid ke besar macam ni? Jangan-jangan..

"Puan ada perasan tak perut puan semakin besar atau ada sakit-sakit perut sebelum ni?"

"Tak ada, doktor. Tapi bila saya baring, kadang-kadang ada rasa benda timbul ke sini sekejap-sekejap kat atas."

"Okay, tak pe ibu. Kita scan dulu ye perut."
Saat probe scan diletakkan di bahagian 'mass' tadi, mak datuk! Terbeliak mata aku. Sekali lagi aku bulatkan mata, betul ke apa yang aku nampak ni? Puan nampak tak apa yang saya nampak? *sorry buat ayat suspen.

"Mashaallah puan. Sebenarnya puan mengandung. Cuba tengok ni. Ini kepalanya, yang gerak-gerak tu kaki dan tangannya. Alhamdulillah, itu degupan jantungnya. Nampak kan?"

"Ya, Allah doktor. Sungguh saya tak sedar langsung saya mengandung."
The first thing she asked, "Anak saya selamat ke?"

"Melalui scan, jantungnya masih ada dan berfungsi. Tapi untuk pemeriksaan lanjut, saya perlu rujuk pada doktor bahagian sakit puan untuk keselamatan puan dan kandungan."

"Alhamdulillah, rezeki saya doktor."

Okay, kisah selebihnya dirahsiakan.

Of course question may come to our mind, "Impossible la tak perasan mengandung?"
To be truth, there are quite a lot of occasion woman didn't realise she is pregnant until a certain point.

The point I want to share is, look how amazing aturan Allah is to this mother.
If not because of the accident, she may not know that she is pregnant till now.
And with that difficulty, Allah shows her a gift that she never had imagined she is having - a blessing of a child.

"Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan dan apa yang kurang sempurna dalam kandungan itu dan apa yang lebih. Dan segala sesuatu telah ditetapkan ukuran atau nilaiannya  di sisi-Nya." Surah Ar-Ra'd, 13:8.



A child is a blessing.
*Footnote: this is not the scan for this mother.  


p/s: We pray that Allah opens our heart to witness His Blessings and Greatness in every single thing that we do in our daily life. In each experience, there will always something that we can learn. :)
Semoga ibu dan kandungannya sihat, amin.


















1 comment:

  1. Allah Maha Besar.... Semoga kandungan ibu itu baik2 aja...

    ReplyDelete