"... Wahai manusia! Jika kamu meragui (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai ke usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami telah turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah."
(Surah al-Hajj, ayat 5)
Dalam kalangan manusia ada yang tidak mempercayai dan meragui hari selepas Kiamat. Oleh itu, Allah menerangkan kepada manusia bukti-bukti bahawa hari kebangkitan adalah benar. Secara langsung ayat ini cukup membuktikan setiap kalimah di dalam al-Quran adalah benar dan tiada keraguan lagi.
Mari kita lihat daripada potongan demi potongan ayat;
"....Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna..."
Bagi orang-orang yang mempelajari ilmu sains Biologi, ayat ini memang benar. Kita boleh mempelajari bagaimana perkembangan penciptaan manusia dari alam rahim lagi.
Gambar pertama dan kedua menunjukkan dari permulaan pembentukan gumpalan sel. |
Peringkat pertumbuhan daripada zygote(gumpalan sel) hingga foetus (bayi sempurna) |
"...Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan sebagai bayi,..."
Allah menyatakan bahawa segala sesuatu yang terjadi pada kandungan si ibu adalah rahsia-Nya yang telah ditentukan. Maka sebagai hamba kita tidak layak untuk mempersoalkan kenapa Allah menjadikan segelintir manusia itu dilahirkan sempurna sifat atau sebaliknya.
Sebagai contoh, manusia tidak boleh mengawal cell division (pembahagian sel) yang berlaku semasa proses meiosis. Parents' trait inheritance (ciri-ciri keturunan) di dalam setiap sel chromosomes juga adalah hak Allah untuk menentukannya. Hikmahnya, setiap manusia itu adalah berbeza-beza dari segi fizikal luarannya.
Chromosomal number yang ke-21 lebih satu dalam downs' syndrome berbanding normal |
Penciptaan Allah yang tentunya ada hikmah di sebalik ujian kepada hamba-Nya |
"...kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai ke usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya...."
Bukti yang cukup jelas pada pandangan semua orang yang mempunyai akal. Namun hanya orang yang beriman sahaja yang nampak kebesaran Allah. Semua orang akan mengalami usia kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan kemudiannya wafat. Sungguhpun ada yang wafat sebelum sempat melalui semua peringkat umur.
Peringkat pertumbuhan manusia |
"...Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami telah turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah."
Setiap hidupan perlukan air untuk hidup. Lihat sahaja musim kemarau yang tinggi, tanah akan menjadi gersang, daun-daun layu lalu gugur, pokok-pokok hijau tidak lagi kelihatan, haiwan-haiwan begitu juga manusia mati dahagakan air dan makanan. Manusia pula berfikir, 'Bilakah hujan akan turun?'
Kemarau di Somalia |
Lalu apabila awan menjadi mendung dan mencurahkan air hujan, lihatlah keindahan alam yang sebelum ini tidak kita lihat pada musim kemarau. Itulah tanda-tanda kebesaran Allah.
Musim bunga |
Cukuplah ini semua sebagai tanda bahawa setiap inci kandungan di dalam Al-Quran adalah benar belaka. Justeru mari kita sama-sama cari bukti-bukti kebesaran Allah dengan anugerah akal fikiran dan pancaindera kita. Rugilah membaca Al-Quran tanpa mengetahui apa yang cuba Allah tunjukkan pada kita.
p/s: jadikan menulis blog sebagai platform anda untuk menyampaikan ilmu yang dimiliki. Lebih baik daripada menyebarkan fitnah yang hanya menambahkan dosa setiap saat.