Sunday, November 27, 2011

Study: Santai Sekejap Tak Salah kan?

Sebagai seorang student, mesti semua orang pernah rasa 'mati otak'. Terutamanya kalau waktu-waktu nak dekat peperiksaan. Tak kisah betapa kuatnya kita paksa untuk baca buku, tetap tak faham apa yang kita baca. Last-last bukak buku, tapi pandang je lah muka surat tu. Padahal, fikiran dah melayang entah ke mana-mana. Betul kan, betul kan? (ke RNS sorang je yg rasa macam tu?) Hmm tu lah yang RNS rasa kadang-kadang.

Dear, jangan risau kalau situasi ni berlaku.. Actually, it's a sign that your mind need a rest. Ya lah, kalau dah lama sangat membaca sesuatu yang berat mesti kita akan hilang fokus. So daripada kita continue reading without getting anything, lebih baiklah kita do something else for a short time untuk tenangkan diri. Tapi janganlah melebih-lebih pulak kan.. Nanti dah boleh jadi membazir masa pulak.

Ni kami 4 orang (termasuk Jaja yg ambil gambar) turun swimming pool pukul 11 malam lepas penat study sehari suntuk. Main-main air kat kaki je.. tak mandi pun. ehem perempuan tak sesuailah.

Belajar bidang perubatan ni pada pandangan RNS sendiri sangat interesting. Because we are studying mainly about the complex and unique human being yang Allah ciptakan. Dari situlah bukti-bukti kekuasan dan kebijaksanaan Allah yang kita boleh lihat. Setiap kali RNS belajar sesuatu mengenai tubuh badan manusia (subjek ni dipanggil anatomy), setiap kali tulah kuatnya hati RNS nak sampaikan pada orang lain yang tak berkesempatan untuk dalami ilmu perubatan ni. Terlalu banyak sangat amazing knowledge yang selama ni RNS tak tahu.

BELAJAR MEDIC SUSAH!

Susah? Ye ke? Hmm.. tak susah kot. Actually senang je nak faham apa yang diajar oleh dr. di kuliah. Alhamdulillah setakat ni boleh la. Cuma yang jadi susahnya is to MEMORIZE so many things in a SHORT time.. Nak hafal memang bukan sesuatu yang mudah. Ia perlukan masa yang agak lama dan bergantung kepada kekerapan kita mengulanginya.

Satu benda yang RNS lambat nak sesuaikan diri is apabila berhadapan dengan mayat (english dipanggil cadaver). Bukan takut dengan mayat tu lah! Yang susahnya bila nak kenalpasti structures of human body in real. Contohnya kalau kita tengok gambar dalam buku memang senang nak ingat. But when facing the real body, Ya ALLAH...! Baru kamu tahu ye! Okay, what artery is this? Veins? Nerves? Muscles? Origins? Insertions? Deep muscles? Superficial muscles? What movement this muscles assist? Which part of the bone it attaches? Joints and ligaments? WHAT's this, that... and so on......  (pening dah korang apa benda la yang RNS merepek ni kan haha. okay, abaikan kalau pening).

RNS nak petik penulisan Prof. Dr. Muhaya Haji Mohamad dalam bukunya bertajuk "How to Become A Good And Successful Medical Student". Katanya;

Learning about the highest creation of God is never easy. But believe me, once you acquire the knowledge, it is the most satisfying thing you can ever get in this life. Regard it as a challenge.


I FOUND MY NEW WAY OF STUDY

Yeay! Akhirnya dah jumpa cara study yang rasanya sangat sesuai. Malam tidur awal dalam pukul 11. Maksimum pukul 12. Then, pukul 3.00 or 3.30 pagi bangun untuk sambung belajar sampai la Subuh (paling lewat bangun pukul 4 pagi). Jangan tidur lepas Subuh!

Kalau dulu RNS tak pernah bangun belajar waktu pagi. Lepas RNS baca satu buku, sunnah Rasulullah bangun pagi sebelum Subuh. So mula dari situ, RNS cuba biasakan diri tidur awal dengan harapan nak bangun pagi awal sebelum Subuh. Alhamdulillah lama kelamaan sangat berkesan. Mula-mula nak bangun memang la rasa berat. Tapi bila kita dah cuci muka and ambik wuduk semua, kita akan rasa sangat fresh and bertahan sepanjang hari. Jujur, RNS jarang mengantuk dan tak pernah tertidur sepanjang kuliah.

Kawan-kawan, jomlah cuba praktikkan cara ni. Ada kebaikannya. Bagi RNS, kurang produktif kalau kita tidur lambat sampai pukul 3-4 pagi. Lepas tu, kita akan terdorong untuk solat Subuh di akhir-akhir waktu. Akhirnya pagi tu kita akan mengantuk waktu kelas. Sebab malam tak cukup tidur. Ingat, Allah jadikan malam untuk kita rehat, dan siang untuk bekerja. Tidur MALAM itu sangat penting. Ia tak sama dengan kita berjaga malam dan tidur waktu siang. Cubalah dulu ya, manalah tahu berkesan? =)
KEKUATAN BERFIKIRAN POSITIF

Menuntut ilmu yang berguna itu adalah satu perjuangan dalam agama. Bila sebut je perjuangan, mesti ia bukan sesuatu jalan yang mudah kan? Pasti ada onak dan likunya. Kekuatan sebenar yang ada pada diri kita adalah cara kita berfikir sebab dari situlah ia akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Kita perlu pandai mengawal emosi terutama sekali sewaktu kita hampir berputus asa. 


When you feel lost, turn to Allah Who will always be there to guide you..

 
Bila kita rasa stress, elakkan daripada memencilkan diri. Sebaliknya carilah kawan-kawan untuk berborak or meluahkan kekusutan yang kita alami. InsyaAllah akan berkurang rasa risau tu. Allah kurniakan kita sahabat untuk mewarnai kehidupan kita. Tak ada seorang pun di dunia ni yang mampu hidup tanpa teman. 


If you can think it positively, what's the use of thinking it negatively? It'll just give you a burden.
-ayat motivasi RNS- 


Yang penting, jangan lupa selalu call our beloved parents yang sentiasa rindu kita di rumah. Tak akan ada seorang ibu atau ayah yang tak teringat akan anaknya yang jauh sedang menuntut ilmu. Suara mama dan ayah la yang sentiasa menjadi kekuatan bagi RNS setiap saat.

MY NEXT TARGET!



DISTINCTION IN MBBS and DEAN'S LIST AWARD!!



Akhir sekali, jom kita dengar lagu ELLA-Standing in the eyes of the world untuk bagi kita semangat!






p/s: Good luck untuk kawan2 MBBS MSU Dynasty Liu for the upcoming progress test. Semoga Allah beri kita ilhamNya untuk jawab soalan dengan sempurna =)



 





















2 comments: