Friday, March 16, 2012

Debaran Menyampaikan Seminar Medik

Khamis, 15/3/2012

Tarikh keramat 15/3/2012. Itulah tarikh yang mana pertama kali RNS ditugaskan untuk menyampaikan seminar bertajuk "Gastrointestinal Tract Hormones and Its Clinical Applications". Seminar disampaikan bersama 3 orang lagi ahli kumpulan RNS.

Apa penting sangat seminar? Seminar adalah tugasan yang diwajibkan kepada setiap pelajar MBBS di MSU bagi setiap tahun pengajian. Setiap pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan, dan masing-masing akan diberikan topik mengikut modul.  Objektifnya yang utama melahirkan seorang doktor yang mampu berkomunikasi dengan baik dalam menerangkan sesuatu ilmu perubatan kepada masyarakat nanti.

Bagi RNS, penyampaian ilmu untuk rakan-rakan batch itu merupakan satu tanggungjawab yang besar. Menyampaikan ilmu bukanlah semudah yang disangka. Tidak boleh sama sekali kita menyampaikan sesuatu ilmu yang salah kepada orang lain. Adakalanya, bukan sebab RNS tidak mahu berkongsi ilmu pada rakan-rakan sekelas yang bertanya, tetapi diri ini amat khuatir mengajar sesuatu yang tidak benar. Walaubagaimanapun, apa yang RNS kuasai InsyaAllah akan RNS sampaikan.

Ni RNS nak cerita pengalaman menyampaikan seminar di tahun pertama. Sejak mula lagi RNS sangat berharap tajuk seminar yang dapat ialah Physiology. Alhamdulillah Allah makbulkan. Ya, RNS dapat tajuk bahagian Physiology. Kenapa nak Physio? Sebab RNS suka belajar mengenai fungsi-fungsi sistem badan manusia. Setiap kali baca buku teks Sherwood Human Physiology, setiap kali itulah kekaguman RNS terhadap ciptaan Allah muncul. Penciptaan manusia adalah sebaik-baik kejadian dan RNS dapat lihat begitu sempurna dan tersusunnya Allah mencipta tubuh badan manusia. MasyaAllah!

Selalunya di sekolah dah biasa bercakap di hadapan pelajar-pelajar lain. Jadi, dua tiga hari sebelum seminar memang tak rasa apa-apa. Tapi, malam sebelum seminar hati dah mula rasa berdebar-debar. Semasa sibuk menyediakan nota-nota yang ingin disampaikan, fikiran ligat mengingat points. Eh cukup ke powerpoint slide ni? Pendek sangat ke eyh? Nanti kalau buat slide banyak-banyak, students mengantuk pulak. Tak pe, buat je setakat mana yang mampu.
Pagi seminar tu, jejakkan kaki di kampus je dah bertambah kadar degupan jantung. Entah berapalah BP waktu tu kan. Langkah kaki diteruskan lagi menaiki anak-anak tangga di 'dataran glob' MSU. Arghh.. Sympathetic stimulation is increasing! Kenapa nervous sangat ni? Selalu biasa je.. Kat sekolah dulu senang je kalau ada ujian lisan or presentation. Tapi kali ni sangat lain. RNS perlu berhadapan dengan kawan-kawan sekelas yang jauh lebih pandai dan bijak-bijak belaka. Tambahan lagi akan dinilai oleh dua orang doktor!

Masuk saja lecture theatre, dah mula duduk tak diam. Tangan dah semakin sejuk, tambah pulak dengan air-cond yang di takat sejuk beku! (hiperbola semata). Kawan-kawan sebaris dengan RNS-Jaja, Aisyah, Fauhan- semuanya cakap "Tak sabarnya nak dengar Syamim present." Okay, senyum je lah. Gelak-gelak sikit bagi tenang.

Kemuncaknya tiba jua bila DR. Anirrudha said, "I think next group can come down and start their seminar now."
Ya Allah! Bantulah aku menyampaikan ilmu untuk kawan-kawanku. Tenangkanlah hatiku, peliharalah lidah ku semasa berbicara, dan mudahkanlah mereka memahami penyampaianku.
Turun je ke hadapan pentas bersama-sama ahli kumpulan RNS, tiba-tiba rasa ketenangan. My heart rate slowly recovers to its normal condition. Alhamdulillah kurang rasa resah dan gundah bila melihat wajah kawan-kawan seramai hampir 200 orang yang mengharapkan RNS untuk berkongsi ilmu. 

Sepanjang penyampaian, ada jugak tersalah cakap. Padahal sudah terbentang di screen apa yang RNS prepare dalam slide. Hmm.. biasalah kan. Diri tak sempurna. Tapi, RNS rasa bersyukur sangat bila terlihat wajah Dr. Anirrudha dan Dr. Mustapha mengangguk-anggukkan kepala semasa RNS bercakap. Itu tanda baik kot. Haraplah.
Habis saja seminar, adalah juga beberapa rakan yang menyatakan mereka faham dengan apa yang RNS ajarkan. Sesuatu perkara yang awalnya sukar, kini menjadi mudah. Segalanya dengan tawakal dan kudrat daripada Allah. Segala yang baik itu tentunya datang daripada kurniaanNya juga. =)

Waiting to enter dissectian hall.


p/s: tak sabar nak hadiri fekah medik di IMU. :)

3 comments:

  1. waaahhh~bende ni la yang yana paling cuak.
    yana punye nerves sejak 2/3 tahun ni menjadi- jadi. macam mane yeee?

    ReplyDelete
  2. okay.. sangat faham kadar kenervousan time nak bercakap.. btw, congratz sbb dapat buat yg terbaek ^^

    ReplyDelete
  3. itulah kan.. tapi biasanya nervous tu sebelum naik pentas je. Kalau dah naik pentas tu okay kot. hehe >.<

    ReplyDelete