Saturday, March 31, 2012

Fiqh Medic 2012 Part 1 di IMU


Sabtu, 31 MAC 2012

Assalammualaikum wbt buat saudara muslimku yang sedang membaca penulisan ini.

Semoga Allah sentiasa meredhai kita yang sentiasa dahagakan ilmu yang baik. Ketahuilah, saat anda membaca karangan RNS kali ni, pasti terdetik di hati anda untuk mengetahui apa itu ilmu fikh (fekah) perubatan. Teruskanlah membaca. RNS berharap moga perkongsian yang tak seberapa ni sedikit sebanyak menambah pengetahuan kita bersama.

Perasaan

Alhamdulillah RNS bersyukur sangat pada Allah kerana Dia mengizinkan RNS menghadiri program anjuran Muslim Society IMU Bukit Jalil. Terima kasih buat seorang hamba Allah yang mula-mula memberitahu RNS mengenai program ini. Tanpa info itu, mungkin RNS juga tak berpeluang ke IMU. Semoga Allah memberkati usahamu di dalam agamaNya. =)

Sewaktu di sekolah dulu, ilmu agama mudah dicari. Biasalah, kehidupan di asrama penuh ada banyak pengisian usrah, halaqah dan tazkirah. RNS ingat lagi ustaz dan ustazah pernah berpesan, "Belajar Pendidikan Islam jangan kerana peperiksaan semata-mata. Sebab nanti bila kamu tak kuasai nya, kamu tak akan jumpa lagi subjek Islam dalam kursus-kursus pengajian selain Feqah. Waktu di universiti nanti kena pandai cari sendiri."
 Ya, memang sekarang ni itulah yang RNS lalui. Baru kini terasa benar-benar seronoknya bila dapat peluang menghadiri forum atau ceramah islamik. Rindu terubat jua.

International Medical University (IMU)

Saat kali pertama menjejakkan kaki di International Medical University, rasa kekaguman di hati. Cantik. Dari mata kasar, boleh katakan sangat 'standard' universiti perubatan ni. Yang RNS suka, banyak kata-kata motivasi para ilmuwan perubatan yang digantung di dinding-dindingnya. Interior design yang berkonsepkan kaca dan banyak bilik-bilik khas disediakan untuk kegunaan pelajarnya. Bilik-bilik kaca apabila dipenuhi oleh mahasiswanya seolah-olah kawasan kampus nampak 'hidup'. Sempat jugak melihat dari luar anatomy museum di tingkat 3. 

Bertuah sesiapa yang dapat menyambung pengajian di sini. Apa pun RNS tak sempat nak berjalan-jalan di sekitar kawasan yang lain. Cuma bila masuk rasa macam kat 'shopping complex' sebab ada escalator dan kawasan bulatan tengah yang dapat dilihat dari tingkat atas ke bawah.

Salah satu frame gambar di IMU.
The Hippocratic Oath- Satu lagi Oath in medical education.

Bersama-sama kawan sekelas. Turut serta Haikal yang snap photo.
 Pengisian Ilmu

Penyampai pertama: 

Ustaz Ismat Nazririn bin Mat Isa (kiri)


Ustaz Ismat Nazirin bin Mat Isa
Academic Degree: Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dah Usul Fiqh) Universiti Yarmouk, Jordan
Jawatan: Pegawai Hal Ehwal Khas, al-Islam Specialist Hospital

Sesi pertama disampaikan oleh ustaz menyentuh berkenaan 'Pengenalan Fiqh Medik', 'Maqasid Syaria'ah dan Rukhsah Ketika Sakit'.


Ringkasan dari kefahaman RNS sendiri:

Ibadah ialah sesuatu perbuatan yang menunjukkan perhambaan kita pada Allah SWT. Justeru apakah tujuan Allah perintahkan manusia beribadah? Dalilnya di dalam al-Quran yang bermaksud:
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun." surah al-Mulk, ayat-2.
 Bagaimana kita nak mengetahui sesuatu perkara yang kita lakukan itu adalah ibadah? Contoh yang Ustaz berikan amat senang untuk difahami.
Ibadah ialah sesuatu perbuatan yang dimulakan dengan Bismillah. 

Kenapa perlu belajar fiqh perubatan?

1. Mudah untuk kita amalkan ibadah terutamanya solat ketika sakit.
2. Membantu pesakit yang sememangnya tidak ada kemampuan untuk melaksanakan ibadah pada waktu       darurat.
3. Menzahirkan kecantikan Islam dalam setiap detik kehidupan meskipun ketika waktu yang sukar.
4. Menyampaikan agama Allah kepada mereka yang di sekeliling kita.

Cara melaksanakan wuduk untuk pesakit.

Rukhsah tayammum untuk pesakit (mengikut keadaan)

Rukhsah solat- cara solat ketika baring mengiring

Rukhsah pesakit (mengikut keadaan)

1. Jika ada balutan pada anggota wudhuk, maka berwuduklah hanya pada anggota yang terdedah sahaja.
2. Sekiranya pesakit tidak mampu untuk mengambil wudhuk, minta bantuan orang lain untuk mewudukkannya.
3. Dibolehkan tayammum.
4. Boleh sekiranya tanpa menghadap kiblat.

*Rukhsah bermaksud kesenangan yang diberikan ketika darurat. Walaubagaimanapun haruslah berpandukan syarat dan keadaannya. RNS tak menghuraikan dengan dalam cara perlaksanaan rukhsah tersebut kerana dengan lisan lebih mudah untuk difahami. Justeru, bertanyalah kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini secara berhadapan.


Penyampai kedua:


Dr. Zainur Rashid Zainuddin
Academic Degree: Royal College Of Surgeons Ireland (RCSI)
Royal College of Obstetrician & Gynaecologist
Jawatan sekarang: Dekan, IMU Clinical School, International Medical University, Seremban
Pakar Perunding Kehormat Obstetrik & Ginekologi, Hospital Tuanku Jaafar Seremban

Posts in NGO
Aman Palestin Bhd – Perunding Aman Palestin
Ikatan Muslimin Malaysia – JK ISMA Seremban
I-Medik Malaysia – Vice Precident (1) I-Medik
Public Campaign to Protect Palestine – EXCO PC2P
Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
Obstetrical & Gynaecological Society of Malaysia (OGSM)

Sesi bersama Dr. Zainur lebih kepada perkongsian kerjaya terutama dalam isu nilai sebagai doktor  dan aktivis sukarelawan.

Kami semua mendengar kisah kehidupannya belajar di luar negara. Beliau ada menceritakan bagaimana komuniti muslim mereka bersolat di atas tangga kerana tiada surau di tempat belajar. Prinsip Islam yang kuat dan teguh diamalkan meskipun di negeri orang mampu membuatkan orang bukan Islam sangat menghormati komuniti kecil ini. Berkatnya, kini makin bertambah surau/Islamic Centre yang telah dibina di Dublin, Ireland untuk kegunaan umat Islam di sana.

RNS tersentuh sekali apabila beliau telah memperingatkan kami semua, 
"Apakah pekerjaan yang paling mulia  di dunia ini?"
Guru? Doktor? 
"Bukanlah doktor, guru, atau apa-apa sekalipun kerjaya paling mulia di dunia ini. Kerana jika itu adalah yang paling mulia pastilah Rasulullah SAW akan diutuskan oleh Allah sebagai seorang doktor. Tetapi kerjaya yang paling mulia ialah yang paling banyak menyampaikan manfaat kepada orang lain. Rasulullah SAW, bagindalah seorang guru, bagindalah seorang doktor, bangindalah seorang pemimpin yang mengajar tauhid kepada Alah."
Bukan itu sahaja, Dr. Zainur ada juga menerangkan betapa pentingnya Baitul Muslim dalam mendidik anak-anak agar menjadi seorang yang hebat dan boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Sabar juga adalah kekuatan untuk menghadapi cabaran kehidupan yang Allah berikan.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Surah Muhammad, ayat 7

Setakat ini dahulu perkongsian RNS. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog RNS ni. Sekiranya ada mana2 yang khilaf dalam penulisan ini, mohon agar perbetulkan untuk kemaslahatan kita bersama.

Wallahualam.




p/s: Moga Allah memilih kita sebagai tetamu Fiqh Medic Part 2 nanti. InsyaAllah. Oh ya! ziarah page DR. Zainur Rashid di http://zainurrashid.com/

1 comment:

  1. sem 4 ni, kami belajar fiqh perubatan sikit sebab tajuk sem 4 kami ialah perubatan islam.
    nice entry

    ReplyDelete