Tuesday, May 8, 2012

Keajaiban Tubuh Badan yang Kita Tak Sedar

Selasa, 8/5/2012

Assalammualaikum w.b.t


Pernah tak kita terfikir atau ambil tahu bagaimana tubuh badan kita bekerja dengan tekunnya setiap saat? Walaupun pada luaran kita sebenarnya sihat, tapi tahu tak sel-sel darah putih anda sentiasa berjihad melawan penceroboh-penceroboh luar yang nak merosakkkan sistem tubuh itu?

Nak tahu lagi?? Jom..

Bayangkan anda dikecilkan dengan satu mesin seperti dalam cerita "Honey I shrunk The Kids". Dengan tubuh kecil tu, anda masuk dalam sistem badan anda sendiri. Ikut suka hatilah nak bayang masuk ikut laluan mana. Mulut, telinga tak pun hidung pun boleh je lah..

I can see you!!!
 

Kemudian anda mulakan pengembaraan dalam tubuh badan anda sendiri ibarat pengembaraan yang penuh dengan kejutan menanti anda. Anda akan melihat ada sebuah 'penjana' (generator) bekerja di jantung anda. Dan bila penjana tu rosak (broke down), akan ada satu lagi 'spare part' yang ambil alih tugas tersebut.

Jantung setiap saat berdegup untuk supply darah di seluruh badan anda

Anda juga akan menyaksikan bagaimana sel-sel di usus kecil anda menyerap nutrisi daripada makanan. Satu jenis sel serap iron, satu lagi serap karbohidrat sementara yang lain pulak serap protein. Masing-masing ada tugas sendiri. Pada masa yang sama anda juga akan teruja melihat bagaimana hormon-hormon yang mengembara jauh daripada otak masuk ke saluran darah untuk ke destinasi organ tertentu
(misalnya ke buah pinggang) - dan hormon inilah yang akan beri arahan berikutnya.

Otak lah master seluruh fungsi badan.

Sepanjang journey anda, terlintas pula di fikiran bahawa semua keajaiban ini telah berlaku sejak hari pertama lagi anda dilahirkan ke dunia ini.



Secara keseluruhannya, anda membayangkan tubuh badan anda itu ibarat sebuah bandar yang wujud di alam dunia lain. Dalam bandar itu, terdapat sistem kenderaan, kilang-kilang, infrastruktur dan gajet yang tercanggih melebihi kecanggihan dunia luar. Sistem-sistem ini mampu memberi respons dan membuat pertahanan melampaui jangkaan anda.

Lebih daripada itu, dunia kecil ini juga bukan sahaja dicipta untuk diri anda seorang. Bahkan juga dicipta dalam tubuh ibubapa, adik, abang, kakak, kawan-kawan, rakan sekerja, orang yang berjalan di shopping kompleks, pelakon-pelakon yang anda lihat di kaca TV dan seluruh manusia di dunia nyata ini. Mereka semua itu berkongsi ciri-ciri yang sama seperti anda bermula daripada bawah kulit dan selebihnya. Sesungguhnya, manusia-manusia zaman dahulu yang telah hidup beribu-ribu tahun sebelum anda turut sama memiliki bioteknologi canggih ini.





Sesiapa yang dapat memahami secara terperinci tubuh badan manusia ini akan tersedar bahawa, dunia kecil itu pasti ada Penciptanya. Dan Pencipta itu jadikan ia sebagai panduan untuk kita lebih mengenali sifat-sifat Dia. Bukan itu sahaja, kita juga akan terfikir bahawa Pencipta itu tentulah mempunyai 'power' dan kebijaksanaan yang terunggul yang tidak terlihat oleh zat selainNya. Di dalam al-Quran Allah telah pun berfirman:

"Milik-Nyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Allah benar-benar Maha Kaya, Maha Terpuji. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menundukkan bagimu (manusia) apa yang ada di bumi, dan kapal yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit agar tidak jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia. Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali (pada hari kebangkitan). Sungguh manusia itu sangat kufur nikmat."
(surah al-Hajj, ayat 64-66)
 Melalui contoh-contoh ini sudah jelas sekali bahawa Allah lah yang menciptakan 100 trillion lebih sel-sel, tisu-tisu dan organ dalam tubuh badan anda sekarang. Allah mencipta manusia secara sempurna, lengkap  dengan fizikal dan mental. Inilah bukti nyata yang Allah tunjukkan kepada kita sebagai panduan untuk kita mengenali kehebatan dan keperkasaan Allah. Seperti mana Allah berfirman di dalam al-Quran:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Indahnya ciptaan Allah :)

Justeru, sebagai hamba kita harus menempuhi dunia ini bukan kerana orang lain, tetapi demi mendapat keredaan Allah semata-mata. Setiap hari kita bangun dari tidur, kepada Allah jualah kita memohon keberkatan dan kepada Dia lah kita bersyukur dengan nikmat kehidupan ini.



Post kali ni RNS kongsikan buat pembaca semua melalui pembacaan RNS di laman Human Miracle (based on the works of Harun Yahya).

Semoga ilmu kali ini dapat membawa seribu kemanfaatan buat anda yang sudi meluangkan masa di blog RNS. Dan ilmu yang baik itu sama-samalah kita share ye. ^_^




p/s: dalam term medic, generator jantung tu merujuk pada SA node. 'spare part' tu pulak merujuk pada AV node. :)

2 comments:

  1. I like your blog.. Keep on posting future doctor RNS.. =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. :) knowledge yg baik untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete