Tuesday, October 30, 2012

Belajar Forensik Menyentuh Hati

Selasa, 30/10/2012

Assalammualaikum wbt buat pembaca sekalian. Harap you all sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera semuanya ya. :)

Alhamdulillah, dah sebulan lebih RNS di tahun dua belajar bidang perubatan. Pada permulaan tahun dengan subjek yang baru, memang tak dinafikan matapelajaran semakin susah. Susah untuk mencapai kefahaman yang mendalam. Apa pun usaha perlu istiqamah. Moga-moga tak menjadi beban bila hampir peperiksaan.

Bercakap mengenai subjek baru, RNS nak kongsikan pengalaman pertama RNS belajar 'Forensic Medicine'. Wahh.. kalau dengar je forensik mesti kita semua terbayang-bayang rancangan bersiri Crime Scene Investigation (CSI) kan?? Seronok? Ya memang seronok! Jom baca apa yang RNS terfikir waktu dalam kelas ni.

Satu hari tu, tajuk kuliah mengenai "Thanatology". Thanatology itu maksudnya study of death atau Bahasa Melayunya kajian kematian. Salah satu aspek yang kami perlu tahu ialah bagaimana untuk mengesahkan kematian seseorang. Bak kata doktor (pensyarah), dalam realiti bukan mudah sebenarnya nak betul-betul pastikan kematian pesakit. Sebabnya, ada sesetengah situasi di mana jantung atau pernafasan berhenti seketika dan kemudiannya kembali berfungsi beberapa saat selepas itu. Okay, itu salah satu ceritanya.

Next, kami ditunjukkan beberapa slide gambar situasi sebenar kes forensik di India. Ermm kalau nak cerita lebih detail macam kurang sesuai kot. Tapi cukup la RNS katakan; kurang enak untuk pandangan mata. Hehe faham-faham la ye. ;)

Belajar tentang tanda-tanda dan sebab-sebab kematian membuatkan persoalan bertandang di lubuk hati. Bagaimana pula akhirnya kehidupanku nanti? Apakah baik kesudahannya? Atau... nauzubillahiminzalik. Hanya pada Allah kita minta perlindungan.
Dan tiba-tiba semasa Dr. Haroon memberi penerangan, RNS teringat akan arwah atok. Sungguh ya Allah, RNS rindu sebenarnya pada arwah. Dan kami seluruh isi keluarga berada di sisi arwah atok sehingga saat2 akhir arwah dijemput menghadap Ilahi. Peristiwa tu sangat memberi kesan dalam hati. Betul lah sabda Rasulullah s.a.w. ketika banginda menegur beberapa sahabat yang sedang bergelak-ketawa; jika kamu sering mengingati akan mati, pasti kamu akan dapati lebih banyak menangis.

Hikmahnya, jadikan setiap apa yang kita pelajari sebagai penunjuk dalam kehidupan. Pasti ada sebab mengapa kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menuntut sesuatu bidang ilmu. Dan RNS menemui banyak hikmah yang terselindung dalam bidang ni. Anda juga mesti begitu kan? Alhamdulillah RNS bersyukur sangat dianugerahkan peluang ini. InsyaAllah ilmu yang baik akan RNS kongsikan dengan pembaca semua. :)

Sampai di sini dahulu post kali ni. Ada masa terluang lagi, insyaAllah RNS akan update lagi ya. Assalammualaikum.. ^_^
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa di sini.

p/s: salah dan silap harap ditegur. Upload post ni guna apps android je.  :)


No comments:

Post a Comment