Saturday, February 23, 2013

Ilmu: Minat atau terpaksa?

Sabtu, 23 Februari 2013.

Assalammualaikum pembaca setia! ^_^

Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca penulisan RNS di laman blog ni.

Setelah hampir dua jam menelaah buku Pengajian Malaysia, tiba-tiba RNS terfikir mengenai hikmah belajar subjek ni.
Sebelum tu, RNS nak beritahu anda yang sedang membaca ni. Pada mulanya RNS tak rasa seronok pun nak ambil subjek wajib universiti (Pengajian Malaysia) ni. Sebab apa? Belajar sejarah. Kena hafal lagi..macam waktu sekolah.. hmm terpaksa lah juga belajar.

Ya, pada mulanya memang ada rasa keterpaksaan di situ. Namun, semakin banyak kelas dihadiri, hati semakin berasa ingin tahu mengenai perihal negara. Setelah belajar, barulah RNS sedar bahawa selama ni RNS kurang pengetahuan hal negara sendiri. Yup, ini bukan contoh yang terbaik tau. Harap anda juga tidak macam tu.

Lama-kelamaan bila minat belajar itu makin berbuah, makin lapang rasanya untuk meluangkan masa membaca buku teks pengajian malaysia ni.

Bila peperiksaan hampir tiba, masa lebih banyak ditumpukan untuk subjek ni berbanding subjek medik. Mula timbul kerisauan di hati. Sudah kuatkah hafalan ku? Boleh ke jawab soalan nanti? Aku dah baca, tapi tak tahulah boleh ingat ke tak.

Bila difikirkan semula, kenapa mesti kerisauan itu menjadi mainan fikiran? Kalau baca novel cinta, sekali baca pun dah confirm boleh ingat plot2 jalan ceritanya. Kadang-kadang tu, novel yang dah bertahun dibaca pun masih boleh di 'recall'. Tahu sebab apa? Sebabnya terletak pada diri kita sendiri. RNS yakin, kita semua akan lebih excited (khususnya wanita) untuk baca novel jika dibandingkan dengan buku lain kan?

Justeru RNS tersedar yang fikiran positif dan rasa minat kepada sesuatu ilmu adalah sebahagian daripada penyumbang kepada kuatnya hafalan dan kefahaman kita dalam sesuatu bidang yang dipelajari. Inshaa-Allah moga ilmu yang kita tuntut selama ini diberkati oleh Allah. Biarlah sedikit pun ilmu yang kita ada, asalkan ia berguna sepanjang hayat berbanding banyaknya ilmu tetapi tidak diamalkan. Apa pun selagi nyawa masih dianugerahkan, ilmu tetap wajib dicari untuk kehidupan kita di dunia dan sebagai bekalan di akhirat jua. :)




Monday, February 18, 2013

Allah Sahaja Pelindung Kami

Alhamdulillah syukur dengan nikmat umur yang masih Allah kurniakan pada kita saat ini. Soal ajal dan jodoh hanya Allah yang Maha Tahu. Kita hanya mampu berserah pada Dia kerana Allah lah Pencipta kita yang Maha Bijaksana.

Hari ni peristiwa yang sangat mendebarkan hati berlaku dalam hidup RNS. Saja ingin RNS kongsikan supaya kita sama-sama beringat pada masa akan datang.

Kata orang malang itu tidak berbau. Ya, kalau berbau sudah pasti kita mampu elak segala perkara buruk yang akan berlaku dalam hidup kita. Namun itu lah ujian yang Allah berikan pada hambaNya.

************************************************************************

Aku sedang leka membaca novel Salju Sakinah yang sudah sekian lama berhabuk di rak kecil bilikku. Abang di sebelah ku, memandu dengan hemahnya kereta comel merah. Alang-alang bercuti seminggu selepas peperiksaan Semester tahun 2, pagi tu aku menemani abang ke kampus UiTM Seri Iskandar untuk mengambil voucher bukunya.

Sekali-sekala aku pandang luar tingkap kereta melihat suasana kawasan bandar Seri Iskandar. Apabila kereta menghampiri di satu simpang empat, aku lihat dari jauh lampu isyarat menunjukkan lampu hijau.

Saat hampir melepasi simpang tersebut tiba-tiba dalam sekelip mata sebuah kereta 4WD meluncur laju dari arah kiriku! Lahaulawala kuwwataillabillah! Allahu Akbar! Aku menahan sesak nafas di dada dan saat itu aku genggam kuat sit kereta. Dalam keadaan yang cemas, dengan spontan abang memusingkan stering kereta ke arah kanan  lalu menghala ke jalan yang berlawan arus. Ya Allah! Pedal brek ditekan sekuatnya oleh abang dan aku dapat merasa kereta 'drift' dengan hebat buat pertama kali dalam hidupku! (bila diingatkan balik, rasa macam abang buat stunt drift pulak!)

Allahuakbar! Nasib baiklah arah jalan di sebelah sana, lampu isyarat sedang merah. Kalau tidak nauzubillah. Maha Suci Allah kami selamat dalam kemalangan kecil melibatkan tiga buah kereta. Sebuah perodua MyVi, mycar, dan sebuah kereta 4WD yang aku tak kenal pasti modelnya.

Setelah aku tersedar daripada saat getir tu, barulah aku perasan kemalangan kecil tu berpunca daripada pemandu 4WD  yang melanggar lampu isyarat merah. Kereta 4WD itu melanggar pintu belakang penumpang Myvi. Pada masa tu, kereta kami betul-betul berada di sebelah Myvi tersebut. Namun Alhamdulillah abang sempat mengelak dan kami tidak terlibat dalam perlanggaran tersebut. Cuma kami trauma sebab kereta kami dengan laju menghala ke arah jalan yang bertentangan untuk mengelak kereta Myvi putih yang sedang berpusing beberapa kali akibat pelanggaran tersebut.

Lakaran amatur 'o'


Kasihan pemandu ni :(

Kereta 4WD.

Persimpangan lampu isyarat tempat kejadian


************************************************************************


Kesimpulannya, berhati-hatilah semasa memandu. Mungkin kita tidak bersalah, tetapi kadangkala disebabkan kecuaian orang lain, kita juga mungkin terkena tempiasnya. Alhamdulillah RNS bersyukur kerana Allah lah yang menjadi pelindung kami. Terasa diri berasa begitu kecil dan lemah tanpa bantuan daripada Nya. Subhanallah, sujud syukur padaNya. :)


p/s: Amalkan doa keluar rumah dan menaiki kenderaan.