Sabtu, 23 Februari 2013.
Assalammualaikum pembaca setia! ^_^
Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca penulisan RNS di laman blog ni.
Setelah hampir dua jam menelaah buku Pengajian Malaysia, tiba-tiba RNS terfikir mengenai hikmah belajar subjek ni.
Sebelum tu, RNS nak beritahu anda yang sedang membaca ni. Pada mulanya RNS tak rasa seronok pun nak ambil subjek wajib universiti (Pengajian Malaysia) ni. Sebab apa? Belajar sejarah. Kena hafal lagi..macam waktu sekolah.. hmm terpaksa lah juga belajar.
Ya, pada mulanya memang ada rasa keterpaksaan di situ. Namun, semakin banyak kelas dihadiri, hati semakin berasa ingin tahu mengenai perihal negara. Setelah belajar, barulah RNS sedar bahawa selama ni RNS kurang pengetahuan hal negara sendiri. Yup, ini bukan contoh yang terbaik tau. Harap anda juga tidak macam tu.
Lama-kelamaan bila minat belajar itu makin berbuah, makin lapang rasanya untuk meluangkan masa membaca buku teks pengajian malaysia ni.
Bila peperiksaan hampir tiba, masa lebih banyak ditumpukan untuk subjek ni berbanding subjek medik. Mula timbul kerisauan di hati. Sudah kuatkah hafalan ku? Boleh ke jawab soalan nanti? Aku dah baca, tapi tak tahulah boleh ingat ke tak.
Bila difikirkan semula, kenapa mesti kerisauan itu menjadi mainan fikiran? Kalau baca novel cinta, sekali baca pun dah confirm boleh ingat plot2 jalan ceritanya. Kadang-kadang tu, novel yang dah bertahun dibaca pun masih boleh di 'recall'. Tahu sebab apa? Sebabnya terletak pada diri kita sendiri. RNS yakin, kita semua akan lebih excited (khususnya wanita) untuk baca novel jika dibandingkan dengan buku lain kan?
Justeru RNS tersedar yang fikiran positif dan rasa minat kepada sesuatu ilmu adalah sebahagian daripada penyumbang kepada kuatnya hafalan dan kefahaman kita dalam sesuatu bidang yang dipelajari. Inshaa-Allah moga ilmu yang kita tuntut selama ini diberkati oleh Allah. Biarlah sedikit pun ilmu yang kita ada, asalkan ia berguna sepanjang hayat berbanding banyaknya ilmu tetapi tidak diamalkan. Apa pun selagi nyawa masih dianugerahkan, ilmu tetap wajib dicari untuk kehidupan kita di dunia dan sebagai bekalan di akhirat jua. :)
No comments:
Post a Comment