Hari ni peristiwa yang sangat mendebarkan hati berlaku dalam hidup RNS. Saja ingin RNS kongsikan supaya kita sama-sama beringat pada masa akan datang.
Kata orang malang itu tidak berbau. Ya, kalau berbau sudah pasti kita mampu elak segala perkara buruk yang akan berlaku dalam hidup kita. Namun itu lah ujian yang Allah berikan pada hambaNya.
************************************************************************
Aku sedang leka membaca novel Salju Sakinah yang sudah sekian lama berhabuk di rak kecil bilikku. Abang di sebelah ku, memandu dengan hemahnya kereta comel merah. Alang-alang bercuti seminggu selepas peperiksaan Semester tahun 2, pagi tu aku menemani abang ke kampus UiTM Seri Iskandar untuk mengambil voucher bukunya.
Sekali-sekala aku pandang luar tingkap kereta melihat suasana kawasan bandar Seri Iskandar. Apabila kereta menghampiri di satu simpang empat, aku lihat dari jauh lampu isyarat menunjukkan lampu hijau.
Saat hampir melepasi simpang tersebut tiba-tiba dalam sekelip mata sebuah kereta 4WD meluncur laju dari arah kiriku! Lahaulawala kuwwataillabillah! Allahu Akbar! Aku menahan sesak nafas di dada dan saat itu aku genggam kuat sit kereta. Dalam keadaan yang cemas, dengan spontan abang memusingkan stering kereta ke arah kanan lalu menghala ke jalan yang berlawan arus. Ya Allah! Pedal brek ditekan sekuatnya oleh abang dan aku dapat merasa kereta 'drift' dengan hebat buat pertama kali dalam hidupku! (bila diingatkan balik, rasa macam abang buat stunt drift pulak!)
Allahuakbar! Nasib baiklah arah jalan di sebelah sana, lampu isyarat sedang merah. Kalau tidak nauzubillah. Maha Suci Allah kami selamat dalam kemalangan kecil melibatkan tiga buah kereta. Sebuah perodua MyVi, mycar, dan sebuah kereta 4WD yang aku tak kenal pasti modelnya.
Setelah aku tersedar daripada saat getir tu, barulah aku perasan kemalangan kecil tu berpunca daripada pemandu 4WD yang melanggar lampu isyarat merah. Kereta 4WD itu melanggar pintu belakang penumpang Myvi. Pada masa tu, kereta kami betul-betul berada di sebelah Myvi tersebut. Namun Alhamdulillah abang sempat mengelak dan kami tidak terlibat dalam perlanggaran tersebut. Cuma kami trauma sebab kereta kami dengan laju menghala ke arah jalan yang bertentangan untuk mengelak kereta Myvi putih yang sedang berpusing beberapa kali akibat pelanggaran tersebut.
Lakaran amatur 'o' |
Kasihan pemandu ni :( |
Kereta 4WD. |
Persimpangan lampu isyarat tempat kejadian |
************************************************************************
Kesimpulannya, berhati-hatilah semasa memandu. Mungkin kita tidak bersalah, tetapi kadangkala disebabkan kecuaian orang lain, kita juga mungkin terkena tempiasnya. Alhamdulillah RNS bersyukur kerana Allah lah yang menjadi pelindung kami. Terasa diri berasa begitu kecil dan lemah tanpa bantuan daripada Nya. Subhanallah, sujud syukur padaNya. :)
p/s: Amalkan doa keluar rumah dan menaiki kenderaan.
RNS trauma x?
ReplyDeleteSampai sekarang terasa lagi. Tapi alhamdulillah x de apa2.
ReplyDelete