Sunday, December 22, 2013

Minggu Akhir Surgikal Posting 2013

Assalammualaikum w.b.t RNS ucapkan terlebih dahulu buat pembaca penulisan ini.

Sebenarnya sekarang ni RNS tak tahu bagaimana nak mulakan post baru kali ni. Almaklumlah, dah sekian lama tak update blog TGS. Sebab apa? Sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun 3 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Oh, adakah itu sebenarnya alasan semata? Mungkin..

Dan anda nak tahu kenapa hari ni RNS muncul dengan post baru? Sebabnya sekarang kepala ni sangat-sangatlah terasa padatnya dengan pengisian medical facts and terms sampai dah makin hilang fokus. Dua hari lagi Exam clinical.Apalah gunanya meneruskan pembacaan jika fikiran melayang ke alam lain kan? Haha dan justeru itu, RNS dapat inspirasi untuk menulis di blog kesayangan ni. (  >_<)

Sebenarnya RNS nak sangat kongsi dengan anda semua pengalaman selama hampir 2 bulan posting pertama di unit Surgikal HTAR. Macam-macam perasaan yang pernah RNS alami sepanjang di hospital. Semua perasaan itu kadang-kadang bercampur baur menjadi satu sampaikan RNS tak tahu bagaimana ia nak diungkapkan dalam bentuk perkataan. Tak dinafikan, tahun praktikal memanglah sangat mencabar. Di sinilah teruji sejauh mana RNS bertekad untuk mendalami bidang perubatan. Di hati pernah terdetik, "Kenapa la aku pilih medik?" Bila difikirkan balik, persoalan itu muncul apabila RNS rasa 'down' dengan performance di hospital.

Sejurus selepas itu, hati tersedar bahawa RNS tak sepatutnya berfikir begitu (dan begitu juga anda yang memilih medik ni). Kita harus yakin dengan jalan hidup yang kita lalui sekarang. Bukankah dulu aku pernah beristikharah meminta petunjuk dari Allah akan pilihan ini? Lalu dengan izinNya, Dia yang menetapkan hati aku untuk menceburi bidang perubatan meskipun banyak halangan yang menguji sebelum ni. Apakah wajar aku mempersoalkannya kini? Sudah tentu tidak! Yakin, ini memang jalan yang terbaik untuk aku. Istighfar.. istighfar.. :)

Sumber kekuatan hidup ni hanyalah berpaksikan hubungan kita dengan Pencipta kita. Sebab Dialah yang Maha Mengetahui segala perihal kehidupan yang kita jalani. Sesukar mana pun masalah kita hadapi atau sepedih mana pun  perasaan sedih yang kita rasai, semuanya tak kan mampu hilang seandainya Allah tak memberi ketenangan kepada kita. Sumber ketenangan itu hanya dengan kita berdoa, mengadu dan merintih hanya pada Allah yang Maha Mendengar. Pada masa tu, air mata yang mengalir sambil menadahkan tangan kepadaNya memberikan satu ketenangan yang tidak ada taranya buat hamba yang betul-betul merasakan dekat dengan Penciptanya.

Hari demi hari, banyak perkara yang RNS belajar dari pesakit. Bukan sahaja soal penyakit yang mereka alami, tetapi lebih daripada itu. Kadang-kadang cerita kehidupan mereka banyak memberi kesedaran buat RNS. Ada antara mereka yang tidak segan berkongsi. RNS tahu, dalam hidup kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan perasaan kita. Hanya dengan ada orang yang mendengar itu pun sudah cukup melegakan hati kita.

Semasa pengalaman awal RNS di wad, pernah RNS terjumpa seorang pak cik berusia lewat 70-an yang sudah lebih seminggu berada di hospital. Pertama kali RNS cuba untuk mendekati pak cik itu, dia jarang bercakap. Dia hanya menjawab sepatah dua perkataan apabila disoal. Hari-hari yang berikutnya, RNS cuba lagi bersembang dengannya. Barulah lama-kelamaan dia senang bercerita mengenai latar belakang hidupnya. Selepas beberapa hari kemudian, pagi tu RNS buka fail medikal pak cik tersebut. Ada satu catatan doktor HO yang menyentap perasaan RNS bila dibaca. Tulisannya lebih kurang macam ni, "Contacted the patient's relative. But he refused to pick up the patient from hospital. Now waiting a contact from welfare charity regarding this matter."

Ya Allah.. RNS terdiam dan langsung tak boleh kata apa-apa. I dont even have the will to even tell him about it. Bayangkanlah bagaimana perasaan pakcik tu bila dia mendapati ada 'orang asing' yang menjemput dia pulang dari hospital? Dan seterusnya.. ke manakah arah tempat tinggalnya?
Kisah ni RNS tak kan lupa sampai bila-bila. Begitu mendalam kesannya.

Akhir kata, semoga kita dapat mengambil pelajaran daripada setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan ni. Setakat ni saja perkongsian kali ni. Doakan RNS dan rakan-rakan seperjuangan berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kami. In Shaa Allah semoga kejayaan kami dapat menghasilkan doktor-doktor muslim yang hebat pada masa akan datang. :)

Sekian, jumpa lagi dalam post akan datang! :P


p/s: "... dan apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal kepadanNya." surah al-Imran, ayat 159.

Last day of skill lab, surgery posting 2013.

Last day of skill lab, Surgery posting 2013.



2 comments:

  1. sedihnye . pnjang umur hidup 70 dan smoga pkcik tu kuat mnghdpi hari yg mndtg

    ReplyDelete
  2. Sedih. Dalam masa yg sama pengajaran buat kita .

    ReplyDelete