Sunday, December 21, 2014

Sarapan Ultra Ringkas Untuk Student



Assalammualaikum..

Kali ni kita story about makan ye! ^_^


Here's a question for you especially if you are a student (exceptional untuk pelajar U yang tinggal bersama parents). Pernah tak you hadapi masalah "Nak makan apa hari ni?" For me, setiap hari kot!
Daripada waktu nak sarapan sampai la lunch and dinner.
 Almaklumlah, kehidupan sebagai seorang student ni kan perlu berdikari. Mana ada orang yang nak sediakan everything for you. Buka-buka mata je waktu pagi, semua kena prepare sendiri.

Tapi mungkin juga kita ni sebenarnya memilih sangat kan. Sepatutnya, kita makan je yang simple-simple dan ringkas asalkan sihat untuk badan dan sajian tu lengkap dengan piramid nutrient tu.

RNS ialah seorang yang akan duduk tak keruan bila bangun pagi tak didahului dengan sarapan. Tak kisah la apa pun jadi, perut yang kosong mesti diisi dengan makanan sebelum memulakan tugasan harian. Kebiasaannya, pagi-pagi selepas bangun tu cukup dengan roti Gardenia 80 sen tu, or up sikit  cereals and susu. Kalau nak makan berat-berat, syaratnya kena bangun lebih awal dari kebiasaan la kan. Tapi kan, kadang-kadang bangun awal macam mana pun, still tak sempat nak makan pagi sebelum ke kelas pukul 8.00 pagi. (apa benda yang dibuatnya entah le..)

But now I found a new menu for my breakfast! I called it "My emergency breakfast tapi penuh dengan keberkatan gituu."

Kurma and timun
One of my housemates, Saia Max tanya, "Kau makan timun pagi-pagi??"
hahaha. Mana la kawan RNS yang sorang ni tak pelik kan, bunyi krup-krap krup-krap RNS kunyah timun pagi-pagi sambil revise topik sebelum ke kelas. tak pernah dibuat sebelum ni err ^_<
'Aisyah r.a. meriwayatkan kepada kita tentang persiapan pernikahannya dan bagaimana ibundanya mempersiapkan dirinya menjadi mempelai wanita. 'Aisyah r.a. berkata, "Ibuku menjagaku agar tubuhku padat dan berisi. Dia ingin aku menjadi isteri Nabi SAW yang sihat. Aku disuruh untuk makan buah timun dengan kurma muda, lalu aku merasakan tubuhku jadi berisi dan ideal." -petikan daripada buku 'The Great Wife 'Aisyah RA, Humaira publications.
Ini adalah salah satu amalan Saidatina 'Aisyah RA. Pun begitu, Rasulullah juga mengamalkan yang sama tau. :) Buah kurma kan sifatnya panas, manakala timun pula sifatnya sejuk. (Tak percaya, cuba try makan. You akan rasa perbezaannya.) Jadi, secara semula jadinya, ia akan jadi seimbang. Rasulullah contoh terbaik untuk kita.
Dan keseluruhannya di sini, apa yang RNS cuba nak simpulkan ialah jangan kita jadikan alasan untuk biarkan perut kita kosong disebabkan 'TAK TAHU NAK MAKAN APA..' (the truth is, actually this is my bad habit yang I sendiri nak change) Apabila kita skip makan, ia akan meninggikan lagi risiko untuk dapat gastrik. So, jaga kesihatan ye walau buzy macam mana pun.

After all, bagi RNS ini menu emergency je tau! Tak de maknanya lah nak makan ni je kan.. What I'm trying to say is, kalau  tak sempat sangat, at least makan kurma 3 biji. Then, kalau ada masa break after kelas, baru la makan berat2 sikit. Lagipun, amalan sarapan ni jimat dan jugak berkhasiat (terutamanya kalau bajet bulanan MARA or JPA korang lari kee..) heheh. Janganla sampai ke sudah nak bagi makan kat family timun and kurma je.. Alahai adoii.. jangan salah faham konsep ye. Tradisi masakan Melayu kita tetap diutamakan.. nasi lemak, bihun, mee goreng, etc bila dengan keluarga.

My caring daddy ni pastikan anak daranya yang sorang ni beli buku masak.
Bought for only RM3 dekat Big Bad Wolf 2014 at MIECC.
Nanti kite belajar buat fish n chips ye.. 
Thank you for reading this entry!

p/s: Habislah kalau bakal mak mertua baca ni... Nak bagi anak teruna kesayangannya makan timun and kurma je ke??? *Tampar muka sendiri RNS oii! jangan sekali-kali cari pasal hehehe.. gurauan semata ye...

No comments:

Post a Comment