Wednesday, July 15, 2015

4th Year, The end.



Assalammualaikum wbt!


"Mereka yang mengambil jalan bersama denganku." ~fall for this quote.

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, dengan seizinNya telah Dia permudahkan jalan kami semua. Siapa sangka, dengan sekelip mata saja rupanya kami dah mengakhiri tahun 4 sebagai seorang pelajar perubatan. Ini bermakna tinggal setahun sahaja lagi masa yang diperuntukkan sebagai persediaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar di dunia realiti. Menjadi seorang doktor.

Ingat lagi kali pertama pensyarah ku pernah bertanya pada anak-anak muridnya, 
"What is a doctor?"
Semua terdiam. Pelik. Tak pernah orang tanya soalan sebegitu. 
"Doktor? Doktorlah..! Ada orang yang tak faham lagi ke siapa doktor?!" Sarkastiknya aku.. haha! Tapi jawab dalam hati je memang la kau berani kan! >_< Cuba suarakan kat the whole class, mau kena panahan mata laser semuanya kat aku eheh..

A doctor is a teacher.
Yea.. make sense kan. Serius, tak pernahku terfikir tentang itu. Mari sini, RNS elaborate secara ringkas apa yang RNS faham dengan ayat penyata itu. Seorang doktor itu tanggungjawabnya untuk menyampaikan kepada masyarakat apa yang telah dipelajarinya untuk kemaslahatan orang lain.

Sering kali, kita bayangkan doktor ini tugasnya hanya merawat dengan ubat-ubatan, potong sana-sini, plaster tang situ, tang sini, bukan? Ya, betul lah tu. Tapi itu hanya apa yang orang lihat dari permukaannya sahaja. Realitinya, lebih dari itu. Namun, tak semua yang tahu. Doktor itu tugas lainnya adalah sebagai kaunselor untuk pesakit, keluarga, masyarakat dan sesiapa sahaja yang pernah meminta pandangannya. Dia juga berperanan untuk membetulkan persepsi-persepsi salah yang timbul dalam masyarakatnya. Sebagai contoh, peranan vaksin yang sangat penting untuk membendung penyakit berjangkit merbahaya daripada merebak. Besar cabarannya untuk seorang doktor hari ini meyakinkan pesakitnya apabila disulitkan lagi dengan bercambahnya golongan anti-vaksin. 

Bukan itu sahaja, sebagai seorang doktor Muslim, peranan yang besar adalah melaksanakan hal-hal yang berkaitan fiqh dalam perubatan. Andai kita tidak dipersiapkan dengan ilmu ini, siapa lagi? Bukankah sudah menjadi fardhu kifayah untuk seorang doktor memahami ilmu ini? Ambil contoh, isu hangat ibu-ibu bersalin yang auratnya terpaksa didedahkan. Apakah rukhsah nya dan daruratnya di dalam Islam? Kita harus fahami dengan mendalam semua itu terlebih dahulu sebelum bertindak menyuarakan pandagan yang tidak berlandaskan ilmu.   

Okay alamak! Dah makin serius dan berat pulak RNS bawa perbincangan hari ni. Okay semua cool down eyh.. Biasalah, kalau jari dah mula menaip, laju je idea mencurah-mencurah ke ladang blog ni. Doakan kami semua jadi doktor yang selamat untuk anda semua okay. Amin :) 
Setakat di sini dahulu perkongsian tak seberapa ni. Inshaallah berjumpa lagi di lain masa. Bye!

Jumpa lagi di tahun akhir! ^_^





p/s: take care. :)


2 comments: