Thursday, May 5, 2016

Motivasi Dari Aku, Untuk Aku yang Bangkit dari Kegagalan






Dear diary,

Sekali lagi aku login E-klas. Betulkah semalam apa yang aku nampak? Atau sekadar ilusi disebabkan sejarah hitam yang lalu? Tak, bukan. Memang benar. Realiti, Azureen. 

'Rotation 2, Medicine, Grade: F. Description: FAIL.'

Allah.. seakan-akan tak percaya pun ada. Perasaan redha pun ada. Bercampur-baur menjadi satu. Aku terkedu. Tak tahu reaksi mana harus aku keluarkan. Yang aku mampu, hanya terdiam. Tiba-tiba memori semalam ligat bermain-main dalam fikiranku, tanpa aku mampu halang. Suara orang-orang sekelilingku ibarat bunyi bising yang sekadar menjadi latar belakang suasana ketika itu.

Pada masa itu, peliknya air mataku tidak tumpah serta-merta. Bergenang pun tidak. Mungkin sebab aku sudah dapat mengagak. Ya, peperiksaan klinikal kali itu memang berlainan sungguh rasanya. Seolah-olah petanda supaya aku bersiap-sedia. Rupa-rupanya apa yang aku rasa dahulu, sumber untuk aku lebih kuat hari ini.

Beruntung aku sebenarnya. Dapat merasa bila di atas. Juga dapat merasa peritnya jatuh ke bawah. Sebab dari pengalaman kedua-duanya itu, aku belajar. Sedih? Sakit? Aku manusia biasa. Kalau aku tak mengaku yang aku rasa sedih dan malu, mungkin aku ini robot agaknya. Melihat kawan-kawan lain lulus dengan cemerlang, sedang aku, tersadung di saat hampir ke garisan penamat. Tapi jauh di sudut hati kecilku, aku bersyukur. Sangat. Allah izinkan aku untuk percaya pada hikmah yang Dia berikan. Mungkin sekarang, pengetahuanku masih samar. Tapi aku yakin, suatu hari nanti aku akan nampak dengan jelas. Yakin, Azureen. Dengan iman.

Kata dia, "Ada battle yang lebih besar, Reen." Depan dia memang aku tak mampu bertahan. Tumpah juga air mata. Donut Dunkin berupa smiley :) aku pandang umpama :(. 

Doa yang aku tak pernah tinggal. Semoga Allah berkatkan ilmu yang Dia ajarkan selama ini. In that way, I hope He chooses me to be in the road yang aku boleh memanfaatkan ilmuku ke arah jalan yang Dia redhai. There must be a reason Allah has granted my prayer to further medicine one day ago. And now that I'm in this line, takkan aku nak menyerah macam tu je?

Orang yang beriman akan merasa gembira bila ditimpa susah atau senang. Sebab dia tahu, segalanya datang daripada Allah. Maka semua itu akan baik-baik saja. Sabarlah ya Azureen.. It's a sign you should work harder and sincere. 

Terngiang-ngiang pesan pensyarah aku, "Sometimes, there are things that you cannot control. Even if you work hard, you need luck." Dan aku rasa, luck itu kita perlu minta daripada Dia Yang Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

A failure does not means you will fail forever. And it does not also mean you are not good enough. Tests are meant to build us. Not downgrade us. 
Jadi, bangun Azureen! Jangan pernah mengalah. Terus langkah walau kau harus mengengsot sekalipun!

We must also realize that nothing happens without a purpose. Nothing. Not even broken hearts. Not even pain. That broken heart and pain are lessons and signs for us. They are warnings that something is wrong. They are warnings that we need to make a change.
-Yasmin Mogahed

Andai kisah aku mampu mengajar, sebarkanlah.. Aku tidak lagi malu untuk mengaku yang aku pernah buat silap. In fact, siapa yang sempurna? Tak ada, bukan? Peace.


Post-end of posting surgery clinical exam. Tak mau sedih-sedih. Jom makan! ^_^



p/s: Ingat lagi kisah Raja Azureen dahulu? Klik sini untuk cerita awal: Reflecting memories of 3rd year .


6 comments:

  1. Motivasi terbaik adalah dengan teruskan melangkah. Salam singgah. :)

    ReplyDelete
  2. sama gak. kena extend 1 sem sebab x lulus 1 subjek. berasa la. kawan2 pakat dh grad. kita pegi kelas sorg2, x jumpa kawan2 dah, jumpa junior je. kawan2 konvo, kita duduk kat luar dewan tggu diorang keluar. tp xpe. cuba lagi. alhamdulillah cubaan kedua lulus. boleh grad. yg penting usaha, perbaiki mana2 yang patut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang jalan lain2 kan zuhair. :)

      Delete
  3. An inspirational story to others. Stay strong!

    p/s: Idk whether I did screw up in my last Medicine posting or not, but when I read your story, it really made my day. Sometimes we really need to fall to grow stronger. So yeah. Thank you!

    ReplyDelete
  4. hmm,, ya ada hikmah di sebaliknya ,, Allah uji kita kerana kita mampu hadapinya. Yakin RNS

    ReplyDelete