Sunday, September 27, 2015

Resepi Pancake



Assalammualaikum wbt

My pancake served with strawberries, bluberries, butter and honey! Yummy!




Entry hari ni RNS nak kongsi resepi pancake yang sangat simple anda boleh cuba!
Kalau ikutkan RNS tak niat pun nak share resepi ni dekat blog, sebabnya I pun search from Pakcik Google je. Tapi disebabkan resepi ni di'touch-up' sikit untuk dapatkan texture and rasa yang berkenan di hati, so I decided to share. Plus, its a request from my cousin to give her the recipe.
*So kak shirah, lepas ni tak payah pi mcD dah okay. Buat kat rumah je and boleh dapat setanding dengan pancake mcD! boleh bagi faiz and fauzan makan :P

Jom tengok bahan-bahannya:

1 biji telur
1/2 sudu besar marjerin yang dimeltedkan (boleh juga diganti dengan butter)
1 cawan susu segar
1 cawan tepung penaik (boleh cari tepung cake naik sendiri)
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:

1. Pukul telur dalam bekas hingga dapat texture fluffy.
2. Masukkan marjerin yang dicairkan ke dalam telur. Pukul sekali lagi.
3. Masukkan susu segar. Kacaukan.
4. Masukkan tepung, gula, garam. Gaulkan sampai sebati.
5. Akhir sekali, masukkan esen vanilla.

Dah siap pun adunan. Then, panaskan non-stick pan atas api sederhana. Tak perlu letak minyak or margerin sebab dalam adunan tadi dah ada, so bila masak pancake tak akan melekat.
Bila pan dah panas, perlahankan api dan letak satu senduk adunan tadi. Biarkan seketika sampai nampak 'bubble', lepas tu alihkan.

Bubble tu akan jadi macam ni. -Gambar ihsan google.


*make sure api perlahan. kalau tak, senang hangit. :P

Dah siap! 

My siblings favorite makan dengan vanilla ice cream!


Tips resepi & hidangan:

1. Boleh makan dengan honey, butter, jem, peanut butter or susu pekat (first time tengok my cousins makan dengan susu pekat macam sedap jugak). Apapun ikut selera and kreativiti sendiri :)

2. Hidangan resepi ni untuk 3 orang makan (boleh dapat dalam 6-7 keping pancake saiz sederhana) . Kalau nak banyak, multiply ratio dia, okay!

3. Awas! Jangan campurkan mentega cair yang masih panas dari kuali dengan susu yang sejuk. Nanti mentega tu boleh jadi berketul.

3. RNS suka guna tepung ni untuk baking sebab texture dia lembut.


Senang je kan sebenarnya, Selamat mencuba! :P



p/s: baru tahu pancake ni memang senang buat..  Boleh comment kalau ada idea resepi lain :)


Friday, September 25, 2015

Aku menjadi saksi

Tarikh: 20 September 2015, Ahad

Dear blog, 

Pada hari ini, Allah mengurniakanku peluang untuk menjadi saksi kepada dua hambaNya, mengikat janji melalui akad pernikahan. Bukannya aku tidak pernah menyaksikannya sebelum ini, tapi kali ini berbeza. Seolah-olah ia memberi ruang untuk aku membuka mata. Untuk aku sedar apakah erti sebenar satu ikatan perkahwinan.

Dalam perjalanan ke masjid pada pagi itu, aku menaiki kereta sepupuku yang baru sahaja menimang cahaya mata sejak 4 bulan yang lalu. Pada mulanya perjalanan begitu tenang. Tak berapa lama kemudian, puteri kecil kesayangan pasangan sepupuku ini mula merengek. Lapar mungkin. Si ibu menyua susu ke mulut comel si kecil. Namun, ditolaknya. Suara tangisannya bertambah kuat. Buat kami satu kereta berasa sedikit gelisah. Dipujuk ibunya, namun serba tidak kena. Jika diikutkan hati, mahu sahaja aku dodoikan si kecil itu. Tapi, melihat wajah ibu muda ini, aku faham dia juga sedang bersabar, dan dia lebih seribu kali mahir memujuk anaknya berbanding aku.
Dari situ, aku sedar tanggungjawab bergelar ibu bapa.

Tiba sahaja di masjid, kelihatannya keluarga sebelah pihak lelaki sudah pun memenuhi di ruang solat menantikan majlis akad. Kedua-dua belah keluarga bersalaman antara satu sama lain. Melihat wajah-wajah ceria yang tidak pernah aku kenal sebelum ini, membuatkan aku sedar. Perkahwinan itu bukannya setakat penyatuan dua hati, tetapi juga penyatuan dua kaum kerabat yang semestinya berbeza latar belakang kehidupan. Maka, kau bukan sahaja harus terima untuk belajar tentang pasanganmu, tetapi juga seluruh ahli keluarga pasanganmu. Baik buruknya, bukan untuk kau jaja, tapi untuk kau kenal dan sama-sama saling melengkapi.

Sebelum pengantin lelaki melafazkan "aku terima nikahnya.." Tok kadi mengingatkan semula pasangan pengantin mengenai apa itu perkahwinan dan apa itu penceraian. Dan aku juga turut mendengar. Diceritakan sedikit mengenai tanggunggjawab khusus untuk si suami apabila diberi amanah untuk menjaga si isteri. Dan juga diceritakan pula apakah tanggungjawab si isteri untuk patuh pada suami. Akhirnya, diingatkan kepada kami semua tentang penceraian. Ya, penceraian itu sesuatu yang dibolehkan di dalam Islam tetapi betapa ianya sesuatu yang paling tidak disukai oleh Allah. Apatah lagi apabila sudah mempunyai anak, maka penceraian itu akan membawa kesan kepada kehidupan mereka. 
Dari situ, aku berdoa agar Allah kurniakan pasangan ini jodoh yang kekal lama hingga ke syurga. Amin.

Setelah selamat dengan sekali lafaz, maka tertulislah nama mereka berdua sebagai pasangan suami dan isteri. Pada waktu itu, aku duduk di belakang pengantin perempuan. Aku terdengar ibunya berkata, "Ingat pesan mama, mulai sekarang apa-apa pun perlu dahulukan suami. Kalau apa-apa jadi kat mama, selagi tak mendapat izin suami, jangan sekali-kali datang jumpa mama. Syurga Syidah sekarang, pada suami." Aku pulak yang tersentuh dengar nasihat tu. Isk2.. T_T

Kesimpulannya, apa yang aku saksikan pada hari ini, sebenarnya satu pengajaran. Apa yang selama ini menjadi persoalan bagiku, buatkan aku tersedar dan muhasabah. Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, fikir sejauh-jauhnya. Apakah benar-benar kau sudah bersedia? Action speaks louder than words. You know yourself. Jangan banding-bandingkan diri dengan orang lain. Berkahwin bukan diukur pada tahap umur, tetapi dikira pada masa yang tepat dalam hidupmu. 

Sibukkan dirimu dengan amanahmu yang utama di waktu ini. Belajar. Graduate. Jadi doktor yang baik. Itu yang utama. Soal jodoh, pada masa ini berdoa sahaja. Kerana itulah kekuatanmu untuk ketika ini. Untuk kala ini. Bukannya itu bermakna kau tidak berusaha, tapi usahamu pada tika ini ialah dalam bentuk doa dan pengharapan kepadaNya. Itu yang kau upaya buat masa ini.  

Bagi aku, biarlah perancangan disusuli dengan persediaan. Maka sahabat sekalian, jangan tanya 'bila'. Tolong. Aku sendiri tak tahu jawapannya. Yang aku tahu, sekarang fasa untuk aku mempersiapkan diri. Kita sama-sama doakan. :)


p/s: Entah dari manalah datang keberanian aku untuk tulis topik ni... -__-  bye. 
  


      



Tuesday, September 8, 2015

This Girl Dreams to Be a Writer

Thanks to Him I am able to reflect myself each time I cry for what I don't have. 









One day, a thought came into my mind. Why not I give a try on producing my own manuscript and send it to a publishing company? Who knows, with my small effort it can make a huge contribution to my lifetime? So I have been dreaming to be a writer that may give inspiration to myself and to the people around me. I realize that my silence sometimes teaches me to think more. And I have been always battling to think positively in whatever circumstances I faced in my life. Nevertheless, I do admit that sometimes I stumbled upon negative thoughts that keep on intruding my mind. 

As I have been pondering about myself, I found that I have this habit of jotting down everything that comes in my head. Be it something sad, happy, memorable or inspirational moments that happened in my life; I will always grab a pen and write about it. That is why, I keep myself a diary since i was a little girl.  

Come to think of it, what kind of book that I want to produce? Will it be something that is beneficial to the society or is it just because I want to satisfy myself that I actually owned a book? I will be accountable of all the outcome of my writing. So, in order for it to be a beautiful one, I need to be careful of what I am writing. Thus, before I start making it a reality, there's so much more in myself that i need to change. I hope to be a writer who is knowledgeable an mature enough to share my thoughts in a proper way.   

Everyone has their own potential that are born with them. Somebody might excel in business, while the other became a star in sports. Your friend may be good in photography while you are creative in poetry. I keep remind myself, why would I try to be like someone else? Maybe I just need to focus on what Allah has blessed me with, and make use of what gems that I have in myself. 

There's a saying, "A pen is mightier than swords." Yes, and I couldn't agree more. 





p/s: Can't wait to be in final year.. May Allah help me in keeping with this new spirit. amin. :)

  

Wednesday, September 2, 2015

My homemade ice cream



Assalammualaikum wbt. 
Come. Let's hear my story. :)

Alkisahnya semalam punya la excited nak buat ice cream dengan air tangan sendiri buat kali kedua. Untuk cubaan kali pertama sebelum ni, memang menjadi sangat-sangat ice cream chocolate nutella! Tak sempat nak ambil gambar sebab semua tak sabar nak merasa. 
Resepi diambil from homecookingadventure.com.

Ini rupa sebenar ice cream nutella. Pic from homecookingadventure.com

Setelah mendapat pujian oleh family, memang menambahkan lagi semangat untuk menghasilkan homemade ice cream kali kedua! ^_^

So, RNS pun excited lah ajak mama pergi shopping barang dapur nak memasak di rumah. For the ice cream, i bought dua kotak whipping cream and vochelle dark chocolate. Dark chocolate tu untuk dijadikan flavour ice cream kali ni - vanilla chocolate chips.

Sampai je di rumah, terus unpack barang yang dibeli dan tanpa membuang masa, RNS pun mulakan my kerja dengan sediakan mixer and bahan-bahan lain. Tick tock tick tock...for almost one hour my ice cream pun dah siap and tunggu masa untuk difreezekan for a minimum 4 hours.

4 hours berlalu...

Ok tak pe. Relaks dulu jangan buka lagi ice cream tu. Tunggu another few hours bagi sejuk betul-betul then baru sedap dimakan.. Yumm..

4 hours later..

Yeay! Tak sabarnya nak makan desert!

Macam tak kena je ice cream aku ni.. err

Whyyyyy???!! Kenape tak jadi ni... Aaaaa Mama... Sobs sobs.. Ice cream kali ni tak jadi.. Texture dia xjadi.. Rasa macam cream biasa.. :(((


Kalau anda di tempat RNS sedih tak?? Mesti hampa kannn.. Aduhaii.. Kat mana silapnya entah lah. Setelah di renung-renungkan kembali, maybe RNS silap semasa whipp cream tu. I don't know, sebenarnya time buat kali kedua ni dah rasa tak sedap hati. Rasa macam tak jadi je ice cream kali ni. Nampaknya, gerak hati tu memang betul :(

So i guess.. My second attempt untuk buat ice cream tak menjadi. Sedih betul.. Tapi itu lah lumrah bagi seorang gadis yang baru nak belajar macam RNS ni. Sometimes, we cannot avoid mistakes in our doings. 
Ingat lagi masa RNS zaman sekolah, tersilap masak nasi. Masa tu cuti sekolah. Mama pergi kerja, so i was at home with my brothers. Mama pesan suruh masak nasi untuk lunch. Zaman tu, memang RNS masih baru lagi nak belajar masak nasi. End up, nasi yang dimasak tak kering-kering airnya. 
'Alamak, terlebih air ni! Habislahh... mama marah nanti.! Takkan nak buang pulak nasi ni.'

Soo.. I got solution. Buat bubur je lah macam tu! Hehe.. Then RNS pun tumis bawang merah and bawang putih sampai naik bau. Lepas tu lepaskan bahan tumis tu dalam nasi bubur tadi. I added potatoes, chicken chunk, serbuk lada and garam secukup rasa. 

Bila mama balik je from office, "Siapa masak bubur ni?"
Tak sempat RNS nak bangga diri, tiba-tiba my brother said, "Mama, kakak tak pandai masak nasi! Habis jadi bubur!" I was like... Eeeiii budak ni kann..

My mother responded with a laugh, "iyee?? Hmm tapi pandai jugak idea kakak masak bubur. Nasib baik tak buang nasi tu. Good-good.." Lega. And that little girl pun smiled. :)

Okay pengajarannya di sini:

1. Belajar memasak ni akan ada masanya masakan tak menjadi. Tanyalah siapa pun, and they will say yes. Jadi, memasak is like an adventure where you develop your skills.

2. As a human, we cannot avoid mistakes in our life. However, be positive. Sometimes, our mistakes were meant to create another opportunity yang tak disangka-sangka in our life. (Like my story, kalau tak kerana tersilap masak nasi hari tu, i'll never learn how to make porridge).

3. Never give up after one failure. Jadikan kegagalan sebagai satu petunjuk untuk kita tidak mengulanginya masa akan datang. Or perhaps, ia sebagai satu cerita teladan untuk dikongsikan dengan anak cucu nanti. Betul jugak kan..

4. Pengajaran terakhir! Kalau nak makan ice cream sangat, beli je lah! Habis cerita..

Ini baru lah ice cream sebenar, tahu! :))


Bukan ramai tau orang yang share resepi 'tak jadi' ni. hahaha. Anda dikira beruntung baca blog TGS ni supaya next time kalau nak cuba, you know you made a mistake kalau jadi macam my experience.

Okay bye.. Tu je nak cerita. Thank you for reading my entry! See you again inshaallah :) 



p/s: tersenyum bila dengar cerita mimpi tu. Nasib baik pandai masak bubur :)