Wednesday, April 28, 2010

#7 Awasi Diri Anda daripada Jenayah Siber

Assalamualaikum w.b.t

Zaman kini semakin cepat berubah. Siapa sangka teknologi yang kita guna hari ini sudah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup. Kalau dulu, hendak memiliki sebuah telefon bimbit pun susah. Tetapi hari ini, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun pun sudah mampu memiliki telefon bimbit sendiri.

Bukan setakat itu, RNS juga boleh jamin bahawa hampir semua pelajar institusi pengajian tinggi memerlukan sebuah komputer riba atau dalam bahasa yang lebih mudah sebuah laptop. Berbicara mengenai laptop, pasti tidak boleh dipisahkan dengan penggunaan internet.

Kita seharusnya sentiasa berwaspada mengenai jenayah siber. Mungkin kita rasa bahawa diri kita sentiasa selamat melayari internet; tetapi awaslah kerana penjenayah alam siber bukan dalam kalangan orang yang buta IT. Justeru, RNS nak kongsi bersama pembaca blog TSGS mengenai CyberSAFE.my yang mampu memberi kita bantuan sekiranya kita mengalami masalah ancaman jenayah siber.

Buat pembaca yang masih belum tahu mengenai CyberSAFE ni, boleh la klik di sini.

Semoga kongsian ilmu ini dapat membantu pembaca semua.. RNS doakan kita sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Salam.

Thursday, April 22, 2010

#6 Anda Suka Muzik?

Assalamualaikum wbt

Semua orang suka muzik. Tetapi adakah muzik yang kita suka benar-benar selari dengan kehendak jiwa kita? Jadi hari ini RNS nak berkongsi dengan pembaca setia blog TSGS mengenai satu artikel tentang muzik. Artikel ini RNS petik daripada surat khabar MEGA keluaran UTUSAN bertarikh 22/4/2010, Khamis. Bersama-sama post ni, RNS 'upload'kan petikan artikel tu.
 Hmm.. Jadi apa pendapat anda? Tidak semua muzik sesuai untuk diri kita kan? Tak salah jika kita mahu mendengar muzik sebagai hiburan. Ya la, siapa suka sedih2 kan? Apa pun pada pandangan RNS sendiri, setiap perkara yang kita lakukan biarlah sederhana. Janganlah sampai mendengar muzik boleh menambahkan kekusutan dalam minda kita okay!

Wednesday, April 21, 2010

#5 Sahabat... Kini kita sudah dewasa

Setiap daripada kita diciptakan oleh Allah ke dunia ini pasti ditemani seorang insan bernama sahabat. Tak kiralah macam mana pun sahabat kita. Baik buruknya, dialah yang sentiasa setia menjadi teman kita.

Macam orang lain, aku juga pernah ada seorang kawan yang selalu mewarnai dunia kecilku. Kami lalui hari-hari dengan penuh gelak tawa; riang seperti kanak-kanak RIBENA. Hehe mengenangkan waktu kecil dulu memang melucukan. Biasalah seingat aku, waktu tu kami sama-sama berusia 5 tahun.


Alhamdulillah kami rapat pun sebab mother kami are close friends. Kata orang ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jadi kami pun sama jugak; berkawan rapat. Kami memang selalu hang out together. Bukan setakat satu tadika yang sama, tapi kami ada peluang untuk makan sama-sama kalau mama ada free time. Disebabkan mama satu office dengan mother kawan ku itu, kami jugak pernah bercuti di Pulau Mutiara seketika dulu. Hmm... used to be a sweet moment.

Kalau di tadika dulu, tak payah nak cakap la. Memang kat mana-mana pun, mesti nak sekali; macam isi dengan kuku. Beratur nak sama-sama, main di playground pun sama-sama. Mengenangkan kisah kecilku memang membuatkan aku tersenyum. Aku yakin kalau sahabat yang aku maksudkan tu sedang baca tatkala ini mesti dia jugak tersenyum lebar... or perhaps laugh jugak? :)
pic86
So Sweet graphics comment

Hmm.. kalau nak ceritakan semua memang tak habis-habis la jawabnya. Apa pun kami sempat friends together sampai umur kami 6 tahun je. Bila dah masuk Standard 1 kami bukan lagi satu sekolah. Tak ingat pula bila kawan kecilku tu berpindah ke ibu kota..

So masa pun berlalu.. sampailah selepas hampir 11 tahun, barulah kami secara tak sengaja terconnect balik. Waktu pertama kali kami reconnect tu, memang happy tak terkata. Bayangkan 11 tahun? Lama tu.. Kami pun bertukar-tukar cerita kisah kehidupan baru. Sebenarnya sahabatku ni berbakat besar dalam seni photography. Ke mana-mana je mesti ada camera di tangan. Semoga success ya!

Tapi kami masih tak berpeluang bersua muka. Pernah la juga sekali, aku dan dia ikut mama masing2 untuk berjumpa. Tapi di saat yang agak singkat tu, kami berdua terdiam seribu bahasa. Tak tahu nak mulakan bicara. Last2 suara yang kedengaran rancak bersembang hanya our mothers'. Biasalah diorang pun lama tak jumpa..

Ternyata wahai sahabatku, kita sama-sama sudah menginjak dewasa (remaja la senang cerita). Kita sama-sama sedang berusaha menuntut ilmu untuk mengecapi impian masing2. Kita tak mungkin melalui saat-saat persahabatan seperti waktu kecil-kecil dahulu. Memang fitrah bagi diriku untuk merasa malu kerana sesungguhnya perasaan itulah yang melindungi diriku..

 Walau apapun, you will always be my true friend. Biar macam mana berbeza pun peribadi kita, istilah kawan tak pernah luput dari ingatan ku. Sudah menjadi lumrah, Allah ciptakan manusia berbeza-beza supaya kita saling mengenali dan memberi ruang untuk kita bersilaturrahim..

Sebelum aku mengakhiri tinta ku kali ni, ikhlas aku ingin mengajak agar sama-samalah kita berusaha menjaga perhubungan kita denganNya. Sesungguhnya Allah pasti tdak akan melupakan permintaan dan doa seorang hamba yang dekat denganNya. Jika sesuatu perkara yang kita hajati tidak termakbul, usahlah bersedih dan mengeluh kerana Allah pasti sedang menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan.

Haha cerita panjang2 mesti you all tertanya-tanya siapalah sahabat RNS yang maksudkan tu kan? Biarlah 'kita2' je yang tahu ya..

Setakat ini dahulu.. terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca tinta RNS kali ni.
 
Semoga Allah merahmati semua yang pernah menjadi sahabatku.. Amin~

#4 My desktop 2


Posted by Picasa

#3 My Desktop


Posted by Picasa

Tuesday, April 20, 2010

#2 Membaca Pembentuk Jiwa, Penghias Peribadi, Percantik Akhlak

I love reading so much.. Kalau ada free time tu, seronok jugak membaca. Percaya tak kalau RNS katakan Membaca pembentuk jiwa, penghias peribadi, percantik akhlak? Hmm.. sebenarnya nilai bacaan kita tu bergantung jugak pada jenis buku yang kita baca..

So sedikit sebanyak nak berkongsi dengan lah dengan you all jenis-jenis buku yang telah memberi ilmu pada diri RNS sendiri..
 Novel-novel ni kisah cinta sikit.. Biasalah santai2 baca. Apa pun tetap ada pengajaran dalam kehidupan. Contohnya macam mana hubungan antara sahabat, keluarga and kekasih kita.. Tapi sekarang dah jarang baca. Baca novel-novel ni pun banyak bagi RNS ilham untuk tulis cerpen dan karangan waktu sekolah dulu..
 haa.. novel ni RNS nak recommendkan kat semua yang nak cari cinta yang diredhai Allah. Banyak iktibar sebenarnya dalam novel genre islamik ni.. Fitrah manusia tak pernah lari daripada suka antara berlainan jantina. Novel cinta islamik ni mengajar kita bagaimana untuk menilai cinta sebenar anugerah Allah. Cubalah baca, tak kenal maka tak cinta tau!

Ni pulak buku tentang kesihatan yang sering RNS jadikan rujukan. Banyak info kesihatan yang ada dalam buku ni. Antaranya jenis2 penyakit, simptom2 penyakit, cara mengubati, jenis2 ubat dan banyak lagi la. Pendek kata kalau kita risau tentang kesihatan kita, rujuk buku ni untuk check diri kita sendiri..

Ni antara kandungan dalam buku healthcare tu. Menarik kan? Baca buku ni senang untuk faham konsep penjagaan kesihatan.
 
 Ni pulak sebahagian novel English yang RNS dah baca. Dari sekolah rendah dulu memang dah diajar untuk banyak baca buku english. Memang tak dinafikan kebolehan RNS dalam berbahasa Inggeris ni bantuan daripada buku-buku yang RNS baca. Kalau kecik2 dulu suka sangat kumpul siri Enid Blytons.
Buku motivasi tajuk DARE TO FAIL bagus untuk diri kita yang sedang sedih dalam menghadapi kegagalan.

LAST BUT NOT LEAST tentulah buku-buku agama yang menjadi pembentuk jiwa, penghias peribadi and pencantik akhlak RNS sebagai seorang muslim.. RNS mula baca buku-buku ni sejak RNS form 4 waktu sekolah menengah dulu. Sebenarnya dulu kurang pendedahan untuk baca buku2 ni. Tapi alhamdulillah lama2 RNS terbuka hati untuk mendalami ilmu yang WAJIB kita cari.. RNS nak sangat ajak kawan2 or siapa2 je supaya cubalah cari buku-buku ilmu agama ni. Contohnya kisah teladan para nabi dapat memberi kita keinsafan dan kita juga boleh kenal peribadi nabi kita. Cubalah baca.. kalau baca penuh penghayatan sampai boleh menitiskan air mata..

Okaylah setakat tu dulu. Sebelum tu, pada sesiapa yang berniat nak jadikan membaca sebagai hobi, RNS nasihatkan supaya you all tanamkan sifat ingin tahu. Barulah rasa teruja nak menyelami ilmu yang kita nak cari tu.. Lagi satu, kalau nak mula, start dengan bacaan mengikut interest kita. Contohnya tentang teknologi PC or Sains atau apa2 je lah.. GOOD LUCK!

Semoga post RNS kali ni dapat mengetuk pintu hati sesiapa saja yang membaca.. AMIN~

#1 Satu Permulaan

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali kepada Allah jualah kita memohon perlindungan daripada segala perkara-perkara yang tidak diredhaiNYA. RNS harap dengan mencipta blog ni, dapatlah kiranya RNS berkongsi ilmu dengan semua pembaca selain berkongsi kisah kehidupan yang boleh kita jadikan iktibar..

Okaylah rasanya bosan juga kalau gunakan bahasa yang agak formal dalam blog ni.. RNS tahu zaman sekarang remaja lebih cenderung dan berminat dengan gaya bahasa santai. Justeru dalam blog Tinta Seorang Gadis Sederhana (TSGS) ni RNS akan cuba gunakan bahasa yang sejiwa dengan kehendak remaja supaya mesej yang cuba RNS mudah diterima dan menyentuh hati semua.. Tetapi dalam masa yang sama, RNS akan seboleh-bolehnya menggunakan Bahasa Melayu dengan cara yang betul dalam sesetengah post dalam blog ni. Bukannya apa, RNS nak juga jaga bahasa kita ni..

So senang cerita RNS akan guna bahasa santai kita waktu post tentang daily life.. Kalau post tentang ilmu tu RNS akan guna bahasa kebangsaan kita dengan sebaik-baiknya.. Apa yang RNS harapkan supaya you all semua tak bosan dengan blog TSGS yang x seberapa ni okay.. Apa-apa komen sangat-sangat dialu-alukan..

Terima kasih sebab setia membaca..

Salam.