Wednesday, September 10, 2014

Reflecting the memories of 3rd year med school

'Bismillahirrahmanirrahim...' lafaznya sambil menyarungkan whitecoat. Dipastikan tanda namanya tersemat di poket kot putihnya, 'Raja Azureen', International Medical School.
Saat itu debar di hati Azureen hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dicubanya sedaya upaya untuk berpenampilan tenang dan profesional. Langkah diteruskan menuju ke bangunan berwarna pink yang menempatkan wad pesakit.

"Assalammualaikum, selamat pagi doktor." Sapa salah seorang pakcik berusia 60-an yang sedang lalu bertentang arah dengannya.
 "Walaikumsalam, pakcik." Azureen menjawab sambil menguntum senyuman manis kepada pakcik yang dirasakannya baru mendapat rawatan di hospital ini.

'Pakcik tu panggil aku doktor?? Ak baru nak start first day praktikal 3rd year kat sini. Saya belum doktor lagi la pakcik,' bisik hati kecil Azureen sambil tersenyum. Itulah pertama kali dia dipanggil 'doktor'. Baginya, panggilan 'doktor' itu membuahkan satu perasaan lain untuk dirinya. Terasa rendah diri dengan panggilan itu memandangkan dia masih lagi seorang pelajar perubatan.


*******

Okay cut! cut!
Cukup la tu RNS oi.. Berangan pulak nak buat cerpen kan.. haha (ni penangan daripada baca buku DIAgnosis la ni ehehe)

BUKU WAJIB BACA no matter what!

Hai Assalammualaikum dear my blog readers! Hai 'encik T' :)
Seperti yang dijanjikan, RNS akan kembali menulis selepas habis menduduki peperiksaan akhir teori tahun 3. Rasa susah pulak sekarang ni nak perah otak menulis. Lama sangat dah tak menulis di blog TGS ni.

Pembukaan di atas tu sebenarnya bertujuan untuk berkongsi bagaimana perasaan RNS sewaktu mula-mula berpraktikal di HTAR. Saja je nak buat ala-ala storyline, last-last sekerat jalan sebab ketandusan idea. Kalau nak diimbaskan semula, memang panjang sangatlah ceritanya. Setiap kenangan pahit dan manis yang dilalui RNS dan kawan-kawan seperjuangan kini sudah berubah menjadi 'Memori di tahun 3'. Inshaallah Oktober ni, RNS akan mula melangkah ke tahun 4. Which means i have two more years to complete my studies.. oh maii! Masa berlalu begitu pantas sampaikan macam tak percaya I dah 'dewasa' sebenarnya.. >_<

Okay kembali kepada tujuan post ni. Sebenarnya ada junior yang tanya RNS pengalaman di clinical years ni. Apa persediaan sebelum masuk 3rd year kak? Boleh cerita sikit?

Heee.. boleh-boleh. No 'problemo' dear!

1. Refresh Motivasi dalam Diri

Surgery rotation : Clinical skill Lab
Perkara yang paling utama sekali is to gather back all your inner strength and motivation like you used to when you first become a freshie in medical school. Ingat tak lagi perasaan masa week orientasi dulu? Sure semangat berkobar-kobar kann..! Masa tu kita belum nampak dan merasai lagi cabaran dan kepayahan semasa belajar medik. That's why boleh kata time tu adalah puncak fikiran positif kita. Sama juga bila dah masuk tahun klinikal, kita kena perbaharui semangat yang ada. Semangat dan rasa yakin pada diri itulah tunjang untuk mendorong diri kita kuat dan teguh menghadapi apa jua cabaran yang menyusul di hadapan. Persoalannya, macam mana nak dapatkan semangat dan keyakinan diri tu? Jawapannya.. Doa, doa, doa, doa. Kerana sesungguhnya hanya dengan mengingati Pencipta kita, hati menjadi tenang. Kita semua ni sifatnya lemah dik.. lalu daripada siapa lagi kita nak minta kekuatan kalau bukan dari zat Yang Maha Berkuasa kan?

2. Know that your style of studying is going to be a huge different now

Paediatrics rotation
Cara belajar di tahun klinikal ni sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan cara kita belajar di tahun 1 & 2. At one time, kita akan rasa seolah-olah masa begitu suntuk untuk betul-betul spent time masa dengan buku (sebenarnya ada je masa, cuma kena organize properly). Kenapa RNS kata macam tu? Nanti bila dah dapat jadual klinikal, korang akan tahu. Most of clerking and bedside teaching session ialah pada waktu pagi sampai tengah hari. Meaning that you are compulsory to be in the hospital during that time. Di sebelah petangnya pulak, usually akan ada kelas lectures/tutorial/seminar di kampus. Oh maknanya kena ulang-alik from hospital to campus everyday? YES, no doubt!
In general, kelas di campus akan habis dalam pukul 5 petang or paling lewat 6 petang. So, boleh bayang tak keadaan diri macam mana bila dah balik rumah? Lembikk... katil je yang tercari-cari waktu tu. Gunakan masa yang ada sebelum maghrib tu untuk rest, makan, siap-siapkan diri lipat kain baju ke apa.. Then bila malam datang (biasanya after Isyak) reservekan masa tu untuk studying time. Recapture balik things u have learnt in the hospital with the patients and at the same time prepare for topics untuk lecture/tutorial esok. Its okay, at first mungkin kita rasa susah nak handle. But believe me, by time kita akan adapt to it. :)

3. Developing your soft skill

Medicine rotation
Being a 3rd year clinical student, memang perlukan kesungguhan diri sendiri untuk cari kemahiran soft skill. Soft skill ni dari segi pembawakan diri kita apabila berhadapan dengan masyarakat di hospital terutamanya. You will learn the difficulty to first approach the patient. Kita akan jumpa bermacam-macam ragam manusia. This is the first step for us to learn being humble with people eventhough sometimes we received the opposite. RNS ingat lagi sewaktu posting Medicine, ada seorang ahli keluarga yang meledak kemarahannya dalam ward sehinggakan pandangan mata orang sekeliling tertumpu ke arah kami. Tetapi Alhamdulillah dengan budi bicara yang lembut, akhirnya emosi pakcik tu mampu terkawal juga. Pengajarannya, adakala kita perlu faham dan cuba meletakkan diri kita di tempat orang yang sedang menerima ujian kesusahan. Peranan kita untuk membantu seboleh yang mampu.

4. Apa yang kita belajar mungkin tak sama dengan kawan kita

Paediatrics rotation : Project Child Development
Maksudnya di sini, kita belajar melalui pengalaman yang berbeza semasa di hospital. Apa yang kita lalui takkan sama situasinya dengan kawan kita yang lain. Kadang-kadang ada masa kita selalu kena marah dengan doktor, sedangkan kawan kita yang lain selalu dapat bantuan dan layanan baik daripada doktor HO or nurses. Semasa end of posting (EOP) exam pulak, mungkin kita lulus sebab dapat case yang senang sedangkan kawan kita ada yang bertarung menghadapi case yang susah. Kita tak boleh buat conclusion about our performance based on one exam je. But it requires a long process to evaluate ourselves. Satu lagi, kita akan mula nampak perbezaan diri kita semasa pre-clinical years dulu. RNS nampak ramai kawan-kawan sekelas RNS yang hebat-hebat semasa clinical. Ada yang pandai dan cepat dalam buat diagnosis meskipun dulunya underground je time year 1 and year 2. Ada jugak jenis yang senang je approach patient. Boleh kata jarang kena tolak from being examined.
Apa pun yang penting, kita sama-sama share our knowledge with our friends. Dari situ kita belajar. :)

5. Teamwork!

Surgery rotation : Oncall di unit kecemasan
Ini sangat-sangatlah penting dalam menyumbang kejayaan kita! I can say, if the team is strong and united, all the members will succeed together to the end. Sepanjang life kita as a medical student di hospital, kawan-kawan memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita. Bila kita jatuh, kawan-kawan lah yang sedia hulurkan tangan untuk membantu kita. RNS ingat lagi time presentation semasa bedside teaching (BST), kawan-kawan yang banyak membantu and beri semangat. Tanpa diorang, tak mungkin RNS sekuat ini. Terima kasihhhh semua! Harap next year dapat sama-sama lagi :)

Setakat ni dulu rasanya perkongsian kali ni.. Good luck my friends yang meneruskan perjuangan! Inshaallah kita sama-sama masuk year 4 sama-sama. Have faith dear, friends. Allah is with us. :)

Obstetric & Gynaecology rotation


THANK YOU! :)


 p/s : "Raja Azureen" tu nama on the list sebelum nama sebenar RNS diberikan. :)

3 comments:

  1. Bese bed round teaching brapa ramai student?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Senior, reading from another perspective is really a mind opener... You have no idea how a good role model you are... Keep up the good work for future muslim doctors to be... In Sha Allah, you will be in all of our Doas :') Thank you and may Allah bless you..

    ReplyDelete