Sunday, September 21, 2014

Saat Pertama

sejak saat pertama kau bertemu diriku,
ada apa di dalam fikiranmu?
kerana rasamu kuat sungguh merengkuhku.

sejak saat pertama kau bertemu diriku,
ada apa di dalam hatimu?
kerana jauhnya terasa dekat untukku.

sejak saat pertama kau bertemu diriku,
ada apa di dalam doamu?
kerana Tuhan mahu aku bersungguh.

tiada apa yang aku tahu kecuali satu,
kau telah jatuh untukku,
tetapi bukan di tanganku.



Terjumpa puisi ni oleh Taufiq Azhar. Follow him on instagram for more of his poems @tulangkata.



No comments:

Post a Comment