Monday, December 20, 2010

#14 Unforgetful Moments-Ecology Research in Tasik Shah Alam

Assalamualaikum..

Post kali ni RNS nak jadikan kenangan seumur hidup. Ye lah mana tahu lain kali dah tak berpeluang nak jadi 'saintis'. Huhu..

RNS dapat assignment Biology yang memerlukan kami sekumpulan membuat kajian tentang ecosystem di sesuatu kawasan. Jadi, kami sekumpulan-RNS, Ain, Raishan, Wani, Raisya-bersepakat memilih Tasik Shah Alam (berdekatan PKNS) sebagai lokasi kajian. Tapi malangnya Raisya tak dapat ikut serta. So, tak pe lah Raisya. Jangan sedih-sedih ya. =)

Ni tempatnya..
 Alhamdulillah kami sampai ke lokasi jam 9.30 pagi. Cuaca waktu pagi memang sangat dingin. Suasana pun sangat tenang. Tak ada pun riuh rendah orang ramai. Maklumlah masih awal pagi. Sampai je kat sana, kami berlima (termasuk roommate Wani) sangat excited nak mulakan pemerhatian.

RNS mulakan pemerhatian di sebuah pokok dekat sekitar tasik tu. Haha tak tahu pulak nama pokok tu apa. So, RNS pun belek-belek la daun-daun pokok tu. Tengok kalau-kalau ada predation between arthropods kat situ. Orang awam yang beriadah di kawasan tu mesti hairan tengok RNS. (Ape hal la budak ni belek-belek pokok tu? Sekejap pandang atas, sekejap tertunduk-tunduk) hehe pedulikan je lah.. Dengan fokus, akhirnya RNS berjaya jumpa sarang labah-labah (anda mesti ingat: hek eleh, spider web pun tak pernah tengok ke?!) . Memanglah spider web kat dalam bilik pun boleh jumpa tapi pernahkah anda perhatikan betul-betul dan membulatkan mata dengan penuh telitinya?! haa tak pernah kan? Cuba la nanti..

Sarang labah-labah yang RNS jumpa sangat cantik bentuknya. Tambahan lagi ada titisan-titisan embun di atasnya. Kehalusan sarang yang dibina oleh makhluk Allah yang satu ni sangat mengagumkan. RNS dah cuba snap photo tapi spider web tu terlalu halus. So, tak boleh lihat melalui camera.Anyway yang peliknya, RNS jumpa sarang, tapi labah-labahnya tak nampak pun. Tenung punya tenung, jumpa jugak akhirnya. Cuba lihat gambar bawah :
Nampak tak labah-labah?



RNS zoomkan lagi.. Siapa tak nampak tu maknanya tak lama lah tu.. hahaha just joking..
Bijak kan labah-labah ni sebenarnya? Dia bersembunyi di celah-celah daun sementara menanti seranngga lain uuntuk menjadi makanannya. Subhanallah, Allah yang menciptanya lagi lah Maha Bijaksana.

Hmmm.. apa lagi yang RNS nampak ya? Kalau nak cerita semua memang banyak sangat. Tapi cukuplah satu contoh tu. Sebabnya, tak seronok kalau bercerita tanpa gambar. Maklumlah waktu tu kami tak bawa camera digital. So, guna camera phone je la. Apalah sangat la camera phone kan?

Cerita pasal camera, kawan RNS yang sorang ni (Ain) nak sangat snap gambar a population of burung candan yang hidup di kawasan tu. Aduhai sorry la Ain, phone RNS sendiri pun tak boleh nak zoom sebab pokoknya terlalu tinggi. Walau bagaimanapun, syukur sangat RNS ada sahabat baik yang berbakat dalam bab-bab fotografi ni. Suddenly it just remind me of you.

We're so touched that you willingly came to help us. Thank you so much Ahmad Yasir and Taufiq Firdaus sebab sanggup bersusah-payah menghulurkan bantuan. RNS tahu, Yasir terpaksa stuck in traffic jam. Keikhlasan both of you RNS doakan moga mendapat ganjaran dariNya..

Kami sekumpulan ingat nak teruskan perjalanan pusing satu tasik sebab kan dah ada photographer. Tapi malangnya masa tak mengizinkan plus energy yang semakin hilang. Letih jugak sebenarnya.. lepas beberapa gambar Yasir snap, kami singgah makan di KFC kompleks PKNS. (Yasir and Taufiq lapar sangat tu..)

So, below are several pictures photographed by Yasir:

Population of burung Undan

I like this image=)


My lovely friends from left Wani, Ain, Raishan and wani's rommate


Sebelum RNS akhiri post kali ni, again thank you so much especially to Ain, Raishan and Wani sebab you all sangat cooperative. And RNS rasa kita sangat mesra untuk semester kali ni. Itulah hikmah kita berkumpulan kan? Dapat mengenali antara satu sama lain. Semoga report kita mantap and memuaskan hati Miss Hamizah.

Tak lupa juga buat my friend, Yasir. Thank you sangat2!! Susah betul nak jumpa.. Tak sempat nak bercerita panjang. Balik Taiping nanti ajak la aunty singgah rumah ye. Hope to see you again next time.. hahaha drive kereta elok-elok ye lain kali..Oh ya, lupa pulak, Taufiq Firdaus terima kasih jugak ye temankan kawan you yang sorang ni!

Okaylah, thanks buat pembaca semua.. Salam..=p

(p/s: dekat tasik ada satu pasangan pengantin naik bot sambil kompang dipalu..)

Monday, December 13, 2010

#13 His Love..

Assalamualaikum w.b.t

Usai solat, RNS buka lembaran al-Quran danmeneruskan bacaan surah An-nisa'. Pada ayat yang ke 40, Allah berfirman yang bermaksud :
    "Sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya."

Mengetahui makna ayat ini membuatkan RNS tersentuh hati. Allah memberitakan betapa Dia sangat menyayangi hamba-hambaNya. Meskipun sedikit kebaikan yang kita lakukan (dengan ikhlas), Allah dengan rahmat dan kasih sayangNya melipatgandakan pahala yang besar.

Cuba renungkan, kadang-kadang di saat kita melakukan sesuatu perkara yang pada anggapan kita sangat ringan tetapi di sisi Allah, Dia amat suka pada orang yang berbuat kebaikan.

Ambil contoh ;

"Anda sedang minum segelas air. Tiba-tiba anda terlihat seekor semut yang berenang-renang dalam minuman anda. Lantas anda bertindak dengan mengambil semut itu dan mengeluarkannya daripada gelas itu. Semut yang dalam kesusahan tadi akhirnya berjaya meneruskan riwayatnya."

Pada luarannya, situasi ini memang kita anggap, "Ah, itu perkara biasa." Tetapi bukankah itu merupakan salah satu kebajikan yang kita lakukan pada makhluk Allah yang kecil itu? Ingat walau sebesar zarrah sekalipun, selagi mana kita ikhlas insyaAllah di akhirat nanti kebaikan itu dikira satu amalan pahala buat kita.

KepadaNya jualah kita bersyukur kerana tiada yang lebih menyayangi diri kita melainkan Allah jua, dan Dialah yang menciptakan serta menghidupkan dengan kehendakNya.

Friday, December 10, 2010

#12 UiTM Puncak Alam Sejuk!

Salam sejahtera buat semua!

Pernah datang bandar Puncak Alam? Pertama kali jejakkan kaki ke Puncak Alam memang hampa sikit sebab RNS sangka Puncak Alam lebih kurang bandar Shah Alam juga. Tapi sebenarnya Puncak Alam (atau lebih dikenali dengan PALAM oleh pelajar2 UiTM) merupakan salah sebuah bandar yang sedang membangun di Selangor.

Buat masa ni memang lah kawasan sekitarnya rata-rata hutan lagi tapi tunggulah 5 ke 10 tahun lagi, mesti Puncak Alam salah satu bandar utama juga. Mana taknya, UiTM lah yang menjadi titik rujukan bandar ni. Sekarang ni pun McDonald's dah dibuka di Palam (satu keseronokan buat pelajar2 UiTM).

Okaylah, sebenarnya RNS tulis post kali ni sebab nak beri peluang pada adik-adik yang baru je lepas menduduki peperiksaan SPM. Lepas ni anda pasti akan melanjutkan pelajaran ke menara gading pula. Ataupun ada juga yang melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dan tingkatan 6. Kepada siapa2 yang berpeluang belajar ke luar negara, jangan lepaskan peluang tau! Bertuahnya adik-adik!

Jadi kesempatan ni, tengok dulu gambar di bawah ni :






Haa apa reaksi anda tengok gambar-gambar di atas? Cantik kan? Memang tak dinafikan UiTM kampus Puncak Alam memang cantik dan fasilitinya pun masih baru lagi. Itu antaranyalah, ada satu lagi gambar yang membuatkan semua pelajar UiTM 'SEMPUT' nak tengok.. AHAHA cari la sendiri apa yang RNS maksudkan ye..

Lagi satu nak cerita, akhir2 ni cuaca kat sini sejuk sangat. Tambahan lagi sekarang kan musim hujan. Memandangkan UiTM kampus Puncak Alam berada di 'puncak' so lihatlah suasana di kolej kediaman yang sempat RNS ambil gambarnya :
Pandangan dari bilik tingkat kedua teratas pada satu pagi yang cerah...

Pandangan yang sama pada pagi yang diseliputi kabus yang sejuk.. Macam kat genting!!

Seriously ni kabus waktu pagi2 lepas hujan.. bukan POLLUTION tau!!

Sudut pandangan ke arah kolej angsana..
 Best la kalau pagi2 dekat kolej kediaman.. Kalau buka je tingkap tak perlu lagi susah-payah buka kipas. Angin dingin dah cukup macam on air-cond malah lebih sejuk lagi. Seriously RNS tak tipu..

Apa pun setiap tempat ada kelebihannya sendiri kan.. Okaylah setakat ni dulu post RNS kali ni. Kalau ada soalan boleh la tanya. InsyaAllah yang mana mampu RNS boleh jawab k!

Jumpa lagi!! Terima kasih sudi luangkan masa!=)

Monday, November 22, 2010

#11 Wahai anak muda, jangan bersedih..

Assalamualaikum w.b.t
Terelebih dahulu RNS nak mengucapkan terima kasih pada anda (pembaca setia) kerana sudi meluangkan masa melawat blog TGS.  Semoga kongsian ilmu kita sedikit sebanyak dapat membuka minda ke arah pemikiran yang lebih positif.
Berdoalah padaNYa. Allah sentiasa mendengar rintihanmu
 Post kali ni RNS hanya nak berkongsi mengenai Pembangunan Jiwa setelah melalui sesuatu yang kita sendiri kerap kali menganggap ia adalah satu kegagalan.

Hmm, pernahkah anda merasa sedih kerana sesuatu yang diharapkan tidak dapat anda miliki? Anda telah meletakkan harapan yang menggunung untuk mengecapi impian itu namun dengan sekelip mata sahaja ia runtuh tanpa sempat anda menahannya? Seterusnya apakah perasaan anda? Mesti anda akan menjawab: "Tuhan je la yang tahu.."

Memang tak dapat dinafikan kita sukar untuk menerima sesuatu kegagalan. RNS juga pernah merasainya dan pernah juga bertindak mengurungkan diri dalam bilik. Okaylah, itu cerita dulu ya. Tapi sekarang alhamdulillah RNS dikurniakan kesedaran oleh Allah tentang hakikat di sebalik apa yang kita tempuhi dalam hidup. Semuanya tertulis di dalam al-Quran. Allah selalu mengkhabarkan berita baik kepada orang-orang yang bersabar menghadapi ujian dariNya.

Sungguh, kegagalan yang RNS hadapi sebenarnya telah mematangkan cara RNS berfikir. Betul la kata orang, kita akan selalu belajar daripada kesilapan. Kini RNS tidak menganggap sesuatu perkara yang tak boleh RNS kecapi itu adalah kegagalan, sebaliknya itu adalah satu pengalaman yang mengajar kita untuk memperbaiki hidup untuk kejayaan masa hadapan.

Berdasarkan pengalaman RNS sendiri, cabaran sewaktu menuntut ilmu di alam universiti ni terlalu pelbagai bentuknya. Meskipun pada hakikatnya telah banyak usaha, namun seakan-akan ia tak membuahkan hasil. Tetapi siapalah kita untuk mengeluh kerana sesungguhnya segala benda yang berada di muka bumi ini hanya milik Allah. Dia juga mengetahui sesuatu perkara yang tersembunyi. Boleh jadi sesuatu yang kita suka itu adalah buruk pada pengetahuan Allah, dan boleh jadi juga sesuatu perkara yang kita benci itu adalah baik di sisi Allah. Maha Suci Allah yang memiliki segala kebesaran.

Okaylah setakat ini dahulu penulisan RNS. InsyaAllah ada kesempatan RNS akan sambung ya. Maklumlah RNS juga seorang pelajar jadi perlu luangkan masa untuk pelajaran.

Akhir kata, RNS doakan anda yang setia membaca ini dapat membina kekuatan diri menghadapi hari-hari yang penuh cabaran yang kita sendiri tidak jangka. Satu lagi, kongsi-kongsilah ilmu yang anda dapat hasil post-post RNS ya. Moga-moga ilmu yang tidak putus-putus menjanjikan pahala yang tidak putus-putus juga dari Allah. Sekian dahulu, salam. =)

p/s: tq insyira, pqa, tini, raihan, and zuhair sebab bagi semangat untuk kuatkan semangat belajar semester 2 kali ni.. I hope you all berjaya jugak k!

Thursday, November 18, 2010

#10 Goodbye My Heritage Town..

Assalamualaikum and hello!

Hmm sedar tak sedar, dah berakhir cuti semester. Kini sudah tiba masanya untuk melangkah ke semester 2 yang semestinya lebih mencabar. Dengan harapan yang menggunung, RNS harap semester kali ni memberikan cahaya yang lebih terang untuk berjaya dalam misi menuntut ilmu.

Semestinya, nak meniggalkan rumahku syurgaku memang berat. Hampir sebulan setengah duduk di rumah. Banyak perkara yang telah lalui sepanjang bulan tu.

Every sweet moments with my family is the best gift in my life. I am a person who puts family first. A family is so special that you may able to sacrifice anything for the sake of  whole members.

Oh ya! Tak lupa juga pada semua kawan-kawan yang sentiasa mewarnai hidup RNS. Suka duka kita hadapi bersama.

To my special friend, I'll always remember you every second. I really hope you can have a wonderful moments in your life. Please don't be sad okay. Every sorrows that comes to you will surely be replaced with some miracle happenings by Allah. Just try to be strong as I always tell you because Allah is always by the side of the people who have patience and faith. While we are separated with our own destiny, my prayers will always be there. As long as I live, I'll never forget you-this is your wish the night you called me when you used to be in tears- Thank you for being my friend=)

Anyway all I can say for now is goodbye 'Heritage Town' and I'll be seeing you soon 'Puncak ALAM!'

Monday, November 8, 2010

#9 Sewaktu Selembar al-Quran..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini. Semoga hari-hari yang dikurniakan Allah ini dapat kita gunakan sebaik-baiknya untuk menjalani kehidupan yang sentiasa diredhaiNya.
Sesuai dengan post kali ni "Sewaktu Selembar al-Quran", RNS ingin berkongsi mengenai ikhtiar kita untuk kekal membaca kalam-kalam suci Allah.

Memang benar, umat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman ni menghadapi ujian dari segi pengurusan masa. Ya lah, kalau nak dibandingkan dengan umat dahulu, sehari terasa begitu lama dan banyak perkara yang boleh dilakukan. Berbeza dengan kehidupan kita; sentiasa sibuk dengan rutin seharian yang melibatkan kerjaya, tanggungjawab kepada keluarga, menuntut ilmu dan sebagainya.

Di sebalik kesibukan kita menjadi khalifah di muka bumi ini, kadangkala kita silap menggunakan alasan tiada masa untuk membaca al-Quran.

Ketahuilah sebenarnya kita sentiasa ada peluang untuk membaca al-Quran. Setiap hari kita menunaikan solat 5 waktu sehari bukan? Jadi pujuklah hati kita untuk mengambil beberapa minit saja dengan membaca al-Quran. Satu waktu selembar muka surat pun jadilah. Kalau dikumpul-kumpulkan, satu hari kita akan membaca 5 halaman al-Quran. Kalau yang berkemampuan, mungkin boleh lebih daripada satu muka surat.

InsyaAllah jika kita mempraktikkan cara ini, amalan itu akan menjadi sesuatu yang ringan untuk kita lakukan. Pada mulanya, mungkin kita terasa berat tapi lama-kelamaan mesti kita akan terbiasa.

Sebelum mengakhiri post kali ni, cuba kita renung sepotong ayat ini yang bermaksud:
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memilki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah." -surah al-baqarah ayat 107.

Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara yang buruk dan tiadalah penolong bagi segala kesukaran yang kita hadapi melainkan dengan bantuan dan ihsan daripada Allah jua.
Salam.

Tafsir RNS ni kecil je sebenarnya, tapi dalam gambar nampak besar sikit.. Comelkan? Boleh dapatkan dengan warna lain ikut kesesuaian hati.

p/s: bekalkan diri dengan sebuah tafsir kecil agar mudah dibawa kemana-mana sahaja kita pergi..

Wednesday, April 28, 2010

#7 Awasi Diri Anda daripada Jenayah Siber

Assalamualaikum w.b.t

Zaman kini semakin cepat berubah. Siapa sangka teknologi yang kita guna hari ini sudah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup. Kalau dulu, hendak memiliki sebuah telefon bimbit pun susah. Tetapi hari ini, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun pun sudah mampu memiliki telefon bimbit sendiri.

Bukan setakat itu, RNS juga boleh jamin bahawa hampir semua pelajar institusi pengajian tinggi memerlukan sebuah komputer riba atau dalam bahasa yang lebih mudah sebuah laptop. Berbicara mengenai laptop, pasti tidak boleh dipisahkan dengan penggunaan internet.

Kita seharusnya sentiasa berwaspada mengenai jenayah siber. Mungkin kita rasa bahawa diri kita sentiasa selamat melayari internet; tetapi awaslah kerana penjenayah alam siber bukan dalam kalangan orang yang buta IT. Justeru, RNS nak kongsi bersama pembaca blog TSGS mengenai CyberSAFE.my yang mampu memberi kita bantuan sekiranya kita mengalami masalah ancaman jenayah siber.

Buat pembaca yang masih belum tahu mengenai CyberSAFE ni, boleh la klik di sini.

Semoga kongsian ilmu ini dapat membantu pembaca semua.. RNS doakan kita sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Salam.

Thursday, April 22, 2010

#6 Anda Suka Muzik?

Assalamualaikum wbt

Semua orang suka muzik. Tetapi adakah muzik yang kita suka benar-benar selari dengan kehendak jiwa kita? Jadi hari ini RNS nak berkongsi dengan pembaca setia blog TSGS mengenai satu artikel tentang muzik. Artikel ini RNS petik daripada surat khabar MEGA keluaran UTUSAN bertarikh 22/4/2010, Khamis. Bersama-sama post ni, RNS 'upload'kan petikan artikel tu.
 Hmm.. Jadi apa pendapat anda? Tidak semua muzik sesuai untuk diri kita kan? Tak salah jika kita mahu mendengar muzik sebagai hiburan. Ya la, siapa suka sedih2 kan? Apa pun pada pandangan RNS sendiri, setiap perkara yang kita lakukan biarlah sederhana. Janganlah sampai mendengar muzik boleh menambahkan kekusutan dalam minda kita okay!

Wednesday, April 21, 2010

#5 Sahabat... Kini kita sudah dewasa

Setiap daripada kita diciptakan oleh Allah ke dunia ini pasti ditemani seorang insan bernama sahabat. Tak kiralah macam mana pun sahabat kita. Baik buruknya, dialah yang sentiasa setia menjadi teman kita.

Macam orang lain, aku juga pernah ada seorang kawan yang selalu mewarnai dunia kecilku. Kami lalui hari-hari dengan penuh gelak tawa; riang seperti kanak-kanak RIBENA. Hehe mengenangkan waktu kecil dulu memang melucukan. Biasalah seingat aku, waktu tu kami sama-sama berusia 5 tahun.


Alhamdulillah kami rapat pun sebab mother kami are close friends. Kata orang ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jadi kami pun sama jugak; berkawan rapat. Kami memang selalu hang out together. Bukan setakat satu tadika yang sama, tapi kami ada peluang untuk makan sama-sama kalau mama ada free time. Disebabkan mama satu office dengan mother kawan ku itu, kami jugak pernah bercuti di Pulau Mutiara seketika dulu. Hmm... used to be a sweet moment.

Kalau di tadika dulu, tak payah nak cakap la. Memang kat mana-mana pun, mesti nak sekali; macam isi dengan kuku. Beratur nak sama-sama, main di playground pun sama-sama. Mengenangkan kisah kecilku memang membuatkan aku tersenyum. Aku yakin kalau sahabat yang aku maksudkan tu sedang baca tatkala ini mesti dia jugak tersenyum lebar... or perhaps laugh jugak? :)
pic86
So Sweet graphics comment

Hmm.. kalau nak ceritakan semua memang tak habis-habis la jawabnya. Apa pun kami sempat friends together sampai umur kami 6 tahun je. Bila dah masuk Standard 1 kami bukan lagi satu sekolah. Tak ingat pula bila kawan kecilku tu berpindah ke ibu kota..

So masa pun berlalu.. sampailah selepas hampir 11 tahun, barulah kami secara tak sengaja terconnect balik. Waktu pertama kali kami reconnect tu, memang happy tak terkata. Bayangkan 11 tahun? Lama tu.. Kami pun bertukar-tukar cerita kisah kehidupan baru. Sebenarnya sahabatku ni berbakat besar dalam seni photography. Ke mana-mana je mesti ada camera di tangan. Semoga success ya!

Tapi kami masih tak berpeluang bersua muka. Pernah la juga sekali, aku dan dia ikut mama masing2 untuk berjumpa. Tapi di saat yang agak singkat tu, kami berdua terdiam seribu bahasa. Tak tahu nak mulakan bicara. Last2 suara yang kedengaran rancak bersembang hanya our mothers'. Biasalah diorang pun lama tak jumpa..

Ternyata wahai sahabatku, kita sama-sama sudah menginjak dewasa (remaja la senang cerita). Kita sama-sama sedang berusaha menuntut ilmu untuk mengecapi impian masing2. Kita tak mungkin melalui saat-saat persahabatan seperti waktu kecil-kecil dahulu. Memang fitrah bagi diriku untuk merasa malu kerana sesungguhnya perasaan itulah yang melindungi diriku..

 Walau apapun, you will always be my true friend. Biar macam mana berbeza pun peribadi kita, istilah kawan tak pernah luput dari ingatan ku. Sudah menjadi lumrah, Allah ciptakan manusia berbeza-beza supaya kita saling mengenali dan memberi ruang untuk kita bersilaturrahim..

Sebelum aku mengakhiri tinta ku kali ni, ikhlas aku ingin mengajak agar sama-samalah kita berusaha menjaga perhubungan kita denganNya. Sesungguhnya Allah pasti tdak akan melupakan permintaan dan doa seorang hamba yang dekat denganNya. Jika sesuatu perkara yang kita hajati tidak termakbul, usahlah bersedih dan mengeluh kerana Allah pasti sedang menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan.

Haha cerita panjang2 mesti you all tertanya-tanya siapalah sahabat RNS yang maksudkan tu kan? Biarlah 'kita2' je yang tahu ya..

Setakat ini dahulu.. terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca tinta RNS kali ni.
 
Semoga Allah merahmati semua yang pernah menjadi sahabatku.. Amin~

#4 My desktop 2


Posted by Picasa

#3 My Desktop


Posted by Picasa

Tuesday, April 20, 2010

#2 Membaca Pembentuk Jiwa, Penghias Peribadi, Percantik Akhlak

I love reading so much.. Kalau ada free time tu, seronok jugak membaca. Percaya tak kalau RNS katakan Membaca pembentuk jiwa, penghias peribadi, percantik akhlak? Hmm.. sebenarnya nilai bacaan kita tu bergantung jugak pada jenis buku yang kita baca..

So sedikit sebanyak nak berkongsi dengan lah dengan you all jenis-jenis buku yang telah memberi ilmu pada diri RNS sendiri..
 Novel-novel ni kisah cinta sikit.. Biasalah santai2 baca. Apa pun tetap ada pengajaran dalam kehidupan. Contohnya macam mana hubungan antara sahabat, keluarga and kekasih kita.. Tapi sekarang dah jarang baca. Baca novel-novel ni pun banyak bagi RNS ilham untuk tulis cerpen dan karangan waktu sekolah dulu..
 haa.. novel ni RNS nak recommendkan kat semua yang nak cari cinta yang diredhai Allah. Banyak iktibar sebenarnya dalam novel genre islamik ni.. Fitrah manusia tak pernah lari daripada suka antara berlainan jantina. Novel cinta islamik ni mengajar kita bagaimana untuk menilai cinta sebenar anugerah Allah. Cubalah baca, tak kenal maka tak cinta tau!

Ni pulak buku tentang kesihatan yang sering RNS jadikan rujukan. Banyak info kesihatan yang ada dalam buku ni. Antaranya jenis2 penyakit, simptom2 penyakit, cara mengubati, jenis2 ubat dan banyak lagi la. Pendek kata kalau kita risau tentang kesihatan kita, rujuk buku ni untuk check diri kita sendiri..

Ni antara kandungan dalam buku healthcare tu. Menarik kan? Baca buku ni senang untuk faham konsep penjagaan kesihatan.
 
 Ni pulak sebahagian novel English yang RNS dah baca. Dari sekolah rendah dulu memang dah diajar untuk banyak baca buku english. Memang tak dinafikan kebolehan RNS dalam berbahasa Inggeris ni bantuan daripada buku-buku yang RNS baca. Kalau kecik2 dulu suka sangat kumpul siri Enid Blytons.
Buku motivasi tajuk DARE TO FAIL bagus untuk diri kita yang sedang sedih dalam menghadapi kegagalan.

LAST BUT NOT LEAST tentulah buku-buku agama yang menjadi pembentuk jiwa, penghias peribadi and pencantik akhlak RNS sebagai seorang muslim.. RNS mula baca buku-buku ni sejak RNS form 4 waktu sekolah menengah dulu. Sebenarnya dulu kurang pendedahan untuk baca buku2 ni. Tapi alhamdulillah lama2 RNS terbuka hati untuk mendalami ilmu yang WAJIB kita cari.. RNS nak sangat ajak kawan2 or siapa2 je supaya cubalah cari buku-buku ilmu agama ni. Contohnya kisah teladan para nabi dapat memberi kita keinsafan dan kita juga boleh kenal peribadi nabi kita. Cubalah baca.. kalau baca penuh penghayatan sampai boleh menitiskan air mata..

Okaylah setakat tu dulu. Sebelum tu, pada sesiapa yang berniat nak jadikan membaca sebagai hobi, RNS nasihatkan supaya you all tanamkan sifat ingin tahu. Barulah rasa teruja nak menyelami ilmu yang kita nak cari tu.. Lagi satu, kalau nak mula, start dengan bacaan mengikut interest kita. Contohnya tentang teknologi PC or Sains atau apa2 je lah.. GOOD LUCK!

Semoga post RNS kali ni dapat mengetuk pintu hati sesiapa saja yang membaca.. AMIN~

#1 Satu Permulaan

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali kepada Allah jualah kita memohon perlindungan daripada segala perkara-perkara yang tidak diredhaiNYA. RNS harap dengan mencipta blog ni, dapatlah kiranya RNS berkongsi ilmu dengan semua pembaca selain berkongsi kisah kehidupan yang boleh kita jadikan iktibar..

Okaylah rasanya bosan juga kalau gunakan bahasa yang agak formal dalam blog ni.. RNS tahu zaman sekarang remaja lebih cenderung dan berminat dengan gaya bahasa santai. Justeru dalam blog Tinta Seorang Gadis Sederhana (TSGS) ni RNS akan cuba gunakan bahasa yang sejiwa dengan kehendak remaja supaya mesej yang cuba RNS mudah diterima dan menyentuh hati semua.. Tetapi dalam masa yang sama, RNS akan seboleh-bolehnya menggunakan Bahasa Melayu dengan cara yang betul dalam sesetengah post dalam blog ni. Bukannya apa, RNS nak juga jaga bahasa kita ni..

So senang cerita RNS akan guna bahasa santai kita waktu post tentang daily life.. Kalau post tentang ilmu tu RNS akan guna bahasa kebangsaan kita dengan sebaik-baiknya.. Apa yang RNS harapkan supaya you all semua tak bosan dengan blog TSGS yang x seberapa ni okay.. Apa-apa komen sangat-sangat dialu-alukan..

Terima kasih sebab setia membaca..

Salam.