Thursday, December 13, 2012

Jalan Jihad Seorang Doktor

Satu hari semasa cuti mid sem yang lepas, RNS bersembang dengan ayah dan mama tentang posting Forensic Medicine di HKL nanti. I told them how excited I am to meet the post-mortem (bedah siasat) case. Tapi dalam masa yang sama, tak tahulah diri ini bersedia atau tak untuk menghadapi ‘sekujur tubuh’ yang entah macam mana cara kematiannya. Waktu dalam kelas, pensyarah ada tunjukkan beberapa slide gambar forensic. “Urghh...”  “eii...” segala macam respons kedengaran dalam kelas sebaik ‘accident and trauma’ scene ditunjukkan. Ada masa terpaksa pandang tempat lain sebab ‘ngeri’ jugak rasanya. 
Kata mama, “Macam mana pun, kakak kena buat jugak.” – Yes! I have to! Memang kena latih diri.

Then tiba-tiba terluah perasaan pada mama and ayah. “Mim baca status fb seniors 3rd year. Ada setengah tu balik dari hospital lewat malam, buat discussion untuk case presentation. Hujung minggu pun kadang2 ada yang kena pergi hospital. Cuti sem pulak tak banyak macam budak2 pre-clinical. Sebenarnya Mim pun tak percaya yang mim berani pilih bidang medic ni. Kena hadap on-call. Orang cakap sape ambik medic x de social life..”

Ayah bersuara, “Itulah jalan jihad yang kakak pilih. Ingat satu je, jadi doctor pekerjaan mulia. Bantu orang dalam kesakitan pahala besar. Memang susah. Niat tu yang penting.”

Terdiam seketika. Sampai sekarang terngiang-ngiang nasihat ayah. “Itulah JALAN JIHAD yang kakak pilih.” Dalam hati aku istighfar. Mana ada jalan jihad yang mudah! Keluhan hanya akan menjadikan amalan itu sia-sia sahaja. Ingat tu!  


Kenangan bersama Dr. Mustafa semasa first year dulu. :)


Sekian dulu.


Salam, RNS. ^_^

Tuesday, October 30, 2012

Belajar Forensik Menyentuh Hati

Selasa, 30/10/2012

Assalammualaikum wbt buat pembaca sekalian. Harap you all sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera semuanya ya. :)

Alhamdulillah, dah sebulan lebih RNS di tahun dua belajar bidang perubatan. Pada permulaan tahun dengan subjek yang baru, memang tak dinafikan matapelajaran semakin susah. Susah untuk mencapai kefahaman yang mendalam. Apa pun usaha perlu istiqamah. Moga-moga tak menjadi beban bila hampir peperiksaan.

Bercakap mengenai subjek baru, RNS nak kongsikan pengalaman pertama RNS belajar 'Forensic Medicine'. Wahh.. kalau dengar je forensik mesti kita semua terbayang-bayang rancangan bersiri Crime Scene Investigation (CSI) kan?? Seronok? Ya memang seronok! Jom baca apa yang RNS terfikir waktu dalam kelas ni.

Satu hari tu, tajuk kuliah mengenai "Thanatology". Thanatology itu maksudnya study of death atau Bahasa Melayunya kajian kematian. Salah satu aspek yang kami perlu tahu ialah bagaimana untuk mengesahkan kematian seseorang. Bak kata doktor (pensyarah), dalam realiti bukan mudah sebenarnya nak betul-betul pastikan kematian pesakit. Sebabnya, ada sesetengah situasi di mana jantung atau pernafasan berhenti seketika dan kemudiannya kembali berfungsi beberapa saat selepas itu. Okay, itu salah satu ceritanya.

Next, kami ditunjukkan beberapa slide gambar situasi sebenar kes forensik di India. Ermm kalau nak cerita lebih detail macam kurang sesuai kot. Tapi cukup la RNS katakan; kurang enak untuk pandangan mata. Hehe faham-faham la ye. ;)

Belajar tentang tanda-tanda dan sebab-sebab kematian membuatkan persoalan bertandang di lubuk hati. Bagaimana pula akhirnya kehidupanku nanti? Apakah baik kesudahannya? Atau... nauzubillahiminzalik. Hanya pada Allah kita minta perlindungan.
Dan tiba-tiba semasa Dr. Haroon memberi penerangan, RNS teringat akan arwah atok. Sungguh ya Allah, RNS rindu sebenarnya pada arwah. Dan kami seluruh isi keluarga berada di sisi arwah atok sehingga saat2 akhir arwah dijemput menghadap Ilahi. Peristiwa tu sangat memberi kesan dalam hati. Betul lah sabda Rasulullah s.a.w. ketika banginda menegur beberapa sahabat yang sedang bergelak-ketawa; jika kamu sering mengingati akan mati, pasti kamu akan dapati lebih banyak menangis.

Hikmahnya, jadikan setiap apa yang kita pelajari sebagai penunjuk dalam kehidupan. Pasti ada sebab mengapa kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menuntut sesuatu bidang ilmu. Dan RNS menemui banyak hikmah yang terselindung dalam bidang ni. Anda juga mesti begitu kan? Alhamdulillah RNS bersyukur sangat dianugerahkan peluang ini. InsyaAllah ilmu yang baik akan RNS kongsikan dengan pembaca semua. :)

Sampai di sini dahulu post kali ni. Ada masa terluang lagi, insyaAllah RNS akan update lagi ya. Assalammualaikum.. ^_^
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa di sini.

p/s: salah dan silap harap ditegur. Upload post ni guna apps android je.  :)


Thursday, October 4, 2012

Allah Maha Pengampun, Wahai Saudaraku

4/10/2012, Khamis

Assalammualaikum wbt.

Pembaca yang RNS kasihi sekalian, pernahkah suatu saat setelah selesai solat kita merasakan kesedihan di dalam hati? Sedih disebabkan dosa-dosa yang telah kita lakukan? Kadangkala kita takut Allah tidak mengampuni dosa kita.

Aku telah menzalimi diri sendiri. Aku ingin kembali pada jalan Allah. Namun dosaku begitu banyak. Apakah Allah mengampuni aku? Terimakah Allah akan doaku?

Mari kita kembali pada al-Quran. Allah ada berfirman di dalam surah Al-Imran, ayat 133-136. (3:133-136). Ayat ini adalah berita gembira buat hambanya.

Ayat itu bermaksud,

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, "

"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,"

"dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."

"Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

(Surah al-Imran, ayat 133-136)

Maha Lembut Allah terhadap kita kan? Segala pujian hanya bagi Allah.
Sama-sama kita bermuhasabah dan beramal. InsyaAllah. ^_^

Andai saya salah, tolong ingatkan dan betulkan saya. :)


Saturday, September 29, 2012

Moments That Captured #1


See the little girl and that uncle talking to her?
A picture worth a thousand words...



Sunday, September 23, 2012

We Are in Some Way Different From Others

Saturday, 22/9/2012

Assalammualaikum wbt..

A warm greeting i bid to you, my lovely readers! I just arrived from Kuala Lumpur this evening when I suddenly thought to write a post on my TGS blog. I bought my second year medical textbooks today and the thickness of the books are quite surprising! Even so, I love reading. That happens not to be a big deal for me though. And i'm very much happy! ^_^

Okay back to my intention.

Recently, quite a number of my blog readers and my high school junior e-mailed and gave feedback to me on the same topic, "Tips to study."

"dgn hati ikhlas nk mntk tlg ttg tips n selok belok mnjd stdnt mbbs cmerlang. Harap RNS dpt mmbantu sy."
"Kak syamim, nak minta tips boleh? Mcm mana nak manage masa nak study ngan wat hmwrk? Lg dkt exam lg byk hmwork. Nak study pun xsmpat."
This is not one of my properties.

Honestly, I'm touched reading all those e-mails. They are worried about their studies, thinking that they may not be able to perform well in exams and so forth. I actually think that their concern reflects on how serious they are in studies. That's a good sign isn't it? But what should I tell them? I'm not that good at giving advices as I am also a student who always lacks in many areas. However, leaving them with unanswered questions will just make me  feel uncomfortable.

Then I began to think, instead of truely "giving advices", it might be helpful if I just share what I am practising in my studies. You can review my previous topics here Sitemap of my Blog.

All this while, I am happy with the way I am studying. I feel comfortable and enjoy it myself (although there are certain subjects that sometimes do not interests me to the fullest). I've never tried to really force myself following others to stay up late at night or reading books all the time even while having lunch. Because one thing that i know about myself; I CANNOT burn the midnight oil! 11.00 pm is my time to go to bed and start hoping for a sweet dreams (seriously am i so called a medical student? -___-). And sometimes when i exceeded the time clock, my housemates start noticing! They're always there to remind me, "Eh Syamim, dah pukul 11 malam ni. Tak nak tido lagi ke? Goodnight!" Haha.. nice being with them.

I am really impressed towards my friends who always put hardwork during night time. And, some of them have even a short time to sleep. They still can do it! Amazing isn't it?

The point that i'm trying to put forward is that we are in some ways different from others. The problem is, do we even know about ourselves? Do you really know who you are? Find it! The answer rely on yourself. No one does. Its hurt trying to be alike to 'somebody'. Because if you do, in actual life you are trying to kill that special 'something' inside you which you were born with. If you found the answer, try to fix it. Like for example, how am i going to do this thing right in my own way? Cool isn't it?

To my Muslim brothers and sisters, do you still remember what Allah's verse in al-Quran about we are different from each other so that we may get to know each other? Of course, remember not to neglect that we have the same one 'akidah' that is worshipping only Allah swt.

Before I end my words, forgive me if some of my writings do hurt you in any way. This has nothing to do with describing any bitter side of anyone of you, readers. Please correct me if i'm wrong because I am A Student Who Always Seek Knowledge as you are too! ^_^ ♡♥♡♥

That's all for this time.
Thank you for your time. See you again later, InsyaAllah!



p/s: All these while, are your words referring to me?

Tuesday, September 4, 2012

Teringin sekali aku memilikinya..

 Lumrah hatiku mudah terjatuh hati pada yang lembut dan cantik.. :)

Thursday, August 2, 2012

Alhamdulillah First Year Lulus

Rabu, 2 Ogos 2012 bersamaan 13 Ramadan 1433H.

Assalammualaikum wbt buat pembaca blog RNS yang setia :)
Sudah sekian lama RNS tak meluangkan masa untuk menulis di laman ilmu ini. Mungkin kerana gersangnya idea-idea baru, ditambah pula dengan tumpuan RNS yang lebih pada peperiksaan akhir tahun satu baru-baru ni.

Hmm tengok pada tajuk post kali ni, RNS rasa anda tentu sudah boleh meneka berita gembira yang RNS nak kongsikan, betul tak? hehe..

Ya, alhamdulillah.. Cukuplah RNS katakan yang RNS sudah berjaya lulus dengan baik dalam tahun pertama pengajian bidang perubatan ni. Apa yang paling menggembirakan RNS sendiri ialah kejayaan ini turut dikongsi oleh sahabat-sahabat rapat RNS. Kami sama-sama tempuh cabaran menuntut ilmu di tahun pertama dan akhirnya sama-sama berjaya untuk sambung ke tahun dua (insyaAllah oktober ini).

Kejayaan ini RNS anggap satu anugerah 'extra' yang Allah kurniakan. Apa yang paling bermakna bagi RNS ialah manfaat dan keberkatan daripada ilmu itu sendiri. Ya lah, tidak ada gunanya kita berjaya dengan kepujian seandainya kita sendiri tidak mampu untuk memberi manfaat itu kepada orang lain.
Harapan RNS agar diri ini mampu untuk terus beristiqamah dan ikhlas mencari ilmu. Bukan kerana terpaksa, tetapi kerana kerelaan dan rasa ingin tahu yang lebih mendalam. Tidak kiralah bidang apa pun yang kita ceburi, masing-masing ada keistimewaannya. Allah telah meletakkan kepakaran yang berlainan dalam diri hamba-hambanya. Ada yang bijak dalam kejuruteraan, teliti dalam perakaunan, kreatif dalam pembinaan dan seni, gigih dalam pertanian dan sabar mengharungi kepayahan menangkap hasil laut.

Tidak wajar sekiranya kita menilai kekurangan seseorang itu berdasarkan kerjaya atau pekerjaan yang dilakukannya. Bagi pandangan RNS sendiri, inilah sebenarnya keseimbangan kehidupan yang telah Allah ciptakan di muka bumi ini.
Bayangkanlah apa akan jadi seandainya tidak ada nelayan yang turun ke laut? Apakah kita yang tinggal di bandar ini mampu untuk menjamu lauk ikan yang kaya dengan protein sebagai hidangan? Oleh itu, muliakanlah nelayan...
(RNS suka mengambil contoh kehidupan seorang nelayan sebab RNS sangat kagum dengan kesabaran mereka. Mereka turun ke laut di awal pagi untuk mencari rezeki, namun kadang2 hasil tangkapan tidak lebih daripada sepuluh ringgit sehari. Sedih membayangkan kehidupan mereka;sedangkan kita mudah mengomel apabila harga ikan atau udang naik harga).

Okaylah, setakat ini dulu kot rasanya.. Cuti kali ni nak mengasah kemahiran masak. Eh eh tiba-tiba pulak kan? haha sebenarnya rasa seronok bila mama, abang and adik2 puji masak juadah berbuka hari tu.. hehe hidup berdikari kat tempat belajar memang mengajar erti hidup sebenar. :)
Tata titi tutu! Assalammualaikum... Jumpa lagi di post akan datang. ^_^

We are coming 2nd Year! InsyaAllah!


Thursday, July 12, 2012

Hati Bersih Mudah Terima Ilmu

Setiap hari kita mudah melakukan dosa. Sama ada kecil atau besar. Dalam keadaan kita sedar mahupun tidak sedar. Kerana satu, kita manusia yang punya nafsu dan mudah tertipu dengan hasutan syaitan.

Allah itu Maha Pengampun. Allah juga mengajar kita supaya beristighfar agar hati kita yang gelap mampu menerima kembali nur cahaya Ilahi.

Ilmu, akhlak, sopan santun, fikiran positif, baik sangka, rasa tenang-itu semua adalah perkara baik yang datangnya bersumberkan rahmat Allah taala. Dan ia hanya akan menjengah ke dalam pemilik hati yang bersih.

Doakan kejayaan RNS dalam exam PRO :)



Thursday, June 28, 2012

Allah Maha Menepati Janji

Mata dilarikan selaju-lajunya melihat list nama. Di manakah aku??
Berani kah aku melihat keputusannya?

ALHAMDULILLAH...
Itu saja yang pertama terbenak di hati sambil senyuman terukir manis..
Roommate kesayangan ku justeru datang memeluk ku seeratnya.
Terpana. Kerana sungguh ini bukan sesuatu yang ku sangka.

Biar cita-cita itu setinggi-tinggi mungkin meskipun kita tidak tahu apakah kesudahannya.

Aku usaha dengan selemah-lemah daya seorang hamba dan selebihnya kepada Allah jua aku serahkan segalanya. Allah Maha Lembut dan Dia amat sayang pada hambanya yang bertawakal.

Dan hari ini adalah saat aku benar-benar sedar bahawa Allah itu pasti akan menepati janjiNya. Dan aku akan ingat firmannya ini sepanjang hayatku. =)

Thank you Allah!



p/s: aku juga tahu ada keberkatan seseorang yang sentiasa mendoakanku.. =)



Di masa hadapan pula,
Masih mampu lagikah aku mencapainya? Sikit lagi.. InsyaAllah.

Friday, June 8, 2012

First Community Medical Checkup- First day

My teammates. We are all first year med student.
Alhamdulillah I got the chance to perform a community medical checkup in my first year of medical school. I am one of the committee that handle Medical Science Club booth during MSU's Convocation this time.   It was a very meaningful experience though. 
At first I lack confidence to actually approach the community of my campus and do a med checkup on them. But soon I realized that Allah has given me this opportunity to develop my own soft skills. After all, we could not learn these skills from book but through practice.

2 tasks that I've done; taking Body Mass Index (BMI) and Blood Pressure (BP).
Although it seems an easy job, it actually requires your confident to interact with the subject when they ask you questions. For example, as a medical personnel I should know the normal range of BMI and BP. The most ideal BMI is in the range of 18 to <25. So you have to explain the clinical relations about this number to the subject.
As for blood pressure taking, quite a number of individual asks me whether they are prone to any kind of unhealthy condition if their BP almost above the normal range.What do you expect to answer them if you lack of confidence? Sometimes theoretically we manage to answer them straight. But in reality, it is not that easy to accomplish. Your mind might manipulate the condition. If you are in the state of nervous, your brain cannot direct a well and smooth outcome of decision. 
So keep in mind, we are what we are thinking!

InsyaAllah on next  Sunday morning i'll try blood test for  blood grouping, blood haemoglobin and blood glucose. :)

Discussion on determining the blood group test.
Always smile when meeting people. Its Sunnah! =)

Monday, June 4, 2012

Respons to Medical Entrance Test (MET) MSU - Tips

Assalammualaikum wbt and greetings!

Post kali ni RNS nak menjawab persoalan my bakal-bakal junior MBBS di MSU. Ramai pulak yang send me emails and comments about tips nak sit MET and interview.
First of all, thank you for spending your time reading my entries. Secondly, I congratulate you because you have chosen to pursue in medical field! Hope this is really your own choice of study. If not, please sit back and think again. Talk to your parents. Is this what you really want to do? Sincerely?
Not everyone have the chance to enter medical school after all. :)

Okay RNS tak nak la guna ayat-ayat skema sangat. So, assume as i'm talking to you in personal okay.

3 Frequently asked questions:

1. Macam mana nak prepare for MET? What subjects i have to revise?

Answer: 4 subjects. Maths, Biology, Chemistry and Physics.

2. Topics?

Answer: Clearly everything basic sciences yang you all dah belajar sepanjang matrik, asasi, or diploma in science. I could not recall all but one thing i know bio yang senang selalunya. Basic knowledge macam cells and its organelles, types of nutritions like macromolecules and stuff. Maths pulak banyak algebra. Chemistry hmm try to look on organic molecules. Physics the common one acceleration, velocity, forces.
To sum up, u dont have to go really deep into all these subjects. MET is just to test that you have sciences background and crirtical thinking. But remember dont take things for granted. Sekarang ramai orang yang pandai-pandai. You are living in a very competitive world now.

3. Interview? What to expect from interviewer?



Answer: Inilah soalan yang paling subjektif nak jawab. Mesti you all dah try google cara-cara nak menghadapi interview kan? if yes, then go ahead with the preparation. RNS bukanlah bagus sangat nak bagi2 tips ni but i can only share with you based on my past experience je lah.

Okay, so far in my life i've faced 2 interviews je. The first one is for scholarhip Pengajian Ijazah Luar Negara (PILN) perubatan JPA. Second is to enter medic MSU. In my case, for both interview soalan from interviewer lebih kurang je. Soalan yang RNS dapat:
"Tell me about yourself."
"What achievements you had in school days? Co-curriculum activities?"
"WHY DO YOU WANT TO BE A DOCTOR?" --> Inilah soalan yang interviewer paling suka tanya!
"Why doctor? Not accountancy?" --> soalan ni RNS dapat waktu interview JPA. Diorang tanya sebab my family background semuanya related to banking areas. And yet i'm choosing medic.
 "What do you expect from IMS (international medical school MSU) in your future?"
Korang tak payah pening-pening fikir interviewer akan tanya tentang theory subjek yang korang belajar. Ikut nasib la. Selalunya interviewer ni nak cari how far your personalities show that you are interested in pursuing medicine. Be honest to every questions that they ask. Kalau x tahu, jawab je tak tahu! Tapi pandai2 la buat ayat. Its better to be honest daripada korang mengelabah tak tentu pasal waktu session tu kan. Last but not least, kalau boleh tanya la satu soalan kat interviewer tu. Apa2 pun jadilah. Tujuannya nak show that you are very determined for your application. Contoh, "Prof/Dr, If i may, can i ask you a question?" For sure interviewer akan teruja punya nak jawab. "Yes, of course you may."
"What are the chances for me to be accepted in this programme?" (soalan ni yg RNS tanya sebab i want to know how far i've progressed in this interview. At the same time sengaja nak tunjuk betapa I'm very keen to enter medicine.)

Before I end my writing, nasihat untuk you. Please try to be as calm as possible BEFORE and DURING the interview. . And remember to just be yourself okay! InsyaAllah dipermudahkan. For my muslim brothers or sisters, please baca doa ni Doa Mudah Berbicara sebelum exam or interview. Moga anda dapat apa yang anda inginkan. I wish you best of luck dear! Semoga kita berjumpa di kampus nanti. Give me feedback kalau dapat nanti ye!^_^


Anymore doubts you can always leave me a comment or follow me in twitter. :) Thank you.

This entry is my response to my medical entry test (MET) and interview.

Nasihat al-Habib Ali al-Jufri kepada remaja - YouTube

Setiap kali mendengar firman Allah ini, setiap kali itu jugalah aku berasa malu dengan dosa-dosaku. Menitis jua air mata.
Moga perkongsian kali ni membawa kebaikan untuk semua.

Tuesday, May 29, 2012

4th Malaysian International Medical Student Conference 2012 - Part 1

29/5/2012, Tuesday

Assalammualaikum wbt and greetings again!


Entri kali ni nak cerita pengalaman RNS join 4th Malaysian International Medical Student Conference 2012 (MIMSC) di AIMST University.


Kalau ikutkan hati, banyak benda yang RNS nak kongsikan selama 4 hari 3 malam di sana. Pengalaman di sana sangat bermakna buat kehidupan RNS sebagai seorang pelajar perubatan. Memandangkan peperiksaan Profesional Ijazah Perubatan dan Pembedahan Tahun Pertama akhir bulan Julai ni, RNS terpaksa hadkan masa untuk blogging dan FB. Twitter pula hanya tweet perkara-perkara baik yang terlintas di fikiran disamping #countingDays for Pro Exam and Final sem 2.

Okay berbalik pada topik kali ni, cukup dulu RNS cerita mengenai clinical skills yang RNS dapat daripada conference ni. Selebihnya, RNS akan cuba postkan pada masa akan datang okay! ^_^

Lets just be simple. Untuk part 1 ni RNS nak cerita tentang clinical workshop yang RNS berpeluang belajar kat sana:

Clinical Skills Workshop
i) Workshop 1: Hypovolemic Shock
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
ii) Workshop 2: CPR
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
iii) Workshop 3: Intubation
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
iv) Workshop 4: Parturition (Delivering baby)
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
v) Workshop 5: Simulation Baby
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff
vi) Workshop 6: Heart Sound
Prof. E.T.Larmie and CSC Staff

Intubation
Gambar atas ni gambar from google. Waktu conference tu RNS tak tangkap pun gambar. Tapi ini lah skills yang RNS berpeluang belajar kat sana.

Suturing. Belajar jahitan luka etc.


Belajar ikatan jahitan untuk organ dalaman.

Kemahiran melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation).

Mendengar normal heart sound and murmurs.

Handling patient with hypovolemic shock. Checking pulse.

Blood transfusion.

Parturition. Kemahiran menghadapi pesakit wanita untuk kelahiran bayi.


Setakat ni dulu. Nantikan pula part 2 nanti ye! Thank you for reading =P

Sunday, May 13, 2012

Broga Hill Hiking

Ahad, 13/5/2012

Assalammualaikum wbt.

Bertemu lagi kita di alam maya! Walaupun fizikalnya kita berdua (RNS dan anda yang sedang baca) tak berhadapan antara satu sama lain, tapi hakikatnya kita berdua sedang bertemu di alam imaginasi melalui pembacaan anda dalam penulisan RNS ni. ^_^ Amazing kan!

Post kali ni RNS nak kongsikan pengalaman RNS hiking di Broga Hill atau dikenali dengan Bukit Lalang di Hulu Langat. Tempat ni semakin hari semakin famous bagi individu yang suka outdoor activities. Well kami tak terkecuali lah!

To be honest, this is the first time ever in my life hiking just to be on the top of a hill! Sebelum mulakan journey I asked myself,
"Seriously, boleh ke aku panjat bukit ni? Dah la bukan athlete, body pun tak fit mana. Kalau semput ke, tergelecek kaki ke, sape nak tolong? Tambah lagi kurus-kurus ni ada energy ke??"
Kalau tak cuba sampai bila-bila pun kita tak kan tahu yang sebenarnya kita boleh. Living skills kita kena develop sendiri kan? I wish I can be like Lara Croft Tomb Raider. Pergi la mana-mana hutan kat ceruk-ceruk dunia ni pun, for sure boleh survive. Acrobatic skills yang sangat mantap! Tambah pulak dengan knowledge geografi yang tinggi. Pulak tu, pandai menguasai banyak bahasa! woahh.. ^_^ Okay lets get back to the topic.


Pre-journey

Tepat pukul 3.00 pagi, alarm clock iphone berbunyi! Tapi malas punya pasal, tekan snooze. 10 minit lepas tu bunyi alarm kali kedua baru la selak selimut and dengan mata yang bukak tapi macam tak bukak (mata orang bangun tidur) aku berjalan menuju bilik air. Macam biasa bersihkan diri semua dan akhir sekali ambik wuduk siap-siap untuk solat subuh kat sana.

Dah siap semua urusan, pukul 4.14 pagi (seperti Bysminz;my friend kata dalam tweet dia) kami dua kereta pun bertolak dari kondo menuju Broga Hill.

Nak dikatakan, 'mastermind' nak pergi Broga ni semuanya Amal punya kerja. Padahal jalan nak pergi sana pun tak tahu sangat. Kami pun tak kisah la. Ada Fauhan yang sangat cekap bab-bab cari jalan. Sepanjang journey pagi-pagi buta tu, sempat la pulak kami tanya beberapa orang awam yang ada. Asal nampak je orang kami tanya.

Oh! Nak jadikan cerita, ada satu peristiwa yang geli perut nak cerita ni! hehe. waktu tu dekat traffic light. Kami satu kereta nampak ada seorang abang(macam student lagi) ni naik motor. Takut sesat punya pasal, Amal terus plan nak tanya si penunggang motor tu dari dalam kereta. Tapi tak sempat sebab tiba-tiba lampu pulak hijau. Tapi Amal tak putus asa, dia kejar motor tu and bukak tingkap nak tanya jugak (gila punya kerja kan! haha). Bayangkan kereta sambil jalan, amal buka tingkap kereta depan dan belakang sebelah penumpang. Lepas tu, Fauhan jerit kat pemuda tu, "Bang, bang! Nak tanya..". Pada masa yang sama jugak Jaja yg kat seat belakang pun jerit kat pemuda tu, "BANGGGG Tunggu!!!"

Nak tahu apa response jejaka tu???

















































PECUT laaaa!!!!!
Hishhh x de nye dia nak jawab and tengok muka perempuan pagi2 buta macam tu! Nanti tak silap, lain pulak yang nampaknya... haha! Nak pecah perut kami satu kereta gelak tengok gelagat abang tu! ^_^

Walaupun tersesat tapi sebenarnya kami berada di jalan yang betul. Akhirnya sampai juga entrance ke Broga Hill dalam pukul 5.15 pagi.

The Journey - Up, up we Climb!

Dalam kegelapan pagi, kami sama-sama mulakan kembara mendaki bukit Broga. Nak naik susah or senang? Hmm kalau first timer macam RNS ni memang akan jawab susah la. Tapi still boleh. Tak jadi masalah sangat. Cumanya suasana gelap. Perlu berhati-hati mengatur setiap langkah.

Apa yang buat RNS terharu, kawan-kawan RNS sentiasa ambil berat keselamatan satu sama lain. Bila seorang penat, kami berhenti. Aishah terutamanya. Dia cakap dia terharu sangat hero-hero selalu tolong dia. Aliff yang baik hati tolong galaskan beg aishah sewaktu mendaki. Pekjol pula selalu je protect kami dari belakang. Bysmin dan Aiman kebanyakan masa lead jalan kat depan. Kemudian kami teruskan semula perjalanan. Kami sama-sama ingatkan bila ada batu atau halangan di hadapan. Semangat kerjasama dalam bersahabat tu takkan dapat dirasai sebenar-benarnya jika kita tidak melalui ujian seperti ni. Thank you hero-hero (aliff, pekjol, bysmin, aiman) yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan pada kami! :)

Puncak Bukit Broga

Alhamdulillah! Akhirnya sampai jugak di puncak pertama. Jam pada masa tu pukul 6.00 pagi (approximately). Walaupun penat yang menggila, rasa letih tu hilang serta-merta bila kami dapat lihat pemandangan yang cantik dari sana. Angin yang bertiup dengan sejuk dingin dan awan yang berkabus langsung menenangkan hati-hati kami.
Masa yang berlalu kami ambil peluang untuk bergambar sambil menikmati kesegaran udara di puncak bukit.



Sampai jugak akhirnya kat puncak Broga!


More Photos scroll bawah ye.. RNS kumpulkan kat situ.

Panorama Broga Hill And Sweet Moments Together

Pemandangan dari Puncak kedua Broga.

Puncak yang sama dengan pemandangan yang cantik!


Puncak ketiga dan yang paling tinggi! Tengok sebelah kiri betapa curamnya laluan nak turun.

Aishah yang comel!

Jaja yang ceria selalu!

Fauhan yang sentiasa cantik senyumannya. :)

Amal THE MASTERMIND

Aliff the Athlete..

Dari kiri: Bysmin dan Aiman si pemilik gajet canggih. Galaxy Note (bysmin), The New Ipad (Aiman)

Dari kiri: Zafran, Zuhri, Ijat yang turut serta kemudian

Kanan tu Myza turut join.



Akhir sekali!!

Kami 14 orang rakan sekelas.

Tak lupa jugak Pekjol and Pali..




Down, down bye2 Broga!

Nak turun pun susah jugak tau.


Terlalu banyak yang nak diceritakan semuanya kat sini. RNS rasa cukup sekadar tu dulu ye. Thanks for reading! ^_^


Pengalaman yang tak dapat lupa

Solat subuh di atas bukit dalam berbumbungkan langit. Tambah pula dengan angin sejuk yang bertiup melayang-layangkan telekung.




p/s: Pekjol and Pali, sorry gambar korang berdua takde yang single. Upload yang ramai-ramai je. :)

Wednesday, May 9, 2012

Allah Menguji Kesabaranku

 Rabu, 9/5/2012

Assalammualaikum wbt. ^_^




Tatkala jari-jemari RNS menaip post kali ni, 'Minda Positif' (MP) RNS sedang berperang dengan 'Minda Negatif' (MN) yang cuba menakluk fikiran. Nak tahu bagaimana 'pertempuran' ni berlaku?

Titik permulaannya apabila Si MP sedang bersemangat untuk belajar topik yang baru mengenai "Spinal Cord and Its Blood Supply". Seperti biasa MP akan berasa sangat teruja untuk mempelajari ilmu human anatomy (anatomy ialah subjek tentang struktur SELURUH badan manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar). Bila buka je buku teks, mata bergerak aktif membaca tulisan-tulisan ilmiah. Pada saat yang sama, akal sedang synchronize apa yang sedang dibaca untuk difahamkan.

Dalam usaha MP untuk memahami apa yang sedang dipelajari, tiba-tiba MN datang mengganggu. Dia menyuntik rasa kekeliruan dan kekusutan kepada MP. Begitu kuatnya penangan tersebut sehinggakan MP hampir kalah dan terduduk bersandar. Tenaga MP untuk melawan kini di tahap yang minimum.
Sedangkan MN kini tersenyum lebar kerana dapat menguasai MP.

Meskipun begitu, MP berpegang teguh kepada prinsip "Man Jadda wa Jadda". Sesiapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan berhasil. MP mula mengumpul kekuatan untuk membalas serangan MN. Dan siapakah yang memberikan pertolongan dan kekuatan itu?? Dialah Allah yang Maha Perkasa. Allah sentiasa berada si sisi orang-orang yang sabar. Dan pertolongan Allah itu pasti akan tiba dengan syarat kamu mohonlah dengan serendah-rendah hati kepadaNya. Niscaya Dia akan kabulkan. :)

Persoalannya sekarang...

Anda faham ke apa yang RNS merepek kat perenggan atas tu?!

Haha. Actually RNS sedang rehatkan minda ni. Sekarang ni RNS sedang belajar topik sistem saraf dalam semester 2. Entahlah, dalam banyak-banyak topik ni sangat mencabar. Perlukan banyak ketelitian sebab saraf dalam badan kita ni sebenarnya merata-rata mula daripada bawah kulit sampailah ke organ-organ dalaman. Saluran darahnya pulak, masyaAllah! Berliku-liku sangat! Pening jugak kadang-kadang. Tapi tak pe. Perlahan-lahan. InsyaAllah pasti boleh!

Doakan RNS ye kawan-kawan..:)
Terima kasih sangat-sangat! ^_^

Hari yang suram tak semestinya akan berlarutan. Cahaya pasti akan menjelma jua. :)

Tuesday, May 8, 2012

Keajaiban Tubuh Badan yang Kita Tak Sedar

Selasa, 8/5/2012

Assalammualaikum w.b.t


Pernah tak kita terfikir atau ambil tahu bagaimana tubuh badan kita bekerja dengan tekunnya setiap saat? Walaupun pada luaran kita sebenarnya sihat, tapi tahu tak sel-sel darah putih anda sentiasa berjihad melawan penceroboh-penceroboh luar yang nak merosakkkan sistem tubuh itu?

Nak tahu lagi?? Jom..

Bayangkan anda dikecilkan dengan satu mesin seperti dalam cerita "Honey I shrunk The Kids". Dengan tubuh kecil tu, anda masuk dalam sistem badan anda sendiri. Ikut suka hatilah nak bayang masuk ikut laluan mana. Mulut, telinga tak pun hidung pun boleh je lah..

I can see you!!!
 

Kemudian anda mulakan pengembaraan dalam tubuh badan anda sendiri ibarat pengembaraan yang penuh dengan kejutan menanti anda. Anda akan melihat ada sebuah 'penjana' (generator) bekerja di jantung anda. Dan bila penjana tu rosak (broke down), akan ada satu lagi 'spare part' yang ambil alih tugas tersebut.

Jantung setiap saat berdegup untuk supply darah di seluruh badan anda

Anda juga akan menyaksikan bagaimana sel-sel di usus kecil anda menyerap nutrisi daripada makanan. Satu jenis sel serap iron, satu lagi serap karbohidrat sementara yang lain pulak serap protein. Masing-masing ada tugas sendiri. Pada masa yang sama anda juga akan teruja melihat bagaimana hormon-hormon yang mengembara jauh daripada otak masuk ke saluran darah untuk ke destinasi organ tertentu
(misalnya ke buah pinggang) - dan hormon inilah yang akan beri arahan berikutnya.

Otak lah master seluruh fungsi badan.

Sepanjang journey anda, terlintas pula di fikiran bahawa semua keajaiban ini telah berlaku sejak hari pertama lagi anda dilahirkan ke dunia ini.



Secara keseluruhannya, anda membayangkan tubuh badan anda itu ibarat sebuah bandar yang wujud di alam dunia lain. Dalam bandar itu, terdapat sistem kenderaan, kilang-kilang, infrastruktur dan gajet yang tercanggih melebihi kecanggihan dunia luar. Sistem-sistem ini mampu memberi respons dan membuat pertahanan melampaui jangkaan anda.

Lebih daripada itu, dunia kecil ini juga bukan sahaja dicipta untuk diri anda seorang. Bahkan juga dicipta dalam tubuh ibubapa, adik, abang, kakak, kawan-kawan, rakan sekerja, orang yang berjalan di shopping kompleks, pelakon-pelakon yang anda lihat di kaca TV dan seluruh manusia di dunia nyata ini. Mereka semua itu berkongsi ciri-ciri yang sama seperti anda bermula daripada bawah kulit dan selebihnya. Sesungguhnya, manusia-manusia zaman dahulu yang telah hidup beribu-ribu tahun sebelum anda turut sama memiliki bioteknologi canggih ini.





Sesiapa yang dapat memahami secara terperinci tubuh badan manusia ini akan tersedar bahawa, dunia kecil itu pasti ada Penciptanya. Dan Pencipta itu jadikan ia sebagai panduan untuk kita lebih mengenali sifat-sifat Dia. Bukan itu sahaja, kita juga akan terfikir bahawa Pencipta itu tentulah mempunyai 'power' dan kebijaksanaan yang terunggul yang tidak terlihat oleh zat selainNya. Di dalam al-Quran Allah telah pun berfirman:

"Milik-Nyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Allah benar-benar Maha Kaya, Maha Terpuji. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menundukkan bagimu (manusia) apa yang ada di bumi, dan kapal yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit agar tidak jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia. Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali (pada hari kebangkitan). Sungguh manusia itu sangat kufur nikmat."
(surah al-Hajj, ayat 64-66)
 Melalui contoh-contoh ini sudah jelas sekali bahawa Allah lah yang menciptakan 100 trillion lebih sel-sel, tisu-tisu dan organ dalam tubuh badan anda sekarang. Allah mencipta manusia secara sempurna, lengkap  dengan fizikal dan mental. Inilah bukti nyata yang Allah tunjukkan kepada kita sebagai panduan untuk kita mengenali kehebatan dan keperkasaan Allah. Seperti mana Allah berfirman di dalam al-Quran:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Indahnya ciptaan Allah :)

Justeru, sebagai hamba kita harus menempuhi dunia ini bukan kerana orang lain, tetapi demi mendapat keredaan Allah semata-mata. Setiap hari kita bangun dari tidur, kepada Allah jualah kita memohon keberkatan dan kepada Dia lah kita bersyukur dengan nikmat kehidupan ini.



Post kali ni RNS kongsikan buat pembaca semua melalui pembacaan RNS di laman Human Miracle (based on the works of Harun Yahya).

Semoga ilmu kali ini dapat membawa seribu kemanfaatan buat anda yang sudi meluangkan masa di blog RNS. Dan ilmu yang baik itu sama-samalah kita share ye. ^_^




p/s: dalam term medic, generator jantung tu merujuk pada SA node. 'spare part' tu pulak merujuk pada AV node. :)

Thursday, May 3, 2012

Maher Zain 'Forgive Me'

Assalammualaikum w.b.t buat anda yang sudi meluangkan masa membaca blog RNS ni. ^_^

Dah dapatkan album baru Maher Zain yang terbaru berjudul 'Forgive Me'? Kalau belum, cepat-cepat dapatkan satu or hadiahkan buat sahabat dan ahli keluarga. 

Actually macam mana RNS boleh terpikat nak beli album ni? Hmm startnya from attending Fiqh Medic dekat IMU. First time dengar lagu Maher Zain 'Number One For Me' dah mula jatuh hati pada lirik yang tersirat dalam lagu tu. Sangat menyentuh hati.

Kenapa mesti dapatkan yang original? Sedangkan boleh je download mp3 from internet kan? Well seriously dengan harga RM29.90 RNS tak rasa rugi sebab rasa puas hati bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu yang tulen. Tambahan lagi RNS nak support Maher Zain so that he can continue his creativeness in creating a song for Muslim soul yang pada masa sama spreads the Da'wah to all over the world. (Cewahh.. padahal nak cover album tu sangat2! haha)




Jom kali ni RNS nak kongsikan dengan pembaca semua senarai lagunya.

1. Ku Milik-Mu
2. Number One For Me
3. Mawlaya
4. My Little Girl feat. Aya Zain
5. Forgive Me
6. One Big Family
7. Assalamu Alayka
8. Paradise
9. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad S.A.W
14. Tuntunku Kepada-Mu

Kalau perasan ada dua lagu dalam Bahasa kita kan? To be specific actually those two songs lyrics are adaptation from Novia Stephani (an Indonesian i guess..) tapi lyrics, melody and arrangement from Maher Zain, Bara Kherigi and Bilal Hajji sendiri.

Lagu no. 4, My Little Girl tu berkisar tentang doa seorang ayah untuk anaknya.

Lagu no. 6, One Big Family tu RNS rasa penulis nak mengajak kita seluruh umat Islam agar bersatu as one part of big family.

Lagu no. 12, So Soon mengingatkan kita supaya kembali bersemangat dan teruskan hidup apabila orang yang kita sayangi kembali menemui Ilahi. Good song :)

Okay, itu antara lagu-lagu yang RNS terkesan dengan liriknya. Yang lain-lain tu pun best jugak. Contohnya lagu Freedom pun RNS suka. Senang nak kata semua lah suka. :)


Apa lagi tunggu? Jom ramai-ramai support Maher Zain :) These are the kind of songs yang sepatutnya kita semua selalu dengarkan. Hati kita akan selalu tenang dan membuatkan kita fikir akan apa yang cuba disampaikan. Betul kan?


Ooh sebelum tu, find out more at www.maherzain.com


p/s: sambil tulis post ni, sambil tu jugaklah 'dok' bukak je lagu Maher Zain ^_^


Saturday, April 21, 2012

Hatiku Tenang Dengannya

Ayah belikan untuk ku dulu. Harap setiap kali aku baca Allah kurniakan pahala jua pada ayah yang tercinta. :)
"Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'd:13)
Peperiksaan Progress Test Semester 2 bakal tiba bermula hari Rabu depan 25/4/2012. Kadang-kadang hati ini tak dapat lari daripada rasa ketakutan dan gelisah. Meskipun sekuat mana kita cuba bertahan, ada masa kita akan kecundang jua. Mengapa? Hanya satu jawapan - kita bukan sempurna.

Dan di saat hati berasa sayu itu, tiada lain yang dapat menenangkan hati melainkan kembali kepada Ilahi. Menangislah wahai hati dan titis kan lah butir-butir air matamu. Sambil menadah tangan kepadaNya, menangis dan merintihlah sepuas-puasnya. Mana mungkin Allah yang Maha Lembut dengan sifat ihsannya membiarkan dirimu keseorangan tanpa pertolongan-Nya.
"Berdoalah kepada-Ku nescaya akan ku kabulkan." (Al-ghafir: 60)

 Hanya usaha dan tawakal yang mampu ku laksanakan. Dan segala-galanya aku lakukan dengan penuh kelemahan diri. Sesungguhnya segala keupayaan adalah kurniaanMu ya-Rabbi. Dan aku juga bersyukur padaMu kerana menganugerahkanku di dunia ini seorang ibu yang sentiasa mendoakan anak-anaknya.
"Belajar elok-elok mim. Sekarang ni mim dah capai impian untuk belajar kedoktoran sejak dari kecik. Setiap kali lepas sembahyang mama selalu doakan anak-anak mama berjaya." -MAMA
"Belajar rajin-rajin. Nanti boleh bukak klinik." -AYAH
 "Belajaq baik-baik na mim. Opah selalu mintak doa mim dapat buat." -OPAH
 "Belajar elok-elok kat sana. Medik bukan senang. Ingat mama ngan ayah dah banyak pay their effort for you." -ABANG

Berbekalkan kata-kata semangat dari insan-insan yang kucintai, aku teruskan kembara hambaku mencari cahaya nur ilahi.

 Aku sematkan di hati, mencari ilmu bukanlah untuk berjaya di dalam peperiksaan semata-mata. Kerana kalau aku berfikir sedemikian, tentulah aku akan berputus asa saat gagal di dalam peperiksaan. 

Tetapi sekiranya aku niatkan belajar ilmu untuk mengenal dan mensaksikan keagunganNYA, maka walau banyak kali aku gagal sekalipun, aku akan sentiasa belajar dari HikmahNYA dan tetap berjihad mencari cahaya ilmuNya.

Akhir sekali terima kasih kepada pemberi link video nasyid DAMAI -Cahaya. Sungguh menenangkan kerana tatkala hati alpa, mengingatkan ku kembali pada tujuan kehidupan.